CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Binatang2 Yg Hampir Pupus Di M'sia

 Close [Copy link]
 Author| Post time 7-7-2007 12:55 PM | Show all posts
Rehab centre needed for abused wild animals
By MANJIT KAUR

BATTERED and bruised, Malaysian wildlife is in dire need of sanctuary.

Veterinary Association Malaysia (VAM) vice-president Dr S. Vellayan said a rescue and rehabilitation centre needed to be set up for the protection of wildlife in the country.

Dr Vellayan said the massive destruction of the forest has resulted in animals coming out from their 慼omes
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-7-2007 12:57 PM | Show all posts

Reply #60 budin99's post

(aku nak perbetul posting yg sebelum ni yg kata ada harimau diborneo...yg baru dijumpai itu adalah gajah. Bukan harimau yer..)



yang dijumpai tu
jerung borneo ( page 2)

neither is harimau borneo nor is gajah borneo --


[ Last edited by  dexa at 7-7-2007 01:04 PM ]
Reply

Use magic Report

Mr.Forensics This user has been deleted
Post time 7-7-2007 01:02 PM | Show all posts
mentibang pun dah semakin pupus.
mentadak mentadu pun susah nak jumpa
aku ingat nak ternak mentadak mentadu la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2007 01:05 PM | Show all posts

Reply #63 Mr.Forensics's post

apa mentibang tu?
maaf saya tak tahu tu..

nak tahu juga ni --
ada gambar?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2007 09:16 AM | Show all posts
Sabah park to go wild over endangered animals
By : Jaswinder Kaur


KOTA KINABALU: A new wildlife park in Sabah will become a site for the captive breeding of endangered animals such as the Sumatran rhinoceros.

Sabah Wildlife Department deputy director Laurentius Ambu said the Sumatran Rhinoceros Conservation Workshop, which ended on Friday, had pointed out the need to have captive breeding of the animal.

"Captive breeding could be done here at the Lok Kawi Wildlife Park."  There are between 35 and 50 rhinoceros in the state.

The park will also become a focal point for environmental education and research activities.

"This park will be used to create public awareness," Ambu said at a briefing for Tourism, Culture and Environment Minister Datuk Masidi Manjun at the park抯 open day yesterday.

"A second component of the park is the planting of indigenous tree species so that visitors can learn more about plants here. This effort is being undertaken by the Sabah Forestry Department."

He said other zoos and parks in the region had also started small and later became a big hit, such as the Singapore Zoological Garden.

He said the park had collected nearly RM400,000 in entry fees since its soft opening five months ago. About 95 per cent of visitors were Malaysians.

The 112ha park is located 25km from the city and has more than 1000 animal species.

Masidi urged the private sector, especially oil palm companies, to help the Sabah Wildlife Department, which requires more than RM2 million to run the park annually.

"Oil palm companies can adopt animals as part of their corporate responsibility. Hotels can also sponsor animals.

"I will talk to tour agents to include the park as part of the city tour."

Shangri-La抯 Rasa Ria Resort is the only organisation giving financial aid to the park by helping to maintain the orang utan area.

Meanwhile, the Sabah Wildlife Department has signed a memorandum of understanding with the Tokyo Zoological Park Society to work on the exchange of animals, staff and knowledge.

The department was represented by its director, Patrick Andau, while Tokyo Zoological Park Society chief director Yoshinobu Asa-kura signed on behalf of the society.

Masidi said for a start, the Japanese would send flamingos to the wildlife park.

"We hope these flamingos can breed and create juveniles which we will then send back to Japan."

--------------------------------------------------------------

this would be awesome -
nanti bila gi sabah  - mesti nak pergi LohKawi Wildlife Park ni!!

bila la lagi nak tengok binatang2 yang almost endangered tu ye -
kena support la sikit.....supaya depa terus dipelihara
dan tak akan extinct --
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2007 09:35 AM | Show all posts
satu species ikan purba yang dikatakan sudah pupus, coelachant ( sorry tak ingat spelling ) telah dijumpai di lautan kepulauan Maluku. Ikannya besar......yang herannya 2 kali orang yang sama yang menjumpainya.
Bila orang lain cuba nak cari tapi tak jumpa pulak. sekarang ni kerajaan Jepun akan bagi reward duit yang banyak kepada sesapa yang menjumpai ikan tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-7-2007 02:29 PM | Show all posts
Empat restoran diserbu


KLUANG: Empat restoran yang menawarkan makanan haiwan eksotik, termasuk kepada pelanggan dari negara jiran, diserbu Unit Jenayah Hidupan Liar dan Penguatkuasa Perhilitan dalam Operasi Restoran di sini, malam kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira jam 9 malam itu, 28 anggota Perhilitan dari Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor memeriksa 10 restoran di sekitar Kahang sebelum mendapati empat melanggar Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972.

Timbalan Pengarah Ibu Pejabat Perhilitan, Celesloriano Razond, berkata bertindak atas aduan orang ramai, pihaknya dengan kerjasama anggota negeri lain melakukan risikan dan mendapati hanya empat restoran melakukan kesalahan, manakala enam lagi dipercayai kehabisan stok.

Beliau berkata, restoran pertama yang diserbu berjaya merampas 287 kilogram disyaki biawak air dan biawak tikus membabitkan dua tangkapan iaitu seorang lelaki dan wanita berusia 37 tahun serta 40-an.
Reply

Use magic Report

gabanzack This user has been deleted
Post time 8-7-2007 03:12 PM | Show all posts
Originally posted by myseba2u at 8-7-2007 09:35 AM
satu species ikan purba yang dikatakan sudah pupus, coelachant ( sorry tak ingat spelling ) telah dijumpai di lautan kepulauan Maluku. Ikannya besar......yang herannya 2 kali orang yang sam ...


1938(December 23) Discovery of the first modern coelacanth 30 km SW of East London, South Africa.
1952(December 21) Second specimen identified in the Comoros. Since then more than 200 have been caught around the islands.
1988First photographs of coelacanths in their natural habitat, by Hans Fricke off Grand Comore.
1991First coelacanth identified near Mozambique, 24 km offshore NE of Quelimane.
1995First recorded coelacanth on Madagascar, 30 km S of Tul閍r.
1997(September 18) New species of coelacanth found in Indonesia.
2000A group found by divers off Sodwana Bay, South Africa.
2001A group found off the coast of Kenya.
2003First coelacanth caught by fisherman in Tanzania. Within the year, 22 were caught in total.
2004Canadian researcher William Sommers captured the largest recorded specimen of coelacanth off the coast of Madagascar.
2007(May 19) Indonesian fisherman Justinus Lahama caught a 4 feetlong,112 pound coelacanth off Sulawesi Island near Bunaken NationalMarine Park that survived for 17 hours in a quarantined pool.[7]


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-7-2007 03:17 PM | Show all posts

Reply #68 gabanzack's post

zack boleh la claimkan reward tu -
tak nak cari ke --
eh muka dia ni macam ikan merah yang mak kita
selalu masak tu kan...

ishh tapi bahagian belakang dia macam lain lak..
strange looking a bit --
Reply

Use magic Report

gabanzack This user has been deleted
Post time 8-7-2007 03:20 PM | Show all posts
Originally posted by dexa at 8-7-2007 03:17 PM
zack boleh la claimkan reward tu -
tak nak cari ke --
eh muka dia ni macam ikan merah yang mak kita
selalu masak tu kan...

ishh tapi bahagian belakang dia macam lain lak..
strange looking  ...










http://www.cnn.com/TECH/science/9809/23/living.fossil/index.html

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2007 03:26 PM | Show all posts

Reply #70 gabanzack's post

holy smoke! -
tengok warna dia .........
macam kehitam hitaman gitu....

thanks for sharing this piece --
son of a gun!! thats a big fish hey!! --

so, dia ni kira hampir extinct and not
many can be found in the ocean, eh...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2007 06:52 PM | Show all posts


yang indonesian dapat tangkap tu macam nilah rupanya, warna itam . Gambar yang kat atas tu macam kekuning2an sikit.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2007 11:36 PM | Show all posts
ICU: Pelihara anak Orang Utan daripada pupus
09-07-2007
Oleh NURUL HALAWATI AZHARI  

DILAYAN bagai anak kecil, cukup masa disusui, makan minumnya juga bersukat. Malah bertambah comel apabila dipakaikan lampin pakai buang.

Tidur pula di dalam bilik kecil lengkap dengan katil bayi umpama wad pediatrik di sebuah hospital. Apatah lagi bila disediakan seorang penjaga, tentulah bertambah manja dan jinak layaknya.

Demikian istimewanya layanan yang diperoleh anak-anak Orang Utan spesies Borneo (Pongo Pygmaeus) yang ditempatkan di Unit Penjagaan Anak Orang Utan atau lebih dikenali sebagai 'Infant Unit Care' (ICU).

ICU tersebut diwujudkan pada 2004 sejajar dengan penumpuan Bukit Merah Lake Town Resort (BMLR) mewujudkan Pulau Orang Utan di tengah-tengah Tasik Bukit Merah. Tujuannya adalah untuk menjalankan penyelidikan dan pendidikan mengenai spesies yang kian terancam ini.

Apa yang membanggakan, resort itu adalah perintis dalam penubuhan ICU tersebut. Ini berikutan kejayaan pembiakan Orang Utan di pulau berkenaan dengan purata tiga hingga empat ekor anak Orang Utan setahun.

DIASINGKAN SEJAK LAHIR

Menurut Pengurus Perhubungan Awam resort berkenaan, Aileen Tan Wan Min, anak-anak Orang Utan yang dilahirkan di pulau itu terpaksa diasingkan daripada ibunya bagi memastikan keselamatannya.

Kebanyakannya mengalami beberapa masalah seperti tidak dipedulikan ibu, tidak disusui dan berat badan yang tidak bertambah. Ada juga yang mendapat cirit-birit hingga membahayakan nyawa.

"Jika tidak diasingkan, kita bimbang anak-anak Orang Utan tersebut akan mati.

"Di unit rawatan itu, mereka dirawat dan dijaga serta perhatian yang sewajarnya diberikan mengikut peringkat-peringkat yang telah disusun sehinggalah berusia empat tahun dan boleh dilepaskan bebas di pulau ini seperti Orang Utan dewasa yang lain," jelas Tan.

Di sini, penjagaan 'vital sign' (oksigen dalam darah, tekanan dan denyutan nadi), pemakanan (susuan mengikut waktu dan pelan pemakanan yang seimbang termasuk vitamin) diawasi.

Jika mereka mengalami cirit-birit, lampin akan dipakaikan dan ditukar malah kebersihan mereka dilap dengan Dettol setiap pagi, katanya sambil menambah purata tidur mereka (1522 jam) turut diperhati dan timbangan berat badan serta najis (untuk ujian fecal) turut diperiksa.

Penjagaan adalah sepanjang 24 jam di bawah seliaan seorang Doktor Veterinar Residen, Dr Sabapathy yang dibantu oleh beberapa orang kakitangan veterinar yang terlatih.

Tan berkata ICU dan Pulau Orang Utan tersebut turut menerima kehadiran para penyelidik yang berminat menjalankan kerjasama dengan resort itu mengenai haiwan ini sama ada mengenai habitatnya, tingkah laku sosial Orang Utan, bayi Orang Utan dan hal-hal lain yang berkaitan.

TIGA RUANG UTAMA

ICU tersebut mempunyai tiga bahagian iaitu Bilik Rawatan, Bilik Penyembuhan dan Unit Pembangunan dan Perkembangan.

Bilik Rawatan dilengkapi kemudahan yang diperlukan supaya rawatan rutin, diagnosis klinikal dan rawatan boleh dilakukan oleh kakitangan veterinar. Ini bertujuan memastikan tahap kesihatan Orang Utan berada pada tahap terbaik.

Bilik Penyembuhan pula digunakan sebagai bilik untuk rawatan, pemberian ubat dan pemantauan oleh doktor veterinar residen. Juga sebagai tempat untuk anak Orang Utan berehat.

Unit Pembangunan dan Perkembangan yang juga sebahagian daripada ICU ditubuhkan khas untuk memberi latihan kepada anak Orang Utan.

Di sinilah mereka dapat mempelajari kemahiran asas yang diperlukan untuk terus hidup dalam habitat asal. Langkah pertama bagi memperkenal serta menyesuaikan anak-anak Orang Utan tentang cara hidup di dalam hutan. Peralatan latihan seperti tali dan bahan-bahan lain turut disediakan.

BELAJAR HIDUP DI HUTAN

Melihat Adam dan Sonia, 4, sedang bergayut-gayutan dari dahan ke dahan boleh membuatkan kita asyik dan terleka. Sonia leka mematah-matahkan pucuk pokok di dahan paling tinggi, manakala Adam pula tangkas memanjat bahu menyertai Sonia.

Aksi kedua-duanya terhenti seketika apabila menyedari ada mata yang sedang memerhati lagak mereka.

Kedua-dua Orang Utan ini adalah anak Orang Utan pertama yang dilahirkan di sini. Adam dan Sonia telahpun melalui setiap peringkat latihan yang disediakan di ICU.

Menurut Tan, sewaktu dilahirkan empat tahun yang lalu, kedua-duanya menghadapi masalah tidak cukup zat dan diabaikan oleh ibu masing-masing. Tetapi setelah mendapat jagaan rapi, Adam dan Sonia membesar dengan aktif dan sihat.

Kini, keduaduanya sedang menjalani latihan fasa akhir sebelum dilepaskan hidup bersama-sama Orang Utan dewasa.

Adam dan Sonia telahpun belajar cara hidup habitat semulajadinya iaitu memanjat, mencari sumber air, mencari makanan, membina sarang dan bergayut.

Selain Adam dan Sonia, ada juga Carlos dan Paulina yang baru mencecah tiga tahun. Manakala Malik dan Ilyas pula berusia dua tahun setengah dan kini sedang menjalani latihan penyesuaian diri di tahap empat.

Ilyas dan Malik masih lagi malu-malu dengan kunjungan orang ramai. Sedang asyik bergayut, kedua-duanya segera melompat ke dalam pelukan petugas yang menjaganya apabila dihampiri pengunjung.

Sesekali, aksi lucu Ilyas mencuit hati apabila menarik baju penjaganya seolah-olah mahu masuk menyorokkan wajahnya ke dalam uniform petugas tersebut.

PULAU ORANG UTAN
Di bawah 'The World Conservation Union' (IUCN), Orang Utan disenaraikan sebagai haiwan yang diancam kepupusan tahap kritikal. Manakala 'The World Wide Fund For Nature (WWF) pula menganggarkan hanya terdapat kirakira 3000 ekor Orang Utan Borneo di seluruh dunia.

Haiwan ini nampak seperti lemah dan lembap. Tetapi awas! Jangan pandang rendah kepada Orang Utan. Banyak kajian yang dijalankan terhadap spesies haiwan yang semakin pupus ini membuktikan Orang Utan adalah haiwan yang bijak. Malah mempunyai lebih 97 peratus DNA manusia.

Misalnya Mike, Orang Utan dominan di pulau tersebut yang telahpun berusia 25 tahun. Mike memiliki 'cheekpacks'(pipi yang ditumbuhi bonjol yang melengkung ke arah luar) dan tumbuh secara semulajadi akibat perubahan hormon.

Di dalam satu kelompok Orang Utan, hanya terdapat seekor sahaja Orang Utan dominan. Dengan berat badan 80 kg, berbulu badan yang panjang berjurai keperangperangan, Mike nampak gagah dan 'dihormati' oleh Orang Utan lain.

Namun, Mike tetap seperti biasa. Bersikap selamba bergerak perlahan-lahan sambil ralit mengutip kuaci dan buah-buahan lain yang diletakkan di sekitar kawasannya.

Sedikitpun tidak menghiraukan pengunjung yang memanggil-manggil namanya. Cuma sesekali kepalanya diangkat menatap pengunjung yang jaraknya tidak pun sampai lima meter darinya.

Pengunjung akan berjalan di dalam sangkar (terowong) sepanjang 500 meter menyusuri kawasan tersebut. Seolah-olah pengunjung pula bagaikan barang yang dipamerkan untuk tatapan setiap Orang Utan di situ.

Bagi mereka yang berminat melihat Orang Utan dan aktiviti haiwan ini dengan lebih dekat, kunjungan ke Bukit Merah Lake Town Resort memang berbaloi.

Pakejnya hanya bernilai RM15RM19. Dari jeti utama resort, pengunjung akan dibawa menaiki bot selama 10 minit untuk ke pulau ini.

Pulau Orang Utan yang sebelumnya dikenali sebagai Pulau Panjang ini meliputi kawasan seluas 14 hektar. Daripada itu, dua hektar dijadikan tempat pemuliharaan Orang Utan Borneo yang dibiarkan bebas bergerak di seluruh kawasan terbabit.
Menurut Tan, sejak diwujudkan empat tahun yang lalu, pulau ini telahpun memiliki 22 ekor Orang Utan termasuk 10 ekor yang dilahirkan di sini.
Bagaimanapun, Mei lalu, dua daripadanya telahpun dipulangkan kepada Jabatan Perhutanan Sarawak, iaitu BJ (Orang Utan jantan berusia 17 tahun) dan Jerangkong (Orang Utan betina berusia 23 tahun).

Dengan adanya projek yang ditaja sepenuhnya oleh Yayasan Emkay ini, adalah diharapkan usaha memulihara serta membiakkan spesies haiwan terancam ini turut sama menggalakkan penyertaan badanbadan korporat lain ke arah pemuliharaan dan penjagaan hidupan liar di Malaysia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2007 06:04 AM | Show all posts
Perhilitan rampas 900 ekor kera, tahan empat lelaki
09-07-2007

KLUANG: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor merampas 900 ekor kera yang mahu diseludup ke China dan Belanda dari sebuah ladang di Pontian dua hari lepas dan menahan empat lelaki termasuk seorang warga Indonesia.


Timbalan Pengarahnya Celescoriano Razond berkata lebih 100 ekor bangkai haiwan itu turut ditemui di ladang terbabit dalam serbuan itu.

"Kami mempercayai kera itu mahu diseludup ke China untuk dijadikan hidangan makanan, manakala kera yang akan diseludup ke Belanda adalah untuk dijadikan bahan ujikaji makmal," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya kera itu dipercayai ditangkap di hutan di Pahang dan Johor dengan sindiket itu dipercayai mengupah Orang Asli untuk menangkap haiwan itu, sebelum dikumpulkan dan diseludup ke luar negara menggunakan jalan darat atau jalan laut.

Beliau berkata harga pasaran dalam negara bagi seekor kera dianggarkan antara RM50 hingga RM80, tetapi nilai tersebut melambung berlipat ganda kepada antara RM300 hingga RM400 seekor di pasaran luar negara.

Katanya, hidangan otak kera digemari segelintir penduduk luar negara terutamanya di China kerana ia kononnya mengandungi bahanbahan yang boleh menguatkan tenaga syahwat lelaki.

Beliau berkata rampasan kera tersebut yang dianggarkan bernilai RM50,000 di pasaran haram merupakan kejayaan terbesar jabatan itu dalam membanteras aktiviti penyeludupan kera liar setakat ini.

"Bagaimanapun aktiviti sindiket penyeludupan haiwan liar amat licik dan ia sememangnya amat sukar untuk dikesan. Kita mengharapkan kerjasama daripada orang ramai untuk menyalurkan maklumat," katanya.

Celescoriano berkata tiga lelaki tempatan itu telah dihadapkan ke mahkamah dan masing-masing dibebaskan dengan ikat jamin RM2,000 sementara menunggu perbicaraan mengikut Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 yang membawa hukuman denda dan penjara atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Lelaki warga Indonesia itu pula katanya akan diserahkan kepada polis kerana tempoh pas lawatannya telah tamat.

Katanya kera yang dirampas itu akan dilepaskan ke satu daripada kawasan lindungan Perhilitan

=================================

memang selalu dengar orang suka makan otak kera
terutama kat china tu...
kat china ni semuanya yang pelik pelik menaikkan syahwat depa -
penis harimau la, tenggiling la --  apa2 yang mereka rasa orang lain
tak makan  yang tu jugak yang dibelasahnya --
tak taulah pulak kalau ada forum members yang memang
gemar otak kera or penis harimau buat soup tu -- isshh  
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2007 08:36 AM | Show all posts
pasal org utan ni aku tak nak kata apa2 lagi
tapi kalau pasal kera monyet nih aduh
ada beberapa tempat/kampung sampai tak bole nak buat apa
asik nak kawal tanaman...
ada setengah tu sampai masuk dlm rumah..abis barang2 bahaya da la satu
so pd aku nak pelihara/jaga binatang bole tapi da terlamapu banyak
jadi beban pd manusia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2007 11:23 PM | Show all posts
Doing a 慏olly
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2007 11:34 PM | Show all posts
Originally posted by dexa at 12-7-2007 11:23 PM

Cloning is the technique of producing a genetically identical copy of an organism. The first adult mammal cloned was a sheep named Dolly in 1997.

...




Dolly ni ker yang kena clon? Tapi dia manusia dan bukan kambing
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2007 11:40 PM | Show all posts

Reply #1 dexa's post

masa kiamat nanti semua ikut pupus lol no difference kiamat udah dekat...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2007 12:36 PM | Show all posts

Reply #77 Ayun_Maiden's post


ayun ni mula la post mengarut tu!! --
kita tulis sheep named dolly yang kena clone tu
dia dok sibuk dengan dolly parton lak!
cheh  !  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2007 12:38 PM | Show all posts
Turtle 憇ignals
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 11:43 AM GMT+8 , Processed in 0.077173 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list