CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: achik2009

Shaheizy Sam ingin 12 orang anak

[Copy link]
Post time 17-5-2014 12:45 AM | Show all posts
sian putri wawa tu,smpi kesudah sam xngaku kapel
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2014 07:23 AM | Show all posts

Shaheizy Sam tunggu jodoh

SEDAR akan usianya yang semakin meningkat, aktor kacak Shaheizy Sam atau mesra disapa sebagai Sam mengakui dia mula serius memikirkan soal jodoh. Sementelah melihat rakan sebayanya yang telah dikurniakan anak atas perkahwinan mereka, Sam mengakui adakalanya hati terdetik rasa cemburu melihat kebahagiaan rumah tangga pasangan artis lain.
Sifatnya yang amat menyayangi kanak-kanak terutama tatkala melihat bayi comel telah mendorong jejaka berusia 32 tahun itu mula membayangi mahligai idamannya.
Sam mengakui akhir-akhir ini dia sering berdoa kepada Yang Maha Esa agar dipertemukan jodoh secepat mungkin dengan wanita yang terbaik.
Meskipun sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami dan ketua keluarga, Sam menafikan dia telah mempunyai kekasih hati ketika ini, jauh sekali calon isteri.
Dia lebih selesa mengambil langkah tunggu dan lihat siapakah wanita yang bakal menghuni ruang kosong di hatinya.
“Saya tahu pada umur begini, sepatutnya sudah mula mengorak langkah yang lebih matang dan serius dalam hal rumah tangga. Tapi, pada masa yang sama saya tidak mahu mendesak diri sendiri ke arah itu. Biarlah masa menentukan kerana jodoh itu tidak ke mana," katanya.
Sebagai seorang lelaki yang usianya sudah mencecah lebih 30 tahun, Sam mengakui dia semakin bimbang dalam keadaan keseorangan seperti sekarang.
Mana tidaknya, ditakdirkan masih menanti beberapa tahun lagi untuk berkahwin, risau pula akan muncul masalah lain kepada dirinya dan keluarga yang bakal dibina.
“Saya lelaki normal macam orang lain juga. Sudah tentu saya mengidamkan sebuah keluarga yang besar. Saya mahu ada isteri, ada anak-anak yang melengkapkan kehidupan kami.
&#147ada usia sekarang, dalam keadaan masih solo tanpa teman wanita, saya menjadi sangat takut. Saya takut bila berkahwin terlalu lambat dan anak-anak masih kecil ketika saya sudah jadi tua. Saya bimbang masa itu tidak mampu lagi menjaga keluarga dengan baik," katanya.
Bagaimanapun, Sam sangat percaya Yang Maha Esa mempunyai percaturan buat dirinya. Akan ada wanita yang hadir sebagai suri di hati, dan dia perlu menunggu kehadiran itu dengan penuh reda.
“Buat diri saya sendiri, saya bersedia jadi suami, jadi ayah kepada anak-anak. Bagaimanapun apabila Allah belum takdirkan jodoh saya sampai, saya reda. Saya juga bersyukur kerana mempunyai seorang ibu yang tidak pernah mendesak atau memaksa untuk saya segera mendirikan rumah tangga," katanya.
Tambah membahagiakan dirinya, ibunya juga tidak pernah masuk campur dalam soal siapa jodohnya dan dengan siapa dia berkawan ketika ini.
“Mummy sangat faham diri saya. Dia tidak pernah melarang atau mendesak saya berkahwin, tidak pernah memaksa saya.
“Selain tidak cerewet, Mummy juga begitu terbuka dalam hal jodoh anak-anak. Sesiapa yang bakal menjadi menantunya, dia akan terima dengan baik tanpa menetapkan kriteria-kriteria tertentu," jelas Sam ketika ditemui pada majlis memperkenalkannya sebagai duta produk perisa makanan Mahsuri, di Bangsar baru-baru ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20140513/hi_01/Shaheizy-Sam-tunggu-jodoh#ixzz31vLF8Pnx
© Utusan Melayu (M) Bhd

Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2014 07:30 AM | Show all posts
pttla bung dpt jadik menantu

Selain tidak cerewet, Mummy juga begitu terbuka dalam hal jodoh anak-anak. Sesiapa yang bakal menjadi menantunya, dia akan terima dengan baik tanpa menetapkan kriteria-kriteria tertentu," jelas Sam ketika ditemui pada majlis memperkenalkannya sebagai duta produk perisa makanan Mahsuri, di Bangsar baru-baru ini.


Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2014 09:52 AM | Show all posts
sendu dia ni...laku lagi ke?
film dia ngan fazura tu bila nak kuar? dah 2 tahun terperap
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2014 10:52 AM | Show all posts
nordin84 posted on 17-5-2014 07:30 AM
pttla bung dpt jadik menantu

Bung tu menantu lelaki.  Lagi pun bung tu siapa. Ikan siakap ikan kerisi, dimasak campur buah berangan, Walau dah daddy poketnya berisi, bermenantukan bung tiada halangan.    See the brand laa...  Tapi nak jadi menantu pompuan, girl has to be ready, beranak 12 mesti sudi, Offer is said dah ada tawaran, ayuhlah girls,  fikir-fikirkan.  


Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2014 11:12 AM | Show all posts
nordin84 posted on 17-5-2014 07:23 AM
Shaheizy Sam tunggu jodoh

SEDAR akan usianya yang semakin meningkat, aktor kacak Shaheizy Sam a ...

Kpd SS,

siang malam duduk menunggu, kabar bahagia bila nak tiba,
jodoh jangan ditunggu2, mengharapkah pergi mencari timba?

Banyak sungguh layang2, warna pelangi berseri coraknya
bulat tidak dtg bergolek, pipih tidak dtng melayang
tidak dipecahkan  ruyung, tiadalah mendapat akan sagunya



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-5-2014 11:18 AM | Show all posts
pernah jumpa dia ni kat petrol station..sangat cuteeeeeeeeeeeeeee....sangat friendly...senyummmm jerrr..siap gurau2 ngn budak2 counter tu...alahaiii..mak cairrrrrrrrrrrrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2014 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
nak kawin ramai letteww... 4bini, sorg beranak 3org, tercapai impian murni beliau nk ramaikan ummah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2014 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
sashin posted on 17-5-2014 11:18 AM
pernah jumpa dia ni kat petrol station..sangat cuteeeeeeeeeeeeeee....sangat friendly...senyummmm jer ...

Sam 1-1 nya artis yg dia senyum dulu bila juper kita... Retis lain bajet glamer..muka ketat jgn cerita..yg jln laju2 lari konon takut org kenal..pki cermin mata hitam sambil tutup muka..mcm2lah..mcmlah hadap sgt org nk amik gmbar dgn ko.. Sam rileks ja..jaln sambil senyum klu ada org bertentang mata dgn dia. Me pon xperasan tgh que nk byr sekali terpandang muka dia n dia terus senyum.. Me pon senyum balik..pastu baru perasan..eh shahizi sam..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2014 12:55 PM | Show all posts
mommymonster82 posted on 17-5-2014 12:50 PM
Sam 1-1 nya artis yg dia senyum dulu bila juper kita... Retis lain bajet glamer..muka ketat jgn ce ...

khennnnn...sangat cair hokehhhhh... kecik jer orang nya...but kereta dia....nangisssss
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2014 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
sashin posted on 17-5-2014 12:55 PM
khennnnn...sangat cair hokehhhhh... kecik jer orang nya...but kereta dia....nangisssss

Kenapa dgn kereta die
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2014 12:41 PM | Show all posts
beranak kembar la...xyah acap kali beranak..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2014 04:29 PM | Show all posts
jangan tau nak beranak ramai je..kena tau jugak nak menjaga anak2 yang ramai tu..kang semua tugas menjaga dan mendidik anak tu serah kat bini aje..dah lah bini pun jadik kilang membat anak..mampuih camtu
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2014 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh dumpang queen wannabe ke... X g makan2 nasik lemak lg?
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2014 04:49 PM | Show all posts
some forumer wonder why people adore him !!!
me too weii !!
ape yg best sgt mamat nie !! LOL

simple answer je..
die perah fans die wat keje..
undi ooooiii undi !! LOL
masuk lobang jamban angkat sendiri laa !! LOL
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2014 06:32 AM | Show all posts
lady_bonia posted on 17-5-2014 11:36 PM
Kenapa dgn kereta die

kreta dia sangat besaqqqq..BMW model apa ntah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2014 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
sashin posted on 24-5-2014 06:32 AM
kreta dia sangat besaqqqq..BMW model apa ntah

Owhhh..tu bukan yg die menang ABPBHke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 03:04 AM GMT+8 , Processed in 0.465118 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list