CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jerukPetai

KUALITI GURU-GURU HARI INI!!

[Copy link]
Post time 2-1-2007 02:22 PM | Show all posts
Originally posted by CharlieDale at 2-1-2007 10:25 AM
kan aku dah mention, dalam apa jua pekerjaan, pasti ada yang jadi nila dan lumpur. tapi antara cikgu KDPM yang aku jumpa yang mempunyai masalah sedemikian disebabkan mereka memang tak berminat lang ...


Tang pembahagian kerja tak seimbang tu memang dialami. Sampai kadang2 tak sempat nak pergi makan. Tapi buat macam tu pun tak elok juga...


Tengok senarai jawatan yang berlambak, jadual waktu yang maksima kadang2 kitaorang saling mengutuk "ko ni gila kuasa betul..." ha ha... Sebenarnya masing2 tertekan, tu yang buat alawak macam tu...

Dahla jawatan macam2, workload maksimum... Nak kena tanda 600-800 buku, bila exam kena semak 320 kertas dalam masa yang singkat...


Kesimpulannya.... hidup ini memang indah... :music:


Aku tak nak "prove anything"  kat sapa2, tak perlu buktikan apa2...  cuma buat apa yang aku suka, mengajar dan jadi seorang guru berdasarkan prinsip aku sendiri.

Orang nak puji ke, orang nak kutuk sikit pun tak akan mengganggu kesungguhan aku.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2007 08:49 AM | Show all posts
bagi aku KPLI ataupun KDPM sama je...bergantung pada nawaitu masing2..ade gak antara meke nie yang hampeh..tapi bukan sume la..
Reply

Use magic Report

queen_eva This user has been deleted
Post time 3-1-2007 09:32 PM | Show all posts
ada cikgu lepasan kpli selalu lepak club,disco..cos sblm masuk kpli depa dah biasa dgn lifestyle gitu..
skang aku ada kawan cikgu kpli, tiap minggu pi hardrock n planet..siap buat gathering dorang nih..
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2007 02:20 AM | Show all posts
CIKGU sekarang ni kebanyakkan Hampeh... tapi masih ada still yg bagus... tapi kebanyakkan HAMPEH.... pengetua sekolah aku paling celaka.... huh!! aku dulu ada buat reunion bekas pelajar... duit makanan dia kebas... celaka sungguh... perangai dia.. banyak guru skolah aku berpuak puak.. pastu suka jualan langsung... MLM... aparaaaaaaa pirahhhhhh.... tapi ada lah 2-3 guru yg bagus... kasi tabik spring kat depa...
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2007 11:40 AM | Show all posts
Cabaran guru era globalisasi
Oleh Abdul Jalil Ishak
rencana@hmetro.com.my

Pepatah Melayu menganalogikan guru sebagai lilin membakar diri bagi menerangi orang lain masih relevan dalam era globalisasi. Apa tidaknya, ramai kalangan guru kekal pada takuk lama kerana rutin kerja yang diamanahkan pihak 憇take-holder
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2007 06:42 PM | Show all posts
pada guru2 -- this is a very inspiring article and interesting issues --

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Perspective: A full teaching year
KOH SOO LING

From extra perks announced in this year抯 Budget to tuition centres under greater surveillance, 2006 spells success stories and challenges for most teachers. KOH SOO LING talks to four educators about their joys and challenges.

OVERCOMING challenges is the hallmark of a good teacher.

Among other things, issues of unmotivated students, difficult subjects, poor English proficiency standards and the lack of professional training opportunities plague most school teachers.

Lourdemary Soosay, headmistress at Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Edinburgh, Kuala Lumpur, should know, given the tumultuous challenges that she had to face.

It was not uncommon to face a sea of young faces that were totally unmotivated. Financial problems were real and teachers struggled to teach and compete against noisy raindrops falling on zinc roofs.

"These pupils would say they have understood the lessons and the next day they would forget. They are easily distracted by cybercafes and Indian programmes via cable television. Most of all, many lack parental guidance and the onus is on teachers to instil discipline and give them hope," Lourdemary laments.

The launch of the "Adopt-a-school programme" in 2006 by school inspectors gave Lourdemary抯 school the opportunity to be a part of the project and for the first time in 50 years, the school saw a quantum leap in its recent Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) results where four out of 28 students had a perfect score of seven distinctions.

School inspector Gerald Kochappan visited it four times to encourage, guide and ensure that education standards were maintained.

"This was an increase of 15 per cent compared to last year. After 27 years of teaching, that was indeed a proud moment," says Lourdemary.

For Tan Kar Seng, an excellent teacher (Guru Cemerlang) of Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Wilayah, Kuala Lumpur, getting students to grasp concepts and apply them is a test.

Teaching physics in an all girls
Reply

Use magic Report

Follow Us
johnjenin This user has been deleted
Post time 7-1-2007 01:26 PM | Show all posts

kpli kene buli...

ada member2 aku kpli ckap diorang selalu kena buli dengan cikgu2 lama sebab diorang jeles gaji diorang yang baru masuk lg besar.. keje sama je.. maklum ler mgajar sekolah rendah... di suruh mcm2 aktiviti koko.. persatuan mcm2..

tapi jeles gak..  cikgu ni pun bukan ada keje sgt.. keje da la half day.. cuti pun banyak.. pastu nutp tu merengek mcm2 lg nak bagi cikgu.. mentang2 ler ahli persatuan ramai.. aku yang keje  hempas pulas siang malam.. takde sape nak bela pun..nf:
Reply

Use magic Report

johnjenin This user has been deleted
Post time 7-1-2007 01:28 PM | Show all posts
Originally posted by klakakers at 4-1-2007 02:20 AM
CIKGU sekarang ni kebanyakkan Hampeh... tapi masih ada still yg bagus... tapi kebanyakkan HAMPEH.... pengetua sekolah aku paling celaka.... huh!! aku dulu ada buat reunion bekas pelajar... duit m ...

:setuju: :setuju: :setuju:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2007 05:36 PM | Show all posts
Originally posted by johnjenin at 7-1-2007 01:26 PM
ada member2 aku kpli ckap diorang selalu kena buli dengan cikgu2 lama sebab diorang jeles gaji diorang yang baru masuk lg besar.. keje sama je.. maklum ler mgajar sekolah rendah... di suruh mcm2  ...
tapi jeles gak..  cikgu ni pun bukan ada keje sgt.. keje da la half day.. cuti pun banyak.. pastu nutp tu  


azie tatau la mentaliti org2 kita kt sekarang, sll ingat kerja guru half day, pastu byk cuti.. diorg tgk luaran je.. tak tgk betul2.. azie sek dr jam 7.30 smpai 2.15. pastu hari ahad sampai rabu start jam 3 sampai 6 ada aktiviti rumah sukan kelab, persatuan, unit uniform. hanya hari khamis je bleh balik umah jam 2.15.tu pun kalo xde meeting etc. cuti jumaat n sabtu . tp sabtu pun kadang2 bwk students utk aktiviti luar. kt sek ni PBSM mmg aktif sampai ke pringkat kebangsaan. start bulan 2 ni dah start kelas tambahan untuk calon PMR n SPM. azie pulak mmg mengajar form 3 n 5. so mmg akan buat kelas tambahan la utk bg student byk latihan etc. kt sini pulak rata2 student kelas sederhana, so tak mampu nak g tuisyen. kalo x buat kelas tambahan alamatnya tak belajar la diorg. kena push br diorg belajar. waktu cuti sekolah esp cuti bulan  8 mmg akan ada kelas tambahan hari2. bulan 8 dh dekat dgn PMR. bulan 12 cuti panjang kena mengawas  SPM  . mmg sebagai guru kami tak penah mintak balasan atas usaha yg kami curah, ikhlas utk didik anak2 korang jugak..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2007 08:28 PM | Show all posts

Reply #87 johnjenin's post

cikgu bukannya ada kerja sangat? saya rasa kita cuma lihat
dari segi luaran yakni  bila anak2 kita cuti; automatically kita
fikir ohhhhhhhhh  sekarang cikgu pun cuti; senang aje kerja;
gaji jalan tapi tak payah mengajar
juga kita ingat cikgu kerja sampai 1pm atau 3pm jadi banyak
nya rehat untuk guru;  pada pendapat saya itu hanya la myth -
i went to school before; i saw lots of works the teachers have to
do daily  weekly and whatnot;  bila cuti kita kena pergi kelas
tambahan; cikgu pergi juga sebab depa yang kena ajar

In conclusion; tugas guru bukan mudah dan tanggungjawab guru
sangatlah besar dalam mendidik murid.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2007 09:34 PM | Show all posts
Originally posted by johnjenin at 7-1-2007 01:26 PM
ada member2 aku kpli ckap diorang selalu kena buli dengan cikgu2 lama sebab diorang jeles gaji diorang yang baru masuk lg besar.. keje sama je.. maklum ler mgajar sekolah rendah... di suruh mcm2  ...aku yang keje  hempas pulas siang malam.. takde sape nak bela pun..



ko keje ape?
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2007 09:14 AM | Show all posts
Originally posted by klakakers at 4-1-2007 02:20 AM
CIKGU sekarang ni kebanyakkan Hampeh... tapi masih ada still yg bagus... tapi kebanyakkan HAMPEH.... pengetua sekolah aku paling celaka.... huh!! aku dulu ada buat reunion bekas pelajar... duit m ...

ayat ko klakor ar....:nerd: :nerd:
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2007 05:44 AM | Show all posts
JPWP laksana bengkel kepimpinan

JABATAN Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) melaksanakan beberapa siri bengkel Kepimpinan Instruksional untuk pengetua dan guru besar bagi mengukuhkan lagi kegiatan pengajaran dan pembelajaran (P&P) di 298 sekolah rendah dan menengah negeri itu.

Pengarahnya, Abas Awang, berkata menerusi bengkel itu peserta didedahkan kaedah berkesan memperkukuh dan memperkasakan kegiatan P&P di bilik darjah.

Beliau berkata, pengetua dan guru besar terbabit bertanggungjawab memantau kegiatan P&P dengan membimbing guru termasuk penolong kanan ke arah pendekatan pembelajaran berkesan.

Katanya, ia turut mengambil kira potensi pelajar dan kemahiran guru ketika menjalankan proses P&P yang lebih memfokuskan kecemerlangan pelajar.

揋uru akan mengesan kelemahan pelajar mengikut subjek dan mengatasinya dengan mengambil kira semua faktor. Meningkatkan minat belajar, memberikan kasih sayang, perhatian dan kerja berpasukan.

揗elalui pendekatan ini, guru perlu mengenal pasti titik permulaan atau Take of Value (TOV) berdasarkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan.

揝asaran hendaklah munasabah. Sebagai contoh TOV, pelajar mendapat 60 markah disaran meningkatkan pencapaian kepada 65 markah. Sasaran ini munasabah dan mencabar,
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2007 08:47 PM | Show all posts
cikgu bermasalah? iye ke? eh.. diorang seme kan perfect .. pandai-pandai ... disiplin tinggi, membakar diri untuk menerangi orang lain.. dan tak boleh ditegur .. sbb nanti kene petir

bukan ape pena jumpa ngan yg nampak mulia tetapi berperangai jijik ... tapi mungkin dia tu bukan cikgu kut ...
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2007 01:10 AM | Show all posts
walau apa pun dikatakan ttg guru dr lepasan kpli ka, atau mana mana guru yg ada skang nie..saya masih lagi percaya mereka punya keazaman utk memberi ilmu mereka kepada anak bangsa..jgn kerana hanya segelintir yg di sensasikan ini..maka kita merasakan kualiti guru guru sekarang tidak seperti yg diharapkan...zaman dah berubah, pemikiran anak anak murid sekarang juga dah lain tak mcm dulu, beban guru makin bertambah...jarang kita tgk the positive side ttg mereka..yg biasa kita tgk skrg and yg banyak di sensasikan hanya pd segelintir dan bukan pd majoriti yg banyak membantu mendidik anak bangsa...kita lah yg patut kembali bantu tugas mereka...jgn asyik nak blame saja...

walau apa sekali pun..guru adalah satu tugas mulia paling mulia dr yg lain lain kerana dr ilmu mereka walau dr sepatah ayat...buat anda sampai ke tahap sekarang nie....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2007 04:31 PM | Show all posts
Minggu depan minggu terakhir bulan Januari. Dah nak masuk bulan Februari rupanya. Begitu pantas masa berlalu. Tak sedar sbb sejak sekolah dibuka.....hari demi hari tugas, tanggungjawab yang perlu dilaksanakan bagaikan tiada kesudahannya. Pabila ada yg mengatakan senang kerja jd cikgu ni....waduhhhh......

Kekadang org ketawa.....anak cikgu pun hantar pergi tuisyen ke? Sempat ke cikgu ni nak bagi tuisyen pd anak sendiri kalau setiap hari keluar kawasan sekolah sama dgn org pejabat? Balik rumah bukan badan jer penat....otak jgn cakap lagi.....

Boleh ke kita sebagai cikgu mengadu ni? Astaghfirullahalazim.....teringat pesanan ayah sebelum menerima tawaran utk menjadi guru satu ketika dahulu :

Ayah : Betul ke nak jadi cikgu ni?
Aku : Ya...kenapa ayah?
Ayah : Dalam dunia ni ada 2 pekerjaan yg paling mulia.
Aku : ??????
Ayah : Satu merawat, satu mencurah ilmu.
Aku : Ooooo....doktor dan cikgu la.
Ayah : TAPI INGAT......ianya bergantung pada niat. Kalau niat tak betul...hanya fikir gaji, gaji, keselesaaan, kesenangan.....ianya akan menjadi pekerjaan yang PALING HINA.
Aku : Insya Allah, ayah.

Setelah 15 tahun sbg pendidik...kekadang tu disebabkan oleh tekanan, merungut juga tp ayah seringkali mengngatkan......bekerja lah dgn ikhlas, insya Allah yg susah akan jadi senang, yg payah akan jadi mudah. Dan lagi katanya .....sentiasa lah betulkan niat setiap kali melangkah keluar untuk bekerja.

Sekian.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2007 07:03 PM | Show all posts
Tokoh akademik: Guru jangan kerja cari makan sahaja
27-01-2007

KUALA LUMPUR:  Pilih mereka yang benar-benar mahu menjadi guru, perkasakan sekolah kebangsaan, pendekkan tempoh pendidikan sekolah rendah, mulakan pendidikan rendah lebih awal, dan laksanakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dengan langkah kecil.

Itu adalah antara cadangan yang diketengah oleh tokoh akademik Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad ketika membentangkan kertas kerjanya bertajuk "Faktor Penentu Dalam Pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan" pada seminar berkaitan isu itu, di sini hari ini.

"Kita telah mengadakan pelbagai pelan sejak selepas Merdeka yang kandungannya tidak jauh berbeza dengan PIPP ini. Tetapi kalau tahun 2007 kita masih membincangkan soal jurang dalam bidang pendidikan, soal sekolah kebangsaan hendak dimantapkan, saya tidak tahu bila kita akan berhenti membicarakannya," katanya.

Abdul Rahman yang juga Pro Canselor Universiti Teknologi Mara dan bekas Ketua Pengarah Pelajaran, berkata beliau berpandangan hakikat kesemua isu itu masih dibangkitkan selepas 50 tahun kemerdekaan negara menunjukkan ada yang tidak kena dengan pelaksanaan pelan-pelan yang dibuat sebelum ini.

Mengupas satu persatu cadangan yang dibangkitnya, Abdul Rahman berkata sistem pendidikan negara sukar dipertingkat kualitinya selagi guru terdiri daripada mereka yang memilih kerjaya itu atas faktor "cari makan".

"Untuk ubah profesyen perguruan, kita kena cari orang yang memang nak jadi guru, bukan nak cari makan. Dan ini perlukan pemilihan yang lebih rapi kerana kita tidak boleh pilih yang tidak terbaik untuk menghasilkan yang terbaik," katanya.

Mengenai usaha menerap perpaduan kaum menerusi sekolah kebangsaan yang masih diperbahaskan, Abdul Rahman berkata faktor kelemahan sekolah kebangsaan itu sendiri serta keadaan politik berasaskan kaum di negara ini, turut membantutkan usaha tersebut.

"Soal mengukuhkan perpaduan kaum misalnya yang mahu ditekan di peringkat sekolah rendah, inipun sudah digerakkan sejak dulu lagi. Tetapi disebabkan keadaan politik di negara kita yang berasaskan kaum, setiap parti memperjuangkan bahasa dan sekolah mereka untuk memancing undi," katanya.

Justeru, kata beliau apa yang boleh dilakukan oleh kerajaan ialah memperkasakan sekolah kebangsaan dengan kelengkapan yang setaraf martabatnya sebagai sekolah utama.

"Saya percaya jika ini dilakukan iaitu memastikan kesemua yang patut ada pada sekolah utama ada pada sekolah kebangsaan kita, kaum lain juga akan tertarik," katanya.

Beliau menegaskan faktor penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa perantara tidak boleh dijadikan sebab yang kononnya ia menyekat kemasukan pelajar kaum lain di sekolah itu.

Ini kerana katanya, Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu adalah milik semua kaum, bukan milik orang Melayu semata-mata.

"Kita lihat di Indonesia, mereka juga menggunakan Bahasa Melayu sedangkan majoriti penduduknya bercakap bahasa Jawa. Tetapi pemerintah mereka menukar nama Bahasa Melayu itu kepada Bahasa Indonesia bagi menjadikannya bahasa negara," katanya.

Dalam pada itu beliau turut menegaskan pentingnya mewujudkan satu badan yang boleh memantau penggunaan Bahasa Malaysia di negara ini bagi memastikan ia diguna mengikut cara yang betul.

"Apa yang berlaku sekarang, dan paling dikesalkan berlaku di peringkat atas ialah percampuran yang saya sendiri tidak tahu adakah ini Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.

"Jika dikatakan Bahasa Inggeris, orang putih sendiri tak faham, tetapi hendak dikatakan Bahasa Melayu pula, orang di kampung tak faham. Jadi penting jika kita mempunyai satu badan yang mampu membetulkan apa yang salah, bukan sekadar mengembangkan bahasa Melayu," katanya.

Mengenai cadangannya supaya tempoh pendidikan rendah dipendekkan, Abdul Rahman berhujah ia kerana: "yang banyak bawa kesengsaraan ialah sekolah rendah".

Katanya pelbagai kecelaruan berlaku di peringkat sekolah rendah termasuk pengasingan kaum dan jurang kemudahan fizikal yang ketara antara sekolah di bandar dan luar bandar.

"Saya rasa ada baiknya pendidikan peringkat menengah dipanjangkan kerana ketika peringkat ini segalanya telah teratur," katanya.

Mengupas mengenai langkah kecil yang patut diambil dalam pelaksanaan PIPP, beliau berkata fokus patut diberi terhadap isu yang mendesak, bukan melihatnya daripada aspek yang menyeluruh.

"Yang mendesak ini patut ditangani segera agar ia tidak melarat sehingga tidak boleh dipulihkan lagi," katanya memberi contoh langkah memperkasa sekolah kebangsaan yang sekaligus membawa kepada perpaduan kaum.

Sementara itu, Presiden Universiti Terbuka Malaysia Tan Sri Dr Anuwar Ali ketika membentangkan kertas kerja "Isu Kritis dan Cabaran Dalam melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan", berkata isu sebenar ialah kerajaan tidak berani merombak sistem pendidikan negara.

"Apa yang dibuat sekarang ialah sekadar menambah rencah secukup rasa, tetapi belum berani untuk merombak walaupun beberapa tahun sudah Perdana Menteri pernah membangkitkan keperluan sistem pendidikan dirombak," katanya.

Beliau berkata terlalu banyak perkara yang harus dilihat untuk mengangkat sistem pendidikan negara ke taraf dunia, termasuk penyediaan infrastruktur yang sebenarnya termasuk antara sekolahsekolah di bandar.

Dr Anuwar juga bersetuju terhadap pandangan Abdul Rahman bahawa terdapat kekurangan ketara dalam pelaksanaan pelan-pelan berkaitan pendidikan sebelum ini menyebabkan isu sektor itu masih dibincangkan sehingga sekarang. BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2007 11:47 PM | Show all posts
Karmila,
kebanyakkan student tuisyen saya anak2 cikgu. Bukan kerana mereka anak cikgu maka mereka takyah tuisyen. ye, mak mereka cikgu tapi cikgu tu mak mereka. Feel seorang mak mengajar anak tu lain gak dan biasanya anak akan amik kesempatan diatas kelemahan mak. Penatlah, ngantuklah blablabla....mak pun kesian. Sbb tu anto tuisyen. Besides, mak sendiri ajar ngan cikgu lain ajar ada feel yg berbeza. Mcm cikgu yg ajar memandu di skolah memandu. penah satu cikgu skolah memandu citer, dia sendiri takleh ajar wife dia memandu. org lain kene ajar.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2007 12:19 AM | Show all posts

Reply #98 sherrina's post

Yup... I agree with you... :setuju:
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2007 11:34 AM | Show all posts
Originally posted by johnjenin at 7-1-2007 01:26 PM
ada member2 aku kpli ckap diorang selalu kena buli dengan cikgu2 lama sebab diorang jeles gaji diorang yang baru masuk lg besar.. keje sama je.. maklum ler mgajar sekolah rendah... di suruh mcm2  ...


ye2..aku sokong..golongan cikgu ni plg byk ckp..perasan bgs..segelinitr je yg btl2 bgs..yg len tu ckp je lebih..
kje byk la..penat la..ap la...org len especially private la..keje lg teruk..

1. keje half day (ptg la ade aktiviti ko-k)
2. bdk cuti cikgu pn cutii - gaji jln (kena buat jadual waktu skit nk bising)

so.golongan cikgu2 ni..mengajar biar ikhlas..jgn ckp je byk..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 197367 Replies : 4562
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 104093 Replies : 2890
Sejauh mana 'old school'nya anda..
fahdramliSejauh mana 'old school'nya anda
Views : 56228 Replies : 149
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30625 Replies : 167
(QUIZ) Which Disney Princess Are You Based on What You Eat?
Ladyreverie(QUIZ) Which Disney Princess Are You Bas
Views : 26655 Replies : 100
Aneka Salad Yang Mudah & Menyihatkan
simpletongohAneka Salad Yang Mudah & Menyihatkan
Views : 4964 Replies : 29
Classic Butter Cake
Markonah_7Classic Butter Cake
Views : 4435 Replies : 30
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74296 Replies : 2984
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73467 Replies : 315
Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "saya kecewa dengan prestasi kerja kamu". Apa yang korang nak jawab?
admin6Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "say
Views : 4144 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 07:07 AM GMT+8 , Processed in 0.082875 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list