CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Momo_Elly

[HIJAB BEST]The Haunted Mansion [ koleksi kisah seram aku ]

[Copy link]
 Author| Post time 4-10-2013 06:19 PM | Show all posts
Assalamualaikum semua. Salam jumaat

Saya mohon maaf atas kelewatan untuk update kisah terbaru. Saya baru balik dari menghadiri sebuah program di kuala terengganu. 4 hari 3 malam. Sangat sangat meletihkan dan gangguan yang saya alami pun tak kurang hebatnya. Sebelum saya terlupa detail kisah ni, saya akan ceritakan terus.

Kisah kelima: Pembunuhan di hotel.

Kisah ini terjadi pada 28 September baru2 ini. Saya menghadiri sebuah program di sebuah hotel di tengah2 bandar kuala terengganu. Sejak awal lagi memang saya sudah dapat merasakan perasaan yang tidak enak tentang program ini. Maksud saya bukan program ini, tapi tempat program ini dijalankan. Tapi mengenangkan saya tidak punya pilihan lain, saya terpaksa juga menghadirkan diri. Alhamdulillah, kesulitan tentang transport dapat diatasi. Mama menawarkan diri untuk menghantar saya.

2 jam perjalanan saya rasakan sangat hening. Hati kecil ini tiba tiba dirundung gelisah yang amat. Untuk berpatah balik memang mustahil. Hanya beberapa minit saja lagi sebelum kami tiba ke destinasi. Akhirnya, hotel yang kami cari tersergam di depan mata. Saya tersentak. Benar telahan saya. Kebimbangan saya menjadi nyata. Hotel ini.. Ahh. Hotel ini saya lihat kelam. Tiada cahaya. Tanda pertama sesuatu yang buruk telah berlaku di sini.

Saya pejamkan mata, cuba melihat keadaan sebenar hotel ini menggunakan mata hati. Hampir saja saya menangis. Saya telah membuat keputusan yang salah dengan menghadirkan diri. Boleh saja saya menolak pada awal awal lagi. Mungkin ada hikmahnya. Mungkin Allah mahu saya lihat sesuatu di sini.

Hotel ini saya lihat penuh ditumbuhi lumut kehijauan pada dindingnya. Ranting2 kayu bersepah di atas lantai. Tiada kelibat manusia di sini. Keadaannya sangat hening dan kelam. Serentak itu, saya terdengar jeritan nyaring dari tingkat atas. Bau busuk yang meloyakan datang entah dari mana.

Cukup setakat itu, saya cepat cepat membuka mata. Tidak boleh saya bayangkan bagaimana saya akan meneruskan 4 hari yang seterusnya di sini kerana yang pasti, makhluk lain sudah sebati di sini. Usai mendaftarkan diri, mama meminta diri untuk pulang. Berat hati saya untuk melepaskan mama pergi. Mama sajalah kekuatan saya apabila saya kalah dek gangguan sebegini.

Setelah berjaya mendapatkan rakan sebilik, kunci diserahkan kepada kami. Saya mengetuai 3 rakan sebilik yang lain ke bilik. Langkah terasa berat yang amat. Ayat2 suci dibaca. Doa dipanjatkan ke hadrat illahi agar mata hati saya ditutup. Sungguh, saya dapat rasakan sesuatu yang tidak enak tentang bilik ini. Bilik yang inilah punca segalanya.

Usai berdoa, saya raupkan kedua tangan ke muka kemudian kedua2 belah mata. Ayat suci dihembus ke pintu bilik. Dengan kekuatan yang masih berbaki, saya buka pintu bilik dituruti 3 rakan sebilik yang lain. Alhamdulillah.. Semuanya okay. Mungkin Allah telah memperkenankan doa saya. Ketika itu jam menunjukkan pukul 3 petang. Selesai bersolat, saya melelapkan mata buat seketika dek keletihan mengharungi perjalanan dari besut ke kuala terengganu.

Arinah, rakan sebilik saya menggerakkan saya untuk menunaikan solat asar. Jam menunjukkan pukul 6 30 petang. Kata nya, puas dia mengejutkan saya tapi saya langsung tak sedar. Mungkin kerana keletihan. Kerana setiap kali saya menggunakan mata hati, memang saya akan letih dan lesu seharian. Saya bergegas ke bilik air untuk membersihkan diri dan berwuduk.

Apabila saya membuka pintu bilik air, saya lihat sekujur tubuh seorang wanita awal 30an di atas lantai. Kepalanya berlumuran darah. Kepala dipalingkan ke arah saya, merenung saya penuh kemarahan. Hanya sebelah mata yang masih ada. Saya mati langkah. Mengenangkan waktu yang sudah menghampiri manghrib, saya gagahkan diri dan mengendahkan mayat tersebut. Ketika saya mengambil wuduk di sinki, mata kiri saya tiba tiba pedih. Saya mengangkat muka untuk melihat cermin.

Serentak itu, saya lihat kelibat itu berada betul2 di atas bahu saya. Menyeringai menampakkan gusinya yang hitam menggelikan. Saya terjerit kecil namun segera menekup mulut. Bimbang didengari rakan sebilik. Kelibat itu terbang entah ke mana diselangi tawa yang panjang. Saya mengeluh kecil. Tidak, saya tidak mahu kalah lagi. Saya mesti mengumpulkan segala kekuatan yang ada. Cepat2 saya ambil wuduk dan menunaikan solat asar. Doa dipanjatkan agar saya tidak mudah kalah dengan permainan syaitan. Walau apa pun yang berlaku, ini hanyalah permainan syaitan yang cuba menyesatkan anak cucu adam. Perlindungan dimohon. Jika ini memang ketentuanNya, saya mohon agar saya dapat menghadapinya dengan tenang.

Malam itu, sebuah pesanan ringkas dihantar kepada mama. Saya menceritakan serba sedikit mengenai permulaan gangguan yang saya hadapi namun saya berpesan agar tidak bimbang akan keadaan saya di sini. Insya Allah, dengan bantuan Allah, syaitan ini dapat saya kalahkan. Saya berjanji untuk terus menelefon mama sebaik saja program ini tamat. Saya tidak mahu menakutkan rakan sebilik yang lain. Adalah lebih baik buat mereka untuk tidak tahu tentang perkara ini.

Ketika cuba melelapkan mata, saya berasa tidak selesa. Tapak tangan ditekap ke dahi. Sah! Saya demam. Barangkali terkejut dek kejadian petang tadi. Sukar untuk saya demam atau jatuh sakit kerana diganggu tetapi gangguan kali ini, saya dapat rasakan bukan gangguan biasa. Semoga saya diberi kekuatan ya Allah..

Esoknya, tepat jam 5 pagi, saya terjaga. Rakan sebilik yang lain masih lena diulit mimpi. Usai mengemas katil, saya duduk berteleku. Memikirkan apakah kesudahan gangguan ini. Tiba tiba, hati saya tergerak untuk ke bilik air. Saya menurut kata hati. Tombol pintu dipulas. Saya melihat mayat tadi tetapi kali ini, masih hidup. Sedang bertuala, mungkin hendak membersihkan diri. Saya menapak selangkah kebelakang. Pintu bilik tidak berkunci. Mungkin wanita ini terlupa.. Dan lupa yang ini membawa malapetaka buat dirinya.

Serentak itu, seorang lelaki ( saya namakan Salleh) yang merupakan pekerja di situ memasuki bilik. Mungkin sangkaannya tiada penghuni kerana bilik tidak berkunci. Dia terkesima melihat wanita itu yang hanya bertuala di bilik air. Kedua duanya seakan tidak menyedari kehadiran saya di situ. Baru saya sedar, saya sedang menggunakan mata hati saya. Wanita itu yang terkejut dengan kehadiran Salleh dan mengusir Salleh keluar. Salleh ke pintu bilik semula. Sangka wanita itu tadi, Salleh sudah keluar. Namun Salleh sebenarnya mengunci pintu bilik dan mendekati wanita itu tadi. Pergelutan berlaku di dalam bilik air. Akibat rontaan kuat wanita itu, Salleh naik berang. Salleh menghentakkan kepala wanita itu di sinki sehingga hampir pecah. Menyedari wanita itu sudah tidak bernyawa, Salleh kelam kabut langsung menghilangkan diri, meninggalkan sekujur tubuh separuh bogel di atas lantai dengan kepalanya yang hampir pecah, seperti yang saya lihat pada mulanya. Dinding dipenuhi percikan darah.

Saya menekup mulut. Hampir termuntah melihat sebuah pembunuhan kejam di depan mata. Segala bayangan pembunuhan tadi hilang dari pandangan mata. Saya tersandar di dinding, mengongoi sendiri. Sungguh, saya rasakan ketika itu segala kekuatan yang ada ghaib entah ke mana. Mujurlah rakan sebilik yang lain masih lena. Saya terduduk dalam keadaan begitu sehinggalah azan subuh kedengaran. Ketika itu, saya dapat rasakan ketenangan dalam diri. Kekuatan yang datang entah dari mana menyelinap di segenap penjuru hati kecil saya. Saya membersihkan diri dan menunaikan solat subuh.

Sambung nanti ye!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2013 09:09 PM | Show all posts
best nyer citer TT
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2013 06:25 AM | Show all posts
mamaezah posted on 19-8-2013 11:10 AM
Momo penah tak sound depa depa tu, "woi hampa mau apa haaa? tak malu tumpang kereta orang, kira na ...

Hebat kawan mamaezah tu... Tapi, sememangnya macam tu.. "depa" tu bukan boleh buat apa pun sangat, cuma nampak gerun (main tipu daya "silap mata"), kita pun takut lah.. Lagi satu, martabat manusia ni tinggi dari depa..depa jin.. depa semua dulu sujud kat Adam (manusia).. Mcm Ust Azhar ceramah, kalau sembahyang malam2 di masjid2 ke yg sunyi tetiba rasa ada makmum kat belakang yg tak nampak, jgn lari, itu jin yg berjemaah, sebab manusia ni martabat tinggi drp jin, maka depa nak lah ber imamkan manusia..
Last edited by k_a_a on 5-10-2013 06:27 AM

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2013 06:34 AM | Show all posts
kodok_hitam posted on 20-8-2013 02:05 PM
Baca kisah momo  bila roh dtg berjumpa beliau teringat pulak kisah sepupu aku (lelaki manco ) meng ...

Saya ada pengalaman hampir serupa...  Ibu saya dikebumikan pada waktu lepas asar.. ke-esokkannya selepas asar, saya tidur kejap, terdengar suara seakan2 suara ibu saya memanggil nama saya.. saya bangun .. dalam rumah memang saya seorang sahaja.. check di luar kut2 ada jiran yg memanggil.. tapi panggilan itu memanggil nama timangan saya.. takkan ler jiran nak panggil saya nama tu.. saya tidur semula.. sekali lagi saya dengar... saya terus bangun.. dan teringat arwah ada terhutang iaitu dia tempah langsir (sebab masa tu bulan puasa) dan saya belum lunaskan.. terus saya pergi cari rumah orang yg dia tempah langsir tu, dah siap pun, dan saya langsaikan segala hutang tertunggak.. alhamdulillah tiada lagi dengar suara selepas itu.. wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2013 01:32 PM | Show all posts
anugerah Allah  yang bukan calang2 orang yang  menerimanya....
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2013 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
pengalaman tt cukup menginsafkan..terima kasih sbb tt kongsikan dgn kami..
Kalau tt dah ada masa terluang,update la lagi..kami akan tunggu..smoga tt akan sentiasa berada d dalam lindungan Allah swt..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-10-2013 05:42 PM | Show all posts
Momo_Elly posted on 4-10-2013 06:19 PM
Assalamualaikum semua. Salam jumaat

Saya mohon maaf atas kelewatan untuk update kisah terbaru. ...

salam momo,

pe kata bila ada masa terluang skit, tulih je cite dlm microsoft office words/notepad dlu, kumpul banyak2..
bila on9, tepek smua tu.. baru puas we ols baca.. seronot..
kurang la saspen skit menunggu...
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2013 06:33 PM | Show all posts
Momo_Elly posted on 4-10-2013 06:19 PM
Assalamualaikum semua. Salam jumaat

Saya mohon maaf atas kelewatan untuk update kisah terbaru. ...


apa dah jadi dgn salleh?
adakah dia sudah dihukum atau terlepas gitu saja


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2013 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
wohooo..berdebar2...
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2013 10:03 PM | Show all posts
Cerita tt best sgt..slalu tggu update tapi slalu tu jugak frust sbb lamaaaass baru nak update  stori  

semoga tt sihat sokmo
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2013 06:39 AM | Show all posts
bestnya..banyak pengajaran..
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2013 10:24 AM | Show all posts
momo cibuk ka??? dah berakaq tggu ni huhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2013 01:28 PM | Show all posts
part rohani aku >> sangat insaf dan rasa banyak sangat dosa.. Astaghfirullah .. macam mana la keadaan matiku nanti..

part mental aku >> berdebar-debar baca cerita kau nih... suspen sangat. hijab kau dibuka sepenuhnya.. rasa kagum dengan kau ni sebab mampu face it dengan tenang.. aku yang ditunjuk sipi-sipi ni pun melolong jugak kadang-kadang.. aku tak setabah kau..

teruskan TT..setiap cerita seram kau ni diakhiri dengan satu menungan yang panjang, memikirkan dosa-dosa aku dan kesalahan aku sepanjang kat dunia ni..
kisah yang hebat untuk pedoman kita bersama.. tahniah!!
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2013 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
aku mengharapkan engkau bkn la cik es...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2013 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
kajol77 posted on 12-10-2013 01:55 PM
aku mengharapkan engkau bkn la cik es...

hehe takut pisang berbuah dua kali ek...hihi
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2013 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
sismawar posted on 12-10-2013 07:44 PM
hehe takut pisang berbuah dua kali ek...hihi

bukan 2 kali...tp takut byk kali...yer la ni kan forum...setiap hari ada je thread baru...

harap2 ni kisah sebenar dari tt..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2013 01:33 AM | Show all posts
Apa cerita cik es?
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2013 02:33 PM | Show all posts
Haa aku lum setel ngan kes cik es tu..sbb aku dulu x leh baca benang yg dia kantoi tu..

Setiap kali masuk mps mesti tromatik gitu  

harap2 tt ni real deal laaa
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2013 10:33 AM | Show all posts
x bley bla cik es tu.... selayak nya kene ludah je....
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2013 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
ngucap pjg lebar aku hari ni. terkedu. terkesima. terkejut. terdiam. dan segala ter2 yg ade.
insaf sungguh menginsafkan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 05:48 AM GMT+8 , Processed in 0.801851 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list