CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: azwalissa

ALYA NAFI JUAL TUBUH - Siapa makeup artis yg melahar Alya?

[Copy link]
Post time 18-3-2010 09:49 PM | Show all posts
musti makeup retis tuh org susah.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2010 09:49 PM | Show all posts
musti makeup retis tuh org susah.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2010 10:38 PM | Show all posts
Post Last Edit by bayieng at 18-3-2010 22:48

hmmm nantikan aje stetmen versi mekap artis tu kat paper hari ahad ni utk bg his side punye cite psl kes mekap ni. and perhaps psl konon memfitnah ni

aku tanak menyeblahi sapa2 tp sedih la bila jd camni.

aku saspek ade org ketiga yg jd batu api dan tukang cucuk ni tu smp mende ni jd besar
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2010 10:25 AM | Show all posts
hmm..law bapok mmg mcm tuhhmulut mgalahkn kaum permpuan....aku rase mcm nk pijak jer bapok2 nihh...sume mcm sial.dh elok2 lelaki nk jd prmpuan.pastu law tye npe jd mcm tu..msti dy jwab nk salah kn tkdir..apada ko manusia bkn binatng..pndai2 la pikir.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2010 10:34 AM | Show all posts
sabarlah alyah yerk
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2010 10:37 AM | Show all posts
Nama mekap artes tuh Yam Yam Kulup Ludin.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2010 11:07 AM | Show all posts
kesiannya...kebenaran akan terbukti jua...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2010 11:50 AM | Show all posts
ko pecaya bulat-bulat ke ni fitnah...tah tah makeup artis tu cakap betul..kan leh pecaya artis ni..banyak yg buat keja sial tapi lagak baik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2010 12:52 PM | Show all posts
Nama mekap artes tuh Yam Yam Kulup Ludin.
itamrazali Post at 19-3-2010 10:37

nama apakah iniii
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2010 12:57 PM | Show all posts
makeup artis tu pon sengkek agaknye..setakat Rm250 pon kecoh sana sini
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2010 01:04 PM | Show all posts
ko pecaya bulat-bulat ke ni fitnah...tah tah makeup artis tu cakap betul..kan leh pecaya artis ni..banyak yg buat keja sial tapi lagak baik
enab22 Post at 19-3-2010 11:50

SETUJU! TIADA ANGIN TAKKAN POKOK SEGALA POKOK NAK BERGOYANG. FONDEN MEMG SEMU MULUT PUAKA, MASA DIA BAIK NGAN KITA KENA BERINGAT KALAU ADA DENDAM LARI TAK CUKUP TANAH NANTI... JGN MEMAIN NGAN FONDEN
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2010 01:06 PM | Show all posts
semestinya fonen yg mekapkan leha khenn..mudah sangat sentap jubot....
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2010 02:13 PM | Show all posts
makeup artis tu pon sengkek agaknye..setakat Rm250 pon kecoh sana sini
emiryn_darling Post at 19-3-2010 12:57 PM


hmmm ekcelikan to be fair to the make up artist....itu harga slps diskaun. harga original lg mahal.
erkkkkkkkkkk. tgu je la stetmen mekap artist ni ahad nnt
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2010 02:15 PM | Show all posts
semestinya fonen yg mekapkan leha khenn..mudah sangat sentap jubot....
mea Post at 19-3-2010 01:06 PM


mek akui dia cpt over react
tp leha pon sama over react gak. tp tatau la dh main ngan maruah ni. kawan baik pon leh jd gado
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2010 06:19 PM | Show all posts
itu lah namanya awak dh popular cik alyah oiii, dulu2 ada org nk citer pasal awak padahal awk juara bintang hmi 1999, program yg melahirkn diva ct............tp awk kena perbaiki nyanyian live awak... masa AJL dulu awk gagal sgt2.... masa final pun awk turunkn key lagu tu....
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2010 11:40 AM | Show all posts
Meh aku tenangkan ko alyah. Dan ko pulak mekap artis pondan, pegi dok penjara lelaki barang seminggu untuk mendapatkan keinsafan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2010 01:42 PM | Show all posts
klu ler betul sape yg fitnah tu, emmm.. kesian ler kat alyah
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2010 02:02 PM | Show all posts
ntah ape2 ntah make up artisnih
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 10:16 AM | Show all posts
Post Last Edit by bayieng at 22-3-2010 10:18

*to be fair to my fren famee the make up artist. aku ptt letak berita ni kt sini. aku tidak menyebelahi sapa2. just nak korang tau...it's not all famee's fault. aku percaya dgn sepnuh hati...ade org tgh yg jd tukang cucuk.

taken from Pancaindera/Mingguan Malaysia- 21/03/2010
Siapa benar, siapa salah?

Oleh NIEZAM ABDULLAH
Foto AMIN FARIJ HASAN



Juru solek artis, Famee Abdullah Radzi, 27, berang apabila timbul isu kononnya dia mengugut untuk menjatuhkan Alyah selepas penyanyi itu menamatkan khidmatnya sebagai juru solek untuk Anugerah Bintang Popular (ABP) pada 4 April depan.

Menurut Famee tidak timbul isu mengugut tetapi masalah yang berlaku berpunca apabila Alyah sendiri tidak bersikap professional dalam menjalankan tugas.

Sebelum ini ada laporan yang menyebut seorang juru solek mengugut untuk menjatuhkan Alyah.

Famee mendakwa, salah faham berlaku minggu lalu apabila pada mulanya dia dihubungi oleh seseorang menerusi satu panggilan telefon yang dia tidak kenali.

Famee tidak menjawab panggilan berkenaan kerana bimbang ia satu panggilan bertujuan untuk mengganggu.

Bagaimanapun beberapa hari selepas itu Famee ada menghubungi Alyah untuk bertanya mengenai beberapa urusan sebelum ABP itu berlangsung.

Katanya, dalam perbualan itu Alyah tidak menjelaskan yang dia sebenarnya sudah mempunyai juru solek lain untuk acara berkenaan.

"Semasa saya telefon Alyah dia tidak beritahu pun dia sudah ada mekap artis lain. Sebaliknya dia tanya saya ada atau tidak seorang perempuan menghubungi saya yang mahu meminta gambar berukuran pasport untuk dibuat pas masuk acara berkenaan.

"Saya pun cakaplah ada orang telefon daripada nombor yang tidak dikenali tapi saya tak angkat. Saya terkejut juga Alyah kata perempuan itu ialah pembantu peribadi (PA) dia yang bernama Suraya. Setahu saya selama ini orang lain bekerja sebagai pembantu peribadinya.

"Selepas itu terus saya berhubung dengan Suraya dan bertanya soal pass yang dimaksudkan itu. Malangnya kata Suraya, syarikat tidak memerlukan khidmat saya lagi untuk menyolek Alyah pada majlis berkenaan. Syarikat juga mahu membayar ganti rugi kepada saya.

"Alasan yang diberi, saya tidak diperlukan kerana gambar untuk buat pass itu tidak saya serahkan awal. Saya bertanya kepada Suraya kenapa dia tak hantar SMS? Dia jawab, memang itu salah dia," katanya.

Menurut Famee, dia agak kecewa kerana semasa berbual dengan Alyah, penyanyi yang popular dengan lagu Tak Mungkin Kerana Sayang itu tidak memberitahu hasrat hatinya untuk menggantikan khidmatnya dengan orang lain.

"Alyah cari saya"

Bercerita mengenai tawaran untuk berkhidmat dengan Alyah pada ABP itu kata Famee ia sebenarnya datang daripada Alyah sendiri.

Alyah membuat tawaran itu selepas kali pertama mereka bekerjasama untuk sesi fotografi dengan Majalah Hai tidak lama dulu.

"Dia tanya saya nak atau tidak jadi juru solek dia sempena ABP nanti? Saya kata tak kisah untuk bekerjasama dengan dia.

"Selepas itu hubungan kami baik. Nak keluar lepak-lepak atau minum bersama pun dia selalu hantar SMS kepada saya.

"Saya senang bekerja dengan dia. Tak ada masalah pun. Cuma yang saya kecewa apabila dia tamatkan kerja saya bukan dengan cara yang professional.

Saya tak kisah kalau dia bagi tahu saya awal-awal kerana saya boleh mencari peluang kerja lain tetapi apabila pada saat-saat akhir dia buat macam tu, tak eloklah," katanya.

Menurut Famee lagi gara-gara mengikat janji dengan Alyah itu, dia terpaksa menolak beberapa tawaran mengandam dan menjadi mekap artis selebriti lain gara-gara ingin memberi tumpuan sepenuhnya terhadap Alyah.

Gara-gara kejadian itu Famee merasakan dia teraniaya kerana ia turut menjejaskan pendapatannya sebagai juru solek bebas.

Kenapa tak minta maaf?

Kata Famee jika Alyah benar-benar bersalah penyanyi itu harus meminta maaf untuk menyelesaikan keadaan.

Yang dia kecewa Alyah ada menghantar mesej menerusi Facebook miliknya untuk mengambil tindakan saman.

"Kalau kita buat salah, kita mohon maaf dah cukup. Tak payah nak ugut untuk saman-menyaman," ujarnya.

Kata Famee dia membuat kenyataan ini bukan untuk mencari glamor tetapi untuk menegakkan haknya sebagai seorang mekap artis.

Ujarnya, jika seseorang itu berada pada tempatnya mungkin mereka akan merasakan kekecewaan serupa.

Famee juga turut menafikan kenyataan ini bertujuan menjatuhkan Alyah kerana jika dia mahu membunuh kerjaya penyanyi itu, sudah lama dia berbuat demikian.

Tapi isunya sekarang Alyah sewajarnya bertindak lebih bijak dalam menangani sesuatu perkara.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2010 11:34 AM | Show all posts
Lepas dia x ngam ngan fabulous cat dan riz, aku dah x brapa percaya dah kat minah ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 11:59 PM GMT+8 , Processed in 0.083111 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list