CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dauswq

M3: Citra Bahasa, Penyerlah Nusantara [Next Task: 17 Dec]

[Copy link]
Post time 21-8-2011 03:16 PM | Show all posts
Reply 107# eddysheddy


   
mungkin hari minggu ctsueraya tak masuk kot. tunggu esok,ofis hour nanti eddy pm dia.


sambil2 tu,cuba eddy plot cerita tu skit2.pastu berbincang ngan dia esok.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2011 03:17 PM | Show all posts
Adiff + Azhar Buat abisssssssssssss Baek !!!!!!!
azharazhar91 Post at 21-8-2011 11:55


harap korang dlm proses perbincangan untuk melakukan yg the best.


Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2011 03:25 PM | Show all posts
Reply 40# rukiaichigo


   maaf jika cerpen sy nanti tidak sama seperti apa yang rukia harapkan. jauh terpesong.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2011 03:26 PM | Show all posts
Reply 106# airwickss


   malam,dalam pukul 10.30, kita berpm ya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2011 03:27 PM | Show all posts
harap diterima cerpen ini.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2011 03:27 PM | Show all posts
Post Last Edit by sixret at 22-8-2011 15:27

KUMPULAN : Team C
AHLI PANEL : Rukiaichigo
FASA : 1








             Dalam kesamaran malam yang dingin itu, kelihatan satu susuk tubuh sedang duduk bersendirian di perhentian bas kawasan perumahan mewah. Dengan esak tangis yang masih bersisa, Sofia menyapu saki-baki air mata di raut wajah nya dengan hujung tudung yang agak tidak terurus itu. Rasa lenguh kakinya setelah berjalan hampir satu kilometer tidak dapat mengatasi rasa sakit hati serta kecewanya setelah dia diperlakukan seperti sampah oleh mereka yang telah dianggap seperti keluarganya sendiri. Tetapi gelaran sebagai anak perempuan tunggal kepada Datuk Zamri dan Datin Hamidah kini telah berubah kepada anak angkat bagi pasangan yang disegani di sekitar Kuala Lumpur itu. Setelah hampir 28 tahun dia hidup bersama-sama keluarga itu dengan sedikit bahagia walaupun ada ketika nya pahit terutama apabila Sofian, abang sulungnya, mencari pelbagai helah dan alasan untuk menyakitkan hatinya. Tetapi itu tidak mendatangkan sebarang onar ke dalam dirinya kerana kedua-dua ibu bapanya begitu menyayanginya cuma secara tidak sengaja apabila dia ingin menghantar minuman ke dalam bilik bacaan sejam yang lalu, dia terdengar pertangkaran antara papa dan Sofian yang melibatkan dirinya. Tidak hairanlah kiranya selama ini Sofian tidak pernah memaniskan muka apabila berdepan dengannya kerana bagi Sofian...

__________________________________________________________________

tiada seorang yang mampu menggantikan Sofina. Ya, Sofina adik kandung Sofian yang telah lama jasadnya bersemadi itu.

__________________________________________________________________


        Ketika dia sibuk menyiapkan kerja yang berkaitan dengan perniagaannya di bilik bacaan, Sofian masih tidak serik-serik mengadu tentang Sofia dan Hamidah. Sofia itu, Sofia ini. Hamidah itu, Hamidah ini.

        Sofian selalu berprasangka buruk terhadap mereka. Pada Sofian, mereka umpama syaitan yang bertopengkan manusia dan mempunyai agenda mereka sendiri.

        Datuk Zamri masih teringat peristiwa 28 tahun yang lalu ketika isteri keduanya Hamidah membawa seorang budak perempuan comel berusia 2 tahun datang ke rumahnya.

        Sekali pandang, terus rasa sayang itu hadir dalam diri Zamri.Lebih-lebih lagi selepas kematian bayi keduanya, Sofina empat tahun sebelum itu. Isterinya, Hendon turut meninggal dunia akibat komplikasi yang teruk sejurus selepas melahirkan Sofina.

        Atas desakan Hamidah dan rasa kasih yang mendalam, Zamri mengambil keputusan untuk menjadikan budak perempuan itu sebagai anak angkat.Hamidah menamakannya Sofia.

        Sofian yang berusia 7 tahun ketika itu tidak dapat menerima kehadiran Sofia dalam hidupnya.

__________________________________________________________________

        Amira tidak pernah berasa tidak pasti terhadap kecurangan Sofian. Tiada ragu-ragu kerana Amira yakin, Sofian mempunyai wanita selain dirinya. Sebagaimana Amira pasti ribut itu wujud, begitulah pastinya dia tentang hal itu.

        Naluri wanitanya sentiasa berprasangka. Perubahan sikap Sofian dapat dirasainya sejak setahun yang lalu.

        Mungkin ketiadaan zuriat menyebabkan Sofian beralih kasih?

        Ah, hancurnya hati Amira tatkala mengenangkan sikap suaminya. Namun begitu, Amira tetap melayan Sofian seperti biasa. Jika ada perubahan sekalipun, Amira tidak seceria dahulu.

        Amira ingin bertanya tentang hal itu kepada Sofian tetapi sikap baran Sofian mengundang rasa cuak.

        Ya, Amira penakut. Takut dengan sesuatu yang tidak pasti.

__________________________________________________________________

        Pada Sofian, Sofia hanyalah seumpama parasit yang menyusahkan. Parasit yang menunggu masa untuk membolot kekayaan bapanya.

        Sofian telah lama mengesyaki ada sesuatu yang pelik tentang Sofia. Sofia tidak seperti Amira, isterinya yang lembut dan penakut. Sofia tidak seperti Misha, buah hatinya yang seksi dan menggoda. Sofia terlalu berbeza.Renungan tajam matanya itu amat berbeza.

        Imbauan silam melintasi kotak minda Sofian..

“Kau keluar dari rumah aku!” tengking Sofian yang ketika itu berumur 15 tahun kepada Sofia. Kesalahan Sofia hanyalah disebabkan Sofia menunggang basikal Sofian secara senyap-senyap ketika ketiadaan Sofian.Lagipun Sofia telah meminta kebenaran ibunya,Hamidah.

Sebaik terdengar jeritan Sofian, Hamidah terus muncul dari ruang dapur.

“Sofian!!! Mengapa kau marah sangat dengan adik kau?! Mama yang beri kebenaran.” marah Hamidah sambil matanya terjegil.

“Ah, dia bukan adik aku!!! Kau pun bukan mak kandung aku!!” balas Sofian biadab.

“Pap!!!”Satu tamparan hinggap pada pipi Sofian.

“Sekali lagi kau kacau Sofia, kau tahulah apa yang akan berlaku,” dengan renungan mata yang tajam dan suara yang perlahan tetapi berbisa, Hamidah mengugut sambil mencekak kolar baju Sofian.

        Aneh sungguh renungan dan nada suara itu. Perasaan takut menyelubungi hati Sofian.

        Sofia hanya tersenyum sinis tanpa berkata apa-apa.

        Beberapa rentetan peristiwa selepas itu meyakinkan Sofian ada sesuatu yang tidak kena dengan Hamidah dan Sofia.

        Itu merupakan satu daripada banyak peristiwa yang mengungkap keanehan sikap Hamidah dan Sofia.

        Berbuih mulut Sofian mengkhabarkan keanehan sikap Hamidah dan Sofia kepada bapanya,namun semuanya tidak diendahkan. Mana tidaknya, di hadapan Zamri, layanan Hamidah terhadap Sofian sungguh normal dan mesra. seperti seorang ibu layaknya.

        Pada Zamri, Sofian terlalu membenci Hamidah,ibu tirinya dan Sofia,adik angkatnya.

__________________________________________________________________



Kamal masih teringat peristiwa di Universiti Birmingham ketika dia, Sofian dan Amira menuntut ilmu bersama-sama. Mereka bertiga sama-sama mengambil subjek Kimia.

        Setiap kali selepas tamat kuliah Kimia, Kamal menunggu di kafetaria. Dia tahu Amira dan kawan-kawannya pasti akan membeli makanan tengah hari di situ.

“Maafkan saya,” ayat yang paling panjang yang mampu diucapkan Kamal ketika terlanggar Amira.

        Kelu lidah Kamal. Semua ayat yang ingin diucapkan tidak mampu diluahkan walaupun dia telah berlatih banyak kali di biliknya.

        Amira hanya tersipu-sipu sesuai dengan perwatakannya yang lembut dan pemalu itu.

        “Dialah orangnya yang bakal menjadi suri hidupku,” Kamal sentiasa bermonolog menguatkan lagi harapan untuk memikat Amira.

        Satu-satunya orang yang menjadi pendengar setia ialah Sofian, kawan rapat Kamal.

“Mal,cuba kau beri Mira buku cerita. Semua orang tahu Mira suka membaca,” ujar Sofian memberi buah fikirannya sambil mulutnya menghembus asap rokok Dunhill merah.

“Sungguh tak romantiklah la wei. Aku ingat nak beri bunga la, Pian,” jelas Kamal yang sentiasa menganggap semua perempuan itu sama. Kamal tidak lari daripada fikiran yang stereotaip. Perempuan dianggapnya cukup sinonim dengan bunga.

__________________________________________________________________

        Perkenalan antara Hamidah dengan Zamri bukannya baru. Hamidah pernah bekerja di sebuah kelab malam ketika zaman mudanya. Zamri dan kawan-kawannya kerap mengunjungi Dansa Berahi, kelab malam tempatnya bekerja.

        Hamidah tahu Zamri telah berkahwin. Walaupun telah berkahwin, Zamri tetap mencari hiburan luar mengisi malam minggunya.


        Seperti perempuan kabaret yang lain, Hamidah perlu merahsiakan statusnya yang merupakan isteri orang. Ya, Hamidah juga telah berkahwin. Malah ketika Hamidah mengandung, Hamidah tetap bekerja sehingga usia kandungannya mencecah enam bulan. Selepas itu, majikannya memberikannya cuti kerana perutnya terlalu memboyot.

        Dara? Siapa lelaki bodoh yang mengharapkan dara daripada seorang perempuan sepertinya?

“Din, engkau tidak pernah memberikan aku nafkah. Aku yang perlu bekerja. Aku yang perlu menyara engkau,” Ini bukan kali pertama Hamidah menyuarakan ketidakpuasan hatinya sambil tangannya mengayunkan bayi perempuan yang berada dalam buaian.

“Perempuan jijik, engkau perlu sedar mengapa lelaki berkahwin dengan perempuan seperti engkau. Untuk melampiaskan nafsu sahaja. Tidak lebih tidak kurang. Sedar sikit!!!” jerkah Mudin meluap-luap kemarahannya.

        Perceraian antara mereka memang tidak dapat dielakkan setelah satu demi satu pertengkaran berlaku sepanjang perkahwinan mereka. Kehadiran seorang bayi perempuan comel dalam hidup mereka tidak dapat mengurangkan amarah antara mereka.

        Hamidah bertekad untuk mencari kekayaan meskipun dengan menggunakan apa cara sekalipun.___________________________________________________________________________

reserved reserved
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-8-2011 03:27 PM | Show all posts
Post Last Edit by sixret at 22-8-2011 15:00
        Sofia memiliki kedai bunga. Setelah tamat pengajian dalam bidang ekologi di Universiti Hartford, United Kingdom, minatnya terhadap tumbuhan terutamanya bunga semakin mendalam.

        Dengan bermodalkan RM30,000 yang diperoleh daripada papanya, dia membuka Citra Mekar yang menjadi kebanggaannya.

__________________________________________________________________

        Restoran Syed Bistro penuh dengan orang yang menjamu selera. Rehat sejam itu digunakan sepenuhnya untuk mengisi perut sambil berborak-borak dengan rakan sekerja.

        Sofian menolak pinggan kosong lalu menyedut air tembikai. Misha memandang Sofian sambil tersenyum lembut. Kepalanya yang berambut ikal itu disengetkan ke kanan dengan lentukan manja. Sungguh tipikal perempuan perampas yang hanya menjadi pemuas nafsu serakah lelaki.

        Sofian terbatuk-batuk apabila terhidu asap rokok lelaki di sebelah mejanya. Loya tekaknya. Genap empat tahun, Sofian tidak mengepit puntung rokok setelah mendengar nasihat doktor peribadinya.

        Selang empat meja di hadapan Sofian, raut wajah seorang lelaki yang baru duduk memesan makanan itu cukup dikenalinya. Dia berusaha membongkar kotak fikiran mencari nama untuk dipadankan dengan raut wajah itu. “Kamal!” puas hati Sofian dapat mengingati nama kawan lamanya itu.

        Pantas, punggungnya diangkat dan kakinya melangkah ke meja Kamal.

“Kamal, lamanya tak dengar khabar berita,” sapa Sofian mesra.

        Raut wajah itu berkerut lalu terukir senyuman pada bibirnya sebaik dapat mengecam wajah sofian.


“Ya Allah Sofian, tak sangka dapat jumpa kau di sini,” balas Kamal seraya berdiri memeluk Sofian.

“Hampir sepuluh tahun kau membawa diri. Lepas graduasi, aku cuba cari engkau, tapi semuanya menemui jalan buntu. Kau kerja apa sekarang? “ tanya Sofian sambil mengajak Kamal duduk di mejanya.
        Selepas diperkenalkan dengan Misha, Kamal menjawab:

“Aku ada klinik sekarang ni.Macam mana dengan Mira? Dia sihat?” cepat Kamal teringatkan bekas buah hatinya.

“Dia OK,” ringkas jawapan Sofian mematikan topik tentang Amira.

        Mereka rancak berbicara tentang kehidupan masing-masing selepas majlis graduasi. Sesekali terselit kenangan sewaktu mereka belajar di universiti. Begitulah resam dua sahabat yang telah lama berpisah sambil bertukar-tukar nombor telefon.

“Mal, aku nak ajak kau untuk sama-sama meraikan hari lahir aku. Keluarga aku nak sambut di Merang Suria Resort di Tanjung Rhu Tapai,Terengganu hujung minggu ni.Pasal penginapan kau tak perlu risau. Semua aku uruskan, engkau hanya perlu bawa diri dan pakaian sahaja. Kalau kau nak bawa awek kau pun boleh,” ajakan yang ikhlas itu disertai dengan senyuman.

“Ish Pian, aku mana ada awek. Insya Allah Pian. Aku datang,” peluang bertemu dengan Amira terbuka luas, getus hati Kamal.

______________________________________________________________


Minyak wangi Bvlgari Agva edisi terhad itu dihidunya. Harum.

        Amira membalut kotak minyak wangi jenama mahal itu dengan kemas.Kertas bewarna emas berkilat menjadi pilihan.Reben merah hati menjadi pengikat.

        Hadiah untuk Sofian. Semoga hadiah dan percutian ini mampu memulihkan hubungan mereka suami isteri.

        Amira melantunkan pengharapannya kepada yang Maha Berkuasa.

        Tiba-tiba Amira tahu bagaimana.Matanya bersinar galak. Dia pasti lakukannya nanti di resort kelak.

__________________________________________________________________

        Sofia tahu bungkusan emas berkilat di atas meja itu berisi minyak wangi. Masakan tidak, dialah yang menyarankan Amira membeli benda itu.

        Bibirnya terukir dengan senyuman. Dan kebiasaan bagi Sofia, senyuman itu pasti sinis.

__________________________________________________________________

        Kamal tahu, Amiralah jodoh untuknya. Sungguhpun sekian lama terpisah, hatinya tetap yakin, Amiralah yang tetap menjadi ratu hatinya.

        Walaupun hakikatnya, Kamal cukup sedar tentang hubungan antara Amira dengan Sofian.
        Dia nekad.

__________________________________________________________________

“Apa yang awak buat di sini?” tanya Datuk Zamri pelik.

“Macamlah abang tak tahu,” Datin Hamidah menjawab ringkas sambil tangannya mencium bunga-bunga kekwa di taman di hadapan banglo mewah mereka. Riak wajahnya sedikit terkejut dengan kehadiran Datuk Zamri secara tiba-tiba itu.

“Kalau abang tahu, mestilah abang tak tanya. Tak pernah-pernah berkebun, tiba-tiba terus pegang penyodok,” muka Datuk Zamri berkerut sambil berseloroh.

“Kalau abang nak tahu, jawab dulu soalan saya,” ugut Datin Hamidah.

“Awak tak tanya apa-apa soalan pun,” dia semakin pelik.

        Lakonannya untuk mengabui tindakan sebenarnya berjaya. Mujur suaminya tidak bertanya tentang bunga-bunga itu. Sepatutnya perkara itu menjadi rahsia.

        Bunga-bunga kekwa itu dimasukkan ke dalam bakul untuk diberi kepada anak kesayangannya, Sofia. Sofia yang menyuruhnya memetik bunga-bunga di taman. Sofia yang meminta bunga kekwa.

        Esok mereka sekeluarga akan pergi ke Tanjung Rhu Tapai, Terengganu kerana lusa mereka akan menyambut hari lahir Sofian.

        Ya, Sofian. Sofian yang semakin dewasa itu. Dia harus melakukan sesuatu.

Datin Hamidah tersenyum puas.

__________________________________________________________________

        Misha sudah siap memasukkan baju-baju yang akan dibawa ke Merang Suria Resort, Tanjung Rhu Tapai ke dalam beg berjenama Prada.

        Dia tahu Amira pasti pergi.

        Dia tahu apa yang perlu dilakukan.

        Hatinya berbunga sambil bibir mungilnya berlagu riang.

__________________________________________________________________

        Seawal pagi, Kamal siap berpakaian lengkap.

        Kunci kereta Camry dicapainya.

        Tujuannya hanya satu, memenuhi undangan ke majlis hari lahir Sofian.

        Bukan.

        Menemui Amira.

__________________________________________________________________

“Mal, kau datang jugak walaupun jauh,” Sofian sungguh terharu.


“Tak jadi masalah untuk aku.Lagipun pak cik aku sekeluarga tinggal di Terengganu. Esok lepas majlis kau, aku ke rumah mereka,” Kamal tersenyum sambil menghulurkan bungkusan yang dibalut kemas. Mungkin hadiah hari lahir Sofian.

Di sebelah Sofian, Misha, gadis yang dikenalinya di Restoran Syed Bistro.

        Dari jauh,susuk tubuh yang memakai baju kurung moden berpesak dan dilengkapi tudung hijau lumut itu berjalan ke arah Kamal.

        Sekuntum senyuman mesra itu sungguh menggetarkan hati Kamal.

        Perasaan lama yang ingin memiliki wanita itu terus hadir tanpa perlu dipaksa.

“Amira, sungguh indah ciptaan tuhan,” telah Kamal dalam hatinya.

“Assalamualaikum, Kamal,” sapa Amira mesra sama seperti dahulu. Tidak berubah.

        Misha mula memainkan peranannya sebagai seorang jalang. Cepat-cepat, lengan Sofian dipegangnya.

        Amira memandang sekilas pada lengan Sofian lalu cepat-cepat memandang Kamal semula.

“Waalaikumussalam, Mira. Engkau langsung tidak berubah. Masih lagi kurus dan cantik,” cubaan Kamal untuk bernada seloroh bagi menutup perasaannya yang sebenar mungkin gagal pada pendengaran Amira.

        Mereka bertiga terus berbual-bual.

        Misha? Meneruskan tugasnya sebagai jalang. Melentukkan kepala. Mengukir senyuman seksi sambil ketawa manja tatkala Kamal membuat cubaan berselorohnya kali kedua.

“Malam ni pukul 8 kau pergi ke bilik Zamrud untuk makan malam. Aku tempah khas bilik itu untuk kita sekeluarga sahaja. Chalet kau nombor 4,” riang nada Sofian sambil menyerahkan kunci.

_________________________________________________________________






reserved resereved
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2011 03:27 PM | Show all posts
Post Last Edit by sixret at 22-8-2011 23:36
Mereka semua berehat di dalam chalet masing-masing.


Datuk Zamri dan Datin Hamidah menginap di chalet no.5

Kamal menginap di chalet no.4

Sofia menginap di chalet no.3

Misha menginap di chalet no.2

Sofian dan Amira menginap di chalet no.1


__________________________________________________________________

Seawal pukul 7.10 malam, Sofian bersiap-siap untuk makan malam.

“Abang,pakailah minyak wangi yang Mira baru beli ini,” sengaja Mira melunakkan suaranya sebagai salah satu usaha untuk memikat hati Sofian kembali.Harap perancangannya berjaya.

        Terus Mira menyemburkan minyak wangi Bvlgari Agva edisi terhad di seluruh badan Sofian.

        Ketika Sofian cuba mengelak, semburan minyak wangi terkena bahagian mulutnya.

“Kalau Sofian suka jalang, aku juga boleh menjadi jalang,” fikirnya. Tidak salah seorang isteri menjalangkan diri demi suami tercinta.

        Haruman Bvlgari Agva memenuhi ruang kamar itu.

“Bodoh melantun-lantun!” jerkah Sofian.

        Cepat-cepat Sofian keluar dari chaletnya sambil mengesat mulutnya dengan hujung lengan baju kemejanya.

Rimas!

_____________________________________________________________

        Bilik Zamrud agak tersorok, jauh dari lobi dan jauh dari bilik pekerja tetapi dekat dengan chalet no.1.

        Sepuluh minit kemudian, sebaik melangkah masuk terhuyung-hayang ke bilik Zamrud, Sofian melihat Misha duduk dengan selesa di sofa mewah dipenuhi kusyen-kusyen empuk itu.

        Hidangan makanan yang bertutup sudah terletak di atas meja.
        Bunga-bunga kekwa yang digubah sebegitu indah dan diletakkan di tengah meja makan.

        Di atas meja kecil penuh dengan bunga kekwa. Di atas sofa penuh dengan bunga kekwa. Di atas lantai penuh dengan bunga kekwa.

        Sana-sini ada gubahan bunga kekwa.

        Kepalanya pitam.

        Perutnya sakit.

        Pandangan matanya kabur.

        Dengan pandangan yang berbalam-balam, Sofian melihat Misha berdiri dalam kebingungan lalu memandang dirinya.

        Sofian pengsan.

        Misha menjerit.

__________________________________________________________________

        Inspektor Hasyim dan Sarjan Nizam berada di bilik Zamrud tepat pukul 7.51 malam. Jarak balai polis dengan resort memungkinkan mereka sampai dalam masa sepuluh minit.

Ambulans yang datang tiga puluh minit kemudian pulang kerana telah menjadi kes polis.

        Anggota polis bahagian jenayah mengambil berpuluh-puluh keping gambar tempat kejadian.

        Anggota polis yang lain memeriksa dengan teliti setiap ceruk dan barang yang terdapat dalam bilik itu.

        Penuh dengan habuk pengesan cap jari. Bercahaya dengan lampu pengesan tompokan darah. Itu semua dilakukan mengikut prosedur di tempat pembunuhan.

        Minyak wangi Bvlgari Agva , satu kusyen yang mempunyai bendalir asing dan beberapa barang-barang lain dibungkus dengan plastik khas untuk ujian makmal.

        Mayat Sofian dibawa menaiki van polis untuk dibedah siasat.

        Tepat pukul 11.40 malam, bilik Zamrud telah digeledah setiap ceruk. Bilik itu kini ditutup kerana telah menjadi tempat pembunuhan berlaku.

__________________________________________________________________

        Sarjan Nizam melakukan soal siasat dengan para pekerja.

        Inspektor Hasyim melakukan soal siasat dengan semua ahli keluarga Sofian, Kamal dan Misha dalam bilik Nilam yang kosong ketika itu.

        Setelah direkodkan nama, alamat rumah, hubungan dengan Sofian dan mengambil cap jari masing-masing, soalan demi soalan ditanya.

“Saya difahamkan,Cik Misha ada bersama si mati ketika si mati jatuh pengsan?”

“Benar,” jawab Misha dengan suara yang menggigil.

“Kemudian apa yang berlaku?”

“Saya terus menjerit. Mira, isteri Sofian datang. Dia terus menangis sebaik sahaja melihat Sofian. Saya menerangkan kepada Mira tentang hal yang sebenar.”

“Encik, perempuan jalang nilah yang membunuh suami saya!”

“Tenang Puan Amira. Ketika itu, adakah si mati masih benyawa?”

“Saya tidak pasti, tetapi dadanya masih turun naik. Kami terus keluar dari bilik untuk meminta. Ketika itu kami terserempak dengan Sofia. Saya menceritakan perkara sebenar kepada Sofia dan dia terus berlari ke chalet no.5 yang terletak agak jauh untuk memberitahu ibu bapa Sofian.”

“Benarkah Cik Sofia?”

“Ya. Saya terus berlari menuju ke arah chalet no.5 dan memberitahu ibu bapa saya.”

“Cik Misha dan Cik Mira pula?”

“Kami pergi ke lobi utama di arah yang bertentangan dengan chalet no.5 untuk memaklumkan kepada pihak chalet. Kemudian saya menyuruh pekerja di kaunter menelefon hospital yang berdekatan untuk mendapatkan bantuan segera.

“Bagaimanakah dengan Encik Kamal?”

“Saya berada di dalam chalet saya. Ketika itu bersiap-siap untuk makan malam. Saya sudah agak lambat bersiap, jadi agak tergesa-gesa.”

“Encik tidak mendengar suara jeritan cik Misha?”

“Tidak. Saya dalam bilik air, mandi.”

“Datuk dan datin di mana antara pukul 7.25 malam hingga pukul 7.50 malam?”

“Kami di dalam chalet No. 5 dan bersiap-siap untuk makan malam.”

_____________________________________________________________






reserved resereved
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2011 03:27 PM | Show all posts
Post Last Edit by sixret at 22-8-2011 15:03
Seusai sesi soal siasat itu, mereka semua kembali ke bilik masing-masing. Mereka diminta untuk tidak ke mana-mana pada malam itu sehingga diberitahu kelak.

        Sewaktu menuju ke keretanya dengan Sarjan Nizam, Inspektor Hasyim berjalan beriringan dengan Kamal lalu bertanya,

“Mengapakah baju Encik Kamal mempunyai bau minyak wangi si mati?”

“Sofian datang ke bilik saya kira-kira pukul 7.15 malam. Kami berbual-bual sebentar sambil sama-sama menghisap rokok. Ketika itu dia sudah mengadu sakit kepala kepada saya tetapi apabila saya ingin mendapatkan bantuan, dia kata tidak perlu risau. Selepas sepuluh minit, dia beredar.”

“Terima kasih Encik Kamal”.


        Selepas tiga minggu, laporan daripada analisis ujian makmal dan laporan bedah siasat berada di atas meja Inspektor Hasyim.

Punca pembunuhan :
        Si mati, Sofian bin Zamri telah mati akibat “asphyxiation” atau bahas mudahnya, mati lemas kerana ketiadaan udara dalam paru-paru untuk jangka waktu yang tertentu sehingga menyebabkan kematian.


Bahan bukti :
        Minyak wangi Bvlgari Agva edisi terhad mengandungi pyrethrum iaitu sejenis ekstrak racun daripada bunga kekwa. Kandungan racun dalam minyak wangi itu cukup membuatkan seseorang mengalami ketidakselesaan.

        Pyrethrum boleh membunuh seseorang jika memasuki dalam badan manusia seawal satu jam selepas terkena racun ini. Simptom-simptom yang dialami termasuklah pening, perut berasa tidak selesa, radang paru-paru dan pandangan menjadi kabur sebelum tidak sedarkan diri.

        Sekurang-kurangnya satu sarung kusyen mempunyai air liur si mati. Ujian DNA mengesahkan bahawa air liur itu milik si mati. Tiada kesap cap jari pada sarung kusyen.

        Cap jari yang terdapat pada bilik Zamrud merupakan milik :

Sofian Bin Zamri

Misha Binti Jameon

Amira Binti Aziz

        Senarai nama-nama pekerja Merang Suria Resort yang mempunyai cap jari di dalam bilik Zamrud.

        Setelah kusyuk membaca laporan-laporan itu, Inspektor Hasyim bangkit masuk ke bilik ketuanya.

        Selepas mendapat persetujuan ketuanya, Inspektor Hasyim menyuruh Sarjan Nizam bersiap sedia untuk bertolak ke Kuala Lumpur keesokan harinya.

________________________________________________________________

        Sarjan Nizam memandu kereta. Di sebelahnya Inspektor Hasyim duduk dengan diam. Otaknya ligat berfikir tentang fakta-fakta kes.

Mereka menuju ke Kuala Lumpur untuk menyoal siasat suspek-suspek buat kali terakhir dan mendapatkan kepastian dalam beberapa perkara.Alamat-alamat suspek ada dalam rekod.

________________________________________________________________

Kamal

“Ujian analisis makmal mendapati minyak wangi yang dipakai si mati terdapat racun pyrethrum yang diekstrak daripada bunga kekwa. Encik tahu pasal hal ini?”

“Tidak tetapi saya masih ingat dalam bilik Nilam penuh dengan bunga-bunga kekwa yang digubah indah,” jawab Kamal penuh kepastian.

“Mengikut siasatan kami, encik belajar di Universiti Birmingham, United Kingdom  bersama-sama si mati dan Puan Amira. Benar?”

“Ya,” tenang Kamal menjawabnya.

“Encik pernah bercinta dengan Puan Amira sebelum ini?”

“Bukan bercinta tetapi saya sungguh-sungguh meminati dan menyayangi dia dalam diam. Hanya beberapa orang kawan termasuk Sofian sahaja yang mengetahuinya,” senyuman indah terukir pada bibir Kamal tatkala melafazkan rasa kasihnya itu terhadap Amira.

__________________________________________________________________

Amira

“Puankah yang menghadiahkan minyak wangi jenama Bvlgari Agva kepada si mati?”

“Benar.”

“Siapakah yang menggubah gubahan bunga-bunga kekwa dalam bilik Zamrud?”

“Sofia.”

“Puan Amira pernah bercinta dengak Encik Kamal sebelum ini?”

“Tidak,” jawab Amira ringkas penuh kehairanan dengan soalan itu.

__________________________________________________________________

Sofia

“Cik Sofia, sebentar tadi Cik Amira memberitahu saya, gubahan bunga di atas meja makan dalam bilik Zamrud itu ialah hasil kerja tangan Cik Sofia. Betul?”

“Ya, sebagai hadiah hari jadi untuk Sofian.”

“Mengikut siasatan kami, dalam sijil surat beranak Cik Sofia, nama sebenar Cik Sofia ialah Sofia binti Mudin. Betul?”

“Benar. Semua orang tahu saya anak angkat,” berdegup-degup jantungnya.

__________________________________________________________________

Misha

“Cik Misha masih ingat kedudukan kusyen-kusyen dalam bilik Zamrud ketika Cik datang semula bersama Puan Amira setelah menelefon pihak hospital? Adakah kedudukan kusyen-kusyen itu berubah?”

“Err….saya tidak pasti,” seram sejuk Misha mengingatkan kembali peristiwa tiga minggu lepas. Sungguh dia ingin melupakan peristiwa itu.

"Harap pegawai polis ni tidak nampak tanganku yang menggeletar ini, " monolog Misha di dalam hati sambil matanya memandang ke bawah.

__________________________________________________________________

Datuk Zamri dan Datin Hamidah

“Datinkah yang memberikan bunga-bunga kekwa kepada Sofia untuk digubah sebagai hadiah?”

“Ya.”

“Dari manakah Datin membeli bunga-bunga kekwa tersebut?”

“Saya memetik dari taman rumah saya.”

“Mengikut siasatan kami, Datin pernah berkahwin sebelum ini dengan Mudin bin Abu, benar?”


“Ya,” Datin Hamidah benar-benar tunduk kali ini. Tidak mampu dia memandang mata suaminya.

Datuk Zamri tersentak mendengar jawapan isterinya.Namun didiamkan sahaja. Dia tidak mahu mengusutkan keadaan. Lebih-lebih lagi di hadapan pegawai polis.

“Datuk, saya ingin bertanya tentang wasiat.”

“Silakan.”

“Datuk mewariskan harta-harta datuk kepada siapa?”

“2/3 daripada harta saya milik Sofian manakala 1/6 daripada harta saya milik isteri saya dan 1/6 yang berikutnya milik Sofia. Saham syarikat saya, 95% milik Sofian dan 5% milik Sofia. Mengapa?”

“Hanya prosedur. Sekarang Sofian telah meninggal dunia, bagaimanakah dengan pembahagian harta yang terkini?”

“Saya belum membuat wasiat yang baharu tetapi saya merancang memberikan 2/3 milik sofian kepada isteri dan Sofia secara sama
rata.Manakala 100% saham syarikat saya akan saya berikan kepada Sofia.”

_________________________________________________________________

        Dalam bilik di hotel penginapannya, helaian-helaian kertas bertaburan di atas meja. Setiap fakta kes diperinci. Setiap keterangan suspek dinilai semula. Setiap laporan dibaca berulang-ulang kali.

        Inspektor Hasyim sudah tahu siapa pembunuh Sofian bin Zamri, apa alat yang digunakan untuk membunuh Sofian bin Zamri dan motifnya.

        Secangkir kopi dibiarkan tidak terusik. Dia mengeluarkan laptop lalu jari-jemarinya rancak mengetuk papan kekunci. Dia perlu segera menyiapkan laporannya.

        Tidak mustahil mengapa Inspektor Hasyim begitu mudah dinaikkan pangkat. Bijak, teliti, tegas ketika bekerja, tidak suka bertangguh dan pandai membawa diri sehingga disukai oleh ramai orang yang mengenalinya. Ciri-ciri manusia yang pasti menggenggam kejayaan duniawi. Itu janji Allah yang sudah termaktub dalam Quran.


“Astaghfirullahalzim!” spontan lidahnya berkata. Dilihatnya jam di telefon bimbitnya. 6.50 petang ! Dan dia masih belum bersolat? Tipikal bagi manusia yang rajin berusaha.

        Dia bingkas bangun dan menuju ke bilik air mengambil wudhu. Allah, tuhannya perlu disembah terlebih dahulu. Laporan boleh tunggu.

        Sesungguhnya Allah Maha Memberi Rezeki yang melimpah ruah kepada sesiapa sahaja hamba-hambaNya yang Dia kehendaki.


        Bukankah Allah juga Maha Melihat atas setiap perlakuan hamba-hambaNya?

__________________________________________________________________






reserved resereved
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2011 03:28 PM | Show all posts
Post Last Edit by sixret at 22-8-2011 15:04


















        Dalam undang-undang jenayah Malaysia Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman gantung sampai mati, seseorang(pelaku-orang atau kumpulan orang) yang disiasat dan didakwa di bawah akta kerana membunuh dengan niat dan melibatkan kematian perlu memenuhi 3 kriteria:

Benda atau alat yang digunakan untuk membunuh dan menyebabkan kematian

Motif pembunuhan

Peluang membunuh (oportunity)

Suspek (pelaku) yang disabit dengan kesalahan ini perlu memenuhi ketiga-tiga kriteria ini untuk mengelakkan keraguan yang munasabah(reasonable of doubt)











Hantarkan jawapan kepada saya melalui .



Selewat-lewatnya pada 27 Ogos 2011 pukul 11:59 malam.

Sila nyatakan:




1) Nama pembunuh


2) Alat yang digunakan untuk membunuh




3) Motif pembunuhan







Kamu perlu menghantar jawapan yang tepat untuk ketiga-tiga soalan.


Setiap peneka yang tepat akan menerima 5 kredit [Saya akan berbincang dengan pihak penganjur]





BACA DENGAN TELITI UNTUK MENCARI PETUNJUK(CLUE) DALAM AYAT-AYAT.



HANYA BOLEH MENGHANTARKAN JAWAPAN TEKAAN SEKALI SAHAJA


1) NAMA PEMBUNUH

2) ALAT YANG DIGUNAKAN


3) MOTIF


SELAMAT MENEKA KAWAN-KAWAN!


Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2011 03:28 PM | Show all posts
Post Last Edit by sixret at 22-8-2011 15:19







28 OGOS 2011


PEMBUNUHAN


SOFIAN BIN ZAMRI







AKAN DIBUKA KEPADA UMUM PADA TARIKH YANG DINYATAKAN

SEMENTARA ITU, SILA SELESAIKAN KES INI KERANA KAMULAH DETEKTIF YANG TERHEBAT!

SILA PM SIXRET DAN BERIKAN JAWAPAN:

1) NAMA PEMBUNUH

2) ALAT YANG DIGUNAKAN

3) MOTIF

TEKAAN HANYA BOLEH DIBUAT SEKALI SAHAJA

5 KREDIT AKAN DIBERIKAN KEPADA DETEKTIF-DETEKTIF HEBAT YANG DAPAT MENYELESAIKAN KES INI SEBELUM LAPORAN LENGKAP INSPEKTOR HASYIM DILAMPIRKAN

p/s: gila

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2011 04:45 PM | Show all posts
huhuhuhu ~ rs x sabar2 pulak nak tau aper yg bakal eddy & sue sambung utk cerita dr Rose ni... s ...
rukiaichigo Post at 21-8-2011 11:22



    Gud luck juga kepada team2 lain, memang tak sabar rasanya menunggu hasil nukilan para peserta.. , motif rose pulak yg rasa nervous nk baca, tak sabarnyerrr
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2011 04:48 PM | Show all posts
masalahnye nak jugak bincang apa yg patut dulu
takut la mcm buat keputusan sendiri
eddysheddy Post at 21-8-2011 01:41



panjang karya telah dinaikkan kepada 2000 pp.. rose tak kisah berapa pp eddy dan sue nak tulis nanti, asalkan tidak melebihi syarat yang daus tetapkan
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2011 04:49 PM | Show all posts
saya tak tau macam mana nak bincang ngan ctsueraya.. dia tak masuk2 lagi
eddysheddy Post at 21-8-2011 01:00



   dah balas pm eddy....sorrry sgt...mmg tied up schedule poser2 nierasa nak nangeh sebab naper mod buat pertandingan musim poser yang melampau kebusyan kalah PAK NAJIB
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2011 04:50 PM | Show all posts
panjang karya telah dinaikkan kepada 2000 pp.. rose tak kisah berapa pp eddy dan sue nak tulis ...
RosesAre_Red Post at 21-8-2011 16:48



   tq kaka rose..tugasan pertama iols terpaksa serahkan pada eddyiols teruk sgt minggu nie,,,busy
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2011 04:54 PM | Show all posts
tq kaka rose..tugasan pertama iols terpaksa serahkan pada eddyiols teruk sgt minggu nie,,,b ...
ctsueraya Post at 21-8-2011 16:50



owh ok.. xpa sue.. asalkan sue dan eddy telah mencapai kata sepakat bersama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2011 05:20 PM | Show all posts
ok sueee
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2011 05:31 PM | Show all posts
2000 patah kata? nanges
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2011 05:51 PM | Show all posts
wah, siap bg 2 pilihan lg... boleh ek?? kalo la den tau, semua 4-4 draf den tu den bg jer ewiks  ...
rukiaichigo Post at 21/8/2011 11:24


perghhhh...4 draft dah buat...

hebattttnyaaa...banyak idea tul
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2011 05:53 PM | Show all posts
Reply  cinta_ungu


dahsyat sungguh penel ku ini.
azharazhar91 Post at 21/8/2011 11:54



    berusaha! chaiyyokkk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-6-2024 10:08 AM GMT+8 , Processed in 0.521566 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list