CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Abstrak Cinta Aku & Dia ~ (Forever Alone) : by Ilham Pena - February 2015

[Copy link]
Post time 6-3-2014 11:07 AM | Show all posts
errrr..mana zack ni...hal izzy dah settle....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2014 03:49 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 3-3-2014 09:40 AM
Pssttt Nay... nak tanya soklan agak bimbo sikit...huhuhu

Stamp kat depan tu sebenarnya untuk ap ...

Owh itu nay yang Stamp.... saja nak letak inikan karya original by nicki
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2014 08:38 AM | Show all posts
NaylaArisha posted on 8-3-2014 03:49 PM
Owh itu nay yang Stamp.... saja nak letak inikan karya original by nicki

Ah..okay. thanks
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2014 08:40 AM | Show all posts
Salam



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2014 08:57 AM | Show all posts
Episode 38

AVANI Sepang Goldcoast Resort

Senja. Jingga matahari hampir tenggelam sepenuhnya nun di arah barat. Angin laut bertiup agak kuat tapi tenang. Ombak tak jemu menghempas pantai. Panorama indah ciptaan yang maha Esa. Senja memang selalunya digambarkan lebih dramatik dari biasa. Tambahan pula, apabila senja di tepian pantai.

Aturcara majlis masih berjalan rancak.  

Zack berjalan perlahan melewati kawasan majlis. Telah ketinggalan acara memotong kek oleh pengantin. Ini kerana 15 minit sebelumnya, secara senyap-senyap Zack menyusup sebentar ke surau untuk menunaikan solat maghrib.

Bertemakan warna putih yang melambangkan ‘Suci’, tata rias dan hiasan di tepian pantai ini sudah tentunya berwarna putih. Adalah juga diselang-seli dengan warna perak dan hiasan bunga-bungaan merah dan kuning sebagai penyeri suasana.

Temanya adalah ‘Putih’. Maka tetamu yang dijemput hadir juga perlu berpakaian mengikut tema yang ditetapkan. Separa kasual tetapi perlu ada warna putih pada pakaian tak kiralah seluar, baju atau skirt. Demi menghormati permintaan pengantin, Zack juga hadir dengan berpakaian mengikut tema. Kemeja putih lengan panjang dipadankan dengan jeans biru. Ringkas. Yang penting, ikut tema.

Mujur saja temanya tidak mengarut maka Zack patuh tanpa banyak soal.

Majlis perkahwinan sudah terlalu biasa dalam hidupnya. Di Hotel Mayang Sari, dalam sebulan, sekurang-kurangnya ada tiga majlis perkahwinan pelbagai tema. Tapi, untuk julung kalinya, Zack menghadiri majlis perkahwinan di tepian pantai.  Memang menarik sehingga aura romantik itu terasa dalam hati.

Romantik? Sejak bila jiwangnya bertambah, tak tahulah.

Menurut Kate, memang impian Audrey sejak dulu lagi mahukan majlis perkahwinan di tepi pantai hingga sanggup berhabisan. Kini, impian tersebut terlaksana.

Bagaimana Audrey bertemu Andy? Kata Kate lagi, kisah cinta mereka biasa-biasa saja. Berkenalan secara tak sengaja di MPH Midvalley. Pertemuan demi pertemuan membuahkan cinta. Demi memikat si pujaan hati, Andy sanggup berpura-pura sakit dan ke hospital hampir setiap hari hanya untuk bertemu Audrey.

Biasa saja bukan? Namun bagi pasangan bercinta, yang biasa-biasa itulah menjadi memori indah untuk seumur hidup.
Last edited by Nicki_Meow on 23-3-2014 04:12 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2014 09:06 AM | Show all posts
Zack membuang pandang memerhatikan Audrey dan Andy melayan para tetamu. Jemputan tidak ramai, mungkin dalam lingkungan 300  orang jemputan saja. Terdiri daripada keluarga terdekat dan rakan-rakan rapat.

Sebenarnya, Zack pun tak sangka yang dia turut di jemput. Dia dengan Audrey tidaklah terlalu rapat. Tapi mungkin kerana dia rapat dengan Kate maka dia di jemput. Tidak ramai tetamu yang dia kenali, boleh dibilang dengan sebelah jari tangan. Maka saat ini, dia memilih untuk memencilkan diri di batuan berhadapan dengan pantai, tidak jauh dari kawasan majlis.  

Audrey dan Andy kelihatan sungguh ceria dan bahagia sekali. Maklumlah, pengantin baru. Mestilah begitu, ya tak? Pengantin yang kena kahwin paksa saja yang tak begitu...

Zack memaku mata pada Kate. Tersenyum dan ketawa sepanjang masa, meraikan hari bahagia sahabat sejati. Dalam diam Zack akui, Kate kelihatan jauh lebih ceria dan segar dari sebelum ini. Matanya yang dulu malap kini ada sinar cahaya. Sepertinya aura mendung yang melanda diri Kate sebelum ini telah hilang. Seolah-olah apa saja yang membelenggu diri Kate sudah tiada.

Perbezaan itu terlalu ketara. Dan kerana itu, Zack berterusan memerhatikan Kate agak lama. Sangat lama.

Secara tiba-tiba, Kate menoleh ke arahnya. Mata Kate merejam matanya. Tatapan terkunci beberapa saat sebelum Zack mengalih pandang ke laut lepas. Rasa segan memanjat hati. Itu belum dikira lagi dengan jantungnya yang tiba-tiba berdegup lebih laju dari biasa.

Heeisshhh, apahal pulak ni? Zack menghela nafas, cuba meredakan sedikit gangguan perasaan.

Beberapa saat kemudian, Zack memandang semula ke arah Kate. Nampaknya, mata Kate masih tidak berganjak dari tadi. Tetap padanya. Kate menghadiahkan senyum simpul lantas menggelengkan kepala. Zack turut tertawa sendiri dalam segan.

Muzik berirama perlahan mengambil alih ruang. Acara seterusnya, berdansa. Bergema lagu Thousand Years dendangan Christina Peri. Agaknya, lagu runut bunyi filem pontianak kacak ini telah menjadi trend terkini di majlis perkahwinan. Wajib ada.

Seorang lelaki Cina menyapa Kate. Tak silap Zack, itu adalah rakan merangkap pengapit Andy. Terus perhatian Kate dicuri. Mereka berbalas-balas senyuman sambil berbual. Zack tetap memerhati. Lelaki Cina menghulurkan tangan, sepertinya mahu mengajak Kate menari. Zack terus berpura-pura melihat jam tangan. Hatinya melompat tak tentu arah kerana kurang senang. Dan Zack kurang mengerti kenapa dia berperasaan begini.

Zack kemudiannya termenung memerhatikan panorama laut di waktu senja sambil cuba membuang imej Kate dan lelaki Cina tadi dari mindanya. Last edited by Nicki_Meow on 11-3-2014 03:46 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-3-2014 09:25 AM | Show all posts
“Hey Zack…”

Zack menoleh. Kate sudah berada di sebelah sambil tersenyum manis. Di tangannya terdapat sepiring kek coklat. Perlahan-lahan, Kate duduk di sebelah Zack.

“Kek?” Pelawa Kate. Zack geleng sambil senyum. Kek tidak terdapat dalam senarai makanan kegemarannya.

“Sedap tau…” Kate masih tak putus asa. “Try it…”

Zack angkat kening dan masih menggeleng.

“I tak tipu. Sedap.” Kate berusaha mempengaruhi. “Open your mouth…”

“Aaaa?” Zack terpinga-pinga.

“Open your mouth.” Ulang Kate lalu menyua cebisan kecil kek dengan sudu.

“Eh…tak payahlah. I boleh makan sendiri...”

“Cepatlah…” Kate mendesak. Teragak-agak tetapi Zack turuti juga lalu membiarkan saja Kate menyuap kek ke mulutnya. Sedap jugak kek ni…

“Nice right?” Sambil senyum, Kate menyuap pula kek ke mulutnya sendiri.

“What are you doing here, alone?”

Jawapannya ada - segan nak bertegur-sapa dengan tetamu yang lain cuma Zack malas hendak memberi jawapan itu. Lalu apa yang dia buat hanyalah senyum dan angkat bahu.

“I thought you were dancing with that guy just now…” Zack mencuba sedaya upaya untuk mengawal suaranya agar tidak terlalu menampakkan yang dia busybody.

“Nope. I’m not good in dancing…” Balas Kate.

“Really?” Soal Zack, nada menyindir. Kate ketawa.

“What I mean is, I’m not in the mood to dance with him…”

“Ooo.” Zack terangguk-angguk. “Then, you nak dance dengan siapa?”

“Adalah.” Kate pamer senyum teka-teki. “But I know that guy won’t ask, so I don’t even bother to think about it…”

Zack betul-betul ingin bertanya, siapakah orang yang dimaksudkan tetapi hatinya memberi arahan tegas  - TAK PAYAH TANYA.

“Nak lagi?” Soal Kate sambil menyua kek. Zack mengangguk dan membiarkan Kate menyuap kek ke mulut sekali lagi. Rasa seronok pula kena suap kek dengan awek. Nak...nak, di tepi pantai pada waktu begini. Romantik semacam.

Ceh! Dah kenapa dengan aku ni? Bila masa pulak si Kate jadi awek?

Kate menghabiskan baki kek lalu meletakkan piring di tepi. Matanya memandang Zack dan senyum lagi.

“You nampak lain sekarang ni…” Zack bersuara.

“Lain? Meaning?”

“Lainlah.” Zack memberi jawapan pendek, tidak menjelaskan lebih lanjut.

“I feel different. And it feels good.”

“Good for you then…”

“You suka I macam ni ke?”

“Yeah Kate. I like the same old new you. Not sure if I’m making any sense here by saying that…” Jawab Zack setelah terdiam seketika.

Kate ketawa. Zack senyum.  

“Cantik.” Ayat terakhir, Zack ucap seperlahan mungkin tanpa memandang Kate.

Indah laut waktu senja di pandang tanpa ucapan antara mereka. Lama. Melalui ekor mata, Zack memandang Kate secara curi-curi. Terbuai-buai rambut Kate di tiup bayu. Last edited by Nicki_Meow on 11-3-2014 03:42 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2014 10:07 AM | Show all posts
“I’ve met Kevin again, yesterday.” Tutur Kate.

“Oh…I ingat you tak nak jumpa dia lagi.”

“At first, I tak nak. But on second thought, I think I deserve explanation from him, so I agreed.”

Zack angkat kening. “Lepas tu?”

“We talked. A lot.”

Zack terangguk-angguk.

“He apologise for what he did.”

“What happen to Kevin anyway? Kenapa dia tak contact you?”

“Sebab...in Singapore, Kevin sudah ada orang lain.” Kate menjawab tenang walaupun terdapat sedikit getaran dalam suaranya.

“Somehow, the relationship did not last long. Kevin said, after a while…he cannot get along with that girl. Nama perempuan tu, Felicia.”

“Idiot. That is why he came back to you?”

“He came back because his contract with the company he worked with ended last month. He don’t want to continue...”

Zack diam, menanti sambungan cerita.

“And yes, he wants to get back to me…”

“You tak terima dia balik, kan?” Pantas Zack menyoal.

Kate geleng. “No, and will not ever again.”

Zack menarik nafas lega, dalam diam.

“Actually, before he’s off to Singapore, we had a fight.” Kate membuka cerita. Zack tetap setia mendengar. “Not the first time anyway. Kami gaduh sebab yang sama…”

“Sebab apa?”

“He did ask me to move in with him few times tapi… I tak mahu.”

Zack tidak memberi sebarang komen. Last edited by Nicki_Meow on 11-3-2014 03:49 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-3-2014 10:14 AM | Show all posts
“Because of that, Kevin accused me for not being committed to our relationship.”

“Sorry if I ask this but, why you don’t want to…errr…you know…move in with him? Dia kan boyfriend you?”

“Well…I’m a bit conservative when it comes to relationship.”

“Conservative?” Zack angkat kening.  

Kate senyum. “People hardly believe when I said that but, yes I am.”

Zack senyum sumbing.

“My mum…God. I miss her so much.” Kate tarik nafas. “Anyway, my mum…she is a good Christian woman and loyal to her…I would say…Asian native. Walaupun dia kahwin dengan my dad who is a Mat Salleh…”

Zack tergelak saat Kate menyebut Mat salleh.

“She still has a conservative mind when it comes to man and woman matters. She always told my sister, and I…things like do not get too close with boys or your will get pregnant.” Kate memimik cara ibunya bercakap dan tergelak sendiri. “The similar things she told my elder brother. That’s how I was raised up and I still have that thought until now…”

Zack diam dan angguk.

“So, I told Kevin. The only way he can make me move in with him is to marry me. We argue repeatedly on the same issues. He said I am too conservatives but for me, he should respect my decision and myself. Though we argue a lot, our relationship is still going strong…”

“Or so I thought…” Sambung Kate sambil mencebik bibir.

“He promised to marry me before he left to Singapore. However, things changed when he met Felicia who can reaaalllyyy committed… “ Dua jari telunjuk Kate terangkat. “…to the relationships.”

“Kenapa dia putus dengan Felicia?”

“No idea. I tak tanya. I rasa, I tak perlu tahu sebabnya.”

“Kate...you deserve somebody better than Kevin.”

“Is it? Somebody like you, maybe?”

Zack terbatuk-batuk. Kate ketawa. “It’s a joke, idiot.”

“Of course. I know it's a joke.” Balas Zack.
Last edited by Nicki_Meow on 15-3-2014 02:44 AM

Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2014 10:14 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 10-3-2014 08:40 AM
Salam


sama-sama kita berdoa, agar segalanya dipermudahkan....

Amin..  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2014 10:29 AM | Show all posts
“How are you and Reen getting along?”

Zack senyum sumbing. “Biasa aje. Nothing serious I guess…”

Kate geleng kepala. “Stop being a looser, Zack. Just tell her straight that you like her…”

“I did give her some hints. Not sure if she understand it." Zack tarik nafas. “But to tell her right on her face that I like her…” Zack tarik nafas lagi. “…Nope...” Kepala tergeleng beberapa kali.

“Apa yang you takut sangat?” Soal Kate.

“Rejection.” Zack menjawab jujur. “And a photo of my silly face pinned on the hall of shame…”

Kate ketawa besar. “Okay…” Terangguk-angguk.

“From my point of view, I think...she likes you too…”

“Iya ke?” Zack mengangkat kening. “Macam mana you boleh positif sangat pasal ni?”

“The way she looks at you, talked to you. Not to forget her reaction when she saw you and I so close. I can say that I’m eighty percent sure.”

“Eighty percent aje? What about the twenty percent balance?”

“That…Mr. Zack…” Kate senyum sinis. “For you to find out yourself…” Zack geleng kepala dan ketawa.

“Maybe, I am that guy…Kate.”

“Means what?”

“A loser, macam you cakap tadi.” Sambung Zack, senyum sumbing.

“No. Zack…you bukan loser.” Tegas Kate. “Maybe, you think too much. Perhaps, you should just follow your instinct once in a while.”

“Instinct?” Zack sengih. “I don’t know if I have one…”

Kate ketawa. Dan Zack tersenyum saja melihat Kate.

Setelah ketawa Kate reda, dia memandang lama ke arah laut. Senyap tanpa suara. Zack turut sama mendiamkan diri. Melayan rasa yang sukar untuk dia tafsirkan ketika ini.

“Zack…” Panggil Kate, perlahan.

“Yeah…”

“I’ve made up my mind…”

“Yes?” Zack menanti kata-kata seterusnya.

“I’ve decided…” Kate menghentikan kata-kata. Dia tunduk dan bermain dengan jari.

“Decide apa?”

“I…” Kate menarik nafas dan memandang ke arah lautan.

“Kate…” Zack menjadi kurang sabar. “Decide apa?” Last edited by Nicki_Meow on 14-3-2014 01:36 AM

Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2014 11:21 AM | Show all posts
kate nak convert ke nicki?


bkn zack jer kurang sabar nak tau..iols punnn....

nicki suka buat iklan time saspen...


Last edited by UsuFie on 10-3-2014 11:24 AM

Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2014 12:08 PM | Show all posts
"Will you marry me Zack?"

"Zack?.. Zack??.." Laa pengsan rupanya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2014 02:08 PM | Show all posts
UsuFie posted on 10-3-2014 11:21 AM
kate nak convert ke nicki?

Jeng Jeng Jeng....



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2014 02:08 PM | Show all posts
cmf_conan posted on 10-3-2014 12:08 PM
"Will you marry me Zack?"

"Zack?.. Zack??.." Laa pengsan rupanya...

Tak Forever Alone lah kalau ajak kawen....



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2014 02:14 PM | Show all posts
“I’ve decided to go back to Birmingham…for good.”

Zack terus terdiam. Memandang tepat ke arah Kate yang berterusan memandang laut.

“What Audrey said is true. I tak boleh tinggal di sini lagi.” Kate menelan air liur. “I tak boleh tinggal seorang diri. Macam mana kalau I tiba-tiba sakit? I need somebody to take care of me. I tak boleh susahkan Audrey lagi.” Kate menyambung kata.

“Tapi….Kate….” Zack mati kata. Tapi apa? Apa yang nak di kata? Jangan bagi Kate pergi? Kalau Kate tak balik Birmingham, siapa nak jaga Kate kat sini? Aku?

“Tapi…apa?”

“Nothing. I just terkejut sebab tiba-tiba you cakap nak balik Birmingham.”

“I..." Kate turut mengeluh. "I feel that this is a right decision. I have to go…”

Zack diam. Dan terus terdiam. Lama.

“Zack…”

“Yes?”

“Please....say something…”

Zack tarik nafas panjang. Rambutnya ditolak ke atas. Fikirannya menjadi tak menentu secara tiba-tiba. Perasaannya, apatah lagi.

“Zack…”

“Bila you nak pergi?” Zack bertanya perlahan.

“I’ve bought my ticket already.”

“Bila?”

“Next week.”

Zack menghembus nafas.  “Kenapa cepat sangat?”

Kate senyum tawar.

***
Last edited by Nicki_Meow on 10-3-2014 03:34 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-3-2014 02:21 PM | Show all posts
Lebih kurang pukul sepuluh malam, majlis tamat. Namun, masih ada lagi saki-baki tetamu yang bersantai di pantai.

Zack berjalan beriringan dengan Kate, untuk menghantar Kate kembali ke bilik yang disewa di AVANI. Manakala Zack pula, akan memandu terus pulang ke rumah sewanya. Zack melangkah perlahan, seolah-olah memanjangkan masa untuk berada lebih lama dengan Kate.

“Dah sampai.” Kate bersuara setelah berada di hadapan pintu bilik lantas berpaling berhadapan dengan Zack. Zack angguk beberapa kali. Wajah Kate direnung sehingga tampak ianya berubah kemerahan.

“I've told you not to do that…” Kate berkata lagi.

“Do what?”

“Staring at me like I’m a monkey in the zoo…”

“You are not a monkey.”

“Then, what am I?”

“I don’t know. But you are too beautiful to be a monkey…”

“That is...unexpected but thanks.” Kate senyum.

Zack diam lagi. Masih tidak mengalihkan mata dari Kate.

“Zack…what's wrong?"

“I cuma ada masa seminggu aje lagi nak tengok you…” Ayat itu keluar dari mulut Zack tanpa sedar. Matanya tetap merenung Kate.

“Zack…I…” Kate tarik nafas. Rentak jantungnya sudah mula tak seimbang. Anak mata dilarikan.

“I masuk dulu.” Akhirnya, Kate meminta diri.

“Yup. I pun rasa, I patut balik sekarang.” Balas Zack.

“Drive carefully…” Pesan kate. Zack angguk.

“Good night….Zack.”

“Good night…Kate.”

Kate membuka pintu. Masuk. Bertatapan dengan Zack tiga saat dan senyum hambar. Pintu ditutup.

Seminit berlalu. Zack masih tak berganjak dari situ. Tak tahu apa yang ditunggu. Tunggu Kate buka pintu?

Perlahan-lahan kemudiannya, Zack berpaling dan pergi dari situ dengan langkah berat, seberat hatinya…kala ini. Last edited by Nicki_Meow on 10-3-2014 03:58 PM

Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2014 03:11 PM | Show all posts

kenape...??



Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2014 04:04 PM | Show all posts
@Nicki_Meow ,

pls... plssss

rasanya nanti Kate akan pergi Birmingham jgk....
kemudiannye Zack cuba jalinkan lbh erat hubungan dia dgn cik Reen..
tapi akhirnya Zack sedar yg dia tak sesuai dgn cik Reen....
cik Reen lbh sesuai dgn adik ipar arwah suaminye tu...
nanti Zack akan btemu semula dgn Kate yg dah memeluk Islam time tu..
dan memang Kate adelah jodoh buat Zack sbnrnye...

so Nicki amacam?? kira confirm ajela speku iols ni ekk


Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2014 04:20 PM | Show all posts
juliet80 posted on 10-3-2014 04:04 PM
@Nicki_Meow ,

pls... plssss



agreeeddd....!!






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Contoh Kegagalan...
imransulaimanContoh Kegagalan...
Views : 6304 Replies : 37
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73744 Replies : 325
Siapa lagi power...Kau jumpa Aku Kau Kena tunduk
tokchikSiapa lagi power...Kau jumpa Aku Kau Ken
Views : 8672 Replies : 45
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 207236 Replies : 4991
Merenung Ke Luar Jendela.
tomazMerenung Ke Luar Jendela.
Views : 10788 Replies : 60
DIKEHENDAKI!
KurexDIKEHENDAKI!
Views : 6314 Replies : 40
Ada Apa dgn Pen Dekat Bank
MistrezHermanazAda Apa dgn Pen Dekat Bank
Views : 14520 Replies : 54
Bila netizen bersatu
riena3321Bila netizen bersatu
Views : 8697 Replies : 37
JOM TEST MATA
Markonah_7JOM TEST MATA
Views : 5016 Replies : 30
Wow baju merah tu..
riena3321Wow baju merah tu..
Views : 12047 Replies : 88

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 11:38 PM GMT+8 , Processed in 0.096835 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list