CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Abstrak Cinta Aku & Dia ~ (Forever Alone) : by Ilham Pena - February 2015

[Copy link]
Post time 13-3-2014 12:16 PM | Show all posts
zack ke yg dtg ????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-3-2014 12:42 PM | Show all posts
Lima minit berlalu.

Zack dan Kate duduk sebelah-menyebelah namun, tiada kata-kata yang keluar dari mulut. Hanya terdiam melayan perasaan.

Andy dan Audrey telah menghilangkan diri. Audrey memberi alasan untuk ke bilik air. Kapal terbang ke London akan berlepas kurang dua jam dari sekarang. Jadi, Audrey sengaja membiarkan Zack dan Kate meluangkan sedikit masa berdua.

“Kate…” Zack memecah sunyi. Kate menoleh dan Zack menghadiahkan senyuman. Kate menarik nafas panjang.

“Idiot. You’ve promised not to come…” Suara Kate mendatar. Zack senyum sumbing. Setakat kata-kata begitu, tak menjadi kudis baginya. Betul cakap Joe Zulkifli, tak mungkin kena panah petir kalau mungkir janji dengan Kate.

Mujur dia menelefon Audrey terlebih dahulu tadi. Nasibnya baik kerana Kate belum berlepas ke pintu masuk penerbangan antarabangsa. Keretanya dipandu selaju mungkin. Entah-entah, sudah terkena perangkap had laju. Tapi, tak apalah. Hal itu boleh difikirkan kemudian.

“I’ve bought you this…” Kata Zack. Kotak hadiah bersaiz sederhana dihulurkan kepada Kate.

“Apa ni?”

Zack angkat bahu.

“Can I open it now?”

Zack angguk. Kate membuka penutup kotak hadiah.

“Chupa Chups?” Kate tergelak sendiri. Berbatang-batang Chupa Chups ada dalam kotak itu.  “Chupa Chups pun ada di UK.” Sambungnya, masih tergelak. Jarinya membelek gula-gula di dalam kotak. Hampir kesemuanya berperisa strawberi.

“Tak sama macam kat Malaysia…” Balas Zack, cuba berseloroh.

“True. It won’t be the same.” Tutur Kate.

“It won’t…be the same…” Ulang Kate, sebak. Air mata yang cuba ditahan dari jatuh akhirnya luruh. Last edited by Nicki_Meow on 15-3-2014 02:40 AM

Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2014 12:56 PM | Show all posts
    
dan airmata i pun luruh juga...

4 u kate...

kate...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2014 01:07 PM | Show all posts
psnie sure I jd peminat u Nicki_Meow
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2014 02:57 PM | Show all posts
azahianas posted on 13-3-2014 01:07 PM
psnie sure I jd peminat u Nicki_Meow

Issskkkk......thanks. Terasa agak segan dan terharu di situ.... huhuhuhuhu....




Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2014 03:12 PM | Show all posts
alaaaaaaa....sadisla pulok...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-3-2014 03:13 PM | Show all posts
tak payah pegila kate....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2014 03:17 PM | Show all posts
“Kate…” Panggil Zack. Kate terus kekal menundukkan wajah.

“Sorry sebab I mungkir janji. I betul-betul nak jumpa you sebelum you pergi sebab…I tak tahu bila lagi I dapat jumpa you…” Zack berkata perlahan.

Kate masih diam dalam esakan.

“Kate…” Secara spontan, rambut Kate yang terurai, Zack selitkan dicelah telinga. Menampakkan wajah Kate yang kini basah dengan air mata.

“I…” Zack tarik nafas dan menghembuskannya perlahan. “I have a confession too…”

“Ya? What is it?”

“You are my kawan and I pun sayang you…”

Kate mengangkat muka. Pandangan saling terkunci dalam renungan. Lama. Perlahan-lahan, Kate mengukir senyum.

“I miss you already, Zack…”

Zack senyum. “I takkan hilang ke mana-mana. Will always be inside…” Jari telunjuk mengarah ke dada. “Here..”

“Idiot. You're making me cry… again…” Tangisan Kate terhambur lagi.

Zack ketawa…tapi hambar.

Andy dan Audrey kembali ke tempat mereka duduk. Audrey memandang Kate. Membuat isyarat mata yang bermaksud, Kate perlu pergi sekarang.

“It’s time.” Kate menghela nafas panjang lalu bangun. Zack turut bangkit dari duduknya.

“Andy…” Kate memandang Andy. “Be nice to her, okay?”

“She’s my queen, Kate. You know I will.” Balas Andy, tersenyum. “Take care of yourself….”

“You too. Both of you…” Balas Kate.

“Audrey…” Kate dan Audrey berpelukan sekali lagi. Tiada ucapan kali ini. Beberapa saat kemudian, pelukan terlerai.

“Zack…” Panggil Kate.

“Yes?” Dengan satu hembusan nafas berat, Zack menyahut.

“One last favor?”

“For you…anything.”

“…Please pray for me…”

“I will Kate…InsyaAllah…” Zack menarik nafas panjang. Iya,sudah pasti dia faham akan maksud Kate itu.

“Okay…guys.” Kate menarik nafas lagi. “This is it. I really have to go now…”

“Let us know once you arrive safely…” Ujar Audrey.

“Sure…” Kate tersenyum.

“Okay…then. Goodbye.”

Kate berpaling dan terus melangkah pergi.

*** Last edited by Nicki_Meow on 14-3-2014 12:54 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-3-2014 04:03 PM | Show all posts
KLIA ditinggalkan. Zack memandu perlahan di lebuhraya. Cuba untuk fokus tetapi ketika ini, fokusnya kurang. Wajah Kate terbayang di ruang mata. Suara Kate sehinggakan cara Kate yang pelat ketika bercakap bahasa Melayu itupun, terngiang-ngiang di telinga.

“Katelyn Rose Banham.”

“Let’s call this promise…a Chup Chup promise..”

“I’m happy to get to know you…share all my thoughts and feelings with you…”

“I feel so lucky to have you as my kawan. Knowing you, makes me want to be a better person.”

“I sayang you…Zack.”

“Please pray for me…”

Terasa ada air di kolam mata.

“Hisshhhh! Apahal aku emo sangat nih?”  Zack menghembus nafas kasar. Kepala tergeleng beberapa kali. Sangatlah tak macho untuk mengalirkan air mata sebab teringatkan awek yang baru pergi…

Awek? Huh!

Nafas dihembus lagi.

Tak boleh jadi ni…

Fokusnya sudah benar-benar hilang. Segera matanya menangkap R&R terdekat lalu memberikan isyarat ke kiri. Kereta di parkir di kotak parkir lalu Zack terdiam sendiri.

Dia pernah terluka ditinggalkan orang yang disayang. Pedihnya rasa itu, hanya Tuhan saja yang tahu. Kini, dia kehilangan Kate. Entah mengapa, dia merasakan, sakitnya lebih pedih dari ditinggalkan Liana walaupun Kate bukanlah kekasih.

Kenapa?





Lagu di radio seolah-olah turut menggambarkan perasaannya. Tanpa mematikan enjin, Zack keluar dari kereta dan bersandar di pintu.

Zack memandang ke langit...lama. Hatinya tertanya-tanya, di dalam kapalterbang yang mana...Kate berada... Last edited by Nicki_Meow on 12-5-2014 01:23 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2014 04:25 PM | Show all posts
ovina posted on 13-3-2014 03:13 PM
tak payah pegila kate....

Kate dah naik kapalterobang pown....
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2014 04:26 PM | Show all posts
zack sudah angau kaaaa.....ok..izzy n kate down.....errr miss reen pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2014 04:48 PM | Show all posts

   


sebak taww....





Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2014 07:23 AM | Show all posts

Ohhhh..Katelyn Rose .....

Mcm evelyn rose jek.... Mcm adriana rose jek.....


suratan atau kebetulan? Atau.....

Tumpang glemer?

Gigih sgt.... Sesudah subuh ai mencercaselagiboleh





Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2014 08:54 AM | Show all posts
salam pagi jumaat semua...
semoga hari kita, zack, miss reen dan semua... diberkatiNya...
amiinnn...
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2014 09:24 AM | Show all posts

nicki...ada sambungan tak harini?

Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2014 08:36 AM | Show all posts
I dont know why but I still prefer zack and amy..... how sweet both of them... Can see the chemistry there...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-3-2014 10:30 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 14-3-2014 07:23 AM
Ohhhh..Katelyn Rose .....

Mcm evelyn rose jek.... Mcm adriana rose jek.....

Dah 40 episode baru hang nak meratib tumpang glemer?

Takkan hang tak perasan...dari awal lagi iols menumpang glamer Aaron, Cik Ta, Remy Ishak malah Najib dan Anuar serta Jack Sparrow....

Tapi Katelyn Rose tu iols bersumberkan filem Titanic.  Kate (Kate Winslett) + Rose (nama heroin Titanic) ...
idoklah menumpang glemer yg tersebut...




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2014 10:32 AM | Show all posts
UsuFie posted on 14-3-2014 09:24 AM
nicki...ada sambungan tak harini?

Sambungan takdok..tak tau berapa lama....   Iols nak bertapa dulu cari ilham....

@merahsilver2U Thanks walaupun dah belated Friday....



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2014 10:33 AM | Show all posts
Zeatyisaac posted on 17-3-2014 08:36 AM
I dont know why but I still prefer zack and amy..... how sweet both of them... Can see the chemistry ...

Thanks for reading Zeat...

We'll see...berapa jauh kimia Zack & Amy boleh pergi....
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 10:34 AM | Show all posts
Aiols hanya nampak rose saja hokehh! Yg lain2 tu ailos byk skip sbb ramai bebenor watak.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 10:18 AM GMT+8 , Processed in 0.147007 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list