CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: misssakura

Tetap Kau Yang Satu Update 16/11/2014

[Copy link]
 Author| Post time 24-10-2014 09:11 PM | Show all posts
poyohabis posted on 24-10-2014 07:54 PM
Mlm pertama ms Mak bapak dia dtg umah la ye.. Hehehe ok la tu masing2 dah suka kan...

ish... dan2 jer cerita pasal malam pertama...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-10-2014 09:14 PM | Show all posts
cegitu posted on 24-10-2014 09:07 PM
Terima kasih TT... panjang sungguh update...luv u..

welcome cegitu... cter ni dah siap taipnya tunggu masuk dalam porum je lagi. sbb tu boleh update bnyk2 sekaligus.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
misssakura posted on 24-10-2014 09:11 PM
ish... dan2 jer cerita pasal malam pertama...

Hehehe dah lps mlm pertama baru la lebih romantis dah terikat kan.. Hehehe gelong otak aku ni..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde update ke TT?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2014 08:58 PM | Show all posts
cegitu posted on 25-10-2014 08:31 PM
Takde update ke TT?

jap cegitu... memang nak update pon ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2014 09:02 PM | Show all posts

“ mak, abah. Masuklah.” Pelawa Umairah selepas bersalaman dengan mertuanya. Ifran disisi hanya diam menayang gigi. Mereka kemudiannya beringan masuk menuju ke ruang tamu.

“ kamu berdua apa khabar? Lama sangat dah tak menyinggah rumah mak.” Tegur puan Zaharah dengan mata yang memandang kearah Ifran dan Umairah silih berganti. Umairah terdiam memikirkan alasan, dia tahu ibu mertuanya terasa dengan perangainya dan Ifran yang liat kerumah orang tua Ifran.

“ mak... If sibuklah. Tak sempat  nak kerumah mak... tapi memang kitorang ada rancangan nak kesana minggu depan.” Ifran beralasan. Dia sebolehnya tidak mahu emaknya berfikir buruk-buruk tentang Umairah kerana selama ini dia yang terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk menyinggah ke rumah emaknya bukan Umairah.

“ iyer la tu...” balas puan Zaharah sepatah.

“emaknya pon baru sampai rumah anak menantu dah membebel. Bukannya diorang lama sangat tak pergi rumah kita. Baru sebulan Za oii.” Tegur encik Tarmizi, dia tidak mahu kata-kata isterinya itu mendatangkan rasa sedih dihati Ifran dan Umairah. Silap-silap haribulan mahu anak menantunya merajuk terus tak balik rumahnya, lagi haru.

“mana ada saya membebel, saya tanya je. Takkan itu pun salah.” Tingkah puan Zaharah tidak puas hati dengan kata-kata suaminya. Ifran dan Umairah tersengih-sengih melihat kemesraan emak dan abah mereka. Nampak macam bergaduh tapi sebenarnya mereka sedang mengusik antara satu sama lain. Ifran kerling wajah Umairah disisi, terdetik dihatinya alangkah elok kalau hubungannya dan Umairah pun semesra ini.

“ abah dengan mak lapar tak... Kak long dah masak dah. Jom la kita makan. Kejap lagi nak solat zohor pulakan.” Cetus Umairah sekaligus cuba memadam api pergaduhan yang baru mula berbunga antara puan Zaharah dan suaminya. Puan Zaharah dan Encik Tarmizi sekadar mengangguk tanda setuju. Sememangnya perut mereka lapar minta diisi. Tanpa tunggu lama mereka berempat beriringan ke ruang makan untuk menjamu makanan tengahari.



“ ibu dengan abah kak long macam mana? Sihat?” soal puan Zaharah lembut disaat dirinya bersendiri dengan Umairah didapur. Dia sekadar memandang gerak geri Umairah yang lincah mengemas sepelosok dapur setelah mereka selesai menjamu selera. Dia bukan tak nak membantu tetapi niatnya telah ditolak oleh Umairah.

“ Alhamdullilah mak... mereka sihat walafiat. abah macam mana mak? Darah tinggi dia tu ada lagi ke?” Umairah pula menyapa lembut. Dikerling wajah puan Zaharah yang sedang merenung kearahnya dengan senyuman kecil.

“ darah tinggi tu ada lagi kak long... susah dah nak hilang bila dah tua ni. Abah kena jaga makan baru tak naik sangat tekanan darah dia tu. Tapi setakat ni okey lagi. Tak perlu bergantung pada ubat pon.” Jelas puan Zaharah satu persatu. Umairah senyum lega, lapang hatinya mendengar kesihatan bapa mertuanya yang sudah beransur pulih. Umairah mara menghampiri ibu mertuanya setelah selesai membasuh kesemua pekakas yang digunakan sebentar tadi. Dia duduk dihadapan wanita awal 50 an itu untuk bersembang setelah hampir sebulan tidak bertemu.

“ kak long minta maaf yer mak sebab dah lama tak menyinggah rumah mak sampaikan mak susah-susah kena datang sini tengok kami. Maafkan kak long dengan along yer.” Minta Umairah lembut. Tangannya mencapai jemari tua milik emak mertuanya. Dia tahu puan Zaharah berkecil hati dengan sikapnya dan Ifran yang terlalu jarang menyinggah kerumahnya. Bukan dia tidak tahu Ifran anak sulung malah anak kesayangan kedua ibubapa mertuanya itu dan dia sebagai isteri Ifran sepatutnya mengingatkan Ifran untuk sering menyinggah kerumah ibubapanya. Tapi dia alpa, dia lalai dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai menantu yang baik.

“ kak long janganlah kecil hati dengan apa mak cakap tadi tu... mak tak marah pun Cuma tegur kamu ajer. Mak datang sini pun sebab tak pernah lagi datang rumah korang berdua. Nak jugak tengok macam mana rumah kamu berdua. Dah kak long tak payah rasa bersalah, sepatutnya mak yang kena rasa bersalah sebab along tak pernah balik kampung kak long lepas kahwin. Kalo pergi pun sebab hari raya itu pun sehari. Mesti ibu kak long kecil hati dengan alongkan.” Ujar Puan Zaharah lembut. Umairah geleng kepala. Menidakkan tuduhan emak mertuanya yang sememangnya benar. Memang emaknya berkecil hati dengan sikap Ifran yang tidak pernah mahu ke kampung mereka tapi salahnya juga, dia sendiri tidak pernah mengajak Ifran pulang ke kampung. Masakan jejaka itu mahu ke kampungnya tanpa dijemput!

“ jangan tipu mak la kak long... mak faham perasaan ibu. Mesti ibu kak long kecil hati dengan along. Nanti bila tiba cuti sekolah mak akan paksa along ikut kak long balik kampung kalau dia liat lagi nak balik sana. Kak long jangan risau yer.” Pujuk puan Zaharah. Dia cukup faham perangai anak lelakinya yang memang susah untuk ke rumah mertuanya. Kadang-kadang pelik juga dia melihat Umairah dan Ifran. Seorang ke utara seorang ke selatan setiap kali tiba cuti sekolah mahu pun cuti perayaan. Nak kata baru menikah dah nak masuk 2 tahun usia perkahwinan mereka. Tapi masih lagi tak berubah. Entah-entah hubungan mereka tak berapa elok kot? Puan Zaharah buat serkap jarang dalam hati. Namun cepat-cepat dia beristighfar, tidak mahu terlalu mudah terpedaya dengan tipu helah syaitan yang cuba membuatnya curiga. Umairah sekadar senyum tawar. Sedikit sebanyak timbul rasa bersalah kerana memperdayakan mertuanya ini. semua salahnya kerana terlalu berdendam sehingga tergamak melukakan hati Ifran sekeluarga sedangkan keluarga mertuanya itu langsung tiada kaitan dalam dendamnya terhadap Atikah. mereka meneruskan perbualan sehingga masing-masing meminta diri untuk menunaikan solat Zohor yang belum dilaksana.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-10-2014 09:03 PM | Show all posts
Umairah tarik selimut rapat ke dada, suasana bilik Ifran sudah lama gelap. Jam didinding pun sudah berganjak ke angka satu pagi. Semua manusia didalam rumah ini sudah pun dibuai mimpi nan indah. Hanya tinggal dia sahaja yang masih lagi terkebil-kebil melayan perasaan yang gundah gulana. Umairah teringatkan perbualannya dan puan Zaharah tengahari tadi. Perbualan itu cukup membuatkan hatinya dipalu rasa bersalah, emak dan ayah mertuanya melayan cukup baik seperti anak sendiri tetapi dia tergamak bermain-main dengan tali perkahwinan antaranya dan Ifran. Dia tidak pernah salahkan Ifran dalam hal ini kerana apa yang berlaku saat ini semuanya rancangannya yang terlalu tekad untuk menyakitkan hati Atikah.

Tapi sekarang semuanya terbalik, dia dijerut rasa bersalah yang amat manakala Atikah pula hidup bebas dengan bahagianya. Malah hubungan Ifran dan Atikah langsung tak tergugat dengan perkahwinan mereka. Hanya dia yang semakin menderita menahan rasa sayang terhadap Ifran yang semakin mendalam dari hari ke hari. Mungkin ini balasan Allah padanya kerana terlalu berdendam suatu masa dahulu. Kerana kebodohannya yang terlalu mengikut hati yang bencikan Atikah dia mendapat segala balasan sebegini. Umairah tatap cincin perkahwinan yang elok tersarung di jari manisnya. Entah kenapa timbul rasa meremang setiap kali merenung cincin penuh makna itu. dia teringatkan kata-kata Ifran padanya tengahari tadi.

“ mari kita mulakan hidup baru... hidup sebagai pasangan suami isteri yang sebenar.” Terngiang-ngiang bait penuh makna itu digegendang telinganya tanpa dipinta. Hati Umairah sekali lagi dipalu rasa gelisah. Dia tidak pasti apa makna disebalik kata-kata itu, adakah Ifran serius dengan bicaranya atau sekadar memujuknya yang terlalu emosi? Kalau Ifran betul serius, apa yang dia ingin dilakukan dengan istilah menjadi suami isteri yang sebenar itu? adakah mereka akan jalani hidup berumahtangga seperti pasangan suami isteri yang lain? Tapi bagaimana? Mereka tidak mencintai antara satu sama lain, mereka hanya bersama atas dasar untuk menyakiti hati antara satu sama lain sahaja. Dan kalau betul Ifran mahu serius bersamanya, Atikah pula bagaimana? Bukankah mereka masih lagi bercinta?

Umairah mengeluh kasar. Dia semakin buntu dengan jalan dihadapannya. Kalau ikutkan hatinya yang sayang pada Ifran, memang dia amat bergembira dengan kata-kata jejaka itu tadi namun dia sedar dia tidak boleh terlalu berharap. Cukuplah sekali dia meletakkan harapan untuk bersama Ifran dan akhirnya harapannya hancur berkecai begitu sahaja. Dia tak ingin menderita lagi. dia tak nak berharap pada suatu yang tak pasti. Umairah bingkas dari baringannya, dia bergerak perlahan menghampiri katil yang menjadi tempat beradu Ifran. Ditatap wajah suaminya yang nyenyak dibuai mimpi. Sayu hatinya setiap kali memandang wajah Ifran, walaupun mereka dekat tetapi dia tetap merasa jurang antara mereka cukup jauh. Hanya dia yang sering memandang lelaki ini dari kejauhan tetapi cinta Ifran tetap pada Atikah. Itu suatu kenyataan yang tidak boleh disangkal lagi. Umairah lap air mata yang sudah mula merembes keluar, entah sampai bila perhubungan mereka akan terus berlangsung. Dia sedar Ifran akan tetap tinggalkannya suatu hari nanti untuk bersama Atikah, kakak tirinya itu. Umairah menyandarkan badannya disisi katil Ifran, termenung dalam gelap memikirkan kehidupannya dimasa akan datang.

“perlukah aku tuntut penceraian sedangkan aku sendiri tahu yang hubungan kami tak akan lama?” soal Umairah pada dirinya sendiri.

“ kau dah lupa ke Mai yang kau nak terus disamping Ifran sehingga dia maafkan kau atas kesilapan kau terhadapnya. Bukankah kau nak hambakan diri sehingga segala dosa kau terhadapnya terbayar. Sudahlah tu jadi manusia pentingkan diri sendiri. Belajar jadi manusia yang bertanggungjawab. Kau kena pikul kesilapan lalu kau tu, jangan hanya fikir perasaan sendiri sahaja. Kau lupa ke apa yang kau dah buat pada Ifran, kawan baik kau sendiri. Kau sakitkan hatinya yang tiada kaitan dalam dendam kau terhadap Atikah. Kau patut tanggung semua ini, baru adil!” sahut suatu suara jauh dari pelosok hati Umairah. Mengingatkan dirinya dengan dosa dan kesilapannya masa lampau.

“kau tak payah risau... kalau betul If sayangkan Atikah, dia akan tetap tinggalkan kau. Kau tak perlu nak fikir pasal penceraian sebab perkara tu memang akan terjadi. It just matter of time! Dan kau masa tu patut move on. Lupakan je la dendam kau pada Atikah. tak ada apa yang baik pon berlaku sejak kau belajar berdendam, hanya kau je yang semakin merana. Tak berbaloi Mai kau menderita kerana orang yang kau benci.” Nasihat hatinya lagi. Umairah menunduk memeluk lututnya. Merintik-rintik air matanya mengalir menyedari kesilapan masa lalu. Betul kata hatinya, sejak dia pandai berdendam, tiada apa-apa kemanisan berlaku lagi dalam hidupnya. Dia sudah tidak bahagia seperti dulu. Hatinya hanya dipenuhi kekesalan, keresahan dan sakit hati.

“ tapi aku sayangkan Ifran... aku tak sanggup nak berpisah dengan dia.” Rintih Umairah tanpa sedar. Air mata yang kian galak mengalir dibiarkan sahaja tanpa disapu. Mengenangkan perpisahan antaranya dan Ifran pun sudah buat dia lemah sebegini, belum lagi dia betul-betul berpisah dengan lelaki itu. entah bagaimana dia harus hadapi penceraian itu nanti.

“ kalau kau betul sayangkan dia usahalah buat dia jatuh sayang pada kau... bukannya hanya dengan menangis macam ni.”

“ dia tak akan sayangkan aku... dia hanya sayangkan Atikah!” tingkah Umairah dalam hati. Melawan perasaannya sendiri.

“ belum cuba belum tahu Mai... kalau kau tak cuba memang kau akan menyesal sampai bila-bila. Tell him that you love him damn much.” Suruh hatinya lagi. Umairah diam membukam, memikirkan kata-kata hatinya sendiri. Bagaimana dia mahu mencuba sedangkan dia sendiri sudah tahu jawapannya. Untuk apa dia memalukan diri sendiri menyatakan cinta sedangkan dia yakin cinta Ifran sekelumit pun tiada untuknya? Umairah kelu, dia binggung dan tidak tahu apa yang harus dilakukan dan apa yang dia boleh lakukan hanya berserah pada Ilahi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2014 09:06 PM | Show all posts
Nasi goreng yang menjadi sarapan pagi itu disantap dengan penuh selera. Umairah ralit mengisi perut kosongnya sebelum dia bergerak ke sekolah. Ifran pula tekun memandang wajah Umairah yang hanya diam sedari tadi.. langsung tiada perbualan yang mengisi kesunyian diantara mereka. Sejak dua menjak ini hatinya kian yakin lagi pasti cintanya kini sudah diserahkan sepenuhnya kepada Umairah. Setelah mengambil keputusan untuk mengikat hati Umairah, sudah pelbagai cara dilakukan untuk menghantar isyarat kepada Umairah tentang isi hatinya.

“aku makan comot ke?” soal Umairah ringkas apabila mula sedar wajahnya menjadi perhatian Ifran. Naik segan pula apabila melihat mata Ifran yang tekun menjamah raut wajahnya. Ifran tercengang. Termalu sekejap apabila sikapnya yang khusyuk memerhati raut wajah Umairah diketahui tuan punya badan.

“tak adalah...”

“dah tu apesal kau pandang aku semacam je? Kau tengok apa kat muka aku?” tembak Umairah berani. Ifran telan liur yang tersekat pada kerongkong. Mula memanjangkan akal untuk mencari alasan agar Umairah tidak salah faham dengan sikapnya. Malah dia sendiri tidak mengerti dengan dirinya sendiri yang sibuk merenung seraut wajah ayu milik sang isteri.

“masa bila pulak aku pandang kau... jangan nak perasanlah! Aku tengah fikir perkara lain tadi.” Sela Ifran selamba. Umairah diburu rasa malu. Merintik merah wajahnya dengan kata-kata Ifran.

“eleh... samalah tu. Memang kau pandang muka aku pun kan. “ Umairah tak nak kalah. Tidak puas hati pula dikatakan perasan oleh Ifran. Tidak lama selepas itu, Umairah bingkas berdiri dan membawa pinggan kosongnya ke sinki. Ditinggalkan sahaja Ifran sendiri di meja makan memandangkan lelaki itu belum lagi selesai menjamu selera. Selepas itu Umairah kembali kebiliknya untuk mencalit segaris lipstik pada bibirnya dan menarik beg tangan yang diletakkan diatas meja solek. Umairah membesarkan langkah memandangkan masanya sudah semakin suntuk.

“Mai...” panggil Ifran yang masih lagi berkain pelikat sambil menghampiri Umairah yang sedang menyarung kasut tumit tinggi pada kakinya. Umairah kerut dahi sehingga membentukkan beberapa garis bertingkat. Aneh pula dengan panggilan suaminya disaat dia sedang mengejar masa.

“ apa dia If? Cepatlah cakap, aku dah lewat ni.” Arah Umairah tegas. Matanya merenung sepasang mata Ifran dengan rasa pelik. Perasaannya makin bertambah bercelaru apabila Ifran menghulurkan tangan kepadanya. Mata Umairah singgah pada tangan Ifran sejenak. Jiwanya masih kabur.

“ erk? Kenapa dengan tangan kau? Luka ke?” soal Umairah bodoh. Ifran tersengih kecil. Agak lucu mendengar soalan lurus bendul daripada Umairah.

“tanya pulak... salamlah.”

“salam? Kenapa?”

“hai... salam dengan suami pun nak kena ada alasan ke? Cepatlah salam, karang lambat pulak kau nak pergi sekolah.” Gesa Ifran seterusnya menarik perlahan tangan Umairah untuk menyalami tangannya. Umairah mengikut sahaja tanpa membantah. Malas dia memberatkan kepalanya untuk memikir perangai pelik Ifran dipagi hari. Selepas mencium tangan suaminya, Umairah memusingkan kembali badannya untuk bergerak menuju kearah pintu rumah.

“Mai...” panggil Ifran untuk kali kedua seraya membantutkan tingkah Umairah yang terkocoh-kocoh membuka daun pintu.

“apa lagi?” sedikit meninggi suara Umairah. Geram pula dengan sikap Ifran yang banyak cekadak waktu ini. Tidak fahamkah Ifran yang dia sudah kelewatan?

“tu... mulut kau tu... kenapa terang sangat lipstik tu? Pergi lap bibir kau tu!”

“ terang? Mana ada... kan aku selalu pakai macam ni.”

“aku cakap pergi lap, pergi je la. Jangan nak banyak songeh sangatlah. Kau nak goda siapa dekat sekolah tu pakai lipstik terang-terang macam tu?” bebel Ifran.

“nanti aku lap dalam kereta...”

“tak boleh... nanti kau buat-buat lupa nak sapu mulut kau tu. Pergi lap sekarang atau kau nak aku yang lapkan guna mulut aku?” ugut Ifran dengan senyuman nakal sambil menjungkitkan keningnya kearah Umairah. Umairah terkedu. Merah menyala wajahnya dengan jawapan selamba badak daripada Ifran. Lekas-lekas langkahnya diatur untuk mendapatkan tisu yang terdapat disebelah kotak televisyen. Seminit kemudian Umairah kembali melintasi dihadapan Ifran setelah selesai segala arahan lelaki itu.

“sekarang ada apa lagi? Cepat cakap?” soal Umairah sinis. Ifran sekadar menggelengkan perlahan. Membenarkan Umairah berlalu meninggalkannya.

“kejap... kejap... kejap...” jeritan Ifran membuatkan Umairah mula panas hati. Matanya mencerlung kearah Ifran yang tayang wajah tanpa perasaan.

“apa lagi? Aku dah lambat ni, kau faham tak?” bentak Umairah. Dadanya turun naik menahan amarah yang sudah tidak dapat dibendung lagi. Entah apa masalah Ifran pagi ini yang tak sudah-sudah memberi arahan pelik kepadanya.

“mana cincin kahwin? Kalau ada kat dalam bilik, pergi ambil dan pakai sekarang. Jangan nak mengada nak tanggalkan cincin tu lagi. Kau tu dah jadi isteri orang! Bukannya anak dara lagi.”

“ aku memanglah bini orang tapi aku anak dara lagi..” balas Umairah dengan bibir yang sedikit mencebik.

“menjawab! Pergi ambil cincin tu sekarang. Pakai!” tinggi suara Ifran dengan mata yang dibesarkan. Umairah menjuihkan bibirnya kedepan. Namun langkah pantas turut diatur kebiliknya. Arahan dari Ifran turut diikuti kerana dia tahu selagi dia tidak mengikut selagi itulah mulut Ifran akan berceloteh tanpa henti. Ifran yang melihat tingkah Umairah tersenyum girang. Puas hati melihat Umairah mengikut segala kehendaknya, dia bukan sengaja nak mengarah itu dan ini namun apa yang dibuat saat ini adalah untuk kebaikan hubungan dia dan Umairah juga. Dia sudah buat keputusan yang tali perkahwinan antaranya dan Umairah akan dijaga sehabis baik, tidak sesekali akan dia nodai hubungan suci antara mereka kerana dia yakin hati dan perasaannya saat ini adalah milik Umairah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2014 11:23 PM | Show all posts
misssakura..citer ni best tapi boleh tak dialog tu pisahkan dari ayat seterusnya.

nampak macam dialog tu tenggelem plak..



contoh:

“mana ada saya membebel, saya tanya je. Takkan itu pun salah.” Tingkah puan Zaharah tidak puas hati dengan kata-kata suaminya. Ifran dan Umairah tersengih-sengih melihat kemesraan emak dan abah mereka. Nampak macam bergaduh tapi sebenarnya mereka sedang mengusik antara satu sama lain. Ifran kerling wajah Umairah disisi, terdetik dihatinya alangkah elok kalau hubungannya dan Umairah pun semesra ini.



elok jika ditaip begini:

“mana ada saya membebel, saya tanya je. Takkan itu pun salah.” Tingkah puan Zaharah tidak puas hati dengan kata-kata suaminya.

Ifran dan Umairah tersengih-sengih melihat kemesraan emak dan abah mereka. Nampak macam bergaduh tapi sebenarnya mereka sedang mengusik antara satu sama lain. Ifran kerling wajah Umairah disisi, terdetik dihatinya alangkah elok kalau hubungannya dan Umairah pun semesra ini.


Jadi bila baca dialog tu nampak jelas. Ayat kedua tu sudah menceritakan hal Ifran dan Umairah, bukan lagi dari Puan Zaharah.

sekian dari akak yang juga masih belajar..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2014 09:49 AM | Show all posts
Ipo posted on 25-10-2014 11:23 PM
misssakura..citer ni best tapi boleh tak dialog tu pisahkan dari ayat seterusnya.

nampak  ...

ok tq Ipo atas tunjuk ajar. sakura akan berusaha untuk praktikkan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2014 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo posted on 25-10-2014 11:23 PM
misssakura..citer ni best tapi boleh tak dialog tu pisahkan dari ayat seterusnya.

nampak  ...

Mahaguru dah dtg turunkan ilmu... Ipo bila nak biat citer baru.. Hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2014 03:16 PM | Show all posts
poyohabis posted on 26-10-2014 12:54 PM
Mahaguru dah dtg turunkan ilmu... Ipo bila nak biat citer baru.. Hehehe

amboih...ipo bukan mahaguru..guru pun bukan..sekadar penulis baru yang sama2 meriahkan bod sini je..

citer baru??..erk..erk...nak minum dulu
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 02:35 PM | Show all posts
Next please.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2014 07:44 PM | Show all posts
cegitu posted on 28-10-2014 02:35 PM
Next please.....

ok sakura dah nak update ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2014 07:49 PM | Show all posts
Ifran tersenyum gembira. tak sabar rasanya untuk dia pulang ke rumah dan mengejutkan Umairah dengan bunga yang baru dibeli sebentar tadi. Sejambak bunga mawar merah itu dipandang dengan senyuman meleret, dia terbayangkan riak gembira dan teruja Umairah setelah mendapat hadiahnya ini. Ifran letak bunga yang baru dibeli itu dikerusi sebelahnya. Enjin kereta dihidupkan lalu dia terus menuju pulang. Tak sampai satu minit perjalanan, Ifran dapat melihat kelibat wanita yang cukup dikenali di perhentian teksi. Pasti gadis itu sedang menunggu teksi untuk pulang kerumahnya. Tanpa buang masa, Ifran segera menghantar signal lalu menghentikan keretanya dihadapan Atikah.

“ Tikah... marilah saya hantar awak balik.” Laung Ifran dari dalam kereta setelah cermin sebelah penumpang diturunkan. Atikah yang sedang mengelamun terperanjat. Lekas-lekas matanya menyinggah ke wajah Ifran yang sedang menanti.

“ err If... tak apalah...” belum lagi habis alasan yang cuba disampaikan oleh Atikah, Ifran terlebih dahulu keluar dari perut keretanya lalu membuka pintu kereta disebelah penumpang.

“ masuklah. Bukan jauh pun rumah awak. Marilah saya hantarkan.” Gesa Ifran sekaligus mahu Atikah cepat-cepat setuju dengan pelawaan ikhlasnya.

Atikah serba salah. Nak tak nak dia bergerak juga menuju kearah kereta Ifran setelah melihat beberapa jelingan orang sekitar kawasan itu memandangkan kereta Ifran agak mengganggu perhentian teksi tersebut.

Ifran cepat-cepat angkat bunga mawar yang baru sahaja dibeli lalu diletakkan ditempat duduk belakang supaya Atikah boleh duduk ditempat duduk hadapan.

“ terima kasih yer If...” ucap Atikah apabila badannya siap memakai tali pinggang keledar. Sempat matanya mengerling tempat duduk belakang.
‘ cantiknya bunga mawar tu? If nak bagi dekat aku ke? Ish mamat ni tahu-tahu jer aku suka bunga mawar merah.’ Bisik hati Atikah dalam diam. Bibirnya tersenyum nipis tanpa sedar, kembang kuncup memikirkan andaian sendiri. Namun senyumannya terus mati apabila mengingatkan Ifran masih lagi suami kepada Umairah. Dia mungkin sahaja menerima Ifran kembali sekiranya lelaki itu kembali duda.

“ tak payah berterima kasihlah Tikah. Awak pun keluarga saya. Kakak Mai. Tak salah kalau saya menolong.” Jelas Ifran dengan riak cukup tenang. Atikah kaget sekejap mendengar jawapan Ifran yang kedengaran aneh dihalwa telinganya. Lain macam sahaja bunyi jawapan Ifran, adakah lelaki ini sudah berbaik dengan Umairah? Apa Ifran sudah tidak berminat untuk mengejar cintanya lagi? suasana sunyi sepi antara mereka, masing-masing tiada idea untuk dibawa bersembang. Atikah sempat kerling wajah Ifran disebelahnya. Ketenangan diwajah jejaka itu buat hatinya berdegup kencang. Dia tidak nafikan perasaannya masih lagi ada untuk Ifran. Tetapi dia terpaksa jual mahal memandangkan Ifran kini suami Umairah. Dia tak nak jadi perampas mahu pun orang yang meruntuhkan rumah tangga adik tiri sendiri lagi-lagi Umairah pernah jadi kawan baiknya. Atikah terpandang tangan Ifran yang kejap memegang stereng kereta. Disitu kelihatan sebentuk cincin perak tersarung elok dijemari lelaki itu. terus timbul tanda tanya dibenaknya.

“ cincin apa tu?” terlepas soalan dari mulut Atikah tanpa diduga. Atikah tutup mulutnya dengan telapak tangan. Agak menyesal dengan persoalan bodoh yang diberikan sedangkan dia sudah dapat mengagak cincin apa yang tersarung dijari Ifran.

“cincin? Ooo cincin ni. Ini cincin kahwin saya. Lama dah tak pakai, nasib baik muat lagi.”jawab Ifran sambil tersenyum kerang. Ternampak rembesan cahaya kegembiraan diwajahnya. Riak bahagia diwajah Ifran sedikit sebanyak membuatkan hati Atikah tersiat kejam. Cukup terkilan perasaannya memikirkan kemungkinan yang berlaku pada hubungan Ifran dan Umairah. Patutlah jejaka itu sudah tidak lagi merengek meminta kasih sayangnya, rupanya lelaki ini sudah temui cinta baru. Terus dirinya ditinggalkan tanpa belas simpati.

“ Tikah...” seru Ifran sekaligus mengusir suasana sunyi sepi antara mereka.

Atikah yang ralit berkira-kira tentang kondisi rumah tangga bekas kekasihnya itu terkejut kecil. Dipandang wajah Ifran dengan rasa ingin tahu yang menggebu.

“ saya minta maaf.” Tambah Ifran sepatah. Suasana antaranya mereka masih bisu. Hanya kedengaran helaan nafas turun naik kedua-dua mereka untuk melegakan perasaan sendiri.

“ saya minta maaf sebab tak berdaya tunaikan janji saya pada awak... saya dah berkeputusan untuk selamatkan perkahwinan saya dan Mai. Saya minta maaf sangat-sangat sebab terpaksa mungkiri janji yang saya dah buat kepada awak.” Sambung Ifran lagi.

Tanpa Ifran sedar, kenyataannya yang cukup jujur itu bagaikan halilintar membelah dada Atikah. Atikah tahan perasaan, sedaya mungkin dia cuba melawan perasaan sendiri. Dari jauh, dia sudah dapat melihat atap rumah sewanya yang jelas kelihatan. Atikah buka tali pinggang keselamatan untuk bersedia keluar dari kereta Ifran.

“ its okey If... itulah yang sepatutnya awak buat dari awal perkahwinan korang. Terima kasih sebab hantar saya balik. Assalamualaikum.” Pinta Atikah tanpa memandang ke wajah Ifran. Dia tiada daya untuk membalas renungan jejaka yang masih lagi dicintai saat ini. tak dinafikan, hatinya ada terdetik rasa menyesal kerana terlalu jual mahal sebelum ini dan kini cinta Ifran sudah berpaling tadah daripadanya. Atikah buka pintu kereta, tanpa pamitan dia segera keluar dari perut kereta Ifran untuk ke rumah sewanya. Setitik demi setitik air mata laju membasahi pipinya.

Ifran pandang tubuh Atikah yang sudah hilang dibalik daun pintu rumah sewa gadis itu. timbul rasa bersalah dalam hatinya. Dia sedar dia bersalah kerana memberi pelbagai harapan dan janji palsu pada Atikah sebelum ini. namun kali ini dia nekad, dia akan pertahankan cinta sejatinya sehabis baik. Dia tak nak keputusan yang sudah dibuat berubah kembali hanya kerana rasa simpati dan bersalah. Atikah patut dapat lelaki lain, lelaki yang lebih baik daripadanya dan lelaki yang benar-benar mencintainya dengan ikhlas.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2014 07:52 PM | Show all posts
Bunyi hon dihadapan rumah mengejutkan Umairah yang sedang bersantai-santai dihadapan televisyen. Badannya yang enak terbaring diatas sofa berubah kedudukan. Dia mara ke pintu hadapan untuk menyambut Ifran yang baru sahaja pulang. Umairah tolak daun pintu dengan senyuman nipis namun senyuman itu tidak lama. Wajahnya berubah riak, matanya membesar dengan spontan apabila sejambak bunga mawar merah terpampang didepan mata. Ifran dihadapannya kelihatan tersenyum mesra.

“ bunga? Bunga apa ni?” soal Umairah kurang mengerti. Riak blurnya mendatangkan rasa lucu dihati Ifran.

“ bunga ni pon tak kenal... ini namanya bunga mawar merah.” Usik Ifran. Sengaja dia mempermainkan Umairah yang kelihatan kabur dengan situasi saat ini. Umairah didepannya tarik muka, kurang senang dengan ejekkan Ifran terhadap dirinya.

“ itu aku tahulah... tapi kenapa tiba-tiba kau bawak balik bunga? Ada orang bagi dekat kau ke?” soal Umairah bodoh.

Ifran geleng kepala, senak juga otaknya melayan Umairah yang memang lambat tangkap bab-bab hati dan perasaan.

“ tak adalah... bunga ni aku nak bagi dekat kau.” Balas Ifran selamba. Umairah terkedu, terdiam mulutnya mendengar jawapan spontan daripada Ifran. Timbul rasa gembira dihatinya tanpa diduga.

“ kenapa tiba-tiba bagi aku bunga? Aku tak ada minta pon.” Umairah membalas setenang mungkin kata-kata Ifran. Sebolehnya dia mahu menyembunyikan rasa bahagia yang sudah tak terkira dihati. Dia tak mahu Ifran nampak perasaannya saat ini, buatnya Ifran tahu isi hatinya yang sebenar tak ke malu! Entah-entah Ifran memberi bunga kepadanya kerana ada niat tertentu. Mahu mengenakannnya barangkali!

“ aish kau ni... banyak soal sungguh la. Aku bagi barang free pon kau banyak tanya. Kalau kau tak nak tak apalah... aku letak bunga ni dalam bilik aku jer. Berseri-seri sikit bilik aku tu.”

“ eh eh eh... mana boleh macam tu If... nanti buruk sikulah ambil balik barang yang kau dah bagi dekat orang.” Tingkah Umairah pantas. Cepat-cepat tangannya menyambar bunga pemberian Ifran lalu diciumnya bertalu-talu. Wangi dan cantik sekali bunga ini, bisik hati Umairah.

Ifran tahan gelak yang hampir meletus. Wajah comel Umairah yang kelam kabut merebut semula bunga pemberiannya itu mendatangkan rasa riang dihati.

“thank If... kau nak makan apa malam ni? Aku masak khas untuk kau tanda berterima kasih sebab bagi bunga ni.”

“ kau masaklah apa-apa Mai... aku makan semua apa yang kau masak janji air tangan kau.” Tutur Ifran lembut. Matanya merenung sepasang anak mata Umairah yang kelihatan ceria.

Umairah senyum kecil, malu-malu pula dengan jawapan Ifran yang kedengaran romantik itu. perlahan-lahan kepalanya dianggukkan. Dalam diam hatinya terasa ringan bagaikan kapas terapung-apung kebahagian. Mula perasaannya menaruh harapan pada kasih Ifran, Umairah sudah tidak ambil peduli lagi. dia nekad, selagi dia bergelar isteri Ifran, akan dia nikmati sepenuhnya kebahagian mencintai lelaki itu dalam diam. Mungkin semua ini untuk seketika, tapi cukup bermakna buat dirinya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-10-2014 07:54 PM | Show all posts
Atikah merebahkan tubuhnya yang ramping itu keatas katil bujang yang terletak didalam biliknya. Kipas yang berputar ligat pada siling itu dipandang kosong. Air mata yang bertakung didalam kolam matanya merintik-rintik jatuh membasahi kedua belah pipinya, perasaan sebak dan kecewa sudah tidak terbendung lagi. dia cukup terkilan dengan luahan jujur Ifran petang tadi. Tiada sekelumit rasa kesiankah dihati Ifran terhadapnya? Sanggup Ifran berkata sedemikian tanpa sebarang pamitan.

“ sampai hati awak If... mana janji-janji yang awak taburkan pada saya? Konon nak bercerai, tapi sekarang ini balasan awak pada saya. Awak tahu tak yang saya teramat cintakan awak, sayangkan awak! Kenapa awak mesti pilih Mai yang menjadi penghalang cinta kita sebelum ini?” bisik Atikah pada diri sendiri. Kata-kata itu  hanya mampu dibicarakan sendiri tanpa diucapkan pada empunya diri.

“ Mai... apa lagi yang kau kurang, apa lagi yang kau marah pada aku? If dah pun kembali semula pada kau, kenapa sampai sekarang kau tak nak terima aku?” soal Atikah lagi. wajah Ifran dan Umairah muncul dibenaknya silih berganti. Dia sayangkan kedua-dua insan tersebut dan kini kedua-dua insan itu telah pun pergi meninggalkannya sendiri. Atikah kesat air mata yang meleleh dikedua belah pipi gebunya. Perlahan-lahan badannya bingkas berdiri lalu langkah diatur menghampiri pintu bilik air. Dia mahu berehat, dia mahu bertenang... mungkin masa untuk dia lepaskan Ifran dari hatinya telah pun tiba!
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru la bgs mcm ni.. If dah berterus terang gan atikah so dah putus.. Atikah x nak cari kj tempat lain ke... Hehehe terlebih pulak
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih TT....
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 11:54 AM | Show all posts
happy reading tq..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 06:49 AM GMT+8 , Processed in 0.061082 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list