CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 55547|Reply: 536

Lara Alana cipta rekod

[Copy link]
Post time 18-5-2016 04:51 AM | Show all posts |Read mode
Edited by rosewhite at 18-5-2016 05:43 AM

Populariti diraih puteri pasangan selebriti popular, Awal Ashaari dan Scha Alyahya iaitu Lara Alana tidak perlu dipertikai lagi.
Masakan tidak, Lara yang baru berusia setahun 10 bulan berjaya mengumpul pengikut 1.7 juta di laman sosial Instagram miliknya.

Tidak cukup dengan itu, Lara turut dinobatkan sebagai Personaliti Media Sosial Popular, Anugerah Bintang Popular BH ke-29 (ABPBH29) baru-baru ini.
Kesinambungan personaliti dan gaya hidup Lara di laman sosial Instagram diteruskan menerusi program realiti pertamanya yang bakal menemui penonton pada Ogos ini di saluran Astro Ria.
Ia sekali gus menjadikan Lara sebagai kanak-kanak pertama di Malaysia yang mempunyai program realiti.
Menurut Scha, 33, tawaran daripada Astro diterima sejak Januari lalu, namun dia dan suami mengambil masa bagi menyatakan persetujuan.
“Working title program ini adalah Lara Alana Show. Ia 100 peratus memaparkan kehidupan harian Lara. Selain itu, saya dan suami akan berkongsi bagaimana membesarkannya.
“Kami juga menyelitkan beberapa panduan dan informasi berguna untuk ibu bapa berkenaan penjagaan anak. Pendek kata, program ini bukan sekadar hiburan,” katanya.
Scha berkata, menerusi program 13 episod ini peminat dapat melihat realiti kehidupan Lara secara lebih dekat.
“Saya sedar Lara ada peminat dan penggemar tersendiri. Ia boleh dilihat di laman Instagram miliknya. Jadi, dengan adanya program ini nanti peminat Lara yang tidak ada akaun Instagram boleh menyaksikannya di kaca TV.
“Banyak perkara yang akan dikongsi. Kiranya, tidak perlu lagi nak bergaduh sesama sendiri di ruangan komen,” katanya.
Sambung Scha, program ini cukup istimewa kerana ia diterbitkan sempena ulang tahun kedua Lara yang jatuh pada 22 Julai depan.
“Sebelum saya dan suami berkahwin, Astro ada menerbitkan program realiti mengenai hubungan kami sehinggalah bergelar suami isteri. Malah, ketika bersalin pun mereka ada buat program Pureen Cak Cak Schawal.
“Kini, apabila Lara hampir mencecah usia dua tahun, dia pula ada program realiti sendiri. Kiranya, dia meneruskan apa yang pernah diberikan kepada kami sebelum ini,” katanya.
Jelas Scha, program yang memulakan penggambaran sejak 10 Mei lalu itu akan memakan masa kerana perlu mengikut rutin Lara.
“Program ini memaparkan aktiviti seharian Lara seperti ke sekolah, bermain dan bercuti. Kami juga sekali lagi akan ke Jepun bagi meninjau tadika terbesar di sana.
“Memandangkan dia masih kecil, jadi ia mengambil sedikit masa. Penggambaran bergantung kepada ‘mood’ Lara,” katanya.

Tak kisah dihina
Baru-baru ini Scha diejek pengguna laman sosial yang mengatakan wajahnya seperti ‘bapuk’ apabila solekan yang belum siap itu dimuat naik ke Instagram.
Geram dengan sikap segelintir peminat yang dianggap keterlaluan, Awal tampil membela Scha dengan membidas di ruangan komen.
“Saya jenis diam dan tak kisah apa orang nak cakap. Mungkin disebabkan itu orang mudah mempermainkan dan memijak kepala saya. Kami memang sedar kewujudan komen berkenaan, tetapi malas nak bising.
“Namun, apabila suami membalas komen itu barulah ia jadi kecoh. Pada masa sama, jurusolek saya, Tiar Zainal pun bersuara. Bagi saya, tindakan mereka menegur sikap pengikut yang kurang ajar adalah wajar. Perkara sebegini jika dibiarkan pasti berterusan,” katanya. - Sudirman Mohd Tahir





Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Mei 2016 @ 1:17 PM









Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2016 05:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa lara?........mmmmm.......
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2016 05:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Tukar title lara alana the moneybag ler :zz
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2016 05:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Tip penjagaan anak?
From schawal?



Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2016 05:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Baca tajuk ingat lana mana plak td....lara la
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2016 06:33 AM | Show all posts
Yang lucu tentang bab penjagaan anak itu. Ajar bagaimana mempergunakan anak untuk meraih populariti dan duit ke? Hurrmmmm.... Banyak rancangan hiburan sangat di Malaysia ini. Memang itu yang dimahukan oleh pemimpin supaya rakyat leka dan kekal dengan pusingan hidup yang sama.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-5-2016 06:40 AM | Show all posts
expose anak selagi boleh.

jangan jadi macam juna sudah. dah besar tak comel terus flop
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2016 07:02 AM | Show all posts
Selagi Rara ni masih relevan dan banyak peminat, kaut untung selagi boleh ya Schawal?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2016 07:11 AM | Show all posts
Xdak rupa awal..kopipes mak..
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2016 07:13 AM | Show all posts
dr start peknen lg dh expose sgt anak dia kan
pe nk pelik smpi 1mil follower
makin kembg bontot awal
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2016 07:17 AM From the mobile phone | Show all posts
knapa lara???
i was hoping for ecah bambam. ke byran ecah mahal....
tp lara mmbesar cm anak2 biasa...cuma kema tempias populariti...lain la besar si lara dah boleh mengaji...membaca tu extra ordinaire..
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2016 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Eksploitasi anak betul depa ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2016 07:27 AM From the mobile phone | Show all posts
dah besar nanti rupa sendu je dekk..
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2016 07:29 AM From the mobile phone | Show all posts
mizzmimi replied at 18-5-2016 06:40 AM
expose anak selagi boleh.

jangan jadi macam juna sudah. dah besar tak comel terus flop

Selagi 'comel' lagi you mean      
sorry lara.. you are kiut but well.. muahciked
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2016 07:31 AM From the mobile phone | Show all posts
I love u lara.x sabar tunggu show tu muahs
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2016 07:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Lara Alana dgn Ecah n Jemyma siapa lagi tua eh..
Lara ni dah 2 tahun tapi masih belum pandai bercakap..sebut a b c pun masih tak reti.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2016 07:39 AM | Show all posts
akak nak tengok ecah punya reality show
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2016 07:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Madel replied at 18-5-2016 07:33 AM
Lara Alana dgn Ecah n Jemyma siapa lagi tua eh..
Lara ni dah 2 tahun tapi masih belum pandai bercak ...

Jemyma kan lagi tua ...
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2016 08:00 AM | Show all posts
Cute lagi ank che ta
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2016 08:01 AM | Show all posts

rasanya jemyma paling muda
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:46 AM GMT+8 , Processed in 0.071607 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list