CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1151|Reply: 4

[Tempatan] Kosmo! akhbar No. 1 di Malaysia

[Copy link]
Post time 28-5-2016 02:41 PM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR – Akhbar Kosmo! yang mula diterbitkan pada 31 Ogos 2004 menjadi akhbar harian bahasa Melayu No. 1 selepas menca­tatkan jumlah edaran sebanyak 187,967 naskhah sehari sepanjang Julai hingga Disember tahun lalu.

Berdasarkan perangkaan terkini yang dikeluarkan Audit Bureau of Circulations (ABC) itu, Kosmo! yang diterbitkan oleh Kumpulan Utusan unggul pada kedudukan pertama mengatasi Ha­rian Metro yang mencatat edaran 179,231 naskhah diikuti Utusan Malaysia (154,776) dan Berita Harian (106,754).

Akhbar mingguan terbitan Kumpulan Utusan, Mingguan Malaysia pula kekal menjadi akhbar mingguan berbahasa Melayu No. 1 dengan edaran sebanyak 336,233 naskhah diikuti Metro Ahad (207,119), Kosmo! Ahad (205,520) dan BH Ahad (109,811).

Sementara itu, bagi akhbar harian berbahasa Inggeris, The Star mencatatkan jumlah eda­ran tertinggi sebanyak 248,413 naskhah diikuti Sunday Star (246,652 naskhah).

Menurut perangkaan itu, akhbar New Sunday Times menca­tatkan edaran sebanyak 64,850 naskhah, New Straits Times (62,113 naskhah), The Edge (23,087 naskhah) dan The Edge Financial Daily (4,051 naskhah).

Akhbar Sin Chew pula mengatasi akhbar bahasa Cina lain di negara ini dengan jumlah edaran sebanyak 352,686 naskhah bagi keluaran edisi pagi dan petang diikuti China Press (202,745 naskhah) dan Guang Ming (81,082 naskhah).

Secara keseluruhan, akhbar bahasa Melayu mencatatkan jumlah edaran 1,487,411 naskhah setiap keluaran berbanding sebanyak 649,166 naskhah bagi akhbar bahasa Inggeris dan 636,513 naskhah untuk akhbar bahasa Cina.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2016 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Sinar harian no berapa?
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2016 03:41 PM | Show all posts
mana pencacai @sinar.com      
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2016 03:41 PM | Show all posts
metro pulak no berapa..

berita hairan
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2016 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
cm ne harian metro leh jatuh? teruk staf kene ngn bos nnti.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:56 PM GMT+8 , Processed in 0.062812 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list