CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Anak_Nogori

[Tempatan] Tun Dr M dedahkan 18 muka surat diri Wan Azizah mengenai tingk...

[Copy link]
Post time 23-2-2015 12:19 PM | Show all posts
18 muka?
ala nulis tesis plak ye..
sekarang ni nak lauh perasaan dlm satu ayat je termasuk emoticon
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2015 12:20 PM | Show all posts
lompatikam replied at 23-2-2015 12:15 PM
cerita ni sgt2 pelik...cerita 18 muka( byk tuh beb, dah mcm tahap proposal mintak dana utk buka pe ...

kalo tak cukup gila mana boleh
korang jadi macai anwar

bukti video gelak

bukti surat gelak

bukti proses mahkamah 17 tahun
pun gelak



Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2015 12:28 PM | Show all posts
Anak_Nogori replied at 23-2-2015 11:52 AM
Tujunya supaya mereka yg belum tahu sudah tau...bukan siapa ketum saja..tapi siapa jijah kipas dan ...

Apa lagi yg tak tahu...? Adik tgk dah macam kasrt buruk aja diulang benda yg sama... bukan perkara ni dari awal dulu tun dah dedah, akak dan hubby pun dah pernah membaca dulu....
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2015 12:31 PM | Show all posts
batu kikir replied at 22-2-2015 03:58 PM
Tun Che Det...........saya tabik spring kat Tun.
Dalam Tun kena bedal dengan orang2 pro montot..... ...

T Kasih pun tak guna..
Patutnya nasihatkan DSAI untuk berhenti dari politik selepas dibebaskan dulu...
Patutnya low profile je and habiskan masa dgn beribadah...
After all N Izzah dah ada utk ganti...
Tapi tamak haloba mengatasi segalanya....
Sekarang mendapat la kau....

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2015 12:35 PM | Show all posts
vandergooh replied at 23-2-2015 12:28 PM
Apa lagi yg tak tahu...? Adik tgk dah macam kasrt buruk aja diulang benda yg sama... bukan perkara ...

maksud pak cik an budak2 yg lahir selepas 2004. meka tak tau alkesah 18mukasurat nie mahh .waktu itu dorang masih baby.

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2015 12:39 PM | Show all posts
MatDeghem replied at 23-2-2015 12:35 PM
maksud pak cik an budak2 yg lahir selepas 2004. meka tak tau alkesah 18mukasurat nie mahh .waktu i ...

Budak muda sekarang nak revolusi dik.. progress... bukan return back... kalu nak recall, buka tread azizan semula sampai laa saiful.. lepas tu recall semula dari azizan..sampailah kiamat.. kata nak recall...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-2-2015 12:44 PM | Show all posts
vandergooh replied at 23-2-2015 12:39 PM
Budak muda sekarang nak revolusi dik.. progress... bukan return back... kalu nak recall, buka trea ...

org tua lain pemikiran nya. meka tak suka berubah. meka suka hidup di tokok yg lama. takut dgn perubahan
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2015 12:50 PM | Show all posts
dedahkan la terus isi surat tu

ke dah masuk arkib vatican city ?

hanya manusia2 terpilih aje yg bleh baca ?

kekekekeke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-2-2015 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
amiraira replied at 23-2-2015 06:44 AM
Proof is the most important thing right??

So where's the proof

Wow...tetiba proof is the most important thing?..

Keh keh keh.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2015 12:57 PM | Show all posts
Edited by rashiman at 23-2-2015 12:58 PM
vandergooh replied at 23-2-2015 12:28 PM
Apa lagi yg tak tahu...? Adik tgk dah macam kasrt buruk aja diulang benda yg sama... bukan perkara ...

Benda nie tak akan diulang, jika parti pkr dan keluarga anwar menerima keputusan mahkamah dan dari terus- terusan buat kempen itu dan ini, berhimpun itu dan ini...
Apabila ini berlaku...jadi pihak2 terbabit kena jugak dedahkan apa yg patut, buat roadshow utk menjelaskannya kpd rakyat...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2015 12:59 PM | Show all posts
Anak_Nogori replied at 23-2-2015 12:54 PM
Wow...tetiba proof is the most important thing?..

Keh keh keh.

dh semua nk proof kan

mira tanya je

ade kalu tepek la biar semua org tahu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2015 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
d'zeck replied at 23-2-2015 09:06 AM
kebenaran demi tujuan
baik untuk kemaslahatan majoriti
memang wajar didedahkan kepada

Tun tetap tun..selagi dia berjanji bahawa isi kandungan tu rahsia..tun tetap takkan bocorkan...tak tahu lah kot jijah kipas saman tun..mungkin dlm court tun akan dedahkan 18 muka surat tersebut..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2015 01:11 PM | Show all posts
Anak_Nogori replied at 23-2-2015 01:06 PM
Tun tetap tun..selagi dia berjanji bahawa isi kandungan tu rahsia..tun tetap takkan bocorkan...tak ...

Betullah...kak jijah senyap aje...x nak komen atau saman tun...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2015 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
shamsadis replied at 23-2-2015 10:21 AM
time diaorang fitnah tak mengapa...time kita nak jawab fitnah dikatanya macam2...ramai mental r ...

Tulah pasal....time ni nak proof plak dia..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2015 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 23-2-2015 12:57 PM
Benda nie tak akan diulang, jika parti pkr dan keluarga anwar menerima keputusan mahkamah dan dari ...

Alaaaa..budak2 apa dia tahu?
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2015 03:56 PM | Show all posts
Innrukia replied at 22-2-2015 09:42 PM
Budak2 mana nak tau che det sayang gila kat anwar... Kita2 yg geng anti chedet lps anwar kna tahan ...

pick me pick me! waaa pnh jd anti chedet mase anwar kene buang dulu..bapak waa siap ikut reformasi sana sini..last2 nyesall..tobat weyhh..da knl perangai nuart ni cmne..babaiiii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-2-2015 08:35 PM | Show all posts
dita85 replied at 23-2-2015 03:56 PM
pick me pick me! waaa pnh jd anti chedet mase anwar kene buang dulu..bapak waa siap ikut  ...

syukurlah....uncle masa ketum dlm UMNO dulu lagi tahu dah macam mana dia aniaya ramai org lama dlm UMNO...mcm mana dia amalkan kroni moni, macam mana dia yg mula tubuhkan team..macam mana politik jahatnya dimana byk bahagian2 UMNO diletakkannya geng2 ABIMnya supaya dia selamat kedudukannya didalam UMNO..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2015 08:36 PM | Show all posts
Dr Mahathir Akui Wan Azizah Pernah Menangis Jumpa Hasmah Pasal Anwar…
Apr 08,2013 - by AIDC
12
Agendadaily – Ini juga satu cerita yang sudah lama tersimpan. Betulkah cakap-cakap Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pernah berjumpa Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali menangis mengadu mengenai perangai Datuk Seri Anwar Ibrahim masa beliau Timbalan Perdana Menteri dulu.

Al kisah itu pernah jadi bualan kalangan orang politik selepas Anwar dipecat daripada UMNO dan jawatan nombor dua dalam kerajaan apabila didakwa terbabit kes liwat dengan Azizan Abu Bakar pada 1998.

Namun, tiada siapa pernah bertanya secara terbuka untuk minta pengesahan sama ada benar atau tidak kejadian itu pada Dr Siti Hasmah sendiri.

Hal itu dapat difahami kerana ia melibatkan sesuatu yang sulit dan sifat Dr Siti Hasmah sendiri diketahui jarang mau cakap politik.

Bagaimanapun, petang Sabtu, Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan perkara itu sekaligus menjawab teka teki berhubung pertemuan Wan Azizah dan Dr Siti Hasmah.

Ketika Agendadaily bertanya mengenainya dalam sidang media selepas berucap di Perhimpunan Selamatkan Selangor anjuran Perkasa, di Shah Alam, asalnya mantan Perdana Menteri nampak macam keberatan menjawabnya sendiri.

Beliau sebaliknya memberi bahasa isyarat supaya merujuk soalan itu kepada Dr Siti Hasmah yang berada di sebelahnya.

Bagaimanapun, Dr Siti Hasmah pula memberi isyarat sama meminta Dr Mahathir menjawab soalan itu.

Beliau kemudian hanya mengangguk tanda YA apabila soalan tersebut diulang semula kepadanya.

Wartawan Agendadaily bertanya soalan itu lanjutan dari pengakuan Dr Mahathir mengesahkan kisah Wan Azizah pernah menulis surat setebal 18 muka surat kepadanya menceritakan tabiat suaminya.

Pengakuan Dr Mahathir dalam temu bual eksklusif bersama Utusan Malaysia itu disiar dalam akhbar berkenaan Sabtu.

Bagaimanapun, beliau kata surat itu terlalu peribadi dan tidak berhasrat mendedahkan kandungannya kerana tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak selain sudah menjadi rahsia sejak 15 tahun lalu.



Terdahulu dalam ucapannya di perhimpunan tersebut, Dr Mahathir banyak menempelak sikap berpura-pura Anwar yang pura-pura kelihatan warak serta boleh menjadi imam sembahyang.

“Kita jangan mudah tertipu macam saya tertipu dengan orang yang tunjuk imej baik. Memang benar, tak kenal maka tak cinta. Bila dah kenal baru nampak bintik-bintik di muka orang ini. Saya kemudian pecat orang yang kononnya nak perjuangkan UMNO dan Melayu,” katanya jelas merujuk kepada bekas timbalannya itu.

Katanya, Anwar kalau masuk PAS tidak ada peluang jadi Perdana Menteri kerana beliau tahu hanya dengan UMNO boleh jadi Perdana Menteri.

“Sebab itu dia pura-pura dan minta serta UMNO. Mungkin saya nampak dia warak dan boleh jadi imam, saya pejam mata sikit (terima Anwar) ingatkan beliau mahu majukan Islam gunakan UMNO”.

“Tetapi perjuangannya hanya nak jadi PM. Orang lain kena singkir, diam sahaja tetapi dia dapatkan sokongan parti lawan agar niatnya tercapai,” ujar Dr Mahathir.

Dalam pada itu, lebih 4,000 orang tidak berganjak walau hujan lebat sebaik sahaja Dr Mahathir memulakan ucapan di perhimpunan yang turut dihadiri ramai pemimpin UMNO dan Perkasa termasuk Presidennya Datuk Ibrahim Ali.

Mengenai Selangor, beliau mahu rakyat mengutamakan BN dan bukan calon pada PRU 13 bagi memastikan negeri itu tidak terus ditabdir oleh pakatan pembangkang.

Beliau berkata Selangor, selaku negeri terkaya di Malaysia, perlu diambil semula oleh BN supaya rakyat negeri itu dapat menikmati kekayaan dan bukan sekadar manifesto pakatan pembangkang memberi air percuma pada pilihan raya umum lalu.

Beliau yakin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menunaikan segala janji yang dibuat sekiranya BN berjaya merampas semula pemerintahan kerajaan negeri Selangor pada PRU13 ini.

“Kita semua keluar mengundi BN, kita tak kira siapa jadi calon kita undi dacing, jangan tengok muka orang…tengok dacing dan pangkah dacing,” katanya.

Dr Mahathir, merangkap penaung badan bukan kerajaan (NGO) itu, berkata pengundi harus ingat bukan calon yang hendak mendirikan kerajaan tetapi parti yang mendirikan kerajaan.

Beliau turut berkata tidak ada ayat al-Quran yang mengatakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat boleh menentukan pahala orang Umno yang bersembahyang.

Akhbar semalam melaporkan Menteri Besar Kelantan itu mendakwa sembahyang semua orang Umno tidak mendapat pahala kerana parti itu menolak dasar Islam.

“Ini bukan Tok Guru dah, ini adalah orang yang utamakan kepentingan diri, yang tamak, yang suka memecah-belah dan melemahkan orang Islam.

“Orang ini bukan mengikut ajaran Islam sebaliknya kita tahu Islam menyuruh kita bersaudara … orang Islam adalah bersaudara tapi Nik Aziz kata orang Islam bukan Islam,” katanya.

Beliau berkata perpecahan dalam kalangan orang Islam di negara ini bukan kerana perbezaan fahaman agama tetapi keinginan pemimpin PAS merebut kuasa di dunia ini.

LAPORAN AKHBAR UTUSAN MALAYSIA 6 APRIL,2013

Dr. M akui simpan surat Azizah

KUALA LUMPUR 5 April – Misteri sama ada benar atau tidak Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pernah menulis surat setebal 18 muka surat kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menceritakan tabiat sebenar suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya terjawab.

Ini berikutan buat pertama kalinya selepas 15 tahun menyimpan rahsia, Dr. Mahathir dalam temu bual eksklusif bersama Utusan Malaysia akhirnya mengakui memang benar Wan Azizah menghantar surat tersebut semasa Anwar masih bergelar Timbalan Perdana Menteri.

Katanya, surat Wan Azizah itu terlalu peribadi dan beliau tidak berhasrat mendedahkan kandungannya kerana tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak selain menyifatkannya tidak lagi penting kerana sudah terlalu banyak tabiat Anwar didedahkan pengamal media alternatif.

“Saya setakat boleh kata memang ada terima sahajalah. Surat yang diberi kepada saya secara sulit, jadi saya tidak boleh dedahkan kepada orang tetapi kita boleh lihat, tanpa surat itu pun bersih atau tidak bersih individu berkenaan. Jadi apa perlunya kita rujuk kepada surat yang sulit.

“Dia (Wan Azizah) memang cuba nak pertahankan (Anwar) juga. Isteri ada kesetiaan kepada suami. Hendak buruk-burukkan itu tidaklah tetapi kecewa itu adalah. Lebih utama apa yang kita lihat (sekarang) bukan soal apa yang Wan Azizah kata,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dr. Mahathir berkata demikian ketika diminta mengesahkan sama ada benar atau tidak Wan Azizah pernah menyerahkan surat rahsia setebal 18 muka surat menceritakan mengenai kisah sebenar suaminya dengan harapan bekas Perdana Menteri itu boleh membantu.

Ditanya mengapa begitu lama menyimpan rahsia tersebut meskipun pelbagai tuduhan keji dilemparkan ekoran tindakannya memecat Anwar, Dr. Mahathir berkata, beliau bukan jenis manusia yang suka memburuk-burukkan pihak tertentu tanpa sebarang asas kukuh.

“Cuma dalam konteks ini, takut orang seperti itu berkuasa saya terpaksa dedahkan tetapi yang lain semua (kandungan surat) yang tidak memberi manfaat, tidak perlu saya dedahkan,” katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2015 09:30 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2015 12:03 PM | Show all posts
d'zeck replied at 23-2-2015 12:20 PM
kalo tak cukup gila mana boleh
korang jadi macai anwar

pasal tak cukup gila la tak percaya...sebab tak logik langsung surat luahan perasaan 18muka surat...dah serupa thesis.

kalau thesis lain cerita...ini surat luahan perasaan...adakah surat tersebut siap ada titisan air mata wan jijah? atau bedak wangi johnson?

ayat last tuh takde tulis ke.

pecah kaca, pecah meja,
sudah baca, harap rahsia?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 12:58 PM GMT+8 , Processed in 0.057173 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list