Edited by tongkatwaran75 at 24-5-2016 03:01 PM
24/05/2016 1:50pm
MELAKA - Seorang penunggang motosikal maut selepas dihempap papan iklan dalam kejadian hujan lebat dan angin kuat di Jalan Klebang persimpangan Pokok Mangga di sini pagi tadi.
Dalam kejadian pukul 7.15 pagi itu, Ahmad Yusop Omar, 64, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan maut di tempat kejadian.
Ketika kejadian, mangsa yang beralamat di Taman Tangga Batu, Tanjung Keling di sini menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda dari Jalan Limbongan menghala ke Dataran 1Malaysia.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, sebuah papan iklan di kiri jalan jatuh dan menghempap mangsa semasa warga emas itu berhenti di simpang lampu isyarat berkenaan.
"Cuaca ketika itu (kejadian) hujan lebat dan angin ribut. Penunggang motosikal yang maut di tempat kejadian dihantar ke Hospital Melaka di sini untuk dibedah siasat," katanya ketika ditemui di sini.
Menurut Shaikh Abdul Adzis, kemalangan tersebut bagaimanapun tidak melibatkan kenderaan lain. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - K! ONLINE
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0524&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_07.htm#ixzz49cJ0DeFU
Hakcipta terpelihara
|