CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hanieliza

ANEKA NASI & LAUK PAUK SAMPINGAN

[Copy link]
 Author| Post time 6-4-2007 11:38 PM | Show all posts


NASI PAELLA [Spanish Paella Rice]
[nasi yg dimasak dengan isi ayam, udang, ketam. sotong dan sayuran oleh org-org Spanish]

Bahan
500 gm beras bathmati [basuh dan toskan]
500 ml air stok ayam [boleh gunakan 1 kiub ayam + 500 ml air]
200 gm isi ayam [hiris nipis dan lebar]
200 gm udang besar
200 gm sotong [potong 2]
1 biji cili capsicum hijau [potong dadu]
1 biji capsicum merah [potong dadu]
3 biji tomato [belah 4]
1/2 cawan kacang pea
3 s/b butter/majerin
2 s/b minyak
1 pokok daun sup [cincang]

1/2 s/k kunyit
garam

Bahan tumis
1 labu bawang besar [potong dadu]...elok gunakna bawang besar jenis holland
1 ulas bawang putih [cincang]
3 cm halia [ketuk]

Cara
1. Panaskan minyak dan majerin/butter.

2. Gorengkanudang dan sotong. Angkat dan ketepikan.
3. Tumiskan bahan tumis sehingga layu.
4. Masukkan isi ayam. Kacau rata.

5. Masukkan air stok, serbuk kunyit dan garam. Biarkan mendideh.
6. Masukkan beras dan semua sayuran. Biarrkan mendideh.
7. Bila dah kering masukkan daun sup, udang dan sotong. Masakkan sebentar lagi.
8. Bila dah masak boleh hidangkan.

NOTA
oleh kerana nasi ini tidak pedas boleh gandingkan dengan acar timun dan salad.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2007 12:35 AM | Show all posts

Reply #101 hanieliza's post

dapnyer....
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2007 12:50 PM | Show all posts
ala kak liza...

merereh air riour ku..............
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2007 10:35 AM | Show all posts
my menu on saturday











[ Last edited by  Kacip_Fatimah at 2-5-2007 10:17 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2007 09:06 PM | Show all posts
kak liza..nk tanyer kalu utk 30 org makan brp ekor ayam yer kalu nk buat ayam masak merah? kalu daging nk buat masak hitam brp kilo?
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2007 09:28 PM | Show all posts
Originally posted by aiman_jannah at 2-5-2007 09:06 PM
kak liza..nk tanyer kalu utk 30 org makan brp ekor ayam yer kalu nk buat ayam masak merah? kalu daging nk buat masak hitam brp kilo?

5 ekor cukup tak? daging 3 kilo ok ker?rasa nya mcm tu kot
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-5-2007 12:02 AM | Show all posts

Reply #106 pink's post

5 ekor?

tgk la sekor ayam tu potong berapa....kalau potong 10, 3 ekor cukup lerr....tak pong leh tambah sekor lagik.....beli ayam yg saiz nyer besor gitu......kadang ni rugi potong besar2 pong.....kdg ada org seketul pon tak hbs makan...membazir la plak....sekor potong 12 pon ok lagi tue.....kalau org yg makan sikit,amik seketul jer...kalau yg makan byk ...diaorang leh amik 2 ketul....

pastu nak kena tgk lauk lain gak.....daging 3 kilo mcm sikit jer.....ayam sekor pon ada yg dekat 2kg.....so kalau daging 3kg....mcm sikit jer....tu my opinion laa.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2007 07:10 PM | Show all posts
aiman ni x penah masak bnyk2..nk belajo2 ler ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-5-2007 08:22 PM | Show all posts
Originally posted by aiman_jannah at 2-5-2007 09:06 PM
kak liza..nk tanyer kalu utk 30 org makan brp ekor ayam yer kalu nk buat ayam masak merah? kalu daging nk buat masak hitam brp kilo?


sori semalam kkliza takder kat umah..p melaka..

rasanya kalau kenduri nak makan 30 orang tu ayam maybe boleh sediakan dalam 3 ekor..saiz ayam dalam 1.7 - 2 kgs seekor
sebab 1 ekor tu elok kerat/potong  12 jer..sesuai untuk buat ayam masak merah..tak besar atau kecil sangat..
kalau ada lebih tu hanya sikit jer..

kalau daging pula maybe boleh sediakan dalam 4 kilo sebab 1 kilo tu maybe boleh tampung seamai 8 orang makan la...
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2007 10:48 PM | Show all posts
Thanks kak liza.. ..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2007 08:38 AM | Show all posts

Resipi Beriani Johor

Beriani Daging/Kambing (JOHOR STYLE)
Bahan2
  • Daging

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2007 10:01 AM | Show all posts
Cam senang je cara buat ni........sedapnya kalau dapat makan.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2007 11:41 PM | Show all posts

Reply #111 ilpunto's post

Kalau masak beriani gam best kan...Tak kirala aym ,daging ke kambing..sdap...Speciality tuk org muo n batu pahat hehehe.. Bli rempahnya sdap kat Muo tuh dpn bas stand,btul2 tepi jln ekk... Tringat plak pakcik cikna mmg msk beriani nie...

[ Last edited by  cikna99 at 23-8-2007 11:42 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2007 12:52 PM | Show all posts
ni menu kenduri orang kg saya di Muar....biasanya utk kenduri arwah/kesyukuran

menu utama

nasi putih
asam pedas ikan parang (ikan parang ni teramat digemari oleh org kg saya)
kacang panjang goreng dgn hati & pedal (kalio)
ayam goreng rempah
kari daging / daging masak kicap
ikan masin & sambal belacan
acar timun & nanas / rojak tauhu berkuah kacang

manisan

agar-agar /puding jagung
karipap
apam puteri ayu/apam beras/apam cantik manis
kuih bakar kemboja
pisang emas/berangan

minuman

teh tarik/nescafe
yg paling famous teh o nipis....
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2007 07:04 PM | Show all posts


Ni menu masa Raya Haji. Cari rempah beriyani, tak de pulak. May be dah kena buang. Cari tomato puree nak buat nasi tomato, pun dah habis stoknya. Last sekali buat pakai apa rempah yang ada je. Tak semestinya tak de rempah beriyani tak boleh buat nasi beriyani. Tapi mungkin sesetengah orang akan kata ini bukan nasi beriyani sebab tak pakai rempah beriyani. Tak cukup bahan, tak semestinya tak menjadi.



Nasi Beriyani Version Campak-campak

1 1/2 pot beras basmathi direndam 1/2 jam
1 labu bawang besar hiris
Kayu manis
Buah pelaga
Bunga lawang
2 helai daun pandan disimpul
3 sudu minyak sapi
1 1/2 sudu teh rempah kari
1 sudu rempah kurma
1 sudu rempah sup
1 pot susu cair
2 pot air
Garam secukup rasa
1/4 cawan kismis/raisin
2 pokok daun ketumbar

Caranya:
1. Panaskan minyak sapi di dalam periuk rice cooker (atas dapur gas). Tumis bawang besar hiris, bunga lawang, buah pelaga & kayu manis & daun pandan sehingga garing & wangi.
2. Masukkan rempah yang telah dibancuh dengan sedikit air. Tumis sehingga naik minyak.
3. Masukkan susu cair & beras. Kacau lagi dan masukkan air & garam.
4. Biarkan sehingga mendidih, masukkan kismis/raisin & kacau.
5. Alihkan dari dapur gas ke rice cooker. Biarkan masak seperi nasi biasa.
6. Biar nasi kering terlebih dahulu dan masukkan hirisan daun ketumbar & kacau nasi.



Ayam Masak Madu - Resepi mengelat

6 potong ayam digaram kunyit & goreng
3 ulas bawang kecil - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 labu bawang besar hiris bulat
1 peket pes ayam madu Maggi
sedikit air asam jawa
1/2 cawan air

Caranya:

1. Tumis bawang tumbuk sehingga garing.
2. Masukkan pes ayam madu dan kacau seketika.
3. Masukkan air asam jawa, air & bawang besar. Kacau hingga pekat.
4. Masukkan ayam yang telah digoreng dan kacau rata.



Jelatah aka Acar Mentah

1 biji timun hiris
1/2 biji nenas kecik dihiris
1 labu bawang besar dihiris
1 sudu besar gula
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar tomato
Garam secukup rasa

Caranya:
1. Satukan semua bahan di dalam mangkuk dan kacau rata.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2009 10:42 AM | Show all posts
Nasi Arab resepi kak liza
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2009 10:47 AM | Show all posts
Set Nasi Daging resepi dari kak rinn



tambahan:


NASI DAGING
http://rinnchan.fotopages.com/?entry=1613811

Bahan-bahan:
3 pot beras (pot=tin susu pekat... )
1/2 cwn tomato puree cair
1 cawan susu cair

Bahan-bahan utk stok daging :
500gm daging
2 inci kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
1 sudu besar rempah kurma
i camca teh lada putih
1/2 camca teh serbuk jintan manis
1/2 camca teh serbuk jintan putih
Garam secukup rasa
Air 5 cawan..ditambah sehingga daging lembut

* Rebus kesemua bahan di atas untuk mendapatkan air stok daging.

Bahan-bahan tumis :
1/2 biji bawang besar, dimayang
3 biji bawang putih, dimayang halus
1 inci halia, dihiris nipis
2 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 sudu besar minyak/mentega untuk menumis

Cara-cara:
1. Basuh beras dan toskan.
2. Panaskan minyak sapi dan tumis semua bahan tumis sehingga naik bau wanginya.
3. Masukkan beras dan kacau seketika.
4. Tuang air stok daging secukupnya untuk menanak nasi tersebut.
5. Bila beras agak kembang, masukkan tomato puree dan susu cair. Kacau semua hingga rata dan biar nasi masak. Tutup periuk sehingga nasi betul-betul tanak. Sesekali elok dikacau nasi.

* Boleh menggunakan rice-cooker atau masak di dalam periuk di atas dapur.

Cara hidangan :
1. Daging yang telah direbus empuk tadi, dipotong2 nipis. Rinn potong daging siap-siap dalam saiz yg kecil supaya cepat empuk. Boleh dihidang dengan air asam.

Air asam :
Perahan air asam jawa
Bawang besar hiris
Buah tomato segar, dipotong kecil-kecil
Hirisan cili merah atau cili hijau
Belacan bakar
Garam dan gula secukup rasa
Perahan air limau nipis/kasturi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2009 11:36 AM | Show all posts

Reply #117 maisya's post

maisya dear..
air asam utk nasik daging nih kene taruk kerisik..baru beshh
n satu lagi lauk geng dia - dalcha
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2009 12:42 PM | Show all posts
Originally posted by ninoZ at 9-1-2009 11:36 AM
maisya dear..
air asam utk nasik daging nih kene taruk kerisik..baru beshh
n satu lagi lauk geng dia - dalcha


ninoz..

boleh bg tak resepi utk air asam + kerisik tak?saya pernah makan dulu tp sampai sekrg terasa kesedapannya.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2009 01:33 PM | Show all posts

Reply #119 zaiima's post

sama mcm air asam biasa cuma tambah kerisik..yg buat sedap tak terhingga tu bila kita pandai balancekan rasa masam manis n pedas dia
plus gunakan belacan yg berkualiti [tapi jgn byk sgt]
kadang2 sebahagian cili merah tu saya tumbuk ..then campur dgn yg hiris

resepi yg maisya guna tu dah betui cuma tak taruk kerisik jek..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:13 AM GMT+8 , Processed in 0.521889 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list