CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: john_pablo

1st time tgk susuk melalui X-RAY

  [Copy link]
Post time 25-12-2010 01:07 PM | Show all posts
Reply 128# kimbora


   ye ke???
mcm ayat2 artis aje ko ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2010 01:21 PM | Show all posts
Reply 141# abangbikerz

hakhakhak...mane ade...x layak jd artis pn....pemalu gitewww....
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2010 10:45 AM | Show all posts
Reply 139# john_pablo


    ooooooooooooo.................
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2010 12:35 PM | Show all posts
ati2 ngn laki indon..rmai yg pkai susuk..hahaha..
p/s: ada x susuk bg ayat manis?heheh
john_pablo Post at 10-12-2010 16:47



    heheheh salam kengkawan.. ni bukan susuk.. tapi nak kongsi la.. arwah nenek dulu ada bagi pemanis, takyah la pakai susuk2 tu sumer... xkira la lelaki ker pompuan leh buat gak... cara2nya:

1) cuci muka dengan air wuduk
2)duduk depan cermin (time nak pakai bedak la... atau  nak bersikat)
3) selawat atas nabi 3x
4) tadah tangan

DAN inilah bacaanya

" Aku bedak tepi tebing, pokok beringin dalam kota,
  Rak-rak angsa, sireh terbalik urat,
  Aku celak manis mata, Seri ke muka aku,
  Seri Allah Seri Muhammad Seri Baginda Rasullullah"

5) Raupkan tangan ke muka... dan start berbedak atau bersikat....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2010 05:42 PM | Show all posts
heheheh salam kengkawan.. ni bukan susuk.. tapi nak kongsi la.. arwah nenek dulu ada bagi  ...
adindaHikaru Post at 27-12-2010 12:35


btoi...pnah dgq gk pantun2 nih...tp tang sikat tu la x pnah dgq lagi
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2011 05:05 PM | Show all posts
Salam,

hi mod med... ape kabar..

just nak tanye forumer kat sini since kite borak pasal susuk..

ape pendapat korang tentang susuk yg digunakan utk perubatan??

bukan utk jadi kan pemakai cantik or gagah.. contoh.. si pesakit menghadapi arthritis.. dh pegi rawatan moden jumpa pakar.. masih xde perubahan.. pegi rawatan alternatif.. bekam.. akupuntur.. dll.. smpi ade org mencadangkan pergi ke sorang perawat.. perawat ni akan gunakan dawai halus, pjg dlm 1cm.. die tekan masok kan ke lutut pesakit.. secara x langsung benda dh kire cam susuk laa.. cume digunakan utk merawat org yg sakit..

so ape pendapat korang..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-1-2011 07:00 PM | Show all posts
aku rasa kalau orang ada benda logam dalam badan, macam, kalau dah penah patah kaki, pastu dia guna metal untuk support bones tu, kalau undergo mri, benda alah tu literally akan klua dr badan sbb mri tu guna magnetic wave ke ape. stp aku pon x sure about susuk lah.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2011 09:32 PM | Show all posts
die tekan masok kan ke lutut pesakit.. secara x langsung benda dh kire cam susuk laa.. cume digunakan utk merawat org yg sakit..
Nocturna Post at 2-1-2011 17:05


ini utk kesihatan kan.. ibarat mcm pesakit yg kena masuk besi bila patah tulang tp pd satu masa besi ni akan dikeluarkan slps tulang tumbuh. per2 pun tanyalah pd yg arif.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-1-2011 11:57 PM | Show all posts
Salam,

hi mod med... ape kabar..

just nak tanye forumer kat sini since kite borak pasal susuk. ...
Nocturna Post at 2-1-2011 17:05


kt mana perwat tu dok?mcm menarik ja..rasa2nya x kira susuk tu ha..tu rawatan alternatif la kot..kalo dia masokkan dawai tu smbil2 baca mantera baru la susuk..hahahah
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2011 01:07 PM | Show all posts
buang susuk kt spital boleh x?melalui surgery?
john_pablo Post at 14-12-2010 14:08





Ada satu soalan yang ditanya pada saya mengenai “susuk” di dalam rangkaian soalan yang diberikan pada saya sebelum saya mengendalikan Seminar Fiqh Pergigian.
  
Saya agak hairan, apakah kaitan soalan susuk dengan fiqh pergigian. Soalan ini saya abaikan di dalam perbentangan saya.   
Habis perbentangan kedua, saya dijemput untuk menjadi ahli panel di dalam forum fiqh pergigian ini.  
Saya digandingkan dengan Dr. Sutina bt Kohir, Ketua Jabatan Bedah Mulut Hospital Kajang  
Kali ini, soalan mengenai susuk ditanya pula secara lisan.
  
“Ustaz, saya nak tanya, kata seorang pelajar pergigian ini.  
“Adakah doktor perlu menasihati pesakit yang memakai susuk setelah doktor menyedari kehadiran bahan itu selepas membuat radiograph. Bagaimana untuk ‘approach’ pesakit itu” soalan itu diajukan pada saya.   
Saya berpaling kepada Dr. Sutina.
  
“Susuk boleh nampak dengan x-ray ke?” tanya saya.  
Dr. Sutina menganggukkan kepala dan moderator memberikan laluan kepada Dr. Sutina untuk mengulas.  
“Ye, saya juga mempunyai pengalaman dalam perkara ini” kata Dr. Sutina.

  
“Ketika saya membuat x-ray pada beberapa pesakit saya, memang ada pernah saya ternampak sesuatu di dalam filem imbasan x-raya ini. Ia adalah benda yang ditanam di dalam kulit muka” tambah Dr. Sutian lagi.  

“Dan pernah saya membuat rawatan seorang pesakit saya dan saya dapati susuk yang dipasang dijangkiti kuman. Saya membuat pembedahan untuk mengeluarkannya” tambah Dr. Sutina lagi.


Saya agak tertarik dengan kenyataan ini.


Rupanya, susuk sekarang boleh dibuang dengan pembedahan.


Menarik…!



  
Kalau dahulu, orang yang memakai susuk sangat susah hati jika tok pawang yang menanamnya meninggal dunia.

Ini kerana, susuk yang dipakai sudah tentu susah untuk dibuang.   

Tapi, kalau benar kenyataan Dr. Sutina, tidak ada masalah lagi untuk membuangnya sekarang.

  
“Biasanya, kalau pesakit itu telah ada hubungan baik dengan saya, dan mahu berkongsi permasalahan dengan saya, saya akan cakap dengan di baik-baik agar membuangnya” terang Dr. Sutina lagi.

  
Alhamdulillah, memang, seorang doktor adalah antara watak penting di dalam dakwah.

Ini kerana, orang yang sakit biasanya akan mendengar apa sahaja perkataan yang datang, asalkan sakitnya sembuh.  
Jadi, pengamal perubatan merupakan pendakwah yang paling hampir dengan orang-orang sakit.



Sebab itulah, jika pengamal perubatan tahu mengenai agama, maka sudah tentu,

mereka adalah golongan pendakwah yang terpenting.   
Sesungguhnya, dakwah milik semua muslimin.

Ia disebut di dalam doktrin Amar Makruf Nahi Mungkar dan setiap orang Islam perlu melaksanakannya.  
Inilah keistimewaan sifat umat Muhammad dibandingkan dengan umat terdahulu. Allah berfirman:-  
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. (Surah Ali Imran ayat 110)  
Sesungguhnya, kita semua adalah pendakwah, jika kita menyedarinya….  
Al-Faqir Ila Rabbihi  
Muhamad bin Abdullah  
Putra Heights   
5 Jamadil Awal 1431/ 19 April 2010 jam 11.15 malam



    Dr. Sutina bt Kohir, Ketua Jabatan Bedah Mulut Hospital Kajang


Credits to: www.ustazamin.com
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2011 01:12 PM | Show all posts
Saya ingin berkongsi dengan anda tentang pengalaman saya berjumpa pesakit yang memakai susuk. Mungkin artikel ini agak santai. Sesuai dengan fikiran saya yang serabut dua-tiga minggu ni kerana nak uruskan kuih raya.

Tuan-puan, kalau anda fikir susuk itu benda yang terlalu ajaib. Ia mungkin betul.

Tetapi pada pandangan seorang doktor marhaen seperti saya, ia tak ubah dari sejenis alat bendasing (foreign body) yang dimasukkan ke bawah kulit.

Niat seseorang yang memakai susuk itu, adalah urusan di antara dia dengan Allah. Yang pentingnya, ada yang ingin bertaubat dan datang untuk membuangnya.

Kisah pertama saya adalah ketika saya bertugas di Hospital Kuala Lumpur dahulu.

Ketika itu seorang lelaki yang sudah berumur datang berjumpa pakar di klinik saya bertugas. Apabila diambil x-ray, maka nampaklah susuk-susuk yang melekat-lekat di sekeliling tengkoraknya.

Beliau sebenarnya ingin menunaikan haji dan berharap pakar tersebut dapat membuang susuk tersebut. Beliau dengan nada sedih dan akhirnya menangis teresak-esak kerana terasa sangat -sangat menyesal dengan keadaan itu.

Beliau telah berjumpa dengan dukun-dukun susuk dan ustaz-ustaz pakar untuk cuba membuangnya, namun ia tetap di situ dan masih kelihatan di dalam x-ray. Dukun yang memasukkan susuk tersebut telah pun meninggal dunia.

Beliau sendiri berharap susuk itu dapat dibuang sebelum beliau meninggal dunia.

Dia dalam keadaan susuk yang banyak dan berselirat itu, mustahil pakar bedah dapat membuangnya. Lagipun x-ray muka adalah gambar 2 dimensi. Oleh itu kedalaman yang sebenar, susuk tersebut terbenam di dalam kulit tidak dapat diukur. Ini merumitkan walau hanya ingin membuang hanya satu susuk sahaja. Ia boleh mengambil masa berjam-jam..!

Di dalam keadaan pesakit tersebut yang menangis, pakar menasihati agar berdoa kepada Allah dan mohon Allah ampunkan dosa. InsyaAllah Allah akan menerima taubat hambanya yang sedar dan insaf.

Saya tidak tahu apa yang terjadi kepada pakcik itu selepas berjumpa dengan pakar. Saya doakan beliau selamat pulang daripada haji. Lagipun ini cerita 3 tahun dulu.

Cerita kedua kisah seorang lelaki Indonesia yang datang dengan sakit perut. Daripada ceritanya kemungkinan besar beliau mengalami batu karang.

Apabila x-ray buah pinggang dan pundi kencing diambil untuk mengesahkan batu karang, kelihatan susuk yang berselirat di kawasan abdomennya.

Apabila ditanya kepada saudara mara, seorang pun tidak mengetahui. Akhirnya pesakit sendiri mengaku bahawa meliau memakai susuk. Rahsia yang disimpan bertahun-tahun terbongkar apabila diambil x-ray.

Apapun susuk bukan menjadi masalah utamanya sekarang kerana beliau sedang sakit kerana batu karang di pundi kencingnya. Saya ada mengambil gambar x-ray nya tetapi tidak dapat memuatkannya di dalam blog ini... maaf lah.

Susuk adalah manifestasi seseorang yang tiada keyakinan diri. Mereka mempercayai bahawa dengan bantuan kuasa ghaib yang diposesi oleh susuk itu, maka impian dan tujuan seseorang itu akan tercapai. Pedulikan segala jenis amalan khurafat dan syirik asalkan apa yang dihajatnya itu termakbul.

Seseorang yang mempunyai keyakinan bahawa Allah adalah tempat memohon perlindungan dan memohon hajat tidak akan memakai susuk.

Sekiranya anda berhasrat memakai susuk, maka fikirlah implikasi yang akan berlaku sekiranya anda sudah tua dan susuk tersebut dibawa bersama mayat anda ke liang lahad.

Wallahu Alam.


Credits: drazwan.blogspot.com
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2011 01:13 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2011 01:20 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2011 03:44 PM | Show all posts
bgus...aku pn pnah tgk x-ray yg mcm ni..bnyak kali dh sepanjang praktikal cuma aku x snap pic kt spital masa tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2012 11:08 PM | Show all posts
Salam..

Maaf nak tumpang tanya...kalau si pemakai susuk tu kena x-ray, takde effect apa2 ker? Buk ...
cmf_asu Post at 15-12-2010 15:43



   hehe dah dua tahun baru nak jawab soklan. tetibe terasa nak jwbkan. kite tgglkan bnde2 logam, atau brg kemas, waktu ambil xray sebab imej dari benda logam or brg kemas tu akan terlihat kat xray, so nnt kemungkinan akan menyembunyikan gmbrn kelainan yg sbnrnye ada kt bdn pesakit.

utk soalan kenapa org pakai susuk xleh ambil gmbr MRI, sbb MRI tu terdiri dari satu magnet yg sgt2 kuat, so kalau susuk tu dari bahan yg ada daya magnet, mungkin akan bergetar dan menyebabkan ketidakselesaan pesakit, dan kalau tergambar, dia juga dpt menyembunyikan gmbrn kelainan yg ada. ada juga kes dimana bahan metal dpt menyebabkan imej mcm percikan bunga api, so mengganggu proses diagnosis..gittew. ini dari apa yg saya belajar lah.kalau salah, hrp dibetulkan. cerita susuk ni mmg menarik, mak saya n doktor(lecturer) saya pernah mengalaminya.

pada pendapat saya, susuk ni sebenarnya xde kuasa pun utk membuatkan org tu lebih hebat dr biasa. dr pemahaman sy, susuk ni cuma medium utk makhluk ghaib masuk ke dlm bdn manusia. so kalau cantik or kuat tu, hanyalah mainan jin/syaitan. mcm kes sihir jugak, selalu dgr org ckp ada jumpa objek asing tertanam sekitar rumah atau cincin dgn batu hikmat ke. atau tangkal benang. yg penting ada objek/medium utk makhluk tu masuk dalam bdn. tanpa x disedari jadi syirik sbb org tersebut meletakkan kepercayaan bhw dgn benda tersebut baru dia ada kelebihan yg baru diperoleh tu, bkn sbb rezeki Allah. sedih bila org terlalu mempercayai sesuatu selain Allah.. syaitan pun ambil kesempatan lah, since mmg dia dah buat ikrar nak sesatkan manusia sampai kiamat.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2012 02:18 AM | Show all posts
yang sebenarnya bukan semua orang nampak manis atau kacak berdentum macam hero2 filem.... ianya  ...
edy137 Post at 8-12-2010 13:45



    okay lets say kaita guna muka norish karman, contoh jela ye contohhhh.... macamna nak tgk titik hidung mata ye? contoh la contoh. apa analisa u dari muka norish karman ye?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2012 08:46 AM | Show all posts
pnh dengar cite yg lbh kurang mse blaja dulu2... mmg ade terjadi kes mcm ni. wat xray n nmpk foreign body yg merepek2.. mcm berlian la.. jarum la.. n logam2 lain.. yg latest, adik de wat xray kat sorg wanita indonesia ni.. then nmpk byk jarum2 kat part muka.. tp adik ckp, org tu x lawa pon...
lg 1, klau nk wat procedure MRI, mmg kne inform awl2 samaada de pkai susuk atau x..
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2012 09:29 AM | Show all posts
pnh dengar cite yg lbh kurang mse blaja dulu2... mmg ade terjadi kes mcm ni. wat xray n nmpk foreign ...
hee_young Post at 28-6-2012 08:46


ooooo....mcam tu ke??sy skrg tgh tgu pggln utk bt MRI.....nt nk tgu soalan cepu mas dr org tu la...ada pkai susuk ke x...hehehehe
best topik ni....tmbh lg ilmu....
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2012 11:23 AM | Show all posts
retis ramai jah pakai susuk..siap claimed cantik sbb amik air semayang dan sebab teknik solekan lagi ...
go_kart Post at 13-12-2010 13:54



   siapa weh retis2 tersebut? bg initial je.. cth: Maria Rambu - MR...
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2012 11:25 AM | Show all posts
kawan saya adiknya kerja bahagian x-ray hkl, boss dia doktor india..bila buat xray dah biasa tgk sus ...
marufie Post at 13-12-2010 19:19


perghh..serius org kedai tu dah xnampak halal-haram rezeki dia tu ek. siap panggil balik pelaris tu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 01:05 AM GMT+8 , Processed in 0.189660 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list