CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: wra

All About Jepun [merged]

   Close [Copy link]
Post time 18-9-2006 12:28 AM | Show all posts
macam best ajer pegi jepun.. kalau tak ada basic bahasa jepun boleh survive tak? org jpn banyak yng boleh speaking english tak?

[ Last edited by  Enaklazat at 18-9-2006 12:31 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


tergigitkaku This user has been deleted
Post time 18-9-2006 10:54 AM | Show all posts

Reply #161 Enaklazat's post

time dulu-dulu mmg la ramai org jepun takleh ckp english, skg banyak anak muda-mudi dah reti sikit ckp english.. so it won't be a problem
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2006 12:40 PM | Show all posts
ermmm,barang aper yg murah dan best kat jepun????
sbb adik mizz nak g jepun, xtau nak kirim apa kat dia.....

saper2 plz tlg jwbkan......
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2006 02:03 PM | Show all posts
Originally posted by mizz_funky at 29-9-2006 12:40
ermmm,barang aper yg murah dan best kat jepun????
sbb adik mizz nak g jepun, xtau nak kirim apa kat dia.....

saper2 plz tlg jwbkan......

kalau gi jepun mesti laa electronics thingy and all kinds of gadgets ..
rambang mata woo kat akihabara tu.. hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2006 04:40 PM | Show all posts
i nk sambut raye kat jepun tahun ni..abg ipar i pernah study kat sana dulu..so masalah jurubahasa x dak hallah..cume katanye..cuaca waktu tu sejuk ckit..so i nk minta advise le dr u all yg pernah p waktu baru2 nk sejuk 2
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2006 12:03 AM | Show all posts
Originally posted by rara_bella at 29-9-2006 02:03 PM

kalau gi jepun mesti laa electronics thingy and all kinds of gadgets ..
rambang mata woo kat akihabara tu.. hehehe


digicam quite murah even convert duit mesia..

tapi jepun ni... susah sikit la nak cari brg murah2..
kereta may be
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-9-2006 12:06 AM | Show all posts
Originally posted by momimasrie at 29-9-2006 04:40 PM
i nk sambut raye kat jepun tahun ni..abg ipar i pernah study kat sana dulu..so masalah jurubahasa x dak hallah..cume katanye..cuaca waktu tu sejuk ckit..so i nk minta advise le dr u all yg pernah p ...


kalau bulan october or novemebr, cuaca best.. lawa autumn.  Yg betul2 sejuk end dec, jan..

tapi kalau berbaju kurung (raya katakan), mungkin tak tahan - kena pakai coat.

U nak pegi which area?
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2006 11:06 PM | Show all posts

i miss tokyo...

ni my ofis area.. shinagawa intercity..


tokyo metropolitan government office.. time pegi tu cam hazy sket.. so pemandangan from 45th floor tu tak brape lawa sangat..


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2006 11:10 PM | Show all posts
yess.. u can find the statue of liberty kat japan.. hehehe..
ni kat odaiba.. belakang tu rainbow bridge..


Fuji TV HQ


japan's version of eiffel tower
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2006 11:13 PM | Show all posts
cosmo's clock 21 @ yokohama
this is one of the largest ferris wheel in da world... ade lagi 1 kat odaiba, yg tu lagi besar sket..


china town @ yokohama


[ Last edited by  rara_bella at 30-9-2006 11:15 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2006 02:47 PM | Show all posts
rara baru balik ke?

Beli apa kat sana?  heheh nyebok nak tau..

bila tgk gambar jam wheels kat yokohama tu, teringat kenangan lalu :love:
kat odaiba tak pernah gi tho.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2006 09:40 PM | Show all posts
Originally posted by skyline at 1-10-2006 14:47
rara baru balik ke?

Beli apa kat sana?  heheh nyebok nak tau..

bila tgk gambar jam wheels kat yokohama tu, teringat kenangan lalu :love:
kat odaiba tak pernah gi tho.


ha'ah.. baru sampai semalam..  terus dah miss sana.. hehehe
i'm beginning to like it there..
hopefully ade lagi chance nak gi sana..

actually tak shopping banyak sangat coz lagi banyak spend time sightseeing..
setakat beli psp n nds for my brother..
then shopping souvenir kat disneysea ngan hard rock cafe..

kenangan ngan someone special ke sky? :love:

[ Last edited by  rara_bella at 1-10-2006 09:42 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2006 11:51 PM | Show all posts
Originally posted by rara_bella at 1-10-2006 09:40 PM


ha'ah.. baru sampai semalam..  terus dah miss sana.. hehehe
i'm beginning to like it there..
hopefully ade lagi chance nak gi sana..

actually tak shopping banyak sangat coz lagi banyak s ...


i pun baru pegi jepun last march.
jepun mmg best.. i really like jepun..
bila balik dari jepun i terus bagitahu my mom yang i nak blajar bahasa jepun.. and my mom said ok so i will start my class this month...
communication a bit difficult but the senery is breath taking...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2006 11:53 PM | Show all posts
pegi factory outlet dia mcm org gile.. coz barang2 dia murah la jugak..
and they really like ferryswheel (do i spell it rite?)...

u pegi hardrock kat osaka ke rara? (outside USJ)

[ Last edited by  HaNa_OliJas at 3-10-2006 12:01 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2006 09:33 PM | Show all posts
Originally posted by TipinTakTipu at 27-8-2006 06:01 PM
Saper tau tambang paling murah Ke Tokyo.. help me... transit mana2 pon takpe.

paling murah maybe naik northwest airlines,transit kat spore.dami balik aritu 2 bulan,tiket 1500 je.naik mas kalo bulan 8 cecah 3000 ribu woo
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2006 09:18 PM | Show all posts

Indoor Beach....Ocean dome

ni hom dpt dari e-mel...dah agak lama baru skrg nak letak kat sini...

Another piece of Japan's Engineering and construction.  Ni exterior's shot of the building, note the surrounding area...mountains, seashore, golf course, residential area...What do you think is inside this building ?



It's OCEAN DOME!



The roof is retractable...



so the surf's up ....rain or shine!



When the roof is closed, you still get blue sky and puffy white clouds







Imagine a beach where the sky is always blue, it's never too hot or cold, the water isn't filled with salt and pollution, and the surf is always perfect - welcome to Ocean Dome, the world's only indoor beach.

Ocean Dome has its own flame-spitting volcano, crushed white marble "sand", and it also boasts the world's largest retractable roof, providing a permanently bue sky.  Temperature, wind and humidity are closely controlled to provide and ultr-safe "se-side" experience.

Every hour, the volcano erupts and the hi-tech wave machines start up, starting a few minutes of sanitized surfing.  Entrance cost is US$50 per person, which seems especially expensive given that there is free, natural beach only 300 metres away!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2006 10:50 PM | Show all posts
alamak macam best je Ocean Dome tu..kat area mana ye???

Nemo gi Jepun last year, masa tu musim panas..memang panas tapi tak la terik macam kita di sini. Masa tu mula-mula gi Osaka..ronda2 di pekan yang terdekat iaitu Ibaraki. Ala..naik bas je..masalah bahasa takde problem sebab leh faham dan speak nihongo walaupun tak selancar org Jepun tapi nak hidup boleh la..

pastu kita gi Hiroshima tempat bersejarah ala-ala macam A farmosa kita dan Atom Museum di Nagasaki. Best gak bila tengok bagaimana rupa Jepun masa kena bom atom pada perang dunia ke dua.

Pastu nemo gi Miyazaki..ala tempat amy mastura ngan aqasha berlakon dulu...stayed kat bandar Miyakonojo..tempat pengeluar daging babi terbesar Jepun...punya la leceh nak makan kat mana-mana restoran ada butaniku (daging babi) so..butaniku damedes..terpaksa la mencekik maggi.

Yang best tu masa shopping kat 100 yen shop, shopping habis..macam murah la sangat padahal kedai tu macam kedai rm2 kat tempat kita je yang bezanya duitnya convert duit kita jadi rm3.50 punya kedai.

lupa lak sebelum tu kita pi Saga...rest kat resort air panas kay Yuraku  wow..best..ofuro..semuanya bulat je...(naked) memang kena naked tapi we all selamba je pakai towel tutup yang mana patut...tak kuasa nak naked

yang paling best sekali masa melawat di kaki gunung sakurajima..di kiri kanan jalan terdapat kesan lahar yang keras akibat letusan gunung berapi pada tahun 80an..pastu singgah di Pulau Kagoshima dan shopping lagi..barangan kulit murah!  memang tengah sale giler..duit aje yang tak cukup!! dapat makan restoran india..order nasi dgn prawn curry...last2 tgk menu ada butaniku curry lak..terus potong selera...makan gak..nak idup katakan!!

memang best duk di jepun..tapi kedai2 suka tutup awal...cuma disko dan bar karaoke je yg tutup lewat. Masa di Saga je hotel yg aku duduk tu berantu!!  nasib baik aku tak sedar yg dok tarik selimut dan main2 lampu tu hantu kalau aku sedar mau lari malam...aku ingat fius rosak..mungkin sebab aura hantu dia tak sama macam tempat kita tu yg aku tak perasan..

bulan November ni aku nak pegi lagi tapi hanya ke daerah Yame dan Tokyo. dapatlah aku pegi tokyo disneyland nanti..ok sape nak ikut jom...Jepun ni dah macam kampung ke dua aku lak..

habis di Jepun aku sambung ke Korea dan hong kong lak..nak main ski pulak..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 01:29 PM | Show all posts
Originally posted by holmes at 4-10-2006 09:18 PM
ni hom dpt dari e-mel...dah agak lama baru skrg nak letak kat sini...

Another piece of Japan's Engineering and construction.  Ni exterior's shot of the building, note the surrounding area...moun ...


orang jepun buat indoor beach kat tepi natural beach. mcm2.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 01:33 PM | Show all posts
Tokyo lubuk rezeki Jepun

Oleh NOOR AZAM ABD AZIZ
azam@hmetro.com.my

PENGALAMAN bertandang ke Tokyo, Jepun bersama pengurusan UMW Toyota Sdn Bhd memahat kenangan manis buat kumpulan wartawan tempatan yang pertama kali menjejak kaki ke bandar raya berkenaan, baru-baru ini.

Ketibaan kami di Lapangan Terbang Narita, Tokyo jam 10 pagi disambut hujan lebat dan kesesakan jalan luar biasa menuju lokasi penginapan yang jaraknya hanya 15 kilometer (km).

Selain melihat pelbagai model kenderaan baru di Pameran Motor Antarabangsa Tokyo 2005, kumpulan kami turut berpeluang mengunjungi beberapa destinasi menarik di negara matahari terbit itu.

Kepesatan Tokyo dengan 12 juta penduduk seimbang dengan kemajuan serta kemakmuran ekonomi Jepun.

Bagi masyarakat Jepun, Tokyo menjadi nadi pembangunan negara itu terutamanya dari aspek pengurusan pentadbiran kerajaan, pengembangan teknologi terbaru dan lubuk rezeki rakyatnya.

Kemajuan itu seiring dengan gaya hidup penduduknya yang moden dan berdisiplin. Disiplin ditunjukkan ketika memandu di jalan raya serta menunggu pengangkutan awam untuk ke tempat kerja.

Seawal jam 5 pagi, warga kota yang sentiasa berkot sudah mula keluar dari kediaman masing-masing untuk ke pejabat. Kebanyakan mereka memilih berjalan kaki ke stesen kereta api, berbasikal dan bermotosikal kerana ia lebih mudah tanpa perlu bersesak-sesak di jalan raya.

Dalam kunjungan singkat yang sarat dengan pelbagai program anjuran penganjur itu, kami berpeluang mengunjungi beberapa destinasi menarik Tokyo, antaranya kota elektrik Akihabara di barat laut Tokyo dan menyaksikan pemandangan kota Tokyo dari puncak Menara Tokyo di Kamiyacho.

Produk baru

Di kalangan peminat barangan elektronik, Akihabara menjadi pusat pengembangan pelbagai produk baru yang dipasarkan pengeluar terkenal di Jepun seperti Sony, National Panasonic, Aiwa, Sanyo, Hitachi dan Sharp.

Jika punya wang dan ingin membeli pelbagai peralatan komputer terbaru di pasaran, Akihabara boleh dijadikan pusat sehenti bagi pelancong berkunjung serta membeli buah tangan untuk dibawa pulang ke tanah air.

Bagi memudahkan pengunjung ke lokasi berkenaan, terdapat tiga pilihan pengangkutan ke Akihabara, iaitu menaiki tren subway (bawah tanah) melalui stesen Shinjuku atau Shinkansen Tokyo dan Hatagaya terus ke Stesen JR Akihabara. Untuk mereka yang ingin menaiki teksi, caj 2000 yen (RM66) dikenakan bergantung kepada jarak perjalanan anda.

Untuk menyaksikan keindahan Tokyo, kumpulan kami kemudian dibawa ke puncak Menara Tokyo di Kamiyacho.

Menara setinggi 333 meter ini berbentuk seperti Menara Eiffel di Paris dan mula dibuka pada 1958. Dari puncak menara ini anda dapat melihat keindahan bandar raya Tokyo yang padat dengan bangunan pencakar langit sehinggakan sukar melihat kelompok hutan yang masih tinggal. Kalau ada pun ia hanyalah kawasan perkuburan dan istana.

Di lokasi sama juga pengunjung berpeluang membeli cenderahati dan melawat galeri seni yang mempamerkan pelbagai hasil seni seniman Jepun.

Bandar raya moden yang sesak ini tidak pernah sunyi, walaupun jam sudah menunjukkan 12 malam. Di sana sini warga Jepun masih ramai di jalanan membeli belah atau mengunjungi pusat hiburan. Ia turut diserikan dengan pelbagai persembahan jalanan serta kehadiran remaja yang menggayakan pelbagai fesyen unik.

Peluang menjejakkan kaki ke bandar raya maju ini mengingatkan saya betapa taraf hidup di sini sungguh tinggi terutamanya kepada mereka berbajet kecil jika ingin membeli peralatan elektronik serta cenderamata.

Kesukaran berkomunikasi dengan masyarakat Jepun yang kurang memahami bahasa Inggeris turut memberi masalah kepada penulis.

Dari segi mata wang pula, bawalah tunai dalam bentuk dolar Amerika atau yen Jepun kerana di sini sukar ditemui pengurup wang yang sudi menerima ringgit Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 01:46 PM | Show all posts

Reply #179 Syd's post

kumpulan wartawan tempatan termasuk you ke Syd?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 01:24 AM GMT+8 , Processed in 0.071149 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list