CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: alya_daniela

[Tempatan] Pesanan Tuanku Mahkota Johor : Berhati hati dengan Mahathir

  [Copy link]
Post time 8-4-2018 09:32 PM | Show all posts
Dr M: Kritikan TMJ akan beri kesan...
Diterbitkan 8 Apr 2018, 4:25 petang  |  Dikemaskini 8 Apr 2018, 4:59 petang

A+      A-
PRU14 | Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir hari ini mengakui kenyataan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mengkritiknya dan gesaan agar mengekalkan Umno akan memberi kesan kepada pembangkang.

Bagaimanapun beliau memaklumkan kesan tersebut bukanlah seperti yang dijangka.

"Akan beri kesan," katanya ringkas. selepas berhenti seketika, beliau menyambung: "Ia beri kesan untuk jadikan HARAPAN lebih popular."

Dalam satu kenyataan panjang di Facebook semalam, Tunku Ismail menyebut tentang "individu berumur 93 tahun ingin menjadi perdana menteri", yang jelas merujuk kepada Mahathir.

Tunku Ismail juga menggesa penduduk Johor agar tidak terpedaya dengan individu "lidah bercabang".

Dalam kenyataan itu, Tunku Ismail juga bertitah bahawa kapal yang berjalan dengan baik selama puluhan tahun tidak perlu ditukar enjinnya hanya kerana memiliki nakhoda yang bermasalah.

"Duduk di dalam kapal yang sama, dan membimbing nakhoda tersebut dan beritahu ke mana kita mahu pergi," katanya merujuk kepada keadaan politik negara.

Kenyataan itu disambut komen orang ramai yang tidak bersetuju dengan Tunku Ismail.

Perkara itu dibangkitkan Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong yang berkata kepercayaan dan sokongan orang Johor terhadap istana tidak semestinya akan membuatkan mereka juga menyokong BN.

Ketika ditanya pemberita dalam satu acara di Ampang hari ini, beliau juga membangkitkan perkara sama.

"Anda lihat komen di Instagram, Youtube. Itulah komen rakyat.


"Saya pun rakyat juga, tapi saya tak nak komen," katanya lagi.

Tunku Ismail semalam turut mengimbas kembali zaman kanak-kanaknya, apabila guru menggunakan nama Mahathir untuk menegur kerabat diraja.

"Saya tidak lupa pada 1992, ketika kecil dan nakal di sekolah, cikgu akan bercakap pada saya, 'Awak jangan main-main, awak tu kerabat diraja. Jika saya mengadu kepada Mahathir, habis awak'," katanya.

Pada awal 1990-an, Mahathir sebagai perdana menteri meminda perlembagaan bagi menarik semula kekebalan Raja-raja Melayu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2018 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 8-4-2018 07:41 PM
Summary pls, dodol malas nak cari. Tpi dodol saspek byk kena hencap kan? Mmg cash sgat hahaha!

90% lebih x setuju dengan TMJ dan menyatakan hasrat untuk mengundi PH..

Tsunami Melayu bermula dari Johor untuk PRU14...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2018 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah...setelah sekian lama rakyat bertahan dengan kepimpinan kleptokrasi Jibun...kenyataan terbuka Tee Emm Jay yang menggesa rakyat terus memilih Jibun disambut rakyat terutamanya dari masyarakat Melayu Johor untuk tidak bersetuju dan menyatakan secara jelas untuk menolak kepimpinan Jibun dan memilih PH untuk PRU14. Rakyat yang selama ini kelihatan jemu dengan politik tiba2 bangkit menyatakan hasrat hati memilih PH. Kebangkitan Melayu Johor ini seiring dengan kebangkitan rakyat Sabah yang menyatakan sokongan kepada parti Warisan pimpinan Syafie Afdal dan menolak BN..

Rakyat di negeri2 lain turut memerhati. Tsunami Melayu ini akan bergabung dengan tsunami Cina dan seterusnya membenamkan BN dalam peralihan Kerajaan kepada PH...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2018 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Tukar nakhoda ke kapten ke, dah tau rakyat susah baru nak gesa bertukar nakhoda tp enjin sama. Selagi dia presiden party, camana nak tukau nakhoda.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2018 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
harimau76 replied at 8-4-2018 05:20 PM
sbb TMJ kuarkan kenyataan yg tak sokong atuk, mmg la meroyan macai2..cuba TMJ kuarkan kenyataan sind ...

Ramai bangkang sbb ramai yg rasa terbeban dgan hidup sekarang. Bila org berkuasa berfikiran sebaliknya, mmg ramai x sokong la. Benda mudah sebegini cacai bangang cam kau mmg xde akal utk berfikir.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2018 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 8-4-2018 05:32 PM
xde kepastian harga brg akan murah,bangla,indon,myanmar,nepal dll..akn 'dihalau'..dan peluang kerj ...

Tpi kalau umngok perintah benda tu adalah 100% pasti!  Buktinya? Sekarang lah cai!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-4-2018 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_almondpecan replied at 8-4-2018 05:53 PM
Oh Istana Flintstone kan ni?

Sapa ada gambo istana flinstone tu? Nak tengok
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2018 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
basikal lajak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2018 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
xy_daen replied at 8-4-2018 09:42 PM
90% lebih x setuju dengan TMJ dan menyatakan hasrat untuk mengundi PH..

Tsunami Melayu bermul ...

Refleksi bahawa majority rakyat mmg x sokong mereka yg bersekongkol dgan org yg rasuah yakni umngok. Walaupon dulu disanjung, tpi sbb status tersebut terus tersungkur. Kuasa rakyat!
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2018 10:05 PM | Show all posts
Edited by tagas at 8-4-2018 10:08 PM

better ko diam la mail br nampak bijak sket


dr ko berbunyik nampak sgt education takat level2 spm ko tu

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2018 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Sayang the intelligence of Mak x turun ke anak..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2018 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
apa panjang berjela dia membebel. kalah atok 93 tahun
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2018 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
even shin org Johor..  dulik la nk sokong Mahathir..  sbb x nk Najib jd PM after PRU..  kalo boleh kaum kerabat Johor x yah la masok campur kitaorg nk undi sapa..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2018 10:22 PM | Show all posts
TMJ kata tak berpihak mana-mana parti politik
Diterbitkan 8 Apr 2018, 7:59 petang  |  Dikemaskini 8 Apr 2018, 8:10 malam

A+      A-
Kenyataan Tengku Mahkota Johor (TMJ), Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim semalam mengundang pelbagai maklum balas daripada ramai pihak.

Hari ini, Tunku Ismail sekali lagi mengeluarkan kenyataan di laman Facebook, Johor Southern Tigers.

Berikut disiarkan kenyataan penuh TMJ:

Baca betul-betul dan fahamkan dahulu. Bukan terus ‘breakdance’.

Saya berikan pendapat saya secara ikhlas yang mana saya fikirkan adalah yang terbaik untuk negeri saya. Ia adalah pendapat peribadi saya dan dengan kedudukan saya, saya tidak menyebelahi mana-mana parti politik atau individu.



Bila saya memikirkan tentang sesuatu, saya akan memikirkan apa yang terbaik untuk negeri Johor dan saya tidak akan membiarkan emosi saya menganggu pendapat saya.

Tetapi apa pun, orang ramai berhak untuk memberikan pandangan mereka sendiri.

Mereka berhak untuk menyokong sesiapa yang mereka mahu dan berhak untuk mempunyai pendapat masing-masing. Itu hak semua orang.

Saya tetap berpegang walau sesiapa pun yang akan menjadi ketua dalam negara, beliau bukan berkhidmat untuk idealogi parti tetapi perlu berkhidmat kepada rakyat. Keutamaan yang pertama adalah rakyat.

Apa-apa kenyataan yang saya bagi semalam, itu adalah pandangan peribadi saya tetapi rakyat berhak untuk memilih apa yang terbaik untuk masing-masing. Di negeri Johor lain.

Demi rakyat Johor

Anda perlu faham bahawa di negeri Johor lain, kami mempunyai cara kami yang tersendiri. Oleh itu janganlah terbawa pengaruh dari luar masuk ke negeri Johor. Manakala yang di luar sana, jagalah negeri masing-masing dan negara.

Itu adalah pandangan ikhlas saya, tetapi macam mana yang saya katakan rakyat berhak untuk pilih apa sahaja yang rakyat mahu. Tetapi ingat, bahawa orang yang anda pilih mesti berkhidmat dan beri keutamaan kepada anda. Bukan kepada agenda peribadi.

Pandangan saya adalah untuk negeri Johor. Apa jua yang saya fikir dan apa yang saya buat adalah demi rakyat Johor. Pada saya, rakyat Johor yakin dengan kepimpinan DYMM Tuanku Sultan Johor

Saya dilahirkan untuk menjaga negeri Johor. Jadi, itu adalah tanggungjawab saya. Saya tidak cakap saya sokong Tun Mahathir, Dato Seri Najib atau sokong mana-mana pihak. Saya jenis berterus-terang.

Sebelum ini ada kesalahan yang telah dilakukan oleh Dato Seri Najib (Razak), saya tegur! Dan juga apabila Tun Mahathir (Mohamad) ada isu pun saya tegur. Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak dan tidak menyokong sesiapa.



Saya hanya tidak bersetuju apabila sesetengah individu yang pernah ada krisis dengan negeri Johor cuba mengambil negeri Johor! Kerana ini negeri saya. Negeri yang ayahanda saya dan datuk moyang kami mempertegakkan apabila berlaku sebarang krisis. Takkan begitu mudah rakyat lupakan krisis tersebut?

Walaubagaimanapun, perlembagaan negeri Johor dan institusi negeri Johor perlu dikekalkan, dan kedaulatan serta kesejahteraan negeri Johor mesti menjadi keutamaan. Takkan itu pun amat susah untuk difahami?

Anda hendak sokong sesiapa, anda sokong. Tetapi seperti yang saya katakan, apa jua urusan dalam negeri Johor itu antara saya dan rakyat Johor. Saya rasa orang lain tidak perlu masuk campur dan bersuara. Majoriti apabila kami buat kaji selidik, datang daripada luar.

Apa yang akan terjadi dalam Malaysia itu urusan anda. Apa keputusan yang terbaik saya rasakan untuk negeri Johor itu antara saya dan rakyat saya. Kami boleh bersama berbincang, sama-sama berbual dan saya beri pendapat saya, mereka bagi pendapat mereka.

Itulah perkara yang membuatkan negeri ini maju, kerana kami saling berkongsi pendapat dan yang penting sekali adalah ikhlas serta taat kepada institusi dan juga perlembagaan negeri Johor.




DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim ialah Tunku Mahkota Johor (TMJ)
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2018 10:24 PM | Show all posts
kenapa org Johor perlu di bangsa kan sebagai "bangsa" Johor???


org negeri lain kalau berpuak2 ,berbangsa2,,,apa akan jadi dgn Malaysia ???


akhirnya bangla,rohingya,nepal,pakistan yg  mengaku bangsa Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2018 10:25 PM | Show all posts
ai mail tetiba je berubah skrip????
dah kne pukau dengan nazri kerr???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2018 10:35 PM | Show all posts
kenapa guna metafora enjin? kan baik guna metafora lampin...lampin pakai lama lama busuk...kne selalu tukar barulah sihat......kata nak jadi maju mcm korsel
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2018 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
mawarika replied at 8-4-2018 11:03 AM
Kesian rakyat johor. Mahal tau mahal.. cukai, api air, makanan, brg2..  tau tak kesengsaraan rakyat  ...

Tu la ini negara ntah baper jenis cukai daaa.. Cukai pendapatan, cukai gst, cukai pintu cukai tanah cukai jalan.. Nsb air takdak cukai!
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2018 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
zamzam replied at 8-4-2018 10:55 AM
loya tekak dengar 'Bangsa Johor'

Bangsa kedah perlis melaka pahang xder eh? bangsa wilayah persek ...

Setuju
Meluat
Dahla dorang suka kata org luar yg bukan bangsa johor tu merempat di johor sana
X sedar diri sndri x mampu beli rumah dan merempat di negeri sndri
Puihhh
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2018 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
mawarika replied at 8-4-2018 11:03 AM
Kesian rakyat johor. Mahal tau mahal.. cukai, api air, makanan, brg2..  tau tak kesengsaraan rakyat  ...

Uish ada kolam renang ke apa smpai bil air rm90 tu??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 05:22 AM GMT+8 , Processed in 0.729890 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list