CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9473|Reply: 120

[Tempatan] {14} Guru meninggal dunia semasa dendang lagu Sambut Hari Guru!

[Copy link]
Post time 18-5-2016 07:02 AM | Show all posts |Read mode
                                                            17 May 2016                                            


KARAK - Sambutan hari guru disambut begitu meriah kelmarin, namun kemeriahan sambutan Hari Guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Karak berubah menjadi kesedihan apabila perginya seorang pendidik anak bangsa semasa beliau mendendangkan sebuah lagu di hadapan murid-murid.

        Cinta Kristal nyanyian Rahim Mahroof, itulah dendangan terakhir yang dibawa seorang guru bernama Norilhal Ali Ilhal yang secara tiba-tiba rebah ke lantai dan disahkan telah meninggal dunia semasa beliau dibawa ke klinik berdekatan.

        Seorang sahabat yang juga merupakan guru di SMK Karak yang enggan dikenali berkata dirinya tidak menyangka Cikgu Norilhal telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya dan kehilangannya amat dirasai oleh guru-guru serta murid-murid di sekolah ini.

        Menurutnya, tidak sangka nyanyian yang merupakan kali pertama dipersembahkan olehnya di khalayak ramai menjadi persembahan terakhir buat arwah.

        “Semalam, saya melihat Cikgu Norilhal begitu gembira dan seronok menyambut Hari Guru. Paling saya tidak boleh lupa gelagat dirinya bermain dalam acara sukaneka.

        “Paling mengejutkan apabila beliau menawarkan diri membuat persembahan penutup untuk menyanyi di hadapan murid-murid dan cikgu-cikgu yang lain kerana beliau tidak suka untuk membuat persembahan di hadapan khalayak ramai,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

        Beliau berkata, lebih memilukan dan membuat dirinya berduka apabila lagu yang dinyanyikan itu merupakan lagu kesukaan  isterinya yang baru sahaja meninggal dunia.

        “Arwah sangat menyayangi isterinya yang baru sahaja meninggal dunia sebulan yang lalu. Secara peribadi, arwah menyanyikan lagu itu untuk dia menyampaikan luahan dirinya yang terlalu rindukan dan teringat akan arwah isterinya kerana beliau sangat menyayangi isterinya.

        “Cikgu Norilhal merupakan seorang pendidik bangsa sejati kerana sangat mementingkan pendidikan dan bersungguh-sungguh serta  tidak pernah mengenal erti penat lelah dalam mendidik murid-muridnya,” katanya.

        Seorang lagi guru yang enggan dikenali berkata, dirinya terkejut apabila menerima panggilan mengatakan bahawa Cikgu Norilhal telah meninggal dunia.

        "Saya tidak sempat untuk berjumpa arwah sempena Hari Guru semalam kerana saya ada urusan yang perlu diselesaikan dan beliau seorang yang sangat baik dan kami di sekolah ini sungguh terasa akan kehilangannya," katanya.

        Sementara itu, anak sulungnya, Mohamad Azizul Hakim Norilhal, 25, berkata tidak sangka permintaannya untuk memotong misai ayahnya bulan lalu merupakan permintaan terakhir yang ditunaikan sama seperti permintaan terakhir ayah kepada ibu untuk memotong misainya sebelum ibu meninggalkan mereka sekeluarga.

Menurutnya, dia tidak menyangka ayah tinggalkan kami dengan begitu pantas sekali kerana ibu baru sahaja meninggalkan kami sekeluarga sebulan yang lepas.
       
        “Ayah juga ada menyampaikan satu pesanan terakhir bahawa ayah mahu saya carikan satu lagu. Lagu itu sudah saya dapat.
       
        “Namun, saya tidak sangka tidak sempat untuk memberikan lagu itu kepada ayah dan mendengar lagu itu bersamanya,” katanya ketika ditemui.
       
        Azizul berkata, di dalam Facebook ayahnya, dia ada menyampaikan ucapan Selamat Hari Guru kepada rakan-rakannya di facebook dan itu merupakan pesanan terakhir arwah.
       
        Ditanya mengenai video ayahnya mendendangkan lagu sempena sambutan Hari Guru, beliau berkata, dia terkejut dan tidak menyangka ayahnya menyanyi di hadapan khalayak ramai.
       
        “Ayah kalau disuruh menyanyi, dia mesti tidak mahu menyanyi. Namun, saya tak sangka ayah menyanyi di hadapan khalayak ramai dan menyanyikan lagu kegemaran ibu saya.
       
        “Ayah terlalu rindukan ibu sebab ayah memang sangat sayangkan ibu dan persembahannya itu merupakan luahan rindu ayah kepada ibu dan sekarang ibu dan ayah telah meninggalkan kami enam beradik,” katanya sambil menitiskan air mata.
       
        Jenazah Allahyarham Norilhal Ali Ilhal selamat dikebumikan kira-kira jam 9.30 malam semalam dan marilah mendoakan agar roh pendidik bangsa ini dicucurkan rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang dikasihi Allah. Al-Fatihah

http://www.gpsbestari.com/mobile/berita/pahang/guru-meninggal-dunia-semasa-dendang-lagu-sambut-hari-guru-1.522222
                           

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-5-2016 07:03 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2016 07:06 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2016 07:14 AM | Show all posts


Norilhal Ali Ilhal, di sisi isterinya, rebah semasa menyanyikan ‘Cinta Kristal’ pada sambutan Hari Guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Karak semalam. ― Foto ihsan Facebook/Nur Insyirah
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2016 07:15 AM | Show all posts
Allhurabbi,... banyak insiden macam nih...

dok ok ok  ok, nampak normal, pastu Malaikat tarik nyawa camtuh jek....

risau Nex... satu hari mungkin kita terkena camnih, mana tau?'

Inalillah dan Al-Fatihah pada Arwah
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2016 07:23 AM | Show all posts
sedihnyaaa...
lawa wife arwah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-5-2016 07:27 AM | Show all posts
Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un..


Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2016 07:28 AM | Show all posts
innalillahi wainnailahi rojiun
Al-fatihah buat cikgu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2016 07:31 AM | Show all posts
Moga allahyarham ditempatkan bersama para solihin
aamiin
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2016 07:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Kerinduan seorang suami pada isteri akhirnya turut pergi bersama2..,
Ramadhan yg paling memilukan tahun ini buat ank2 merekaa.. Tiada lagi ayahbonda di sisi

Dulu jiran iols pun camni sebulan lepas suami pergi beliau plak turut mengikut jejak lg seminggu nk raya plak tu..
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2016 07:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Sinar mata mu bagai api menyambar
Haruskah engkau dan aku sama
Bara restu cinta mu aku terpandang
Oleh pancaran demi cinta kristal..

Sedap juga lagu nya..
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2016 07:44 AM | Show all posts
Sementara itu, anak sulungnya, Mohamad Azizul Hakim Norilhal, 25, berkata tidak sangka permintaannya untuk memotong misai ayahnya bulan lalu merupakan permintaan terakhir yang ditunaikan sama seperti permintaan terakhir ayah kepada ibu untuk memotong misainya sebelum ibu meninggalkan mereka sekeluarga.


klise sgt

apapun, takziah..innalilah
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2016 07:47 AM | Show all posts
sedap juga suara arwah
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2016 07:47 AM | Show all posts
sedihhhnyaaaa....
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2016 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedih.. Berat betul kerinduan yang ditanggung.. Sekarang kedua2 pasangan suami isteri ni dah takde..

Al fatihah buat kedua2 nya. Salam takziah untuk keluarga.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2016 07:59 AM | Show all posts
Lagu kesukaan pun best ! Ni lah yg dikatakan sehidup semati kan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2016 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2016 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2016 08:03 AM | Show all posts
adakah pelajar cikki gendut yg ingin menghadiahkan belon itu telah membuat cikgu terkejut lantas mendapat stroke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2016 08:07 AM | Show all posts
biler ajal dating menjemput .. tiadk akan tertangguh even sesaat ...

inalillah ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:19 AM GMT+8 , Processed in 0.249680 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list