CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1299|Reply: 0

BN sedia hadapi cabaran PRK Sungai Besar

[Copy link]
Post time 25-5-2016 04:32 PM | Show all posts |Read mode
PUTRAJAYA: Barisan Nasional (BN) perlu menyelaraskan strategi mantap dan terancang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, Selangor kerana pertandingan berlaku di negeri yang tidak dikuasainya, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri turut mengingatkan bahawa BN memasuki pertandingan itu sebagai 'under dog' kerana hanya menang majoriti 339 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), sekali gus berdepan cabaran amat besar.

"Sungai Besar berada dalam Selangor dan Kerajaan Selangor adalah kerajaan yang tidak bersama kami (BN) pada peringkat Persekutuan. Justeru, beberapa tindakan mereka sekarang ini dan yang akan kita lihat tentunya tidak akan memberi kemudahan kepada kegiatan yang dilakukan BN di Sungai Besar.

"Jadi, saya dan Datuk Noh Omar (Pengerusi BN Selangor) serta presiden parti komponen BN yang memberi tumpuan di Sungai Besar ini mengambil beberapa tindakan supaya keberkesanan apa yang kita laksana akan beri keberhasilan yang lebih baik.





"Kita harus bekerja keras dan lebih bijaksana menangani sebarang masalah di PRK Sungai Besar ini," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Penganjuran Program oleh Kerajaan Persekutuan di Parlimen Sungai Besar, di sini, hari ini. Selain Noh, turut hadir ialah Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden GERAKAN, Datuk Seri Mah Siew Keong. Ahmad Zahid berkata, mesyuarat itu diadakan supaya tidak berlaku pertindihan program dan kegiatan dirancang sepanjang tempoh berkempen di PRK Sungai Besar.

Sementara itu, Tiong Lai berkata, sentimen pengundi Cina di Sungai Besar kini semakin memihak kepada kerajaan BN kerana sebahagian besar permintaan mereka sudah dipenuhi dan menerima baik dasar kerajaan sedia ada. "Pengundi Cina sedar hak dan kepentingan mereka hanya terjamin di bawah BN dan mereka harus memberi sokongan padu kepada MCA untuk terus menjadi suara masyarakat Cina dalam BN," katanya.

Kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Perak kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lalu.


Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/157318
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:38 PM GMT+8 , Processed in 0.056586 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list