View: 978|Reply: 7
|
[Tempatan]
{3} Kehadiran gajah liar resahkan penduduk!
[Copy link]
|
|
Edited by tongkatwaran75 at 30-5-2016 12:48 AM
Warga emas Yaakub Saad, 67, (kanan) menunjukkan pokok pisang yang rosak akibat dimusnahkan oleh gajah di Kampung Batu 8, Mukim Siong, Baling. - Foto BERNAMA
Selanjutnya di : http://www.bhplus.com.my/node/158875
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tongkatwaran75 at 30-5-2016 12:49 AM
Ahad, 29 Mei 2016 @ 11:53 PM
BALING: Kehadiran gajah liar di kawasan Kampung Batu 8, di sini sejak tiga bulan lalu, semakin meresahkan penduduk di kampung itu.
Gajah bukan sahaja memusnahkan lebih 2,000 pokok pisang yang sedang berbuah dan kira-kira 1,000 pokok sawit, malah kini sudah berani menghampiri rumah penduduk di kampung berkenaan terutama pada waktu malam.
Penduduk mendakwa walaupun aduan telah dibuat, tidak ada tindakan diambil pihak berkuasa termasuk Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) daerah Baling.
Berikutan itu, pemilik tanah yang mengusahakan tanaman pisang hanya mampu menghalau gajah berkenaan yang dipercayai cuma seekor, dengan membakar mercun.
Seorang petani yang mengusahakan tanaman pisang dalam kebun getahnya, Yahya Mat Isa, 55, berkata sebanyak 200 pokok pisangnya yang sedang mengeluarkan hasil dimusnahkan gajah sepanjang tiga bulan ini.
"Saya tidak berani membuat sebarang tindakan selain memberitahu Jawatankuasa Keselamatan Kampung untuk melaporkan kepada pihak berwajib," katanya.
Sementara itu, Yaakub Saad, 67, turut mengakui tidak ada sebarang tindakan dan bayaran ganti rugi dari mana-mana pihak walaupun tanaman itu ditanam di tanah persendirian.
"Ada pihak mendakwa mereka tidak boleh bertindak kerana gajah itu memusnahkan tanaman yang ditanam di atas tanah milik kerajaan," katanya.
Yaakub berharap masalah dan kerugian penduduk di kampung itu dan sekitarnya yang menerima nasib yang sama, mendapat perhatian pihak berkuasa.
"Saya sendiri kerap menghubungi pegawai Perhilitan yang berpusat di Belantik, Sik, namun mereka juga ada masalah untuk datang kerana di Baling ada Pejabat Perhilitan sendiri," katanya. - BERNAMA
Selanjutnya di : http://www.bhplus.com.my/node/158875
|
|
|
|
|
|
|
|
kesian dgn binatang2 nie...
hilang tanah atas kerakusan manusia |
|
|
|
|
|
|
|
ko masuk tempat dia, tebang sana sini sampai hilang sumber makanan dia mmg padan kena lanyak dek gajah.... |
|
|
|
|
|
|
|
Bhye ni xleh gi mandi kolam air panas...
Nnt kak jah join berendam |
|
|
|
|
|
|
|
gajah pon resah jugak tengok tempat tinggal dia habis musnah.... hutan tebang buat rumah buat resort buat kilang... |
|
|
|
|
|
|
|
kesian lagi kat gajah berbanding pakcik tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|