CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sr_kila

(cerpen) mimpi (u)

[Copy link]
Post time 15-6-2015 06:27 PM | Show all posts
tt. saboh doh gempa. masa doh cpt.sooo ceptlah updateeeee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2015 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
TT.. ada sambungan ke??
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2015 05:11 PM | Show all posts

dh brape kli awok cakap nii.hehe
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2015 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu la...lama benor tggu..berkobar2 nk tau next entry..
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2015 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Senyap je treat ni..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2016 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
sr_kila replied at 23-3-2015 10:43 AM
Komik Wira Permata Sakti aku selitkan bawah bantal. Bagus sangatlah tu. Orang lain letak yaasin, let ...

Tt mana sambungan !!!!! Pls la buat cerpen kasi hbs ....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-3-2016 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
JENABREJAM89 replied at 13-3-2016 01:11 AM
Tt mana sambungan !!!!! Pls la buat cerpen kasi hbs ....

Waaaa...  Terharu nyeee..  Ade org bace.. InsyaAllah petg ni.. Sorry xupdate.. Something bad happen.. Xsempat nk online, kerja dunia banyak nau..  
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2016 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
sr_kila replied at 13-3-2016 09:15 AM
Waaaa...  Terharu nyeee..  Ade org bace.. InsyaAllah petg ni.. Sorry xupdate.. Something bad happe ...

Terima kasihh .. Iols mmg suka baca novel , cerpen tp xsekreatif korang smua .... Iols sgt suka cerpen uols nihh ... Thanks sbb nak sambung lg ....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-3-2016 10:15 AM | Show all posts
“guys, aku rasa, better kita pergi bagi tau mana-mana cikgu pasal ni. Siapa Naufal tu nanti belakang cerita,” Dani yang paling rasional bagi aku. Ewan angguk sebelum berlari mendapatkan cikgu yang masih bermesyuarat dengan Kelab Kaunseling Sekolah di library tingkat 1. Aku masih tersandar didinding memandang Hafiz. Lain riak dia. Hafiz. Hafiz Ali. Naufal. Naufal Ali. Ali? Aku kerutkan dahi. Ali yang sama ke? Dani di sebelah aku juga membatu. Kehilangan kata-kata. Apa lagi nak cakap? Takkan nak huha huha lepas jumpa tulang dalam stor lama sekolah. gila? 10 minit berlalu dan kami masih dalam keadaan terkejut dan diam. Cikgu Rashdan dan Ustazah Zalizan beriringan dengan Ewan dan kawan yang lain. Aku berdiri tegak. Hafiz yang duduk menyandar didinding juga bangun. Dani menggenggam tangan kiri aku.

        “kenapa?” perlahan dalam ketegasan suara Cikgu Rashdan. Antara guru yang aku sanjung. Aku menelan air liur sebelum tangan kanan aku meluruskan ke arah lubang yang ternganga di dinding. Cikgu Rashdan dan Ustazah Zalizan berjalan kearah lubang tersebut sebelum menjenguk melihat isi didalamnya.

        “Allah,” itu sahaja yang terkeluar dari mulut kedua guru dihadapan kami. Cikgu Rashdan memandang kami semua. Guru muda mengajar subjek Biologi. Nafas yang berat dihela.

        “sekarang, saya nak kamu semua ikut saya. Kita akan hubungi pihak polis, tunggu hingga mereka sampai,” kami semua mengangguk.

        “dan saya rasa, kamu semua ada penjelasan untuk ini,” mata Cikgu Rashdan tajam memandang aku.


Kami dihantar balik oleh Cikgu Rashdan memandangkan sesi soal jawab mengambil masa yang lama. Selepas asar baru kami bergerak.  Didalam kereta hanya suara dj radio yang kedengaran. Kami semua diam. Cikgu Rashdan membelok ke asrama putera dahulu. Selepas turun dari kereta, Ewan mengisyaratkan mata. Kami angguk perlahan agar tidak terlalu jelas.


Meriah Kedai Makcik Melah malam ni. Kami semua diam. Dah dekat setengah jam duduk, air pun tak order. Semua diam. Tiada siapa buka mulut. Setiap seorang ada aktiviti kecilnya. Main jari, bersiul, garu kepala, gendang meja, menyanyi.

        “hisy,” kedengaran Hafiz mengeluh berat sebelum tangan kirinya diangkat memanggil pelayan. Seorang perempuan muda bertocang kuda datang dengan kertas dan pen di tangan.

        “kak, macam biasa ekh?” Hafiz memesan. Perempuan itu nampak terkejut.

        “apa yang biasa? Sorry dik. Akak baru masuk kerja semalam,”

        “oh, cakap kat Makcik Melah, dia tahu lah nanti,” pelayan itu mengangguk sebelum berlalu.

Hafiz memandang kami seorang demi seorang. Mata dia akhirnya berhenti di muka aku. Mata kami bertentangan. Aku mengalihkan mata setelah 5 saat. Aku tak kira. Aku agak.

        “Som, anything?” aku tarik nafas panjang. Suara Hafiz kedengaran. Aku angguk sebelum memulakan cerita. Dari aku dapat mimpi dalam bilik SPBT sampailah ke mimpi terakhir sebelum kami semua pergi gali bilik stor lama tadi. Semua ternganga.  

        “kenapa kau tak cerita dari awal kat kitorang?” Ewan bersuara lepas aku habis bercerita. Aku sedut kopi o ais sebelum menjawab soalan Ewan.

        “kau rasa kalau aku cerita dari awal pasal mimpi ni, kau nak percaya? Kau yakin kau takkan cakap aku minum terlebih dos kopi?” Ewan mengangguk. Baru nak fikir logik lah tu.

        “dah tu, kenapa kau rasa nak sangat pergi stor tu? macam mana kau boleh rasa nak confirm ‘dia’ ada situ?” Pedot pandang aku.

        “kalau ikutkan aku, memang aku taknak ambik kesah pun. Aku rasa benda ridiculous kot kalau nak ambik serius sangat,” kopi o ais sekali lagi aku sedut.

        “Tapi,bila aku jumpa gambar kat majalah sekolah lama dan aku confirmkan dengan Ustazah Zalizan. Terus aku rasa lagi lain macam,” diorang semua mengangguk. Tiada suara kedengaran.

        “tak pelah. Apa-apa hal kita tunggu apa kata polis je lah nanti. Kita borak pung pang sini pun bukan kita bole nak confirmkan siapa punya sebenarnya tu,” Epul bersuara. Kami semua mengangguk. Malam ni, memang tak de lain kerja kitorang. Sorang cakap, semua angguk. Muka serius je semua. Memang tak de gelak langsung. Hafiz. Hafiz lain macam betul muka dia. Selalunya, datang masalah macam mana pun, dia yang akan jadi tukang penaik semangat. Kali ni tak. Dia senyap. Penat mungkin. Aku diamkan sahaja.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2016 10:18 AM | Show all posts
Aku pandang langit. Cerah. Biru. Aku senyum sendiri. Angin sepoi-sepoi bahasa tanpa segan menyapa badan aku. Bau rumput yang baru dipotong menambah tenang aku. Aku betulkan sila di atas padang rumput.

        “oi, berangan?” bahu aku ditampar dengan raket badminton. Menyeringai aku terasa pedih.

        “sakitlah ngok. Baru nak feeling di alam fantasi,” aku kerutkan dahi.

        “tak payah nak fantasi sangatlah. Tak sesuai dengan kau,” dua ayat yang keluar dari mulut Hafiz dan diakhiri pula dengan ketawa berdekah-dekah. Aku pandang dia dengan kerutan di dahi.

        “kau kena sampuk setan ke Apis?”

        “aku kena sampuk dengan kau,” tawanya ditambah lagi.

        “amenda je la kau ni,” malas layan. Aku halakan pandangan ke depan. Zahra, Dani, Ecah dan Piza tengah berlari. Bella main bola jaring di hujung padang.

        “kau ok?” aku perhati Hafiz.

        “kenapa pulak aku tak ok?” Hafiz seyum. Manis.

        “dah lega dah?” aku senyum dan angguk.

        “dah. Sangat lega. Kau?” Dia tunduk. 4 saat sebelum memandang aku dengan senyuman tadi.

        “aku ok,”  kami sama-sama sengih. Sengih sebab senyum is too mushy. Kahkahkah.




Seminggu selepas penemuan tulang di stor lama, aku dan kawan-kawan dipanggil untuk buat kenyataan. Ditanya dan disoal. Aku cerita semua dari awal sama sebiji macam apa yang jadi. Mula-mula kena gelak. Biasa lah. Siapa tak gelak wei? Kalau orang cerita kat aku pun aku gelak. Berguling lagi. Tapi dah bendanya jadi kat aku, tahan je la. 2,3 kali jugaklah aku kena panggil buat keterangan. Ape benda yang banyak kali tu pun aku tak tahu. Katanya prosedur. Sampai last sekali pengetua tak bagi dah aku pergi. Sebab mengganggu pembelajaran aku. Lama jugak kes tu nak settle. Kerja diorang. Aku bukan tahu. Cuma, yang buat aku terkejut, masuk surat khabar cerita tu. Bila tersebar gitu, baru lah aku tau rupanya arwah Naufal dengan Hafiz tu adik beradik. Patutlah. Patutlah perasaan semacam aku tu. Banyak jugalah yang terbongkar rupanya bila berita tu tersebar. Kali kedua aku terkejut bila dapat tahu salah seorang pemukul arwah tu adalah Cikgu Rashdan. Cikgu muda dan kacak lagi bergaya yang baru masuk sekolah tak sampai 4 bulan. Cikgu kegilaan semua pelajar perempuan. Kecuali aku. Sebab aku crush kat Cikgu Izuddin. Coach PingPong. Comel, rendah je.

                “woi! Kau ni. Pantang betul kan? Berangan tak habis,” kepala aku ditonyoh dengan raket badminton. Hilang senyuman Cikgu Izudin. Aku pandang Hafiz sambil ketap gigi. Memang cari pasal dia ni tau.

        “sakitlah gila,” aku tunjal kepala Hafiz.

        “woi! Apa tunjal-tunjal kepala aku ni? Abah aku bayar zakat tau,”

        “abah kau je bayar zakat? Abah aku tak bayar zakat? Wei, pukul berapa dah?,” Hafiz telek jam.

        “5.45,”

        “balik jom,” aku bangun dan diikuti Hafiz.




Selesai prep malam, kami semua berjalan ke dorm. Sambil bercerita meluahkan perasaan berdebar bila tengok tarikh pada kalendar yang tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum SPM menjelang. Setiap seorang nak exaggerate perasaan masing-masing tau. Dani cakap hati dia dah bertambah satu lagi injap sebab nervous yang teramat. Ecah pulak cakap jantung dia dah keluar masuk dari dada 15 kali dah. Kalau ikut hiperbola diorang tu, kalau dibayangkan, memang sorang pun dah takde rupa manusia rasanya.


        “awak?” suara tu. Aku kenal. Walaupun dah setahun. Aku kenal. Aku pandang belakang. Lelaki tu. dengan senyuman manis dia. Macam biasa.

        “Naufal,” dia berjalan mendekati aku. sekuntum bunga mawar merah jambu dihulurkan. Aku sambut dengan senyuman.

        “terima kasih,” lembut suara dia. Aku masih tersenyum. Lega.



        “Som, bangun oi, Subuh,” suara Dani. Aku buka mata dan meraup muka. Rambut aku ikat ala kadar sebelum bangun dan menggeliat sambil menguap. Aku buka loker. Bunga. Aku gosok mata. pejam celik 2,3 kali. Bunga. Betul bunga. Sekali lagi aku gosok mata. Aku capai mawar merah jambu dalam loker. Ada kertas dililit ke batang bunga tersebut.

        TERIMA KASIH, GOOD LUCK =).

Aku senyum sebelum menarik keluar tuala bersih dan berjalan ke tandas.



~TAMAT~ =)
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2016 10:38 AM | Show all posts
stlh beberapa buln berlalu.finally tt!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2016 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Esmiria replied at 13-3-2016 02:38 AM
stlh beberapa buln berlalu.finally tt!

Thanks s..  =)
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2016 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
sr_kila replied at 13-3-2016 01:49 PM
Thanks s..  =)

Tamattt ... Best laa nanti buat cerpen o novel yg baru ye ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2016 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
JENABREJAM89 replied at 13-3-2016 07:57 AM
Tamattt ... Best laa nanti buat cerpen o novel yg baru ye ...

Alhamdulillah..  Tamat..  Time kaseh awak..  InsyaAllah..  Ade rezeki, ade masa, ade ilham, ade laaa..  Hihi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 04:58 PM GMT+8 , Processed in 0.428401 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list