CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: annehuda

MALEFICENT [MAY 2014]

[Copy link]
Post time 29-5-2014 04:05 PM | Show all posts
hanakikan posted on 29-5-2014 03:54 PM
Baru je tengok tadi. Kecewa sikit lah sebab classic fairy tale sleeping beauty ni dijadikan versi mo ...

yeke?

alaaaa baru nak tgk. awat diubah?

nanti bg review okeh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2014 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada satu scene maleficent jadi catwoman. Sedih uolsss

rasa kelakar pulak maleficent jadi catwoman Last edited by hanakikan on 29-5-2014 04:10 PM

Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
myralupilato posted on 29-5-2014 04:05 PM
yeke?

alaaaa baru nak tgk. awat diubah?

Laaa mmg cite ni x sama mcm sleeping beauty 100% pun.. nak expect sama mcm sleeping beauty mmg taklah. Sbb ni cite pasal maleficent bkn pasal sleeping beauty..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Sama gak mcm oz the great and powerful tu kan mmg berbeza dgn wizard of oz.. sbb rasanya maleficent ni dia taknak ikut sama mcm fairy tale.. movie ni story about maleficent bkn aurora.. nak buat lain dari yg lain taknak klise mcm sleeping beauty yg fairy tale.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
naleeya posted on 29-5-2014 04:40 PM
Laaa mmg cite ni x sama mcm sleeping beauty 100% pun.. nak expect sama mcm sleeping beauty mmg tak ...


Dah tengok ke belum?

sorry maleficent kali ni bukan maleficent yg orang kenal. Memang x sama langsung. Maybe disney nak elakkan cliche mcm citer fairy tale sebelum ni contohnya snow white so dia ubah watak maleficent tu tapi still x bole terima la citer ni

worst than expected
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 06:11 PM | Show all posts
naleeya posted on 29-5-2014 04:40 PM
Laaa mmg cite ni x sama mcm sleeping beauty 100% pun.. nak expect sama mcm sleeping beauty mmg tak ...

i think u salah faham maksud hanakikan.

ye, mmg filem ni pasal maleficient. dan mood fairy tale tu secara automatik berubah lebih "dark".

POV bertukar. sosok utama adalah watak antagonis: bukanlah aurora
sama mcm bila korea buat cinderella's stepsister. ianya dari POV kakak tiri cinderella.
dan juga movie geppetto (2000). dari POV bapak angkat Pinnochio , bukan Pinnochio sendiri.

maksud hanakikan tu adalah macamana watak maleficient tu digambarkan kot. totally tak sama dgn bagaimanakah sikap, karakter maleficient yg diketahui.

tp i tak tgk lg. so i reserve my comment dulu. kena tgk dulu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-5-2014 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Maleficent dlm sleeping beauty tak menunjukkan keseluruhan wataknya. Tapi dlm movie digambarkan watak maleficent sebelum dia jadi evil dan kenapa dia jadi sebegitu.. dan ada twist dari watak maleficent dlm sleeping beauty. For me its great.. sbb ada dramatiknya. Mcm oz dgn alice in wonderland.. totally different dgn storyline cite yg asal. Tapi ini semua taste individu masing2 kan.. kekekekekeke. Sbb mungkin pada org lain movie ni crap.. tapi cuba hayati movie ni dari sisi lain dan bukan dibayangi sleeping beauty.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2014 10:00 PM | Show all posts
Angelina Jolie sebagai Maleficent atau Sipari pari

Berkisar pasal konflik 2 kingdom..satu forest Kingdom dan satu lagi human Kingdom.
Stefan dari kerajaan Manusia bertemu dan berkawan dgn Maleficent dari kerajaan Hutan, tapi disebab kan cita2 Stefan nak jadi raja maka dia sanggup berpaling tadah..
Demi cita2 ..Stefan potong sayap pari2 Maleficent..dari situ bermula rasa dendam dan evil Maleficent

Bila Raja mangkat, Stefan ditabal jadi Raja dan hasil perkawinan mereka dapat anak perempuan
di sini bermula nya sumpahan Maleficent pada Aurora (anak Stefan)


Pada aku , movie ni best.
Cinta dan ciuman sejati kadang kadang bukan dari kekasih pun..
Aurora tersedar dari tido dgn cinta ,ciuman dan airmata dari Maleficent
aku suka watak Diaval, siburung..aku ingat Diaval yg akan sedarkan Aurora sebab bahasa tubuh Diaval macam dia suka kan Aurora rupanya Prince Philip yg entah dari mana muncul yg di jadikan kekasih Aurora
kat sini aku agak kecewa sikit sebab watak Prince Philip macam tak berfungsi.

Watak 3 pari2 ni Knotgrass,Thistlewit & Flittle sangat lawak ok..mereka ni dipertanggugjawab oleh Raja Stefan utk membesarkan Aurora secara rahsia.memang banyak element komedi melibat 3 pari2 ni.

Babak perang, berlawan pun best cuma costum Maleficent kenapa nya dah macam costum catwoman

Last edited by Madel on 29-5-2014 10:07 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2014 10:06 PM | Show all posts
scene ni best..dlm rasa dendam yg tertanam dlm hati tetap ada rasa keibuan pada diri Maleficent, bila aurora cakap dokong dia..Maleficent dukung aurora pastu aurora main dgn tanduk Maleficent
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Wey best nak mati citer ni. Korg patut tgk. Twist gila la.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Madel posted on 29-5-2014 10:06 PM
scene ni best..dlm rasa dendam yg tertanam dlm hati tetap ada rasa keibuan pada diri Maleficent, bi ...

Dah la anak dia sendiri shiloh kan. Geram comel sgt. Tersentuh dgn watak maleficent ni. First time rasa mcm suka kat angelina jolie.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 12:37 AM From the mobile phone | Show all posts
aku mmg nk tgk cte ni..mase tgk wyg..then ade trailer dia..lagu theme movie ni seraamm kn..semacam tol..kalo dngo mlm2 haruslah pk mcm2 haha..x sabo nk tgk
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 01:48 AM From the mobile phone | Show all posts
hanna88 posted on 30-5-2014 12:37 AM
aku mmg nk tgk cte ni..mase tgk wyg..then ade trailer dia..lagu theme movie ni seraamm kn..semacam t ...

Lagu Lana Del Ray..
Suara makcik ni memang haunting sikit
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 03:16 AM | Show all posts

So citer Maleficent ni best ke? ...




sebab ni crita Disney,Kinda disappointed actually but maybe cerita ni x berapa nak ekstremmm,....

... in term of Maleficent cruelness watsoeva sebab ni filem Disney, so kalau dah Disney tu mestilah main  dia,target audience kekanak kan so jalan cerita pun kenelah sesuai untuk tontonan bebudak. Tapi untuk kesan visual effects dalam muvee ni memang cantik especially dalam utan tempat tinggal pari2 tu sume. padaaku x brapa cunn laa tgk Aurora dalam muveeni, muka x berapa nak comel.. x seperti yang ker...errr dalam cerita klasik sleeping beauty tu laa,  So kat bawah ni merupakan synopsis cerita Maleficent  dan . plot cerita muvee ni memang koner 360 derajat abisss.

Pada zaman dahulu ade satu utan besar berdekatan istana yang mana utan ini didiami oleh pelbagai jenis mambang2, jenglot2, antu galah serta termasokla  spesis flora dan fauna yang pelik..plus pari2. Mereka ni hidup aman dan damai. Dalam banyak2 spesis dalam utan tu ade sekor pari2 ni nama die Maleficent, die ni anak yatim piatu so as usual kurang kasih sayanglah kan. Maleficent ni merupakan pari2 yg lain dari yang lain sebab die ni

ade kepak/sayap yang gedebak, plus..

dan die ni juga merupakan makhluk paling kuat dalam utan tu. Masa kecik time tengah main dalam utan Maleficent ni telah terjumpa seorang budak mamat,bernama Stefan yang sesat dalam utan tu. Lepas insiden tu diorang ni pun berkawan baek sampailah umur diorang 16 tahun. Memula kawanlah kan tapi lama kelamaan jatuh cintun la plak. Ingatkan panas hingga ke subuh, rupanya ujan di tengah hari, bila Stefan ni dah besa pjng dia dah jarang2 pi melawat Maleficent kat utan sebab busy katanya,dengan kehidupan baru die kat istana (woi , So Maleficent ni pun layanlah perasaan sengsorang dalam utan tu tanpa pakwe nya di sisi..

Pada suatu hari, Raja negeri tu titahkan ksemua solja2 ikut die pi serang utan tersebut untuk luaskan lagi kawasan jajahan die, pada masa yang sama nak takluk semua makhluk ajaib yang ada dalam utan tu. Sebagai pari2 paling kuat, si Maleficent ni pun cubalah lindungi utan tempat tinggal die dari dirembat Raja tua tamak tu. Time tengah berperang, si Raja kertu ni dapat penyepak free versi "Tomb Rider" dari Maleficent menyebabkan die cedera dan bengang giler dengan Maleficent. So before die kiok, die panggil la semua pegawai tertinggi termasuk Stefan sambil bagitau sape yang dapat bunuh hewan bersayap besa aka Maleficent tu, orang tersebut akan dapat kahwin dengan anak perempuan die dan menjadi Raja di negeri tersebut. Si Stefan ni pun sukelah sebab die kenal Maleficent kan. Then dengan pantasnya die pi jumpa awek lama die tu, pujuk2 sket sebab dah lama x melawat sampai Maleficent tu cair pastu bagi lak minum air ubat ketum kot.. supaya Maleficent ni x sedarkan diri. Bila Maleficent ni dah pengsan die pun cuba nak bunuh tapi x sampai hati  ler puilak,...so die pun potong sayap Maleficent untuk bagi kat Raja....Bila Maleficent ni bangun die pun meroyan sebab bende paling penting dalam hidup die which is sayap dah kene rembat. Semenjak hari tu die dah x percaya dengan cinta dan bertukar jadi jahat. Time die tengah bersedih tu die terjumpa satu burung gagak yang kena tangkap dengan pemburu dan selamatkan burung tu. Sebagai balasan burung tu sanggup untuk jadi hamba abdi aka PA Maleficent. So ape2 update yang ade mengenai Raja Stefan kat istana tu si gagak ni akan bagitau Maleficent. Bila Princess Aurora selamat dilahirkan, Raja Stefan pun buat satu majlis untuk meraikan kelahiran puteri beliau. Ramailah yang datang untuk bagi hadiah termasuklah 3 ekor pari2 kenit yg nampak mcm busuk dari utan tersebut. Bila Maleficent dapat tau berita tersebut die jadi bengang giler sebab ex balak die bukan je dah rembat sayap die malah boleh plak kahwin dgn puteri raja sampai dapat anak. Best je hidup si Stefan kat istana tu walhal Maleficent menderita kat dalam hutan. Tanpa diundang, Maleficent dengan muke selambanya datang ke majlis tersebut. Persis seorang diva, Maleficent pun buat catwalk masuk istana sambil cakap......er dia cakap apa haa!!!!


muvee ni baru korang akn paham/terima kenapa si Maleficentni benciiiii..sessangat kat Raja Stefan tu!!.
dendam yang tengah membara, Maleficent ni pun sumpah laa baby Raja Stefan tu which is Princess Aurora untuk tido selama-lamanya apabila jarinya tercucuk jarum mesin jahit pada hari lahirnya yang ke 16 nanti. why 16 erkk? maybe sebab hubungan cintan, si Maleficent dgn Stefan ni mula renggang bila usia mereka 16 tahun kot.. Dengan gelabahnya Raja Stefan ni pun merayu kat Maleficent untuk kurangkan curse die tu so Maleficent pun letak syarat, kalau ade orang yang dapat beri ciuman cinta sejati kat Princess Aurora sumpahan tersebut serta-merta akan hilang..
sepanjang aku tgk movie ni aku rasa kesian kat Maleficent ni. Fyi, dalam movie sleeping beauty klasik tu sebenarnya manusia yang paling baik skali ialah Maleficent ok, maybe itu yang cuba disampaikan oleh Disney dalam movie baru die ni. Kenapa aku cakap Maleficent ni baik? Lepas ape yg si Stefan ni buat kat die, die x de pun bunuh mamat tu even die kuat giler.. die datang bagi curse je.. tu pun siap boleh bagi discount lagi curse die tu bila Stefan mintak.. Pastu si Maleficent ni lah siang pagi petang siang malam suboh duk jengokkan Princess Aurora kat dalam utan dari die baby sampailah remaja lepas Raja Stefan hantar anak die tu untuk tinggal di dalam utan sampai umur 16 tahun.. dah lah dalam utan, duduk pulak dgn 3 ekor pari2 kecik yang super bodoh dan x reti jaga baby. Pastu Maleficent ni sanggup tarik balik curse dia time Aurora tidur tapi x berkesan sebab umur Aurora time tu belum cukup 16.. Dan bukti paling nyata yang Maleficent ni berhati mulia apabila curse yang ada pada Puteri Aurora tu hilang bukan sebab ciuman putera raja (putera tu pun si maleficent pi bawak) tapi sebab hanya ciuman kasih dan sayang Maleficent kepada Aurora!


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 09:28 AM | Show all posts
da tgk dgn anak2 mlm td... sgt syokkk....
anak2 pn suka..terbaik la...
dlm jahat ada baiknya... sgt cute maleficent bermain ngan eksperesi muka n emosi..
terasa baiknya dia...
Betapa cinta boleh mengubah manusia...n kasih sayang sejati bila tgk aurora besar dpn mata...

p/s: igtkan burung gagak yg akan leraikan sumpahan tu...rupanya yg tukang sumpah.. sgt x terjangkau..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 10:47 AM | Show all posts
bluezink posted on 30-5-2014 03:16 AM
sebab ni crita Disney,Kinda disappointed actually but maybe cerita ni x berapa nak ekstremmm,. ...

wahhh... baca review zink ni pun dah rasa best... kesian plak bila tau citer sebenar si maleficent ni.. insan teraniaya, walaupun cuba nak jadi jahat tp kebaikan dalam hati tu tetap ada... jahat2 insan tu, masih ada lg kebaikan kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2014 10:59 AM | Show all posts
nak tengok.. nak tengok.........dapat bayang ekspresi.. comelnye aurora masa kecik...
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 11:33 AM | Show all posts
SayaSayangMama posted on 30-5-2014 12:05 AM
Dah la anak dia sendiri shiloh kan. Geram comel sgt. Tersentuh dgn watak maleficent ni. First time ...

Comei gila kan bila dia sebut up, up,up..
Angelina Jolie pun sgt stunning dlm movie ni..
visual effect dunia forest kingdom sangat2 cantik..seolah2 macam kita berada dlm dunia komik

aku kasi 8.5/10


Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 11:35 AM | Show all posts
hani_rose85 posted on 30-5-2014 09:28 AM
da tgk dgn anak2 mlm td... sgt syokkk....
anak2 pn suka..terbaik la...
dlm jahat ada baiknya... sg ...

Aku pun mula ingat Diaval si burung tu yg akan jadi kekasih sejati Princess Aurora
sebab Diaval yg jaga Aurora dari baby lagi..jadi bonding kasih sayang tu lebih kuat berbanding Prince Philip
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2014 11:44 AM | Show all posts
@bluezink  

minta izin awak , gif nak jadikan avatar ya
tq
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 07:53 AM GMT+8 , Processed in 0.072113 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list