CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: R2D2

[Tempatan] Aidiladha 5 Oktober, Isnin cuti

[Copy link]
 Author| Post time 26-9-2014 11:03 AM | Show all posts
Hari wukuf 3 Oktober, Aidiladha disambut 4 Oktober di Arab Saudi

MAKKAH: Tahun ini, Hari Arafah atau juga dikenali Hari Wukuf iaitu kemuncak ibadat haji, ditetapkan pada 3 Oktober dan Aidiladha disambut pada hari berikutnya, demikian diumumkan Mahkamah Agung Arab Saudi.

Portal berita Arab News www.arabnews.com melaporkan pengumuman itu dibuat oleh Mahkamah Agung selepas beberapa individu melihat anak bulan Zulhijjah pada Rabu.

Mahkamah Agung juga mengumumkan Khamis adalah hari pertama Zulhijjah.

Hari Wukuf iaitu rukun haji, pada tahun ini akan menyaksikan perhimpunan lebih dua juta jemaah, termasuk 22,320 jemaah daripada Malaysia, di padang Arafah untuk berdoa dan memohon keampunan Allah SWT.

Arafah terletak kira-kira 22 kilometer dari Makkah.

Dikatakan sesiapa yang tidak berwukuf di Arafah tidak mendapat haji dan ini berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW iaitu 'Haji adalah Arafah.'

Di Arafah juga Nabi Muhammad SAW menyampaikan khutbahnya yang terkenal dengan nama Khutbah Perpisahan pada tahun terakhir hayatnya, dan ia juga menjadi tempat Nabi Adam dan Hawa bertemu selepas dikeluarkan daripada syurga Jannah dan ditempatkan di bumi.

Sementara itu, 93.89 peratus atau 20,957 jemaah haji dari Malaysia sudah tiba di tanah suci.

Hari ini, satu penerbangan iaitu KT60 tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah pada 5.30 pagi waktu tempatan (10.30 pagi di Malaysia) membawa 448 jemaah. Penerbangan yang membawa kumpulan jemaah haji terakhir dari Malaysia dijangka tiba Sabtu ini. - BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2014 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahun ni nak puasa sunat 9 zulhijjah hari jumaat ke sabtu?
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2014 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
ilacantik posted on 26-9-2014 01:19 PM
Tahun ni nak puasa sunat 9 zulhijjah hari jumaat ke sabtu?

Puasa sunat 9zulhijjah mestila sabtu.. Kalau pose sunat hari arafah mestilah jumaat.. Tapi islam tak bg puasa jumaat. Kene buat 2 hari. Jumaat n sabtu or khamis n jumaat.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2014 01:44 PM | Show all posts
25hb Okt tu Awal Muharram...kompeni iols dpt cuti ganti on monday 27hb tu...22hb eve of deepavali dpt halfday...yeay!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2014 10:43 PM | Show all posts
Penganut Hindu rai Deepavali pada 22 Oktober

KUALA LUMPUR: Bahagian Kabinet, Perlembagaan Dan Perhubungan antara Kerajaan di Jabatan Perdana Menteri mengumumkan penukaran tarikh sambutan Hari Deepavali yang akan disambut oleh penganut Hindu bertukar dari 23 Oktober ke 22 Oktober.

Kerajaan Persekutuan menerusi warta kerajaan yang bertarikh 6 December 2013 mengumumkan penukaran tarikh itu dibuat oleh Sri Maha Mariamman Temple Dhevasthanam berdasarkan kiraan kalendar Hindu ‘panjangam’.

Setiausaha kuil Itu menyatakan penukaran tarikh Deepavali tahun ini diputuskan selepas mendapat nasihat daripada pelbagai badan agama di India memandangkan kalendar Hindu berubah mengikut pergerakan planet.

Penganut Hindu menyambut Deepavali pada ‘Saturthasi Thidi’ iaitu hari ke-14 hari bulan ‘Iypasi’.

Sambutan Perayaan Deepavali bermula pada terbit fajar 22 Oktober dan berakhir pada terbit fajar keesokan harinya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2014 10:52 PM | Show all posts

Puasa sunat Arafah di Malaysia pada 4 Oktober

MAKKAH: Umat Islam di Malaysia disunatkan berpuasa pada 9 Zulhijjah 1435 Hijrah yang jatuh pada 4 Okt depan mengikut kalendar setempat, menurut pakar rujuk ibadah haji, Datuk Fadzil Awang.

Beliau berkata, umat Islam di Malaysia tidak perlu berpuasa sunat Arafah mengikut kalendar Arab Saudi yang menetapkan 9 Zulhijjah jatuh pada 3 Oktober.

Fadzil berkata demikian apabila diminta menjelaskan kekeliruan di kalangan sebilangan umat Islam mengenai tarikh puasa sunat Arafah sama ada perlu mengikut kalendar setempat atau kalendar Arab Saudi.

Beliau ditemui oleh media Malaysia semasa mengiringi Ketua Rombongan Haji Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman meninjau persiapan pusat perkhemahan jemaah haji Malaysia di Arafah, Mudzalifah dan Mina, serta menghadiri majlis bacaan Yasin dan doa selamat di Arafah.

Pada 24 September lalu, Mahkamah Agung Arab Saudi mengumumkan Hari Arafah atau juga dikenali Hari Wukuf, yang merupakan kemuncak ibadah haji, ditetapkan pada 3 Oktober dan Aidiladha disambut pada hari berikutnya berikutan beberapa individu melihat anak bulan Zulhijjah pada Rabu.

Mahkamah Agung itu juga mengumumkan Khamis adalah hari pertama Zulhijjah.

Di Malaysia, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan pada Rabu, umat Islam di negara itu akan menyambut Aidiladha pada 5 Oktober depan yang bersamaan 10 Zulhijjah, dan 1 Zulhijjah jatuh pada Jumaat (26 September).

Fadzil berkata, puasa sunat hari Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah, disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji, mempunyai ganjaran yang besar.

"Kelebihan berpuasa pada hari ini ialah ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang, berdasarkan hadis Nabi Muhammad," katanya.

Beliau berkata, jemaah haji tidak digalakkan berpuasa kerana pada masa itu adalah kemuncak ibadah haji, iaitu wukuf di Padang Arafah dan mereka memerlukan tenaga dan kekuatan untuk menumpukan kepada ibadah yang perlu mereka lakukan semasa wukuf.

"Jika berpuasa, dikhuatiri akan memberi kesan kepada tenaga mereka dan tidak dapat menjalankan ibadah dengan sebaik mungkin," katanya.

Fadzil mengingatkan jemaah haji supaya memaksimakan manfaat di Arafah dengan sebaik-baiknya semasa di Arafah dengan berdoa, beristighfar, berzikir dan membaca al-Quran, terutama surah Al-Haj.

Beliau berkata ada ulamak yang menggalakkan jemaah haji membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1,000 kali, kerana sesiapa yang berbuat demikian doanya akan dimakbulkan Allah.

Menyentuh mengenai hari wukuf di Arafah pada hari Jumaat yang dikatakan sebagai Haji Akbar iaitu haji besar, beliau berkata ada beberapa pandangan ulamak mengatakan hari wukuf itu adalah Haji Akbar.

Ada pula mengatakan Hari Raya Aidiladha itu Haji Akbar dan ada pula berpendapat bahawa wukuf pada hari Jumaat itu Haji Akbar memandangkan beberapa peristiwa besar yang berlaku pada wukuf hari Jumaat termasuk Nabi Muhammad menyampaikan khutbah Jumaat terakhirnya di Padang Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijrah.

Pada hari itu juga turunnya Surah Al-Maidah ayat 3 sesudah waktu Asar, katanya.

Fadzil berkata, jemaah haji perlu menggunakan masa wukuf itu dengan sebaiknya terutama wukuf kali ini pada hari Jumaat kerana dikatakan mempunyai ganjaran sebanyak 70 kali haji, apatah lagi berhadapan dengan cuaca yang panas dan berdebu.

- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-10-2014 05:22 AM | Show all posts
Salam Aidil Adha semua

Maaf Zahr Batin

jom reramai berpuasa pada 9 Zulhijjah

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2014 07:35 AM | Show all posts
mbhcsf posted on 3-10-2014 05:22 AM
Salam Aidil Adha semua

Maaf Zahr Batin

Hutang posa ramadhan yang baru lepas...dah settle lum?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2014 07:38 AM | Show all posts
crankshaft posted on 3-10-2014 07:35 AM
Hutang posa ramadhan yang baru lepas...dah settle lum?

Alhamdulillah. Awak puasalah hari 9 Zulhijjah tu bagus.

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2014 07:40 AM | Show all posts
mbhcsf posted on 3-10-2014 07:38 AM
Alhamdulillah. Awak puasalah hari 9 Zulhijjah tu bagus.

Nko aja nak posa...kecoh satu forum...

Hancusssssss
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2014 07:41 AM | Show all posts
crankshaft posted on 3-10-2014 07:40 AM
Nko aja nak posa...kecoh satu forum...

Hancusssssss

dalam agama sesiapa pun boleh nasihat ape. TT pun mengingatkan.

ok. assalamualaikum.

gotta work now.

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2014 07:42 AM | Show all posts
cutebaby5907 posted on 25-9-2014 07:36 AM
birthday iols..
yeayyyyy

hepi burfday
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2014 07:45 AM | Show all posts
mbhcsf posted on 3-10-2014 07:41 AM
dalam agama sesiapa pun boleh nasihat ape. TT pun mengingatkan.

ok. assalamualaikum.

Nasihat? Dalam konteks apa?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2014 08:35 AM | Show all posts
jalan dijangka sesak malam ni terutama menghala ke pantai timur
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 12:27 AM GMT+8 , Processed in 0.062104 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list