View: 3826|Reply: 29
|
Nana Sheme Sedia dikritik Gara2 lirik "Boleh Blah! " dianggap malas
[Copy link]
|
|
LIRIK BOLEH BLAH DIANGGAP MALAS, NANA SHEME SEDIA DIKRITIK
17 Mei 2016. 2.03 PM
20405
Hiburan
Album Artis Tempatan
Nana Sheme
Penyanyi Nana Sheme sedia menerima kritikan terhadap lagu ‘Boleh Blah’ yang dikatakan mempunyai lirik malas dan penggunaan bahasa kurang baik.
Menurut Nana atau nama sebenarnya Nur Nabilah Hashimi, dia melihat kritikan tersebut sebagai satu teguran positif.
“Saya hanya penyampai dan penyanyi kepada penulis lirik dan komposer disebalik lagu yang dinyanyikan. Apabila diberikan kepercayaan untuk menyanyikan lagu 'Boleh Blah', saya mengambil tanggungjawab besar untuk membawa lagu tersebut sepositif yang boleh," kata Nana kepada Astro Gempak.
Dia ditemui ketika sidang media memperkenalkan album Nana Sheme yang telah pun berada di pasaran sejak 22 Mac lalu.
Bagaimanapun menurut Nana, kritikan yang diterima secara tidak langsung memberi peluang kepada peminat muzik tanah air untuk mengenali lagu-lagunya dengan lebih dekat.
“Dia macam dua dalam satu, kritikan secara tidak langsung dapat mempromosikan lagu-lagu saya sehingga mereka betul-betul menghayati lirik sampai tahu apa kesalahan yang terdapat dalam lagu tersebut,” ujarnya.
Tambah Nana lagi, dia pernah merasa sedih apabila lagu-lagunya seringkali dikritik oleh peminat muzik tempatan.
“Apabila 'Boleh Blah dikritik saya tak rasa sedih sebab pernah mengalami situasi yang sama ketika kemunculan lagu 'Hantu Atau Buaya'.
"Lagu tersebut tetap diterima walaupun mendapat respon negatif daripada umum. Saya cuma berharap pendengar bagi peluang untuk kenal dahulu lagu 'Boleh Blah' macam mana, itu sahaja,” katanya.
Mengulas lanjut mengenai album pertamanya, ramai peminat tidak sedar ia telah berada di pasaran sejak Mac lalu.
“Sebenarnya Saya sibuk dan fokus dengan pelajaran sebelum ini sehingga tidak sempat untuk mempromosikan album. Selepas tamat diploma, sekarang baru saya berpeluang untuk aktif kembali dalam bidang nyanyian,” jelasnya.
Dalam pada itu, Nana Sheme bakal muncul dengan 'Boleh Blah' versi Kelantan duet bersama Zura, penyampai radio THR Gegar tidak lama lagi.
“Saya dapat respon daripada pendengar radio THR Gegar yang mahu lagu tersebut dalam versi Kelantan memandangkan sebelum ini saya pernah muncul dengan versi Iban. Lagu tersebut akan dilancarkan menerusi radio THR Gegar pada 19 Mei ini,” kata Nana mengakhiri perbualan.
Album Nana Sheme memuatkan enam buah lagu dengan bonus DVD yang memuatkan empat buah muzik video dan diedarkan oleh Life Records.
Sumber - AstroGempak |
|
|
|
|
|
|
|
tu gambar sape? |
|
|
|
|
|
|
|
Lagu zaman pak kaduk baru nak di bahas dah kenapa tt ??? |
|
|
|
|
|
|
|
tu nana sheme ke |
|
|
|
|
|
|
|
sepatutnya letak gambar ikan bakar berserta cili rawet ye |
|
|
|
|
|
|
|
bukan dah berzaman ke lagu ni.
awal2 dia keluar. komen aku nana sheme "Lagu dah sedap, lirik bole blah tu sayang betul. rosak lagu" |
|
|
|
|
|
|
|
Itu nenek seme.. |
|
|
|
|
|
|
|
lama da perasan. lagu sampah apa ni?
btw x heran da pun. bnyk je lagu2 smph lain at radio.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aritu masa kt sacc mall ada dgr lagu ni tang intro sdp dah....tang lirik boleh blah tu nasib baik iols tak jatuh escalator |
|
|
|
|
|
|
|
Sejak kapan Nana Sheme opret muka?? |
|
|
|
|
|
|
|
tt ni org same bukak benang bront.benang bront die letaknye gambo ikan patin tempoyak
awat benang ni x letak ikan masak sweet sour pulak ke |
|
|
|
|
|
|
|
Nana sheme chinese look..jadi muka hindustan look pulak..macam2 la tt ni |
|
|
|
|
|
|
|
Lagu ni dah flop dah pon. Zaman lagu ni ngetop dh berlalu. So thread dh x relevan |
|
|
|
|
|
|
|
muka Nana Sheme yang asli tak dpt pegi jauh kot .. |
|
|
|
|
|
|
|
Sejak bila Nana Sheme sejelita begitu?? |
|
|
|
|
|
|
|
Laa bukan muka dia ke? Aku baru ingat ooh anak mami rupanya Nana S ni.
Btw, lagu Hantu atau Buaya tu forever ruined dgn versi Nabil/Sheeda. Aku kalau teringat lagu tu mmg teringat version diorang |
|
|
|
|
|
|
|
Bm7add9 replied at 19-5-2016 09:33 AM
Sejak bila Nana Sheme sejelita begitu??
Rupa sebenar.. Boleh tahan or boleh blah? Terserah.. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
makneng replied at 19-5-2016 10:07 AM
Rupa sebenar.. Boleh tahan or boleh blah? Terserah..
Rupa tak boleh blah |
|
|
|
|
|
|
|
melodi dah sedap..lirik tu adoyai..budak2 dengar pun mengikut..boleh blah..kasar nau bunyinya.. kena belajar lagi ni buat lirik.. |
|
|
|
|
|
|
|
Muka cantik~
dah ader biz products sendiri kerr nana sheme nii?~ kalau belum sila buat segera, mesti letops biz jadi jutawan segera~ muka cantik sumer boleh jual!~ caiyokkk!!~~ |
|
|
|
|
|
|
| |
|