CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1592|Reply: 4

[Tempatan] Quaker Oats Malaysia Selamat Di Makan Jangan Risau

[Copy link]
Post time 28-5-2016 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Bijirin Quaker Oats Pasaran Tempatan Selamat - KP Kesihatan
Diterbitkan: Sabtu, 28 Mei 2016 1:40 PM
Noor Hisham Abdullah
Noor Hisham Abdullah.
   (Ubah saiz teks)
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mengesahkan produk makanan bijirin oat jenama Quaker Oats yang dijual di pasaran tempatan tidak mengandungi glyphosate iaitu sejenis racun rumpai.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, mengikut sub peraturan 41(3), Peraturan-Peraturan Makanan 1985, kadar maksimum residu glyphosate yang dibenarkan dalam makanan bijirin termasuk oat adalah 30miligram/kilogram (mg/kg).

"Kementerian Kesihatan mengambil maklum isu residu racun perosak glyphosate dalam produk makanan bijirin jenama Quaker Oats yang disiarkan melalui laman web Fox News dan New York Post serta tersebar luas di media sosial kebelakangan ini," katanya dalam satu kenyataan di sini, Sabtu.

Katanya, laman web itu melaporkan seorang pengguna di Brooklyn, Amerika Syarikat mengemukakan saman ke atas syarikat pengeluar makanan bijirin jenama Quaker Oats kerana syarikat itu didakwa menyembur glyphosate ke atas oat sebagai agen pengering sejurus sebelum oat dituai.

Menurut Noor Hisham, pihaknya sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara yang boleh mengancam keselamatan pengguna melalui penguatkuasaan bersungguh-sungguh dan berterusan demi memastikan tahap keselamatan dan kualiti makanan terkawal.

"Pengguna boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat atau melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan www.facebook.com/bkkmhq jika ada aduan berkaitan keselamatan makanan," katanya. - Bernama

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-5-2016 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Isu Residu Racun Perosak Glyphosate Dalam Produk Makanan Bijirin
Diterbitkan: Sabtu, 28 Mei 2016 11:29 AM

   (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mengambil maklum isu residu racun perosak glyphosate dalam produk makanan bijirin jenama Quaker Oats yang disiarkan melalui laman web Fox News dan New York Post serta menjadi viral di media sosial kebelakangan ini.

Laman web tersebut melaporkan seorang pengguna di Brooklyn, Amerika Syarikat telah mengemukakan saman ke atas syarikat pengeluar makanan bijirin jenama Quaker Oats kerana syarikat tersebut didakwa menyembur glyphosate ke atas oat sebagai agen pengering sejurus sebelum oat dituai.

Glyphosate merupakan sejenis racun rumpai. Di bawah sub peraturan 41(3), Peraturan-Peraturan Makanan 1985, kadar maksimum residu glyphosate yang dibenarkan dalam makanan bijirin termasuk oats adalah 30mg/kg.

"Dalam hal ini, Kementerian Kesihatan telah menjalankan pemantauan ke atas produk makanan bijirin oat yang dijual di pasaran tempatan dan sehingga kini hasil pemantauan menunjukkan glyphosate tidak dikesan.

"Kementerian Kesihatan sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam keselamatan pengguna melalui penguatkuasaan yang bersungguh-sungguh dan berterusan demi memastikan tahap keselamatan dan kualiti makanan adalah terkawal," jelasnya.

Pengguna boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat atau melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan www.facebook.com/bkkmhq jika terdapat aduan berkaitan keselamatan makanan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2016 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh mkn time sahur nanti
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2016 02:35 PM | Show all posts
oat tu bukan import dari China packing kat sini ke?
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2016 03:27 PM | Show all posts
shamsadis replied at 28-5-2016 06:35 AM
oat tu bukan import dari China packing kat sini ke?

import dari china?  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:55 PM GMT+8 , Processed in 0.346655 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list