|
Mas Idayu Senja Nan Layu Dikutuk Kaw2 Ole Facebookers
[Copy link]
|
|
chazey posted on 18-11-2014 09:14 PM
Mas Idayu tu boleh bertahan sampai sekarang budak2 baru habis SPM ni ingat senang agaknya nak buat ...
diorg tu mmg cari nahas perlekeh mas idayu...mas idayu tu kalau xde kualiti, xdenya tony fernandes tu sampai skrg puji sanjung profesionalism mokcik ni... and mas idayu bukan ada 1 album je, TP sheols ada 6 album studio hurkeh.... tolak campur kesemuanya terjual almost 500 ribu unit, album yg org igt album senggolan tu dijual dlm 150 ribu unit tahun 1997.
sheols juga pernah menang 2 anugerah AIM , setara dgn ziana zain yg juga ada 2 trofi AIM Last edited by sepitsiput on 18-11-2014 10:18 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
beta_carotene posted on 18-11-2014 09:29 PM
apa la babi sangat budak ni..
kebulur nak jadi artis.. ko jugak terhegeh2 nk jadi protege mas idayu ...
YES! MOHON KLIK DI BAWAH UNTUK PRA-UJIBAKAT AF2015 hurkeh!
|
|
|
|
|
|
|
|
sepitsiput posted on 18-11-2014 10:14 PM
diorg tu mmg cari nahas perlekeh mas idayu...mas idayu tu kalau xde kualiti, xdenya tony fernandes ...
Aiol sokong Mas Idayu pengetua AF 2015!
|
|
|
|
|
|
|
|
Bdk tu sbnrnya mmg rude la... Kalau iols jd mas idayu pon hangin. Motip kita tego salah dia dia kutuk kita blk. Dah la ko yg dtg nak belajar dgn kita. Mmg mendapat laaa |
|
|
|
|
|
|
|
chazey posted on 18-11-2014 10:20 PM
Aiol sokong Mas Idayu pengetua AF 2015!
meols sokong sheols jd pengetua AF....sheols jenis x bias, dan sheols ada vision ! tgk pada Black yg dulu ibarat kucing hitam berkurap....kini bernyawaa dgn chira khairi biji cermai!
|
|
|
|
|
|
|
|
sepitsiput posted on 18-11-2014 09:14 PM
diorg tu mmg cari nahas perlekeh mas idayu...mas idayu tu kalau xde kualiti, xdenya tony fernandes ...
sejak bila tony fernandez involved dengan industri musik tanahair sis?
|
|
|
|
|
|
|
|
sepitsiput posted on 18-11-2014 10:14 PM
diorg tu mmg cari nahas perlekeh mas idayu...mas idayu tu kalau xde kualiti, xdenya tony fernandes ...
Akak, akak sengaja ke atau saya yg baru keluar dari gua?
Freddie Fernandez kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
beta_carotene posted on 18-11-2014 10:24 PM
sejak bila tony fernandez involved dengan industri musik tanahair sis?
choi!!! heols org penting dalam sejarah industri muzik 1990an...motif x tau?
nah article dr Hmetro
Rap Bagai sirih pulang ke gagang
Oleh Murshid Eunos
Melangkaui dua dekad penganjurannya, Anugerah Industri Muzik (AIM) masih dianggap relevan malah menjadi pemangkin dan kayu ukur untuk melihat pencapaian lapangan seni tempatan.
Namun jika ada tidak tahu, gelanggang AIM yang dibuka pada 1993 adalah cetusan idea Pengarah Urusan Warner Music Malaysia ketika itu, Tan Sri Dr Tony Fernandes.
Objektifnya untuk memartabatkan penggiat seni muzik tempatan bukan sekadar penyanyi saja, sebaliknya pembikinan sesebuah album hinggalah pengkarya yang menjadi tulang belakang sesebuah kejayaan.
Kini selepas 20 tahun, di atas pentas penganjuran sama malam Ahad lalu, Tony Fernandes yang kini memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia kembali diundang bagi menerima pengiktirafan tertinggi iaitu Anugerah Seri Wirama.
Foto
TONY bersama trofi Anugerah Seri Wirama di AIM ke-20.
Penggiat seni sebulat suara mengangkat ikon muzik yang kini diberi jolokan ‘hero penerbangan Malaysia’ ini selepas melihat sumbangannya dalam membangunkan industri muzik tanah air sejak dua dekad lalu serta tanggungjawabnya mempromosikan komposisi Malaysia di arena antarabangsa.
“Jika tidak kerana idea Tony 20 tahun lalu, AIM tidak akan ada.” Demikian kata Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Norman Abdul Halim malam itu ketika mengundang Tony ke pentas bagi menerima trofi berkenaan.
Keberanian dan ideologi Tony yang sinonim memperkenalkan konsep penerbangan tambang murah menerusi falsafah korporatnya, ‘Kini Semua Boleh Terbang’ tidak mampu disangkal.
Genre muzik dangdut dan nasyid umpamanya adalah risiko pernah dilakukannya sepanjang lebih 10 tahun bersama Warner Music.
Meskipun awalnya idea itu bagai mustahil dan aneh untuk diterima, namun siapa sangka jualan album dangdut di bawah pengawasannya pernah mencatat sejarah apabila ia terjual jutaan unit keseluruhannya.
Belum lagi kumpulan nasyid Raihan yang menempa nama ke peringkat antarabangsa selain menjadi sejarah rekod tempatan.
Semuanya bermula dari satu individu yang percaya serta yakin akan perkembangan muzik itu luas dan global jika ada kesungguhan.
Tony yang pernah dipilih sebagai Tokoh Perniagaan Terbaik 2010 oleh majalah Forbes Asia sebelum ini dalam ucapannya malam itu berkata, masa berjalan terlalu pantas dan jika diimbas semula ketika awal pelaksanaan AIM, muzik Malaysia sudah jauh ke depan selari dengan pencapaian yang luar biasa.
“Siapa sangka, AIM kini sudah menjadi ikon kepada industri muzik kita. Muzik adalah minat serta kesungguhan saya. Jujurnya saya berbangga kerana menjadi sebahagian daripada penganjuran AIM.
“Saya hanya berharap semua penggiat akan terus menghasilkan naskhah yang baik dan jangan sekali rasa tergugat dengan kewujudan cetak rompak atau segala apa halangan yang datang. Sebaliknya kita harus menikmati keseronokan sepanjang menempuhnya.
“Dulunya saya dikenali sebagai ‘Raja Dangdut’ kerana memperkenalkan genre muzik ini tatkala ramai meraguinya. Tapi kejayaan yang diraih melangkaui imaginasi kita semua. Saya gembira melihat Mas Idayu malam ini kerana dialah alasan utama AirAsia melancarkan penerbangan ke Bandung kerana kami acap kali ke bandar raya itu bagi merekod lagu nyanyiannya,” katanya yang baru-baru ini menerima anugerah Commander of the Legion d’Honneur daripada kerajaan Perancis di atas sumbangannya dalam perkembangan ekonomi negara itu melalui industri penerbangan.
Tambah Tony yang dianggap melakukan transformasi dalam landskap industri muzik sejak memimpin syarikat rakaman antarabangsa itu, impiannya untuk melihat industri tempatan akan terus ke depan dalam usaha menembusi peringkat lebih tinggi.
“Jika saya pernah yakin sebelum ini, kenapa tidak keyakinan itu diteruskan. Lihat saja bakat kita hari ini yang sudah ramai ke depan. Walaupun saya sudah mengetuai syarikat penerbangan, namun saya masih menyokong industri tempatan.
“Sekarang juga, kami sudah pun merangka untuk melancarkan syarikat rakaman kami sendiri, Tune Records yang akan beroperasi tidak lama lagi. Mungkin tahun depan, karya Tune Records pula yang akan dinobatkan terbaik di AIM,” katanya berseloroh dan yakin AIM di bawah kelolaan Norman yang pernah menjadi pengacara AIM pertama ketika bersamanya 20 tahun lalu.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/18
- See more at: http://www2.hmetro.com.my/myMetr ... thash.GblAilAV.dpuf
|
|
|
|
|
|
|
|
sepitsiput posted on 18-11-2014 10:30 PM
dik...tony fernandes yg ini....bukannya pengetua AF musim pertama tu
huwaaa ..maap .. mekaseh atas pencerahan
|
|
|
|
|
|
|
|
Mas Idayu menang 2x AIM utk Album Dangdut terbaik. Pernah masuk AJL dgn lagu hasrat perindu, lepas kluar dari Warner, Synchrosound studio records yang lamar dia buat album hasrat perindu yang berkonsepkan latin arabic dikala dangdut digam seteruk2nya oleh stesen radio swasta. Selain Mas Idayu, Anuar Zain pn buat album di recording company tuh jgk utk album keabadian cinta tuh. Mmg layaklah kalau dia nk hencap mamat tuh pn. Apapn mamat tuh boleh try pg casting blakon2 dgn Rashid Sibir or Michael Ang la sbb rupa ada and dua director tu suka amik artis2 baru blakon jgk. |
|
|
|
|
|
|
|
mmg patut kena maki pon..sib baik mas idayu..
kalau dgn ramli m s..baling terus mamat ni...poyo |
|
|
|
|
|
|
|
Padanlah budak tu pon.. Dah org xnak ko..yg terhegeh2 jugak naper?
Sbb budak tu biadap tu yg mas idayu bengang....
Tgk org yg berjaya awal mula kerjaya kaw2 kena kutuk...mmg dia sedih org komen dia...blik dia baiki diri.. Ini ko lawan balik pastu kutuk2 org tu.... Xnak blajar n degil. |
|
|
|
|
|
|
|
aku setuju je budak tu kata suara mas idayu tak sedap mana
dua2 pun sama biadab,budak tu melawan tak nak terima kenyataan.
mas idayu pulak cakap besar sambil hentak meja siap jerit halau keluar. dia artis dia ingat dia besar. |
|
|
|
|
|
|
|
scrocth posted on 18-11-2014 10:39 PM
Mas Idayu menang 2x AIM utk Album Dangdut terbaik. Pernah masuk AJL dgn lagu hasrat perindu, lepas k ...
jgn tak tau sheols juga retis wanita yg paling byk dpt royalti hasil dari penayangan lagu karaoke nya...royalti yg dikutip mas idayu tu dah cukup nk cover beli rumah PPR sebijik setahun gara2 lagu nyanyian dia asyik jd pilihan pengunjung pusat karok, dan jugak dlm majlis2 keraian swasta.
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau korang perasan peserta yg goyang dangdut, persis ala2 mak datin paduka eina...cuma beza dr segi kaler rmbt n bntk muka ckit jer...suara pun serak2 basah jugakkk...
Btol ke x apa yg aku tgk, kalo x...kna tukar mata tmbhn nie... |
|
|
|
|
|
|
|
Tv tiga suku saje je wat propa mcm ni.. konon2 nk up kan rating.. takyah la korg layan realiti2 show sampah mcm ni..
kite layan the voice.. bole pusing2 kerusi.. lgpn juri2 dia sume awesome. |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg betul suara dia tu utk nyanyi karaoke bolehlah...
Sombong mcm tu mmg xkan ke mana.. |
|
|
|
|
|
|
|
jfq posted on 18-11-2014 09:04 PM
aku paling kelakar bila budak tu tak faham lagu asli = lagu traditional melayu
dia ingat lagu asli ...
Betul2..part tu plg epic failed ..
Bukn takat biadap...blur... |
|
|
|
|
|
|
| |
|