CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: azlianakasim

Padang & Bukit Tinggi, Sumatera Barat, Indonesia [Part III]

   Close [Copy link]
Post time 24-12-2012 01:28 PM | Show all posts
dvpro posted on 20-12-2012 02:45 PM
Hari tu saya stay kat Rocky Plaza Padang. Saya ada review sikit kat sini. Berbanding dgn kat Padan ...

Moga-moga gitulah .. memang tujuan Cun nak gie lepak ngan keluarga klu ader kesempatan baru lah nak shopping ... Hubby yg soh carik hotel selesa biar anak-anak selesa ...

TQ the bery much ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2012 03:45 PM | Show all posts
CUN posted on 24-12-2012 01:28 PM
Moga-moga gitulah .. memang tujuan Cun nak gie lepak ngan keluarga klu ader kesempatan baru lah na ...

Sama-sama. Selamat bercuti.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2012 04:55 PM | Show all posts
ade org nk tumpang grup aku...die suruh kira bape belanje tuk hotel ngan supir....utk 3 org aku caj 1k..bole tak agak2 nye...sbb kos sume tuk 12 org dalam lebey kurang 3.2k..bole tak aku caj harga gitu...
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2012 07:42 PM | Show all posts
ct39 posted on 24-12-2012 09:51 AM
sama lah date kita...

Kalau terjumpa nanti tegur2 la ye...
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2012 07:39 PM | Show all posts
aderahmatsy posted on 23-12-2012 11:38 PM
dah dapat driver ke?


salam, nak tanya biker pak ali di jalan simpang jambur ayer tu di padang ke atau bukit tinggi...
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2012 07:44 PM | Show all posts
dvpro posted on 23-12-2012 11:31 PM
TA yg ramai forummer sini guna, Raunsumatra, office dia kat area bawah Jembatan Limpapeh, kat Jl.  ...

kalau ada TA dekat2 situ baguslah.
terima kasih bagi alamat.
mungkin akan cari supir pabila sampai di sana.
ramai juga bagi nasihat, baik ambil supir untuk trip ke maninjau.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-12-2012 10:25 PM | Show all posts
Catatan Perjalanan Hari #3 (Jumaat, 7 Dis 2012) - Part 2/3 (catatan sebelumnya boleh dibaca di sini)

10:45
Dari Tabek Patah, kami menyambung perjalanan ke Batusangkar.


Foto di sepanjang perjalanan. Objek bersejarah.


Sebuah Rumah Gadang.


Sebuah Rumah Gadang sedang dalam pembinaan.

11:15
Antara objek wisata Sumbar yang wajib dikunjungi, Istano Basa Pagaruyung.



Namun bangunan ini adalah replikanya sahaja. Istana asal di lokasi asal di Batu Patah sudah lama musnah terbakar.


Di halamannya terdapat Rangkiang, sebuah bangunan yang digunakan sebagai tempat penyimpanan padi. Rangkiang ni ada pintu kat bahagian atas, dan perlu menggunakan tangga buluh untuk mengakses pintunya di atas tadi.


Istana replika ini juga pernah terbakar beberapa tahun sudah dan masih dalam proses rehab. Maka pengunjung masih belum boleh melawat ke dalam bangunan.

11:45
Seperti wisatawan lain terutamanya yang dari Malaysia, pilihan makan siang di kawasan ini adalah di RM Pondok Flora.



Restoran ini menyediakan tempat2 makan berupa pondok di atas kolam di tepian bendang.


Photo Credit: luvterataknaim.blogspot.com (sila abaikan watermark di atas)
Terdapat pilihan makan di lesehan atau di meja dan kerusi. Pada masa kami sampai, kelihatan kawasan lesehan telah lebih awal dibooking oleh group dari Malaysia.


Makan di sini memang menyelerakan dengan suasana kampung yang mendamaikan.


Menu spesial di sini adalah Ikan Bakar, sodap!


Selepas habis makan, pekerjanya akan membuang sisa makanan ke dalam kolam.


Dan nanti ikan2 ni la diorang buat lauk :p


Muka2 ceria lepas makan, dalam perjalanan ke Padangpanjang.

13:40
Perjalanan diteruskan ke Padangpanjang untuk mengunjungi Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau.



Bagi kebanyakan pelancong, lokasi ini adalah di antara yang terawal dikunjungi sebab terletak di antara jalan dari Bandara ke Bukittinggi. Namun kerana kami menggunakan route yang berlainan ketika sampai hari pertama, objek wisata ini kami lawati dalam perjalanan pulang ke Padang.


Setelah berada di dalam Rumah Gadang, petugas mula memberikan penerangan panjang lebar tentang fungsi Rumah Gadang dan sedikit sebanyak tentang adat Minangkabau.


Setelah itu kami diajak mengenakan pakaian mempelai Minangkabau dan bergambar di dalam Rumah Gadang. Saat ini isteri sayalah yang paling teruja sebab parents dia memang berdarah Minang. I (kena) follow aje ;)

Nota: Kos sewa baju pengantin 2 pasang dan tiket masuk 2 pax lebihkurang Rp80,000.

14:45
Destinasi seterusnya Air Terjun Lembah Anai.



Tak perlu diperkenalkan lagi, biasanya pelancong Malaysia yang sampai di Bandara, akan singgah sini dulu.

15:00
Seterusnya perjalanan disambung ke Padang.

Bersambung di Catatan Perjalanan Hari #3 & #4 (Jumaat, 7 Dis 2012 — Sabtu, 8 Dis 2012) - Final Part Last edited by dvpro on 25-12-2012 10:56 PM

Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2012 10:47 PM | Show all posts
Catatan Perjalanan Hari #3 & #4 (Jumaat, 7 Dis 2012 - Sabtu, 8 Dis 2012) - Final Part (catatan sebelumnya boleh dibaca di sini)

17:00
Sesampai di Padang, agak lewat, hanya sempat singgah di Kripik Balado Shirley, di Jl. Gereja.



Beli sekotak aje.


Harga sepaket 500g Rp26,000 (seperti di atas), 250g Rp13,000. TIPS: Kalau beli kat sini, lagi elok beli yg paket 250g sebab paket ni guna heat seal berbanding ikat dengan getah. Harga pun sama saja.

17:30
Sampai hotel, terus check-in. Walaupun ada voucher, diorang still mintak deposit juga, Rp300,000. Review hotel ni saya ada post di sini.


19:00
Last dinner kat Padang, kitorang jalan kaki saja ke Ayam Tulang Lunak Hayam Wuruk di Jl Ratulangi. Tag line dia "Bukan Ayam Goreng Biasa".

Cuma 200 meter dari hotel.


Kiri: Ayam Bakar Wijen
Kanan: Ayam Cabe Hijau
Bawah: Nasi Goreng
Kos Total: Rp82,500 (termasuk 2 jus, 1 botol Aqua dan 1 dessert)

Nota: Ayam/Bebek kat sini dimakan dengan tulang melulangnya sekali, sebab tu dikatakan "Bukan Ayam Goreng Biasa".

05:25, 8/12/12
Esok awal2 paginya kitorang yang first turun breakfast. Restoran pun gelap lagi.



Sebab nak kena bertolak ke airport sebelum pukul 6 pagi.


Alhamdulilah awal lagi, jalan belum macet, sampai di Bandara 35 minit kemudian.


Kat dalam flight sempat early lunch dulu.

Sekian, laporan saya. Harap apa yang dikongsikan bermanfaat untuk yang lain. Kalau ada soalan, saya akan cuba jawab dengan sebaiknya. Terima kasih.

Catatan Perjalanan Hari #1 (Rabu, 5 Dis 2012) - Part 1/3
Catatan Perjalanan Hari #1 (Rabu, 5 Dis 2012) - Part 2/3
Catatan Perjalanan Hari #1 (Rabu, 5 Dis 2012) - Part 3/3

Catatan Perjalanan Hari #2 (Khamis, 6 Dis 2012) - Part 1/3
Catatan Perjalanan Hari #2 (Khamis, 6 Dis 2012) - Part 2/3
Catatan Perjalanan Hari #2 (Khamis, 6 Dis 2012) - Part 3/3

Catatan Perjalanan Hari #3 (Jumaat, 7 Dis 2012) - Part 1/3
Catatan Perjalanan Hari #3 (Jumaat, 7 Dis 2012) - Part 2/3
Catatan Perjalanan Hari #3 & #4 (Jumaat, 7 Dis 2012 - Sabtu, 8 Dis 2012) - Final Part Last edited by dvpro on 25-12-2012 10:49 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2012 04:57 PM | Show all posts
wck7-2011 posted on 25-12-2012 07:39 PM
salam, nak tanya biker pak ali di jalan simpang jambur ayer tu di padang ke atau bukit tinggi... ...

simpang jambu air tu kat bukuttinggi


Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2012 07:02 PM | Show all posts
aderahmatsy posted on 26-12-2012 04:57 PM
simpang jambu air tu kat bukuttinggi


thanks, saya cuba google map tapi tak keluar, nak tahu hanya biker pak ali saje ke yang jual borong
assesories  motor besar? atau ada kedai lain seperti ini. Last edited by wck7-2011 on 26-12-2012 07:06 PM

Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2012 07:22 PM | Show all posts
wck7-2011 posted on 26-12-2012 07:02 PM
thanks, saya cuba google map tapi tak keluar, nak tahu hanya biker pak ali saje ke yang jual bor ...

Simpang Jambu Air -> https://maps.google.com/maps?q=S0.32534+E100.37933&hl=en&sll=3.194762,101.615172&sspn=0.074128,0.132093&t=m&z=17&iwloc=near

Lokasi yg arrow kaler hijau. Last edited by dvpro on 26-12-2012 07:25 PM

Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2012 10:37 PM | Show all posts
wck7-2011 posted on 26-12-2012 07:02 PM
thanks, saya cuba google map tapi tak keluar, nak tahu hanya biker pak ali saje ke yang jual bor ...

awak nak cari accesorries motor besar apa yee
untuk kat bukittinggi, motor paling besar yg ramai di pakai orang adalah HONDA Tiger 200 cc
banyak kedai kedai dia , selain kat jambu air adalagi kat kawasan Tarok
tapi kalau nak cari sparepart N accesories motor yang paling lengkap adalah kat Kebunjeruk Jakarta
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2012 11:48 PM | Show all posts
saya plan nk p berdua dgn husben 25 jan - 28 jan 2013. ada ke TA yg leh bwk??nk tau price tmasuk flight,hotel, mkn n jalan2..
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2012 10:04 AM | Show all posts
dvpro posted on 26-12-2012 07:22 PM
Simpang Jambu Air -> https://maps.google.com/maps?q=S0.32534+E100.37933&hl=en&sll=3.194762,101.615 ...


thank dvpro, sebelum  ni tenguk dekat map yg bagi sebelum ni, saya tak jumpa atau terlepas pandang.
lepas ni projek ke mana (off topik)

Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2012 10:09 AM | Show all posts
aderahmatsy posted on 26-12-2012 10:37 PM
awak nak cari accesorries motor besar apa yee
untuk kat bukittinggi, motor paling besar yg ramai  ...


taklah besar sangat hanya kawasaki ninja 250 je. Semasa di jakarta dulu hanya cari bola bowling dan di bandung baru pergi tempat motor,beli
helmet fullface dan se angkatan dgnnya. Di msia jauh sangat beza harganya termasuklah di singapore. tu yg ralat tu. nak
tenguk pula kat pdng/bkt tinggi itu pun jika ada. thanks.

Last edited by wck7-2011 on 27-12-2012 12:08 PM

Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2012 10:59 AM | Show all posts
wck7-2011 posted on 27-12-2012 10:04 AM
thank dvpro, sebelum  ni tenguk dekat map yg bagi sebelum ni, saya tak jumpa atau terlepas panda ...

Kat dalam google map tak jumpa pun nama simpang tu, saya pinpoint lokasi tu dari Wikimapia.org.

Lepas ni plan ke Medan kot.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2012 12:12 PM | Show all posts
dvpro posted on 27-12-2012 10:59 AM
Kat dalam google map tak jumpa pun nama simpang tu, saya pinpoint lokasi tu dari Wikimapia.org.

...

oh ye ke, Saya dah pegi dah medan/parapat/berastagi/samosir/danau toba dulu naik garuda (pakej) sebelum ujud lagi airasia....
mungkin sekarang banyak perubahan....makanan halal susah nak cari....(off topik)

Last edited by wck7-2011 on 27-12-2012 01:57 PM

Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2012 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
wck7-2011 posted on 27-12-2012 12:12 PM
oh ye ke, Saya dah pegi dah medan/parapat/berastagi/danau toba dulu naik garuda (pakej) sebelum  ...

Dulu pernah pergi masa kecil, sekarang nak bawak anak2 pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2012 02:01 PM | Show all posts
dvpro posted on 27-12-2012 01:06 PM
Dulu pernah pergi masa kecil, sekarang nak bawak anak2 pulak.


ye ke....masa padang tak bawa sekali.....

Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2012 03:10 PM | Show all posts
dvpro posted on 25-12-2012 10:47 PM
Catatan Perjalanan Hari #3 & #4 (Jumaat, 7 Dis 2012 - Sabtu, 8 Dis 2012) - Final Part (catatan sebel ...

best nye tgk dvpro pegi sane,,,tak sabar betul nk sampai kat sane..masih mnghitung hai ni,,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 11:03 PM GMT+8 , Processed in 0.598110 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list