CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6701|Reply: 57

Gaji rendah punca bercerai?

[Copy link]
Post time 25-5-2016 04:46 PM | Show all posts |Read mode

Perolehan pendapatan atau gaji yang rendah boleh menyumbang kepada punca perceraian pasangan berkahwin di negara ini.


Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), N Gopal Krishnam berkata, setiap pasangan berkahwin akan memerlukan sumber kewangan yang kukuh untuk memenuhi keperluan dan perbelanjaan rumah tangga.


Beliau tidak menolak wujud konflik berterusan antara pasangan sekiranya majikan hanya membayar gaji rendah kepada individu terbabit.

“Kita kena faham yang zaman sekarang, kita hidup dalam tekanan di sekeliling kita. Statistik menunjukkan yang 65 peratus keluarga di negara ini berpendapatan isi rumah di bawah RM3,500 ke bawah.


“Macam mana kita nak bayar rumah, kereta, dan dalam masa yang sama menanggung perbelanjaan dan keperluan seharian kita dengan gaji yang begitu rendah?” soalnya menerusi wawancara khas bersama Sinar Online.


Menurutnya lagi, mereka yang berpendapatan sederhana juga tidak terlepas dengan tekanan hidup sekiranya dibebani hutang.


“Semasa mereka kahwin, mereka sudah berhutang dengan bank (menerusi pinjaman peribadi). Mereka terpaksa berbuat demikian kerana mereka tidak ada simpanan.

“Dan bagaimana mereka mahu menyimpan jika pendapatan yang diperoleh tidak mencukupi?” soalnya lagi.


Jelasnya lagi, pihak majikan perlu lebih bertimbang rasa dalam soal pemberian gaji berikutan kos keperluan dan sara hidup yang kian meningkat pada masa kini.

Katanya, sekiranya pendapatan yang diperoleh oleh salah seorang atau kedua pasangan tidak mencukupi dalam memenuhi keperluan harian, ia boleh menjejaskan hubungan sosial dan kehidupan keluarga individu terbabit.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2016 04:53 PM | Show all posts
ukur baju di badan sendiri, berbelanja ikut kemampuan... ikut nafsu gaji 100k pun habis sehari aje... dan banyak lg cara lain utk tambah pendapatan... jgn mengharapkan gaji semata2... ramai je yg buat kerja part time mcm bisnes burger, cameraman org kawin etc... kena pandai2 lah cari rezeki...
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2016 05:00 PM | Show all posts
Semasa mereka kahwin, mereka sudah berhutang dengan bank (menerusi pinjaman peribadi). Mereka terpaksa berbuat demikian kerana mereka tidak ada simpanan.

“Dan bagaimana mereka mahu menyimpan jika pendapatan yang diperoleh tidak mencukupi?” soalnya lagi.


wajib ke berhutang sbb nak kawin ikut princess/ celeb wedding
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2016 05:12 PM | Show all posts
lepas kahwin hutang pinjaman peribadi pun tak berbayar

ayooo nak kawen pun sampai hutang kat bank ke uols

banyak iols jumpa kes mcm ni, bank arahkan lawyer anta surat saman dn cari penghutang2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2016 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalu hidup asyik mengadap kupon diskaun je pon susah jugak... lagi susah bila kupon expired.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2016 05:44 PM | Show all posts
intan_smsb replied at 25-5-2016 05:12 PM
lepas kahwin hutang pinjaman peribadi pun tak berbayar

ayooo nak kawen pun sampai hutang kat ban ...

ayoyo...... gigih nak berhutang utk kahwin.... tp lg pelik tak kawin2 gigih berhutang.... tak byr plak tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-5-2016 08:45 PM | Show all posts
gaji pengawal keselmatan 900 ringgit,pastu jadi cam title trid nih aka becerai.............ape lgi,ni lah mase ex wife nk jerut leher guards tu kaw kaw asal dpat mentenen cam life rita rudaini
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2016 10:35 PM | Show all posts
Bkn dah ade ke news ni last month
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2016 09:00 AM | Show all posts
gaji tinggi pung cerai jugak.... tengok orang ler....

ada tuh, somi keje tak menentu anak tetap kuar sampai 10 orang... aman damai rukun bahagia jah rumahtangga....tp tu ler, tak cukup makan pakai
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2016 10:07 AM | Show all posts
sblm pikir nak kawen kena duduk diskusi dulu...memula dgn pasangan pastu baru dgn bakal mertua...tapi klu buat yg wajib je pun setakat nikah dan kenduri kesyukuran pun beribu gak...tu pun basic je la tanpa pelamin bagai..sebab rasanya kos paling tinggi adalah katering
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2016 10:22 AM | Show all posts
klu gaji rendah maka berbelanja berpada2
jgn berhutang utk benda x sepatutnya
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2016 10:33 AM | Show all posts
dino replied at 25-5-2016 05:44 PM
ayoyo...... gigih nak berhutang utk kahwin.... tp lg pelik tak kawin2 gigih berhutang.... tak byr  ...

xpo la depa tak bayar, sekurangnya lawyer leh bagi job kat seben iols tuk cari org2 macam ni
weols pe susah tiap bulan dpt pymnt je dr depa
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2016 05:49 AM | Show all posts
carly_lah replied at 25-5-2016 04:53 PM
ukur baju di badan sendiri, berbelanja ikut kemampuan... ikut nafsu gaji 100k pun habis sehari aje.. ...

Masyarakat kita kalau citer pasal part time kerja tak habis habis pasal jual burger....





Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2016 09:39 AM | Show all posts
Mannak2 replied at 28-5-2016 05:49 AM
Masyarakat kita kalau citer pasal part time kerja tak habis habis pasal jual burger....
...

tu contoh manak, jual burger pun boleh kaya... memalam nak jual goreng pisang x laku...
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2016 09:47 AM | Show all posts
carly_lah replied at 28-5-2016 09:39 AM
tu contoh manak, jual burger pun boleh kaya... memalam nak jual goreng pisang x laku...

Mentaliti masyarakat kita....berpuluh tahun tetap pacak khemah luar rumah...jual burger.......jual air tebu...jual lemang......bila ditanya, "cobbler tak mahu luaskan perniagaan burger ini???"...
" dah ini aja rezeki yang di peruntukan utk aku Manak ...aku kembangkan sayaP perniagaan aku seluas mana pun Kalau dah rezeki aku tertulis secupak macamnee ..takkan akan jadik segantang, kan????".



Hang nampak tak nee carlylah?????


Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2016 09:52 AM | Show all posts
Mannak2 replied at 28-5-2016 09:47 AM
Mentaliti masyarakat kita....berpuluh tahun tetap pacak khemah luar rumah...jual burger.......jual ...

itu pemikiran manak yg sempit... pemikiran carly, bisnes burger kecik boleh di kembangkan... dah ramai owner burger yang kaya sebab buka cawangan... goreng pisang pun ada cawangan, nasi lemak pun ada cawangan... mungkin kawan2 manak terdiri dari org yg x de wawasan kot...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2016 06:51 PM | Show all posts
Edited by Mannak2 at 28-5-2016 06:53 PM
carly_lah replied at 28-5-2016 09:52 AM
itu pemikiran manak yg sempit... pemikiran carly, bisnes burger kecik boleh di kembangkan... dah r ...

The last 10 years.....the same faces along that stretch of highway leading to genting....selling lemang.....taman melawati stretch of roads...the same scene.....

just to name a few.......

Hang nak sebut setakat sate kajang bukak cawangan semerata....???

HARLOWWWWWWWWWWWWW.....people globalized their products...kita masih setakat ber bangga berpeluk tubuh  ada cawangan semerata negeri???

Nak Manak sambung lagik????


Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2016 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
intan_smsb replied at 26-5-2016 10:33 AM
xpo la depa tak bayar, sekurangnya lawyer leh bagi job kat seben iols tuk cari org2 macam ni  ...

Seben uols agency kah atau bank itself yang kerja bahagian field visit?
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2016 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Mannak2 replied at 28-5-2016 06:51 PM
The last 10 years.....the same faces along that stretch of highway leading to genting....selling l ...

Sekurang2nya depa berusaha juga utk buka cawangan dari manak duk meratip bisnes depan pintu rumah... la ni org bisnes depan pintu rumah pun income juta2... janji rajin, bukan mcm manak, ujung bulan tunggu dpt gaji aje... usaha lebih x dak...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2016 05:01 AM | Show all posts
carly_lah replied at 28-5-2016 10:59 PM
Sekurang2nya depa berusaha juga utk buka cawangan dari manak duk meratip bisnes depan pintu rumah. ...

Thats the thing...I don't get paycheque.....I sign the paycheque......









Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.247124 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list