CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: amazed

The Incredible Hulk (Summer/June 2008)

[Copy link]
Post time 13-6-2008 11:09 PM | Show all posts
wahhh...ada harapan aku tgk nih...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2008 11:24 PM | Show all posts
Originally posted by kaiunderground at 13-6-2008 10:36 PM



pstt...
mase ending diek Tony Stark munculkan diri...



yup -
tu yang saya rasa  macam foreboding aje, eh --

kalau memang ada iron man vs incredible would be
fantastic, eh...  
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2008 11:25 AM | Show all posts

Reply #60 kaiunderground's post

bukan ending jek
suma senjata dalam cita hulk tuh made by stark industries

cryogenic tank pon stark yang buat
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2008 03:39 PM | Show all posts
best giler.. tgklah
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2008 12:21 AM | Show all posts
shiok spjg masa aksi je....

aku suka la view dia...kat brazil tu...kat rio rupanya...x sangka rumah dorang cam tu..tertenggek kat celah bukit...bersusun...

dan univ kat virginia pun cantik....teringin sangat nak pi US
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2008 01:31 AM | Show all posts
dah tgk tadi....... best tul...
start smpi end.... best je....
aaahhhaa, sapa tak tgk gi arr tgk tak rugi...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-6-2008 01:48 AM | Show all posts
Nak tgk malam Isnin ni...

Liv Tyler
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2008 02:26 AM | Show all posts
lg besh dr 1st m0vie kew?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-6-2008 11:29 AM | Show all posts
Originally posted by harisbee at 15-6-2008 12:21 AM
shiok spjg masa aksi je....

aku suka la view dia...kat brazil tu...kat rio rupanya...x sangka rumah dorang cam tu..tertenggek kat celah bukit...bersusun...

dan univ kat virginia pun cantik. ...



aku dah tengok last nite   mmg best!!    btw kat rio mmg rumah camtu..   kawan aku tinggal kat rio.. mmg terlalu sesak... drebar kat brazil lagi gila  dari m'sia ...

aku bajet  citer ni box office giler2...  lagi best dari  yang 2003 tu!! :victory:
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2008 12:04 PM | Show all posts

Hijau hidup Norton





Edward Norton masih turun naik tren untuk bertukar destinasi dan memberi gambaran bahawa dia akan mengalami sakit jantung jika tidak berbuat demikian.

Ia satu pernyataan merendah diri dan selesa dengan rutin kehidupan lampaunya. Anak kepada guru bahasa Inggeris dan peguam alam sekitar ini masih berpijak di bumi nyata walau mungkin wangnya sudah mampu membuatkan dia lupa akan dunia.

Dia digambarkan memiliki bakat yang unik yakni mampu berubah kepada sesuatu yang luar biasa.

Itulah kriteria yang menjadikan seorang Edward Norton berubah menjadi Bruce Banner dan kemudian bertukar hijau menjadi seorang Hulk! Dialah hero yang memiliki kualiti pemikiran dan kejujuran emosi yang tinggi.

Edward Norton, 39, yang mesra dikenali sebagai Ed memiliki segalanya untuk bergelar hero dan dia kekal menjaga imejnya dengan bersih dan dikenali melalui kerjayanya yang mengagumkan.

Cuma kebelakangan ini portfolionya tercemar akibat filem yang menggambarkan dia sebagai hero berwarna hijau, The Incredible Hulk.





Bertukar besar bila marah

Ed sememangnya peminat komik The Incredible Hulk dan merupakan pengikut setia perkembangan hero bertubuh besar dan hijau tersebut.

Jadi pastinya dia tergamam tatkala diserahkan watak Bruce Banner, lelaki yang bertukar menjadi besar apabila marah.

Ed menerima karakter besar ini dan membuatkan dirinya berada dalam kajian Hulk selama tiga bulan. Bukan itu sahaja, Ed turut bertindak sebagai salah seorang penulis skrip yang membayangkan Hulk dalam versi visual baru.

Karakter hero sudah di tangan dan itu pasti, tetapi dia terlepas satu status lagi apabila berbalah dan berbeza idea dengan pihak penerbit komik Marvel.

Nama Ed nyata dibuang sebagai penulis skrip filem tersebut. Yang tinggal nama tunggal - Zak Penn yang pada awalnya mengalami stres untuk menyiapkan skrip filem yang ditunggu-tunggu ini.

Sekadar menunjukkan rasa marahnya, dia sengaja tidak menghadiri promosi awal filem terbarunya ini. Bak kata penulis komik siri The Incredible Hulk sebelum ini: "Bruce Banner adalah lelaki yang dalam pelarian dan berubah menjadi Hulk kerana marah.

"Ia seakan satu metafora bagi satu kehidupan nyata. Bagi yang mengalami 'kesakitan' dalaman yang anda simpan di dalam dan kemudiannya meletup keluar dari diri anda."

Dan nampaknya badi Hulk melekat dengan peribadi Ed. Dia 'meletup' apabila kredibiliti dan percubaannya memberi idea tentang Hulk ditentang.

Namun pengarah filem ini, Louis Letterier menyifatkan bahawa peranan wartawanlah yang menyebabkan masalah Ed dan Marvel menjadi besar.

Dan Liv Tyler yang menjadi kekasih Ed dalam filem bajet besar ini bersetuju untuk bercakap bagi pihak 'kekasihnya'.

Katanya, puncanya ialah apabila Ed tidak bersetuju dengan cara edit Marvel mahu memaparkan teaser awal filem ini. Ed kemudian muncul dengan satu kenyataan bahawa setiap promosi filem tidak perlu ditonjolkan pendedahan yang terlalu banyak kerana ia akan menghilangkan magis filem itu.

Namun segalanya sudah terurai apabila Ed muncul pada tayangan premier filem ini di Universal Studio, Hollywood. Nampaknya, 'Hulk' boleh sejuk hatinya.



Cinta dalam hati


Dia digambarkan sebagai seorang yang pemalu media. Perasaan cintanya hanya dua kali digembar-gemburkan secara besar-besaran. Terhadap penyanyi yang pernah mengahwini Kurt Cobain, si Courtney Love dan pelakon berbadan seksi dan menggiurkan, Salma Hayek.

Selepas itu, cinta dan ceritanya senyap kerana dia lebih selesa mengetengahkan apa yang sedang dilakonkan.

Siapalah agaknya yang tidak jatuh hati tatkala melihat gagahnya Ed melakonkan watak Derek Vinyard dalam American History X dan setianya sang pria ini terhadap kekasihnya dalam The Incredible Hulk.

Malah Love pernah berkata dia agak menyesal kerana tidak mengahwini Ed. "Meninggalkan Ed yang merupakan seorang lelaki yang baik dan menawan adalah sesuatu yang merugikan," jelas Love yang pernah dirayu Ed untuk memasuki pusat pemulihan.



Namun ceritera cintanya terus disimpan hingga akhirnya dia selesa memilih seorang yang berada di balik layar. Gadis yang bernama Shauna Robertson yang merupakan produser filem adalah anak kelahiran Kanada.

Pasangan ini bertemu dan bercinta sejak tahun 1996 hingga kini. Mereka bercinta dengan tenang dan mempunyai pemahaman yang sama tentang dunia mereka - dunia cinta dan filem.

Aktivis alam sekitar

Hijau membawa makna besar dalam kehidupan lelaki ini. Yang dilihat dunia adalah pertukaran fizikal hijau ketika berubah menjadi Hulk dan yang dibuatnya untuk dunia adalah menjaga kehijauan alam ini.

Ed adalah penyokong kuat untuk penjagaan alam sekitar serta menyertai projek solar. Dia mengeluarkan banyak tenaga dan wang untuk aktiviti sosiol yang termasuk meningkatkan kualiti kehidupan komuniti berpendapatan rendah.

Bagi menunjukkan kesungguhannya memulihara alam serta mewarisi kesedaran yang ada dalam diri bapanya, Ed muncul dalam rancangan Strange Days on Planet Earth, sebuah rancangan oleh National Geographic.

Ed malah menjadi narator rancangan tersebut yang menyentuh perihal penangkapan ikan yang mampu memberi kesan kepada pemanasan global dan pupusnya kehidupan di rimba.

Pesannya dalam nada yang tegas: "Orang sentiasa bertanya apakah yang dapat mereka buat untuk membantu. Saya katakan mulakan dengan menghentikan pengunaan beg plastik.

"Beg plastik merupakan benda paling bodoh yang wujud dan mengganggu kehidupan alam."

-----------------------------------------------------------------------------------------------

gosh .. what a handsome guy... suka tengok muka dia... kacak sangat.. -
besides - memang dia ni talented... dan
environment activist... saya minat edward norton ni dah lama dah
even before history X lagi.. ada few flim sebelum tu lagi (lupa dah apa dia)

-- setuju sangat dengan kenyataan edward tentang penggunaan plastic bag tu -
sama2 jaga alam sekitar ni ... kurangkan guna plastic bag --

re: incredible hulk - he's incredible in that move - great acting - in fact saya rasa
dia lebih berjaya bawa watak bruce banner tu compare to eric bana -
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2008 12:11 PM | Show all posts
aku suka dua2 filem hulk.
tak tau nak pilih mana better. tp dr segi komersiol, mmg hulk yg baru ni menang la.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2008 12:57 PM | Show all posts
Originally posted by sayangidaku at 15-6-2008 12:11 PM
aku suka dua2 filem hulk.
tak tau nak pilih mana better. tp dr segi komersiol, mmg hulk yg baru ni menang la.



not sure about commercial tu - sebab rasanya hulk 2003 pun besar2an gak -
cuma memang first day aje  yang havoc - pastu  terus menjunam  sebab
flim tu macam... i dunno  ada lack of something  - chemistry ke.. or  jalan cerita tu
sendiri ... yang paling saya tak leh terima hulk dok lompat2 jauh camtu -
but then as you said - comic dia camtu..  -

anyway - gonna check this weekend punya sales - rasanya mesti booming -

edward norton tu - memang excellent dalam hulk ni -
pastu .. handsome sangat -- .. eh -
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2008 01:55 PM | Show all posts
Originally posted by harisbee at 15-6-2008 12:21 AM
shiok spjg masa aksi je....

aku suka la view dia...kat brazil tu...kat rio rupanya...x sangka rumah dorang cam tu..tertenggek kat celah bukit...bersusun...

dan univ kat virginia pun cantik. ...

haahkan..seram giler tgk umah diorg bertenggek2
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2008 03:02 PM | Show all posts
Hulk kali ne aku rase lagi bes dari hulk yg ang lee buat. muke hulk dulu tu comel sgt la. yg kali ni muke baru nmpk brutal. baru bes.pastu hulk yg ne lagi smart ngan hensem. aku tak ske hulk ang lee sbb die nak buat cam komik stail. amek gamba ltk sket2 kat dlm crite. pening gile aku tgk. kalo komik boley la buat camtu. pastu kalo tgk die punyer muzik latar, layu jer. cam tak hidup jer citer hulk tu. aku lagi prefer edward norton jadi hulk daripada eric bana.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2008 08:52 PM | Show all posts
rasanya bukan hulk lawan iron man tapi hulk dan iron man gabung tubuhkan the evengers
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2008 09:28 PM | Show all posts

Reply #75 sekngucing's post

yeah. btol 2. hulk ngan iron man mmg bekerjasama. tapi aku tak ingat pasal pe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2008 09:56 PM | Show all posts
memang best la citer the incredible hulk nih..tak rugi beli tiket and tengok.

si tony stark (iron man) memang plan nak kumpulkan superhero untuk tubuhkan avengers coz dia dah setuju pelawaan S.H.I.E.L.D tu kan
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2008 09:59 PM | Show all posts

Reply #77 Maxx's post

yeah. agak2 la, sape lagi superhero yg ade eh?
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2008 09:44 AM | Show all posts
apa ler korang ni spoil ending
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2008 12:08 PM | Show all posts
Dah Tengok......Wow best betul! Rating 5/5.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 182236 Replies : 4110
Minyak Diesel naik bermula Isnin. Tiada subsidi lagi
kanam316Minyak Diesel naik bermula Isnin. Tiada
Views : 11027 Replies : 155
HATI-HATI DENGAN ORANG INI
hayrin86HATI-HATI DENGAN ORANG INI
Views : 26248 Replies : 164
Suri rumah tanam padi dalam pasu tarik perhatian Tengku Ampuan Pahang
ultra78Suri rumah tanam padi dalam pasu tarik p
Views : 2137 Replies : 8
Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Tinot7Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Views : 5904 Replies : 43
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 22720 Replies : 131
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 73572 Replies : 2956
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103368 Replies : 2877
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 40184 Replies : 245
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 7781 Replies : 82

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 07:00 PM GMT+8 , Processed in 0.209855 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list