CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 61693|Reply: 3

Tutorial Review/Ulasan untuk Penilaian CARI K-drama Awards

 Close [Copy link]
Post time 11-1-2014 01:28 PM | Show all posts |Read mode
Edited by dauswq at 21-1-2016 01:18 PM



(((((ATTENTION))))))
>>PANDUAN REVIEW<<



Berikut adalah cara tradisional untuk mengulas keseluruhan drama anda tonton. Anda boleh pilih samaada mahu menulis review menggunakan cara ini atau cara surveysheet. Penghantaran review dengan cara ini akan memberikan anda lebihan dari segi kredit.
Ulasan anda akan dikira sebagai markah untuk pencalonan beberapa kategori penting dalam anugerah CARI K-drama pada tahun ini.

Gunakan cara berikut...

Kredit  yg bergantung hasil budi bicara moderator masing2 akan diberikan kepada pengulas  dengan disertakan markah
....Ulasan tidak perlu terlalu panjang...pendek pun dah cukup...


Anda boleh tulis  satu karangan  review yang panjang tanpa perlu pecahkan ulasan2 kepada kategori tertentu...tapi jangan lupa letakkan markah kategori tersebut...

Rating Keseluruhan Drama:  (_/10)

1. Cerita  (_/10)
    Adakah jalan ceritanya sukar dijangka dan mempunyai unsur-unsur suspens dan klimaks?
    Jalan ceritanya adalah tulen dan tidak/kurang skeptikal seperti drama lain?
    Peralihan plot cerita dibuat dengan kemas dan teliti yang mana anda rasa tidak bosan untuk terus menonton?
    Puaskah anda dengan keseluruhan jalan cerita dan bukannya pada beberapa episod tertentu sahaja?

2. Keberkesanan Lakonan (_/10) - Markah untuk keseluruhan
Semasa anda mengulas, calonkan sekurang-kurangnya satu pelakon yang anda rasa layak mendapatkan merit tertinggi (tidak terhad kepada pelakon utama sahaja, pelakon pembantu juga anda boleh masukkan) Jika tiada, abaikan...
Cth:
1. Kim Hye Soo (Signal) [Best Actress]
2. Sung Dong Il (Reply 1988) [Best Supporting Actor]

    Adakah lakonan mereka keseluruhannya betul-betul memenuhi kriteria yang ditetapkan pada watak yang dibawa?
    Adakah pelakon-pelakon memaparkan postur badan yang betul, komunikasi dialog yang sangat baik dan tidak tersekat-sekat, keberkesanan emosi (marah, sedih, gembira) yang disampaikan secara vokal mahupun mimik muka (karisma mata, gerakan bibir, etc)?

3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)
   (_/10)

    Adakah anda rasa pengarah pandai memanipulasikan elemen-eleman seperti montaj, suara latar, pemilihan tempat, pencerahan (gelap sesuai untuk menunjukkan drama itu 'dark' dan 'gloomy' ) dan sebagainya?
    Adakah proses editing drama dilakukan dengan kemas? (Peralihan shot antara adegan satu sama lain )
    Adakah sinematografi drama bersesuaian dengan adegan2 tertentu, contohnya, adegan romance?
    Adakah intrumental kena dengan adegan2 yang dilakonkan?

4. Skor muzik (_/5)


    Adakah pemilihan lagu (single-single) membuatkan anda terasa benar-benar mendalami watak yang dibawa oleh pelakon-pelakon?
Senaraikan selebih-lebihnya 5 ost (jika tidak berminat dgn ost drama, tak perlu list out) yang anda rasa paling "outstanding" dan "evergreen"

5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (_/5)


    Berapa tinggi keinginan untuk 'memaksa' anda menonton drama ini semula?

Sila sertakan  tag @dauswq atau @nzhass79  atau @eddlisa_uyuk  selepas anda selesai mengulas...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-1-2014 01:48 PM | Show all posts
>>CONTOH REVIEW<<


1. REVIEW: dauswq


I Can Hear Your Voice


Rating Keseluruhan Drama:  (9.6+9+9.6+3+4.2 =8.85/10)

1. Cerita  (9.6/10)

Keseluruhan jalan cerita adalah awesome. Perjalanan plot cerita dari epi ke epi adalah agak smooth dan tidak membosankan diringi ngan gelak tawa dan bbrp adegan suspens yg tdk kuring gusi menengoknya...Tema cerita tidak lari dari goal cerita yg nak disampaikan: "I can hear your voice, now it is my turn to show my love towards you, can you hear too?"
Ending juga menunjukkan 'solusi' kepada penceritaan setiap watak dalam cerita...

Sedikit ringkasan mengenai jalan cerita:

(PLOT 1)
Cerita bermula ngan sorg laki Min Jong Gok (MJK) membunuh bapak kpd watak utama, Soo Haa (SH) dgn menghentak kepalanya dan disaksikan oleh 2 budak pompuan yg kebetulan lalu di kwsn tu & terambil gmbr scene pembunuhan tersebut. Trial kes pembunuhan ni berjalan & tidak sesiapa percaya ckp SH wlpn dia ceritakan ability boleh baca isihati org sehinggalah muncul salah sorg saksi, Hye Sung (HS) yg menunjukkan gmbr pembunuh tu sekaligus MJG terus dijatuhkan hukuman penjara 11 tahun. Bermula dari sini, SH mula jatuh cinta ngan HS kerana keberaniannya tampil menjadi saksi padahal HS sbnrnye 'deal' ngan kwn dia. Seo Do Yeon (DY) yg merupakan saksi juga tetapi tidak berani muncul di hadapan mahkamah..
KESANNYA:
1. MJK berjanji akn bunuh HS slps dia keluar penjara & bermulanya siri pembunuhan & kejadian2 yg tak dingini slps 11 tahun itu
2. HS rasa menyesal kerana bertindak terburu2 wlpn "truth" dapat ditegakkan, bercita2 terus jd lawyer kerana mahu buktikan "truth" kesnya ngan kwnnya itu
3. SH jatuh cinta pandang pertama , & bermulanya one-sided love towards HS
4. DY menyesal kerana tak berani tampil tegakkan kebenaran malah meyebabkannya bercita2 utk jadi pendakwaraya utk buktikan dia bukan pathetic spt dakwaan HS

(PLOT 2)
Kali ini HS & abe Oskar (KW) baru jah dilantik peguam awam manakala DY jadi pendakwaraya. HS jatuh cinta pndg pertama ngan sifat nerdy & protective KS. SH dpt bertemu semula ngan HS slps 11 tahun & bantu selesaikan kes pertama HS. HS mula bergantung ngan ability milik SH utk selesaikan kes2 mahkamahnya supaya dia boleh menang ke atas DY.  Bermulanya cinta 3 segi antara HS-SH-KW. Gmbr poster , lebih kpd tema drama ni menceritakan bagaimana SH gunakan abilitinya itu utk tarik HS kepadanya yg mana HS hanya anggap SH sbg adik angkat pada masa ni.

(PLOT 3)
MJK baru keluar dr penjara. Bermulanya detik hitam, mak HS dibunuh ngan kejadian dibuat spt kemalangan. KW bertindak jd peguam kpd MJK & berjaya membuatkan MJK bebas semula. HS mula benci kpd KW ttp dia lupa KW hanya bertindak sbg professional lawyer kpd MJK. SH pula jadi protector kpd HS sehinggalah kes serangan MJK terhadap HS yg mana SH menghilangkan diri slps itu. SH berjanji ngan HS takkan jadi balas dendam sbg "pembunuh" spt MJK

(PLOT 4)
Mayat MJK ngan hanya tangannya dijumpai. Kes diklasifikasikan spt kes bunuh. Suspek SH djumpai setahun kemudian tetapi dia hilang ingatan. HS bersusah payah utk buktikan SH tak bersalah, & ngan bantuan KW yg merasa terkhilaf ats kes anak guamnya yg diwakili lalu, mereka berjaya membuktikan SH tidak bersalah ngan kaitkan kes MJK sama spt kes cellmate nya. HS kemudian tinggalkan SH sendirian ttp tidak kesampaian kerana rupanya dia pun sudah jatuh cinta ngan SH ats pengakuan cintanya depan KW. SH pula ingat balik dan rupanya dia pernah berjanji ngan HS dan janjinya itu ditepati.

(PLOT 5)
MJK jadi tidak keruan dan terus membunuh org tak bersalah. Niatnya mahu org tau motip sebenar dia mulakan pembunuhan bersirinya itu. Kes cellmate MJK masuk trial semula yg mana kali ini jika didapati bersalah, dia akn dipenjarakan sekali lagi. Dari sini, diceritakan bagaimana persahabatan HS-DY terjalin sehingga fate menemukan mereka sbg peguambela-pendakwaraya. DY dpt tau cellmate MJK adalah bapa kandungnya sbnrnya. DY ngaku kesalahananya  dpn HS.

(PLOT 6)
MJK culik HS, ngan tujuan utk jadikan SH sbg pembunuh tetapi tampaknya niatnya tidak berhasil. SH terikat janjinya ngan HS. Dan ngan bantuan KW sekali lagi, mereka berjaya diselamatkan. Suara MJK dapat didengarkan di mahkamah wlpn dia tak dapt lari dr hukuman pembunuhan bersiri.


Sedikit byk setiap plot berkait antara satu sama lain.

Cuma olahan watak KW & DY agak kesian & kurang memuaskan. (-0.4 )
Role KW tidak kurang spt "cupid" , buat sesuatu ttp tidak langsung dpt pengiktirafan dr HS...akhirnya rolenya hny sekadar 'bantuan' kpd cinta kompleks antara HS-SH & bukannya spt 'rival'...
DY pula dpt tau cerita sbnr yg bapak angkatnya rupanya sgt cowards, & bertekad takkan follow cara bapak angkatnya itu & mula berbakti ngan bapak kandungnya yg akn mati sbb barah otak

Memorial scenes:
1. HS capaikan payung kpd SH yg kebasahan hujan. Dari sini bermulanya 2-sided love btw them wlpn SH masih lagi ilang ingatan.
2. SH recaptured balik ingatn...suka sgt scene ni!
3. Ending episodes


2. Keberkesanan Lakonan (9/10)

(Meter:  WORST---MEDIOCRE---BELOW AVERAGE---AVERAGE---FAIR---SUPERIOR---OUTSTANDING)

Lee Bo Young
Pada pendapat aku, lakonan Lee Bo Young adalah OUTSTANDING...bukan senang utk bwk comical at the same time arrogant, degil, berpendirian tidak tetap, semangat hanya naik bila sesuatu yg benefit kpdnya sahaja...she will be nominated in Best Actress category

Lee Jong Suk

Utk amateur, aku akn rate lakonan LJS as FAIR. Tak rasa janggal ngan lakonannya, I meant he has exps. Bila scene takut/nangis, dia tak buat2 tp lebih kpd sesuatu yg improve drpd sblmnya. Tp die belum capai tahap natural spt Lee Bo Young.

Yoo Sang Hoon

Watak YSH tak byk berubah dr drama SG smpi satu takat aku igt dia ni masih lagi abe Oskar..boleh kata tak de improvement sgt dari drama sblmnya. Cuma suka tgk bila bw watak nerdy dlm drama ni. I will rate his acting as FAIR.

Lee Da Haee
Wlpn hanya sbg 2nd lead, sometimes wtk DY nampak macam memanipulasikan cerita kerana sifat negatif yg ada pd wtk perempuan utama menyebabkan 2nd lead ni spt lebih patut dikasihani sebaliknya. Luckily, mak HS pun mati dlm cerita , jadi sedikit fair ngan ape yg berlaku antara mereka berdua. LDH berjaya bwk wtk rival kpd HS. Lakonan LDH agak bagu & I will rate her as SUPERIOR category.
Nomination into BEST SUPPORTING ACTRESS category.

Kim Hae Sok
Dlm byk2 wtk selain 4 wtk utama, aku plg igt KHS bw watak mak kpd HS. KHS berjaya bawa watak ibu yg kental, tidak mudah ngaku kalah but at the same time masih nasihatkan anaknya supaya jgn balas dendam sebaliknya kesian pada pembunuhnya..
Nomination into BEST SUPPORTING ACTRESS category.

Special thanks utk pelakon lawyer Shin, pelakon clerk Yoo Chang & pelakon pembunuh bersiri, MJK....

3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)   (9.6/10)

technically, montaj dan pencerahan agak perfect...kurang nampak error, mgkn tak perasan smpi mengganggu..

pemilihan tempat sesuai ngan suasana mahkamah, cuma crime scenes kurang nampak impak...

dan plg suka, bagaimana director lepaskan satupersatu adegan semasa scene igt semula SH dan bagaiman perkaitanan ngan plot lain slps tu...
Director juga pndi memanipulasikan flashback scenes , utk terjemahkan kpd keseluruhan jln cerita..

Instrumentals pun kena ngan suasana jalan cerita...

i will say teknik pengarahan sgt baik utk drama ni...


4. Skor muzik (3/5)


Lagu mungkin kena ngan drama tp bukan bw suasana evergreen...


5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (4.2/5)


Mungkin akn consider tgk kembali nnt...

--------------------------------------------------------------------------
TOTAL = 9.6+9+9.6+3+4.2 =8.85
Nomination: Lee Bo Young, Kim Hae Sok, Lee Da Hae

2. REVIEW: mafilee

Heirs

Drama ini seperti wedding cake. Luarnya di decorate dgn cantik tapi rupa kat dalam isi dia kek butter je jah..kalau untung dapat yg sedap kalau malang dpt yg keras tak sedap..haih.. macam tu la yg aku rasa dgn formula kim eun sook ni..ada part dia buat dgn baik ada part aku rs dia tak sepatutnya buat.

1. Cerita  (7/10)

Cerita pasal anak orang kaya yang berumur 18 tahun dan kisah hidup mereka bersama mak pak diorg dan mcm mana mak pak diorg cuba untuk mencorakkan hidup anak - anak diorg ni. Walapun drama ini berkisarkan kisah budak sekolah tapi lebih banyak pasal kehidupan budak2 ni dengan keluarga diorg daripada kehidupan diorg kat sekolah. Kalau aku nk kira kehidupan sekolah yang cba ditonjolkan dalam drama ini pasal kes bully dan masa diorg amik exam je kot. Yang lain - lain pasal berebut perempuan, berebut harta, kes curang, masalah kekurangan kasih sayang, dan salah faham yang sebenarnya bole diselesaikan dalam masa satu episode drama ni drag sampai 20 episode.

pada 10 episode yang terawal aku rasa drama ni menarik, hubungan budak - budak sekolah yang cuba disampaikan tidak terlampau all the karakter di buat dengan baik funny, cute and lovable. Hubungan kekeluargaan yang cuba disampaikan dalam drama ni pada aku agak lemah aku tak rasa heartwarming langsung melainkan hubungan mak tan dgn tan dan juga hubungan mak tan dgn mak eun sang. Aku rasa 2 karakter di buat dgn baik.

Episode 10 terakhir mula rasa goyah pada jalan cerita, bila Tan dan yong do menjadi terlalu obsesive dgn eun sang. Aku rasa drama heirs dah bertukar daripda perebutan harta kepada perebutan perempuan dah ke laut tema drama ni. Itula kelemahan paling ketara dalam heirs sb terlalu fokus kpd eun sang sepatutnya drama ni di beri tajuk eun sang daripada heirs.

Kesimpulannya at the end yg bear the crown abang kim tan iaitu kim won so yg heirsnya adalah kim won sepatutnya kim won la hero drama ini drpd mula tak ke confuse tu.

Pada aku idea drama ini bagus cuma masalahnya diorg letak beban pada budak berumur 18 tahun kalau diaorg up umur mcm 25 tahun ke atas aku bole terima kalau si kim tan nk protect eun sang gila2 punya tp kim tan baru 18 tahun belajar pun tak habis lg bole suruh dia pilih antara harta dengan perempuan tak sesuai la . MMg la budak sekolah akan pilih keseronokkan hidup sebab diorg belum nampak realiti hidup. sebab itu aku rasa watak yg paling realistik adalah kim won.

sometimes if drama become too fantasy real people find it difficult to relate.

2. Keberkesanan Lakonan (8/10)
Pada aku casting untuk drama ini bagus. Semua orang buat watak diorg dengan baik. semua watak ada peminat yg tersendiri maksudnya diorg bole relate dgn watak yg di reka.

Lee Min Ho as Kim Tan (18, heir of Jeguk Group)
akhirnya dia dapat berlakon dgn orang yg seumur dgn dia, lega rasana. Tapi tahap lakonan dia masih di tahap BOF aku tak nmpk perkembangannya.

Park Shin Hye as Cha Eun Sang (18, heir of "poverty")
Lakonan sebagai cha eun sang ni mmg makanan park shin hye. Aku harap dia bole dapat watak yg lebih mencabar utk drama yg seterusnya. Kalau korg tgk flower boy next door awal tahun ni korg nmpk ke perbezaannya dgn eun sang. Tak ada kan. Tp aku still suka dia sb dia nmpk natural.

Kim Woo Bin as Choi Young Do (18, heir of Zeus Hotel)

Bias atau tidak aku rasa young do adalah watak yang paling bagus yg direka oleh penulis skrip. Perkembangan watak dia dari awal hingga akhir korg nampak perubahannya. Daripada seorang yang jahat dia bertukar menjadi lebih bertimbang rasa. Kenapa dia jahat dan kenapa dia berubah jadi baik semua di olah dgn baik oleh penulis skrip. Kerana watak ni semua org nmpk kim woo bin satu petanda yg bagus untuk karier lakonan dia sb aku mmg rasa dia berbakat.


Krystal Jung as Lee Bo Na (18, heir of Mega Entertainment)
aku paling suka dengan karakter Bo Na, hidup dalam dunia dia sendiri. Krystal bawa watak ni natural gila. Sesuai sgt dgn dia.

Kim Ji Won as Yoo Rachel/Yoo Ra Hel (18, heir of RS International/Young Do's stepsister)
Adakah korg rs kesian atau benci dgn dia. pada aku karakter dia agak lemah. sb aku sendiri keliru apa perasaan aku terhadap dia sehinggakan setiap kali watak dia keluar aku ignore je sb aku tak rasa impaknya.

3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)  (8/10)

Teknik pengarahan dia bagus dan smooth , sinematografi dia cantik dan sangat sesuai utk each scene tp skrip sangat mengecewakan.


4. Skor muzik (3/5)

Aku rasa lagu yg plg terngiang - ngiang mmg lagu changmin - love is the moment. Mmg agak addicted la lagu ni.

5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (2/5)
Aku suka part yong do je. Kalau aku rasa nk tgk yong do aku mmg kena ulang drama ni.

@dauswq aku vote kim woo bin as best supporting actor.




Last edited by dauswq on 11-1-2014 01:52 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2014 01:48 PM | Show all posts
3. REVIEW: manganini

Rating Keseluruhan Drama:  That Winter, The Wind Blows (7.875/10)


1.       Cerita (8/10)

-         Ceritanya menarik – kisah Oh Young, heiress yg buta, depressed & lonely dengan Oh Soo, seorang  gambler yg ambik kesempatan atas keadaan tu dgn menyamar sebagai abang kandung Oh Young bagi mendapatkan wang sebanyak7.8 billion. Tapi akhirnya Oh Young & Oh Soo jatuh cinta, dan dari situ OhSoo berubah jadi lebih baik untuk jadi lelaki yg humane di mata Oh Young. Dan OhYoung yg sebelum ini helpless & hopeless dgn kehidupannya mendapat kekuatan untuk meneruskan hidup dgn adanya Oh Soo.
-         Peralihan plot cerita kemas dan teliti, tapi  boring masa awal2 cerita, lebih2 lagi untuk orang yg kurang  minat melodrama mcm aku ni. Agak meleret2 bila Youngie asyik buat perangai  dan nak bunuh diri, tapi nak buat camna kan, dah ceritanya mcm tu, terima aje la
-         Cerita mula menarik & suspen bila dah episode 11 ke kalau tak silap -  bila Youngie tau yg Oh Soo tu bukan abang kandungnya, bila dua2nya tau yg mereka saling mencintai bukan sebagai abang dan adik, dan Oh Soo sanggup perjudikan nyawanya utk Youngie
-         Ending yg terlalu simple bagi aku, boleh diagak Oh Soo akan jadi baik dan Moo Chul akan “dikorbankan” dlm cerita ni supaya watak utama can live happily together


2.       Keberkesanan Lakonan (9/10)

Jo In Sung (Oh Soo)
-         Boleh menyampaikan emosi dgn sangat baik, nampak spontan & tidak nampak try too hard (effortless)
-         Sangat suka cara dia mengekspresskan rasa cinta yg tak kesampaian kat Youngie - sangat bittersweet dan menyentuh hati
-         Boleh nampak dia ni experienced & ada cara lakonan dia yg tersendiri yg mempesonakan
-         Dipendekkan cerita, lakonan dia yg sangat bagus ni mempu menyebabkan aku lupa kat aksi dia yg menyakitkan ati dalam err..           Frozen Flower ..
-          Pencalonan untuk Best Actor


Song Hye Kyo (Oh Young)
-         Lakonan yg sangat detail sebagai gadis buta – gerakan tangan, cara berjalan, cara pakai lipstick etc –impressive
-         Boleh sampaikan konflik dalaman character ni dgnbaik sekali – blind but strong & independent, tapi dlm masa yg sama dia juga kesian, weak, lonely, depressed, agak spoilt & annoying
-         Pujian untuk couple ni sebab boleh sampaikan perasaan cinta tu kepada penonton walaupun tak banyak scene lovey dovey (lebih banyak scene abang&adik) – maka tak hairan la oxygen couple ni ramai shippers
-         Pencalonan untuk Best Actress

Kim Bum (Jin Sung)
-         Lakonan boleh tahan bagus, tapi tidak lah sehebat hero & heroin di atas
-         Hmm..layak la untuk pencalonan Best SupportingActor

Jung Eun Ji (Hee Sun)
-         Lakonan dia ni sangat hebat dalam Reply 1997 sebagai gadis tomboy. Tapi rupanya dlm drama ni nampaknya lakonan dia masih perlu penambahbaikan especially part nangis2. Imej dia dlm Reply 1997 tu nampaknya masih stucked dgn dia dan belum nampak versatility.
-         Apapun masih look forward for her acting in future.

Kim Tae Woo (Moo Chul)
-         Macam biasa la, aku ni selalu impressed dgn lakonan penjahat2 dlm drama
-         Lakonan dia ni memang stylo dgn cara bercakap yg tersendiri tu
-         Walaupun watak dia tak besar dlm drama ni, tapi kehadirannya cukup meninggalkan kesan
-        Pencalonan untuk Best Supporting Actor


3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknikpengarahan, sinematografi)   (8/10)

-         Sinematografi sangat cantik. Keindahan musim winter tu memang diaplikasi sepenuhnya dlm drama ni, sesuai dgn tajuk cerita & jalan cerita
- Scene2 ni cantik:







-         Peralihan slot mcm aku tulis kat atas - kemas tapi agak slow & boring di awal cerita


4. Skor muzik (4/5)

-         Music instrumental sangat2 membantu menyampaikan emosi cerita ini
-         Lagu2 yg sedap, ditambah dgn lirik2 yg touching - sangat kena dgn watak & jalan cerita
-         Motip sangat aku baru nak download & syok kat lagu2 dlm drama ni, memang ketinggalan sungguh
-         Lagu favourite:
                                           Winter Love (The One)
                                           Snowflake (Gummy)
                                           And One (SNSD Taeyeon)


5.Kebarangkalian untuk tontonan semula (2.5/5)

-         Sedang2 je keinginan nak menonton semula


Last edited by dauswq on 11-1-2014 01:52 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2014 01:49 PM | Show all posts
4. REVIEW: innaloquent

SECRET LOVE





RATING KESELURUHAN (9.9/10)

1- CERITA (9.6/10)

PLOT CERITA

Sebuah drama yang bergenre romantic dan melodrama. Jalan cerita mudah difahami tetapi banyak unsur-unsur suspen sehingga menyebabkan hati berdebar dan tertanya-tanya sehingga menimbulkan spekulasi dan persoalan yang sukar dirungkai. Ia mengisahkan tentang suka, duka, cabaran, dugaan dan pengorbanan yang dihadapi seorang wanita. Aku rasa ini garapan terbaik kerana  sangat menyentuh jiwa. Ia sedikit sebanyak memberi kesan kerana berjaya menyuntik pelbagai emosi seperti sedih, gembira dan kecewa. Plot-plot yang dimuatkan sarat dengan mesej. Setiap episode mempunyai rahsia yang tersembunyi dan sukar diungkap jika tidak meberi penelitian yang penuh (focus).

Sebenarnya tgk dari tajuk pong mmg dh menggambarkan satu kombinasi yang baik antara secret dan love. Mmg reality manusia suka menyimpan rahsia dan selalunya lama-kelamaan masalah akan muncul. Manusia suka menyimpan rahsia atas beberapa sebab yang sukar untuk dijawab.Cerita ini mengisahkan penderitaan penyeksaan dan pembalasan yang ditanggung akibat dari rahsia yang disimpan. Secara kesimpulan, aku puas ati dengan plot cerita. Segala rahsia terbongkar, dan pada peringkat peleraian, DH dengan mak dia mendapat balasan yg setimpal di atas kejahatan yang mereka lakukan. Tapi aku xsuka sgt part ending coz hampir setengah jam citer hanya berkisar tentang San. Writer sengaja hidupkan balik watak San untuk buatkan DH menyesal dan rase bersalah coz YJ dgn MH mmg dh xmampu nk lawan DH. San sebagai senjata YJ untuk jatuhkan DH. Sebenarnya aku harap sgt ending dia YJ dgn MH akan guna cara mereka sendiri untuk hapuskan DH tanpa kewujudan San. Perkara yang masih jadi tanda tanya aku part kematian bapak YJ???

Aku xhairan jika drama ni dapat BEST DRAMA kerana witer dia mmg berkebolehan yang mana kedua-dua nya pernah memenangi KBS TV Drama Screenwriter Competition, penulis Yoo Bo Ra pernah memenangi Top Excellence Prize for One-Act Play in 2011 manakala penulis Choi Ho Chul memenangi Excellence Prize for Mini Series in 2012. Drama ini mampu mencetus fenomena kerana jalan cerita lebih segar dan romantic manakala barisan para pelakonnya yang hebat-hebat dapat memperkuatkan lagi drama ini.

(3) FAVERET SCENE

-EPISOD 6, waktu YJ merayu kt MH yang dia ingin pinjam duit untuk pembedahan bapak dia. Waktu tu aku rasa MH kejam sebab dia boleh ckp yang ‘sekarang ko rasa kan macam mane kehilangan orang yang paling berharga. Lepas itu YJ melutut, dia ckp ‘ dia dh xde rasa malu. rase malu dia ape lar sgt jika nk dibandingkan dengan kematian Ji Hee’
-EPISOD 9, waktu YJ menjerit, meraung dan marah dengan MH sebab selalu ikut dia. YJ lintas jalan tanpa lihat kiri dan kanan. MH jerit dan panggil YJ, lepas tu MH nangis. Mase tu mmg nmpk dia caring. Lepas tu YJ dgn MH bertemu kat bus stop, YJ ckp ‘mcm mane MH benci tgk muka dia, macam itu jugak lh susah juga untuknya. YJ ckp dia xingin nak berjumpa dengan MH’ . Lalu, MH terus naik bus.
-EPISOD 13, waktu YJ berdialog/berbual dengan MH dibalik pintu rumah YJ selepas kajadian YJ di’sound’ oleh mak tiri dan bapa MH.YJ CKP sukar untuk dia melihat muka MH kerana setiap kali tu lah dia teringat insiden kemalangan tu. YJ cakap kalau dia xcuai waktu tu, mungkin Ji Hee sudah bersama dengan MH. MH terlampau sedih sehingga menitiskan air mata. Aku suka tgk reaksi MH waktu ni.

2- KEBERKESANAN LAKONAN (10/10)

PELAKON
best actress (Hwang Jung Eum sebagai Kang Yoo Jung,YJ)

-Dia memang berjaya bawa terutama babak yang melibatkan emosi seperti kesedihan, kehilangan dan kesengsaraan sehingga kan dia di gelar ‘Queen of Tears’.
-Muka dia boleh tahan. Aku rase dia cantik bila sedih dengan senyum tapi aku rase dia ‘something’ bila dia ketawa atau sengeh.
-Lakonan dia mampu ‘mempengaruhi’ penonton dimana mereka boleh merasai kedukaan dan kepayahan yang dialaminya. Aku rasa watak dia lagi menyerlah waktu dia telefon DH yang mana dia ingin minta pertolongan DH untuk selamatkan anak dia. Dia dituduh mendera anak ketika di dlm penjara dan masa tu dia meraung nk dapatkan ganggang telefon.
-Kalau aku perhatikan dia ni lembut sgt, lemah dan selalu sgt rasa bersalah tapi dia sebenarnya dia seorang  yang kuat dan tabah. Ni jelas terpancar bila dia dapat kol yg orang dh jumpe bapa dia. Dia sanggup pegi Pohang. Reaksi muka dia mmg cool masa dia tgk mayat bapa dia, nampak ketabahan dia.
-Babak lain yang aku suka waktu dia uruskan pengebumian bapa dia dan pada hari yang sama dia ambik keputusan untuk putuskan hubungan dengan DH. Dekat sini aku boleh nmpk walaupun dia lemah tp sebenarnya dia kuat dan bijak buat keputusan.

best actor (Ji Sung aka Jo Min Hyuk, MH)

-Dia memang cemerlang bawa watak dan nampak jaoh lebih berpengalaman. Diberikan gelaran Jo Stalker.
-Gandingan dia dengan Hwang Jung Eum, YJ memang aku rase boleh dikategorikan sebagai  ‘BEST COUPLES’. Mereka berdua mempunyai ‘chemistry’ yang kuat. Eye contact antara mereka mmg terbaik.
-Watak dia mmg menyedihkan. Watak dia kontra dengan watak YJ. Watak luaran dia seolah-olah dia kuat tetapi sebaliknya dia cuba menyembunyikan kesedihan, kedukaan dan kesengsaraan. Contohnya, dia merasakan penyebab kematian ibunya (kotak music).
--Dia tersepit antara setia pada cintanya tetapi pada masa yang sama perlu menjadi seorang yang anak taat mengikut kehendak bapanya untuk mewarisi syarikatnya. Antara adegan yang aku suka, waktu dia bertanyakan khabar bapak dia yg operate kat luar negara, nmpk kat sini dia ambik berat dan risau kt bapak dia dan waktu dia ambik keputusan pergi ke US,yang ketika itu dia sanggup tinggalkan YJ.

best supporting actress (Lee Da hee aka Shin Se Yeon, SY)

-Lakonan dia mmg bersahaja dan bakat dia mmg terserlah.Dia digelar devil.
-Dia berjaya pegang watak sebagai seorang perempuan yang mementingkan maruah dan nama.
-Pada dasarnya, dia seorang wanita yang ‘perfect’, elegan dan cantik. tetapi sebenarnya dia tidak ada apa2 sebab apa yang dia inginkan adalah mendapatkan cinta MH. Dia seolah-olah terdesak dan menagih cinta MH sehingga sanggup buat apa sahaja demi MH.
-Ada style yang tersendiri. Dia meluahkan perasaan nya melalui lukisan. Aku terharu part dia lukis gambo MH tgh tido kat kerusi dengan part dia kt pantai tu, mmg nmpk kesedihan dia.
-Part yang aku suka,waktu MH tanya dia kalau MH masuk penjara, apa  yang dia akan buat. SY jawab yang dia akan ambik pendakwa yang terbaik untuk MH. MH ulang lagi yang kalau dia masuk penjara, SY jawab yang MH tak akan masuk penjara. Kat sini boleh nampak betapa dalamnya cinta SY kat MH.
-Babak lain yang aku suka  waktu, MH suruh dia berhenti kan semo ni. Lepas itu dia rela untuk melepaskan MH.

best supporting actor (Bae Soo Bin aka Ahn Do Hoon)

-Dia mmg talented, berjaya bawa watak jahat sehingga dapat byk gelaran Ahn the busxxxd dan Ahn S.O.B.
-Pada asalnya dia seorang yang baik, tapi disebabkan asakan tekanan demi tekanan terus menyebabkan dia berubah. Dia menjadi seorang yang tamak.
-Walaupun dia tamak, dia tetap ada sisi baik. dia jaga hubungan dia dengan mak bapak dia. Dia cuba nak mebantu menyenangkan mak dia yang ‘annoying’ tu walaupun dengan cara yang salah.
-Dia bijak dalam menyembunyikan segala kejahatan yang dia telah buat. Contonya, dia cuba untuk hapuskan bukti kat video dan dia buang barcalet bapa YJ supaya tidak dapat dikesan. Dia bertindak sedemikian sebaik sahaja mengetahui bahawa bapa YJ tahu insiden kemalangan itu berlaku adalah disebabkan DH dan bukan anaknya, YJ.
-Antara adegan yang aku suka bile waktu dia dapat tahu anak dia, San masih hidup. Pada masa itu dia berlutut depan YJ untuk mendapat kemaafan di atas kesilapan yang dia dah buat.
Secara kesimpulan, pelakon2 mmg berjaya menyampaikan gaya lakonan yang terbaik dan setiap watak mempunyai kekuatan yang tersendiri dalam menghidupkan plot. Aku rase pelakon memenuhi kriteria watak yang diberikan dan memenuhi kriteria yang aku minat. Setiap episod dapat menonjolkan bakat dan keserasian pelakon di mana ia menyelitkan pelbagai emosi. Penulis skrip sangat kreatif dan teliti. Bak kata penulis secret love, dia tidak akan meninggalkan salah satu watak pun, pada akhirnya, drama akan menunjukan kisah hidup/ kehidupan manusia, jadi setiap watak mempunyai peranan yang penting. Selepas selesai pengambaran, penulis seolah-olah ingin memberikan tunduk hormat kepada para pelakon kerana berjaya membawa watak dengan eksperesi yang unik.

3- ASPEK TEKNIKAL (10/10)

LENS DAN FOKUS
Lensa camera dia mmg terbaik. Bijak dalam mengendalikan lensa sehinggakan boleh menimbulkan kesan terutama bahagian mata. Kamera akan tertumpu dibahagian mata.
Fokus yang diaplikasikan mmg turut membangkitkan lagi aura. Contohnya ruangan makan rumah MH. Kalau sedikit yang makan, camera akan focus dekat dan kerusi dihadapan meja makan tidak ada dan sebaliknya jika ruangan makan tu penuh orang, camera akan focus pada semua kerusi (keseluruhan meja makan).
epi 7 kot,,mase MH tgh minum dgn DH,,
pd mase yg sama SY tgh masak kt dapor..
mase tu aku rase camera mmg cantik....dia tunjuk keseluruhan ruang makan
dan kalo ko perasan dia ade tunjuk semo gambo2 kecik atas meja,,,
mase ni camera mmg 'deep fokus'.....sbb semo gambo nmpk jelas atas meja tu
lpas tu, SY jalan dr dapor bawak makanan,,pastu camera flash dekat makanan tu
part yg MH dgn KS,,
pastu KM yg oppa pakai spec tu jalan msk bilik bar kecik kt uma agam tu,,KS kuar pulak dr bilik tu
mase tu mmg camera shoot dr bawah tunjuk muka MH.....mmg cantik lar amik sudut cmtu
tyme tu pong xsilap aku mmg ade flashback lagik,,,MH ingatkn YJ kot
rasenye ni epi 9
ade lg satu scene, antara MH dgn DH, MH tgh minum air kt ruang bar kt uma dia,,
pastu DH dtg,,MH bg kertas pasal membe YJ yg dlm penjara (yg subahat dgn DH untuk kenekan YJ)
mase DH tgh koyakkan kertas tu,,,mmg camera trus shoot dr bwh
mase MH dgn DH  tgh bual tu mmg ade scene lain......cm flashback scene kt situ
pasal san kt dlm penjara dgn waktu MH nangis kt tmpt kemalangan Ji Hee
mase ni epi 12 kot

LIGHTING DAN EDITING
Pencahayaan dia mmg jelas. Mereka menggunakan pencahayaan yang sesuai bagi mempengaruhi emosi penonton. Contohnya, watak SY yang suram dan menyedihkan selalunya mempunyai lighting yang gelap.
Dari segi editing aku rase mmg kemas. Mereka mmg teliti dalam penyusunan plot sehingga boleh menampakkan real dan penonton boleh faham dengan mudah. Shot dari satu babak ke satu babak amat teratur sehingga tidak menjadi tanda tanya atau dilihat seolah-olah tergantung oleh penonton.

INSTRUMENTAL
Instrumental yang digunakan amat sesuai dengan babak yang terdapat dalam drama. Pemilihan instrumental yang bijak dan pelbagai boleh menjadikan plot cerita semakin menarik terutama scene2 sedih dan scene2 jahat. Tapi ada satu scene sedih yang xgunakan instrumental langsung, iaitu scene ketika YJ menangis seorang diri di dalam bilik selepas pengebumian bapa dia sambil memeluk baju bapa dia. Menurut writer, mmg dia sengaja tidak menggunakan instrumental atau lagu dalam scene tersebut kerana tangisan YJ sudah cukup untuk memberi ‘feel’ sedih kepada penonton.

LOKASI
Pemilihan lokasi yang sesuai dengan plot. Contohnya rumah MH yang mewah, ditambah dengan sudut2 tertentu dan menarik sperti ruangan makan, bilik bacaan, ruangan buku, pejabat, pasaraya dan banyak lagi. contohnya, ketika SY dan MH di ruangan buku, dimana SY memberikan buku yang bertajuk ‘Wuthering Height’ kepada MH. Lokasi2 yang cantik seperti  kerusi besar dan suasana tasik ketika YJ sedang menunggu bus selepas melawat Ji Hee, dan pemandangan bukit ketika YJ sedang tunggu bus selepas pulang dr trip dgn MH.

FLASHBACK SCENE DAN MONOLOG DALAMAN
Terdapat juga flashback scene terutama berkaitan insiden kemalangan tu. Flashback banyak dimainkan pada episode terakhir bg menandakan pengakhiran drama dan membongkarkan segala rahsia yg tersimpan. Aku suka part monolog dalaman antara MH dengan YJ. Pada masa itu, MH pegang buku yang berjudul ‘The Life Before Us’ sedangkan YJ tengah menunggu bus. Mereka seolah-olah berbual.

4- SKOR MUZIK (5/5)

Bijak pilih lagu. Lagu dia banyak menggambarkan kesedihan lalu mampu ‘memukau’ orang. Orang lebih mudah faham plot cerita dan lebih mengahayati setiap mesej atau tujuan yang ingin disampaikan.Di pertengahan cerita, mereka telah menampilkan kelainan di mana MH telah mendendangkan lagu ‘Wuthering Height’ yang diambil sempena dari buku yang diberikan oleh SY kepada MH. Secara keseluruhan, muzik dan instrumental yang digunakan mmg balance.

5- KEBARANGKALIAN UNTUK TONTONAN SEMULA (5/5)

Aku nk review ni pong dh bape kali aku kene tonton balik coz dh lupa scene. Sampai berpinar mata aku………….last2 pening pala……….hahaha. why not??? kalo aku ade mase, aku layan je.

SECRET LOVE: BEST DRAMA, BEST WRITER, BEST DIRECTOR, BEST CAST, BEST CINEMATOGRAPHER, BEST SONG......DAEBAK!!!


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:37 PM GMT+8 , Processed in 0.076735 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list