CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16182|Reply: 179

Cintaku Tertinggal di Jerantut Pahang

[Copy link]
Post time 18-5-2016 03:34 PM | Show all posts |Read mode
Aslmkm wbt para forumer,
Aku nak share satu cerita. Kisah ni terjadi masa cuti Hari Buruh 01/05/2016 (Ahad).

Aku ada kawan yang dah bertunang dan ikut plan nak kahwin bulan October 2016 ni. Kawan aku ni laki. Zahar nama dia.
Dia mmg sibuk kerja cari duit sebab dia bgtau aku, dia buat semua ni sbb dia nak kawin jadi kena cari duit lebih. Kena rajin kerja.
Jadi masa untuk keluar dengan tunang dia memang terhad. Jarang dapat spend masa dengan tunang dan dia yakin tunang dia faham.

Aku pun kenal tunang dia. Nama tunang dia Nurul. Dan pada aku, tunang dia okay - boleh faham.

Nurul ni cantik, comel. Kat ofis dia mmg ramai peminat. Paling extreme yg minat kat Nurul ni ada sorang mamat nama Ahmad Albab.
Ahmad ni mmg nak betul kat Nurul. Zahar ni tahu yang Ahmad syok kat tunang dia, tapi dia percaya kat Nurul.
Walaupun Ahmad ni memang hensem, tinggi, putih tapi Nurul cakap dia sayang Zahar nak kawin dengan Zahar dan tak layan pun si Ahmad tu.

Sampai la masa Hari Buruh aritu. Si Nurul bgtau Zahar, dia ada kenduri kahwin kat Jerantut Pahang. Nurul cakap dia pergi berempat dengan kawan2 perempuan.
Pastu masa nak bertolak ke Jerantut sorang lagi tak jadi pergi, so tinggal la bertiga je. Bila Nurul bgtau Zahar tiga orang je yang pergi, Zahar rasa mcm tak sedap hati.

Si Zahar ni mmg tak bole ikut la sbb dia ada job kat KL. Lepas habis job, Zahar wasap tunang dia tnya ada kat mana. Nurul pun cakap la ada kat rumah kenduri ni ha, ramai sgt dia kata tak selesa so dia nak cari hotel nak tdo kat hotel.
Masat u feeling Zahar memang tak sedap. Dia friendfinder tunang dia ni, mmg ada kat Jerantut. Zahar tanya la nak tdo hotel mana. Nurul pun cakap Hotel Cap Cokia.

Masa tu dah malam dekat pukul 12malam. Si Zahar decide nak pergi Jerantut sebab dia tak sedap hati. Otw ke Jerantut tu dia call call call call call Nurul. Langsung tak jawab call dah.
Sampai Jerantut dalam pukul 2pagi. Dia terus ke Hotel Cap Cokia tu. Zahar cakap kat aku, masa tu dia pun tak tahu kenapa masa sampai Front Office Reception tu, dia gi tanya kat kaunter tu "Ahmad Albab ada check-in sini?"
Budak kaunter tu pun cakap "Ada"
Zahar tanya nombor bilik pastu dia terus gi ke bilik.
Masa sampai depan bilik, dia call lagi tunang dia (si Nurul), tak jawab jugak. Ringing tu ada tapi dia tak dengar dari dalam bilik tu. Maybe Nurul dah silent phone.

Pastu Zahar call abang dia dan kawan2 dia kat KL suruh datang Jerantut. Sebab dia kata masa tu dia tak tahu nak buat apa cuma dia suruh abang dia & kawan2 dia datang je.
Pukul 2pagi...sampai ke 3 pagi..sampai ke 4 pagi.. pukul 4lebih abang & kawan2 Zahar sampai. Dorang duk tercangok depan bilik hotel tu duk call lagi Nurul.

Pastu, pukul 6pagi, Zahar pi tekan yang FindMy iPhone tu. Berdecit decit telepon Nurul berbunyi dari dalam bilik. Pastu Zahar terus ketuk pintu suruh Nurul bukak pintu. Zahar cakap "bukak je pintu ni, saya tahu awak ada kat dalam"
Jenuh ketuk takmo bukak. Ketuk ketuk ketuk last2 dia bukak jugak.

Nurul bukak pintu, Zahar terus serbu masuk bilik tgk2 laki tu duk dalam bilik air, maybe nak menyorok tapi tak jumpa tempat menyorok.

Si Ahmad Albab kena tumbuk 2 kali dengan kawan Zahar, pastu Nurul melutut kat Zahar minta maaf.

Dipendekkan cerita, sebab panjang sgt..
Skrg ni Zahar cakap kat aku. Dia tangguhkan perkahwinan dia. Dia memang tak boleh kawin dgn Nurul bulan 10 ni.
Dia menangis sebab dia sedih tunang dia tipu dia. Tapi dalam masa yang sama dia ckp, dia dah maafkan Nurul.
Cuma dia perlu ruang dan masa untuk diri sendiri.
Zahar cakap, dia pun tak tahu sama ada Nurul tu jodoh dia atau tak. Sebab dia cakap, mungkin tu jodoh dia dan selepas ni Nurul akan jadi lebih sayang pada dia.
Dan mungkin jugak Nurul bukan jodoh dia. Dia pun tak tahu. Dia masih sayangkan Nurul cuma, dia kata, hati dia pecah selepas kejadian tu.

Tu saja nak share... aku pun nangis masa dia cerita ni sebab sedih tgk dia nangis.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2016 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
tragisnya.. tak tahu nak nasihat pilihan yang terbaik. Istikharah lah. Semoga Allah tunjukkan jalan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2016 03:55 PM | Show all posts
awanearisu replied at 18-5-2016 03:50 PM
tragisnya.. tak tahu nak nasihat pilihan yang terbaik. Istikharah lah. Semoga Allah tunjukkan jalan. ...

Tulah.. sama lah aku nasihatkan dia jgk. suruh dia buat solat istikharah.

Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2016 03:57 PM | Show all posts
bagi aku suh la kawan ko move on jelah.... dia maybe boleh terima si nurul tu kalo dah terlanjur dengan si ahmad tu... tapi boleh ke dia lupa dalam masa yang singkat ni... depan mata kot.... takut kemudian hari jadi ungkit ungkitan... ni pada pandangan aku lah kalo benda ni jadi kat aku... kat zahar tu tataw la pulak aku...
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2016 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
satu je lagi kita nak ulas. Mujur kawan awak dapat tahu sebelum kahwin. Kalau lepas kahwin baru kantoi curang, lagi kecewa rasanya. Dahlah mereka tu bekerja satu tempat.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2016 03:57 PM | Show all posts
tinggalkan je la pompuan macam tu..
ramai lagi pompuan yang baik boleh buat bini..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-5-2016 03:57 PM | Show all posts
kesian zahar. bertabahlah..

cadangan i walaupon tak mintak tapi gigih nk bg jugak, cari je la pompuan lain. bg je si nurul tu kt ahmad albab.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2016 04:02 PM | Show all posts
babydoll replied at 18-5-2016 03:57 PM
kesian zahar. bertabahlah..

cadangan i walaupon tak mintak tapi gigih nk bg jugak, cari je la po ...

smlm aku jmpa Zahar beb.
Mulut ni nak ckp mcm tu lah.. "ko bagi je Nurul tu kat Ahmad Albab" tapi tersangkut sebab kesian tgk Zahar.
aku pun rasa elok putus terus dgn si Nurul tu.. tapi dia duk la ckp "mungkin Nurul tu jodoh aku, Allah bagi aku ujian ni supaya kasih sayang kami kuat", kata si Zahar tu.

Jadi cadangan utk bagi je Nurul kat Ahmad albab tu aku simpan je dulu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-5-2016 04:03 PM | Show all posts
kikuri replied at 18-5-2016 03:57 PM
bagi aku suh la kawan ko move on jelah.... dia maybe boleh terima si nurul tu kalo dah terlanjur den ...

Zahar sendiri cakap, dalam tempoh terdekat ni dia tak boleh kawin dengan Nurul sbb dia takut dia ungkit kes ni.

Slow2 la nati aku kenal kan dia dgn mana2 gadis supaya dia lupakan si Nurul tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2016 04:05 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 18-5-2016 03:57 PM
tinggalkan je la pompuan macam tu..
ramai lagi pompuan yang baik boleh buat bini..

mmg aku ada plan nak kenal kan dia dgn ppuan lain. tgu dlu. slow2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2016 04:06 PM | Show all posts
awanearisu replied at 18-5-2016 03:57 PM
satu je lagi kita nak ulas. Mujur kawan awak dapat tahu sebelum kahwin. Kalau lepas kahwin baru kant ...

itu lah pasal. buatnya jadi masa dah kawin, lagi hancur hati budak zahar tu.
dia ckp, ni first time dia nangis selepas mak apak dia bercerai.

sian zahar.. sib baik jd skrg.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2016 04:17 PM | Show all posts
antidote replied at 18-5-2016 04:03 PM
Zahar sendiri cakap, dalam tempoh terdekat ni dia tak boleh kawin dengan Nurul sbb dia takut dia u ...

nak lupakan si nurul tu tak semestinya kena bagi dia kenal pompuan lain... banyak lagi cara nak enjoy idop... better la pegi jalan2 ke... buat aktiviti yang menarik... insyaAllah dalam masa tu zahar akan jumpa jugak perempuan yang lain kalau betul jodoh dia dengan yang lain...
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2016 04:21 PM | Show all posts
kesian yr fren....lupakan jer lah nurul tu...
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2016 04:30 PM | Show all posts
nurul masih nak kat zahar? kalo nak, dia x kan curang.

bincang elok2 dgn nurul, tanya apa sebab dia curang.

Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2016 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Takper janji nurul cun, perangai buruk pun takper. Suhla kwn hg tggu pompuan tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2016 04:50 PM | Show all posts
b.itt replied at 18-5-2016 04:30 PM
nurul masih nak kat zahar? kalo nak, dia x kan curang.

bincang elok2 dgn nurul, tanya apa sebab d ...

dia cakap sebab Zahar selalu sibuk tak ada masa untuk dia.
Nurul nak lagi kat Zahar, dia kata dia masih sayangkan Zahar................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-5-2016 04:50 PM | Show all posts
Innrukia replied at 18-5-2016 04:45 PM
Takper janji nurul cun, perangai buruk pun takper. Suhla kwn hg tggu pompuan tu

hehh.. nanti aku cakap kat Zahar cmtu. bagi dia sedor sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2016 04:52 PM | Show all posts
antidote replied at 18-5-2016 04:05 PM
mmg aku ada plan nak kenal kan dia dgn ppuan lain. tgu dlu. slow2

pokok pangkal dia kena bincang dengan tunangnya tu..
tanya sendiri kat tunangnya..
tunangnya nak siapa? dia atau skandalnya..
kalau tunang tu jwp tak tau/tak pasti, elok putuskan je la..
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2016 04:56 PM | Show all posts
kesiannya... nasib baik kantoi sblm kawin.. kalau lepas kawin n ada anak tiba2 jadi isu pula sapa bapa anak tu.

eloklah move on saja.. biar sakit skrg jgn merana di masa hadapan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2016 05:07 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 18-5-2016 04:52 PM
pokok pangkal dia kena bincang dengan tunangnya tu..
tanya sendiri kat tunangnya..
tunangnya nak ...

Nurul mintak maaf sesgt dia ngaku salah. mintak bagi peluang. Dia nak kawin dgn Zahar jugak.
Nurul cakap dia tak nak Ahmad Albab tu.

Beb, sbnrnya aku sdri tak setuju Zahar terima Nurul tu tapi Zahar cakap semua orang buat silap patut diberi peluang kedua....
dia kata, ni dugaan org bertunang....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:42 AM GMT+8 , Processed in 0.183446 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list