CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3391|Reply: 12

Ghazwah / Ghaziya ... Teknik Peperangan dalam Islam

[Copy link]
Post time 26-5-2016 04:48 PM | Show all posts |Read mode
Edited by robotech at 26-5-2016 04:51 PM


Assalamualaikum,

Tahukah anda, ghazwah غزوة atau ghaziyya غزية, ia merujuk kepada siri2 serangan tentera muslimin ke atas kafilah2 dagang Quraisy di Makkah melalui laluan dagang yang melalui Hejaz ke wilayah Arab Ghassan Nasara serta Ash-Sham jajahan Rum Baizentin dan Ctesiphon jajahan takluk Empayar Parsi Sassaniyah.

Siri serangan ghazwah bertujuan merampas kembali hartabenda kaum muhajirin yang dirampas di Makkah untuk dijual orang Quraisy serta merupakan satu tindakan serangan ekonomi bagi melumpuhkan ekonomi Makkah yang banyak bergantung kepada perdagangan luar.

Ghazwah juga melatih ramai para sahabat dari Muhajirin dan Ansar untuk menajamkan kemahiran berperang mereka, dari segi konsep "ambush" (serangan mengejut). Menyertai ghazwah membawa maksud yang mudah bagi para sahabat yang menyertainya, hidup atau mati. Kerana ini bukan latihan, tapi melibatkan pertempuran bersenjata walaupun dalam skala kecil. Acapkali jumlah tentera Islam yang menyertai ghazwah dalam jumlah sangat minima menyerang kafilah dagang Quraisy yang jumlah pengawal jauh lebih lengkap bersenjata.

Ramai tidak menyedari bahawa Perang Badar itu juga adalah kemuncak kempen ghazwah dimana Rasulullah memimpin satu ketumbukan 313 tentera Islam untuk menyerang dan merampas kafilah dagang yang diketuai Abu Sufyan yang baru pulang dari Ash-Sham. Abu Sufyan mendapat tahu terlebih awal akan pergerakan tentera Islam segera melencong dari laluan asal dan melalui laluan alternatif ke Makkah. Bani Quraisy yang mendapat tahu maklumat berkenaan segera menghantar 1000 anggota tentera Quraisy bagi memintas tentera Islam dan untuk menyelamatkan kafilah dagang Abu Sufyan. Apabila kedua pasukan ini bertembung di Badr, maka berlakulah perang Badar yang menyaksikan kemenangan tentera Islam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-5-2016 05:09 PM | Show all posts



Konsep Ghazwah diteruskan dibawah pemerintahan Khalifah Abu Bakar menerusi panglima Al-Muthanna ibn Haritha, seorang ketua suku bani Bakr yang diberi watikah oleh Khalifah untuk menjalankan ekspedisi ghazwah di sempadan perbatasan Hejaz dengan Iraq yang dikuasai oleh Empayar Parsi Sassaniyah. Aktiviti ghazwah kini tidak lagi terhad kepada menyerang dan merampas kafilah dagang, ia turut melibatkan serangan dan serbuan ke atas lokasi2 strategik di kota2 perbatasan seperti pasar2 yang berdagang hasil makhsul perdagangan. Ini merupakan bibit2 awal kepada pertembungan siri konflik peperangan antara Khilafah Ar-Rashiddin dengan Parsi Sassaniyyah sebagaimana kempen2 kecil ghazwah yang dilancarkan Kerajaan Islam Madinah merupakan bibit awal kepada Perang Badar.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2016 05:15 PM | Show all posts


Tradisi ghazwah diteruskan oleh kerajaan2 Islam berikutnya sehinggakan sampai satu tahap, wujudnya pasukan tentera Ghazi. Unit Ghazi adalah unit2 tentera khusus (boleh dianggap pasukan khas) yang mana aktiviti ghazwah adalah kelebihan mereka. Unit2 Ghazi  diberi watikah oleh Khalifah / Amir / Sultan untuk melakukan serbuan ke wilayah2 musuh di perbatasan sempadan dimana gaji mereka dibayar menerusi ghanimah yang diperolehi semasa kempen ghazwah. Kempen2 ghazwah dijalankan tak kira masa aman atau peperangan, jika di masa aman bertujuan untuk mengganggu gugat ekonomi wilayah musuh dan menjadi alat peperangan saraf (psychological warfare) dan jika di masa perang, ghazwah dijalankan untuk menyerang laluan lojistik tentera musuh.

Tentera Ghazi digunakan oleh Kerajaan Islam Seljuk, Khilafah Abbasiyyah, Kerajaan Islam Mamluk, dan juga Khilafah Uthmaniyyah. Antara penulisan mengenai tradisi kempen ghazwah disentuh secara terperinci oleh Ibn Rushd dalam kitab Bidayah al-Mujtahid wa-Nihayah al-Muqtasid.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2016 06:12 PM | Show all posts


Ghaziyyah  غزية merujuk kepada kempen serangan laut terutama aktiviti perampasan kapal perdagangan, serangan laut ke atas bandar2 pesisir pantai yang dijalankan oleh angkatan laut Uthmaniyyah yang berpengkalan di Maghreb (kawasan jajahan takluk Uthmaniyyah di Afrika Utara meliputi Algeria, Tunisia, Libya, Maghribi).

Sebagaimana unit Ghazi Uthmaniyyah yang dibayar menggunakan ghanimah hasil serbuan ke kota2 musuh di wilayah perbatasan, konsep yang sama digunapakai bagi pelaut2 tentera laut Uthmaniyyah yang menjalankan aktiviti ghaziyyah.

Nakhoda, anak kapal berserta panglima laut wilayah jajahan Uthmaniyyah di Maghreb diberi watikah oleh Khalifah untuk melaksanakan ekpedisi serangan rampasan kapal musuh, serta ekspedisi serangan amfibi ke atas lokasi2 penempatan atau kota musuh di pesisiran pantai. Tentera laut Uthmaniyyah ini akan dibayar menerusi ghanimah (rampasan perang) dari serangan yang dilakukan, terutama ke atas armada laut Rum Baizentin, kerajaan salibi Perancis, England, dan mana2 kerajaan Eropah Kristian yang bermusuh dengan Khilafah Uthmaniyyah.

Serangan laut ghaziyyah ke atas laluan perdagangan di laut Mediterreanean, sehinggalah ke serangan amfibi ke atas pesisir laut di Italy, Perancis, Portugal, Sepanyol,  dan kepulauan England (hingga ke Ireland! ) dan rampasan kapal musuh Khilafah berkembang dari lautan Mediterreanean ke lautan Atlantik sehingga sejauh benua Amerika Selatan!

Paling menarik, aktiviti serangan ghaziyya turut diamalkan oleh perajurit Kesultanan Melayu Brunei, dan perajurit Kesultanan Sulu ke atas kapal2 dagang Sepanyol di laut China Selatan dan laut Sulawesi. Rekod sejarah juga membuktikan, Kesultanan Melayu Johor Riau dalam kempen peperangan dengan Belanda menyaksikan kempen serangan armada Melayu Bugis melakukan serangan ghaziyyah ke atas kota2 koloni Belanda dan merampas kapal2 dagang Belanda di Selat Melaka.

Keberanian pahlawan laut Islam dari Maghreb hingga ke Nusantara membawa kepada kejayaan merampas kapal2 dagang kuasa kolonial seperti Britain dan Amerika Syarikat pada kurun ke 19.

Antara panglima2 armada ghaziyyah adalah seperti Laksamana Armada Uthmaniyyah Allahyarham Khidr Khayruddin Barbarossa, abangnya Oruc Rais, serta panglima armada Uthmaniyyah di Tunis iaitu Yusuf Rais (John Ward, bekas kapten Royal Navy England yang memeluk Islam dan berpaling tadah kepada Uthmaniyyah - dialah inspirasi kepada watak Captain Jack Sparrow) dan juga Yang Dipertuan Muda Kesultanan Johor-Riau, Raja Haji Fisabilillah ibn Daeng Chelak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2016 06:13 PM | Show all posts
Edited by robotech at 26-5-2016 07:05 PM



Di zaman moden, kempen ghazwah masih digunakan terutamanya kempen insurgensi mujahidin Chechen ke atas penaklukan Russia di Chechnya. Pejuang Sunnah di Iraq serta Syria juga kerap menggunakan kempen ghazwah ke atas kawasan2 strategi ekonomi dan persenjataan melalui serangan ke atas konvoi bekalan dan kem tentera rejim Syiah Shafawi Iraq / rejim Syiah Nushairiyah Syria.
Kempen ghazwah ini jika diterap dalam konteks peperangan moden adalah sebahagian taktik serangan tidak asimetrikal (non-assymetrical warfare) atau dalam bahasa mudah sebahagian taktik serangan gerila yang bertujuan melibatkan serangan ke atas sasaran ekonomi atau bekalan ketenteraan (perampasan aset militeri).
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2016 08:32 PM | Show all posts
wah menariknya info ni tt...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-5-2016 08:35 PM | Show all posts
kita pun guna teknik seakan sama bila revenge dalam COC...just rampas balik mana yg mereka curi dari kita masa attack dan blah...guna askar seminimum yg mungkin...
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2016 08:36 PM | Show all posts
maknanya teknik Ghazwah ni bukan untuk meluaskan tanah jajahan la ye? just rampas barang dagangan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-5-2016 07:56 AM | Show all posts
Ya. Namun begitu objektif selain rampasan dagangan turut melibatkan matlamat utk melumpuhkan ekonomi negara musuh. Contohnya, pedagang2 negara musuh melalui laluan dagangan di darat atau di laut, lalu diserang dlm ops ghazwah / ghaziyyah, pastunya akan trauma atau takut akan kerugian keuntungan atau rampasan pengangkutan (unta / kuda / atau sebuah kapal dagang) dan anggota kafilah / anak kapal ditahan utk dijadikan hamba atau dipenjara shgga mendapat duit tebusan dari negara masing2.

Ini juga merupakan taktik perang saraf. Rakyat negara musuh yg tggal di kawasan perbatasan sempadan dan kawasan pesisir pantai akan kecut perut dan meninggalkan kawasan penempatan mrk acapkali ada serbuan ghazwah atau ghaziyyah. Penduduk musuh kwsn perbatasan akan berhijrah ke ibukota mrk dan menjadi pelarian dlm negara mrk sndiri dn menimbulkan tekanan ekonomi dan sosial kpd pemerintah mrk. Lbh menakjubkan, konsep reverse psychology turut berlaku di mana penduduk musuh kwsn perbatasan yg fed-up dgn serangan ghazwah lebih rela berpindah masuk rentas sempadan dan menjadi rakyat negara Islam dgn membayar cukai jizyah dan hak2 mrk dilindungi. Ini menambah hasil pendapatan cukai kpd negara Islam. Begitu juga di lautan, ramai kapten kapal dagang sanggup membayar upah emas dan perak kpd armada laut Uthmaniyyah dari mngelakkn kapal mrk dirampas semasa ops ghaziyyah.

Dalam konteks era peperangan, ghazwah dan ghaziyyah dilakukan ke atas laluan lojistik melibatkn rampasan bekalan makanan, pengangkutan dan persenjataan musuh, mengganggu kelancaran ekspedisi ketenteraan musuh dn aktiviti sabotaj di belakang ketumbukan tentera musuh (behind enemy line). Malah aktiviti ghazwah dan ghaziyyah acapkali juga menjadi medan utk mendptkn maklumat strategik mengenai kekuatan musuh dan tahap kesiapsiagaan tentera musuh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2016 07:57 AM | Show all posts
Edited by robotech at 27-5-2016 07:58 PM

-snip- double post
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2016 02:35 PM | Show all posts
Pernah baca buku tentang sejarah Muhammad S.A.W berkaitan perkara ni. Tapi dalam buku tu nabi tak approve kaedah ni. Tapi kalau nak buat juga nabi tak larang. Lupa pulak tajuk buku tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2016 08:20 PM | Show all posts
ra5101 replied at 27-5-2016 02:35 PM
Pernah baca buku tentang sejarah Muhammad S.A.W berkaitan perkara ni. Tapi dalam buku tu nabi tak ap ...

Sebenarnya, serangan ghazwah itu sendiri dimulakan oleh Nabi Muhammad SAW. Ramai ingat pertempuran bersenjata pertama org Islam vs kafir Quraisy adalah Perang Badar, itu salah sama sekali. Perang Badar adalah kempen peperangan yang pertama dalam skala yang besar melibatkan pertempuran 'set piece' dgn formasi ketenteraan.

Ghazwah pada awalnya hanyalah siri2 serangan hendap mengejut kepada kafilah dagang Quraisy yang dilaksanakan unit2 kecil tentera Islam Madinah ketika era Nabi Muhammad SAW. Taktik serangan melibatkan serbuan, merampas dagangan serta haiwan tunggangan (unta / kuda) dan beredar segera sebelum bantuan bersenjata musuh sempat sampai.

Khalifah Abu Bakr semasa era Khulaffak ur Rashiddin mengadaptasi serangan ghazwah tidak lagi terhad kepada kafilah dagang musuh shj, malah mewatikahkan panglima Muthanna ibn Haritha ketua suku Bani Bakr mengetuai serangan ghazwah di perbatasan Iraq-Hejaz, menyerbu kota2 kecil dan pasar2 Parsi Sassaniyah di kawasan sempadan. Biasanya ops ghazwah dilakukan ketika kawalan tentera Parsi agak longgar, dan serbuan ke pasar2 dilakukan dalam masa yg cepat sehinggakan bila terdengar ada je ops ghazwah, satu kota atau kampung boleh jadi haru biru dibuatnya. Amat jarang sekali ops ghazwah mengorbankan nyawa, kalau iya pun sedikit je.

Semasa kempen peperangan Khalid al Walid menentang kerajaan Arab Nasrani Ghassan, Empayar Parsi Sassaniyah di  Iraq dan Empayar Rum Baizentin di Ash-Sham masa era Khalifah Abu Bakr dan Khalifah Umar,  ops ghazwah banyak mengkucarkacirkan pos2 kawalan sempadan dan bantuan lojistik kepada ketumbukan utama tentera musuh.


Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2016 09:51 AM | Show all posts
Konsep dia sama macam konsep "robinhood" menarik.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:22 AM GMT+8 , Processed in 0.161776 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list