View: 1671|Reply: 16
|
[Tempatan]
Sambutan Hari Guru Selangor ala Fear Factor
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA: Beberapa rakaman video yang dikongsi dalam laman sosial JPNIN Selangor menunjukkan kreativiti jabatan tersebut menyambut Hari Guru ala-ala Fear Factor.
Dalam lebih 10 video yang dikongsi dalam laman Facebook itu, hampir semua guru yang mengambil bahagian adalah guru perempuan.
Video itu menunjukkan guru-guru dicabar menyanyi duduk di tengah-tengah bilik, di atas kerusi plastik sambil kaki diletakkan dalam besen berbentuk perahu yang dipenuhi air.
Bebarapa orang lelaki dipercayai guru atau pegawai Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) memasukkan katak ke dalam besen tersebut selain haiwan eksotik lain seperti biawak, ular dan ular sawa.
Guru-guru itu terus menerima cabaran dan sambung menyanyi walapun dalam suara terketar-ketar, memberi reaksi geli dan takut, menjerit ketakutan dan gentar.
Setiap rakaman itu dimuat naik dengan kapsyen, “Karaoke Karat sempena Sambutan Hari Guru JPNIN Selangor … ala-ala Karok La Kau…”
Para netizen yang mengikuti dan menonton video tersebut menyambut baik sambutan itu sebagai sesuatu yang berbeza, unik dan penuh keberanian.
“Memang cikgu ni berjiwa kental….ishhh idok ler teman nak nyanyi kalau ditemani partner batik dengan kuning tu……kikiki. Tahniah cikgu….dan Tahniah juga kepada pihak penganjur iaitu Jpnin Selangor….,” tulis Shahrul Azmi Ab Rahman.
Manakala pengguna, Liz Nash pula berkata, “Aduh hebat la cegu2 Jpnin Selangor ni weiiii.”
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) adalah sebuah jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri yang diwujudkan dengan misi untuk menjadi mekanisme dialog dan mediasi bagi mewujudkan persefahaman dan keharmonian antara penganut agama ke arah membina Malaysia sebagai sebuah negara berjiwa muhibah.
Ia juga bertanggungjawab dalam mengurus dan mengendalikan taska dan tabika perpaduan bagi memastikan institusi pendidikan pra sekolah itu menjadi pilihan utama ibu bapa |
|
|
|
|
|
|
|
jiwa kental la sgt,kene kritik skit menggelupur |
|
|
|
|
|
|
|
Ok la konsep gini ..masih boleh diterima akal..
Bukan mcm 1 sek tu..cikgu2 cikgi pakai baju rock kapak /heavymetal siap bertatoo tangan..moral apa tah yg depa nak tunjuk kan pada anak murid |
|
|
|
|
|
|
|
sentap laa cikgu kerja gomen johor
|
|
|
|
|
|
|
|
lihat camne pelajar dan guru nwgwri maju lagi urban selangor
sporting
kalau kan johor kena troll terus suruh macai repot polis
alahai jawa johor |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by komag at 25-5-2016 10:36 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
komag replied at 25-5-2016 10:26 PM
Besar lg lengan cikgu yg berdiri tu dr ular sawa |
|
|
|
|
|
|
|
Depan anak murid sebab tu gigih nak tunjuk berani kang jadi bahan kutukan pulak utk sepanjang tahun |
|
|
|
|
|
|
|
beraninya cikgu2 nie..huhuu |
|
|
|
|
|
|
|
ini aktiviti bangang yg menjatuhkan darjat seorg guru, mana dah pi budaya ILMU? |
|
|
|
|
|
|
|
ini aktiviti bangang yg menjatuhkan darjat seorg guru, mana dah pi budaya ILMU? |
|
|
|
|
|
|
| |
|