CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7225|Reply: 31

Ika Nabella Tidak Berdendam Dengan Azma Walaupun Pernah Di Pukul

[Copy link]
Post time 31-5-2016 02:55 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ





Aktres Ika Nabella, 27, salah seorang pelajar Akademi Fantasia Musim 6 mengakui dia tidak pernah berdendam dengan pengarah drama “Dawai Asmara” Azma Aizal Yusoof yang pernah memukulnya.


Pengarah tersebut bertindak memukul pelakon Ika Nabella di lokasi penggambaran drama Dawai Asmara di Hulu Klang pada 2 November tahun lalu.


Memetik dari AstroGempak, Ika turut memberitahu dia turut bersedia untuk menjalin kerjasama dengan Azma Aizal Yusoof jika diberikan kesempatan.


“Jika selepas ini ada peluang untuk kami bekerja semula, saya okay sahaja. Saya bersikap profesional dan tidak menyimpan sebarang dendam terhadap dirinya.


“Namun begitu, selepas kejadian tersebut, saya tidak pernah lagi berjumpa atau terserempak dengan dia. Sebelum ini, dia pernah menghantar mesej meminta maaf dan saya cuma membalas ‘it’s okay’ sahaja,” kata Ika.






Dalam pada itu, Ika kini sedang giat mengadakan persiapan untuk majlis perkahwinannya yang bakal berlangsung selepas sambutan Syawal.


Ika selamat bertunang dengan seorang ahli perniagaan, Muhammad Zaid, 29, pada 14 Mei lalu. Majlis diadakan secara sederhana di kediaman Ika di Bayan Lepas, Pulau Pinang.


“Alhamdulillah, persiapan perkahwinan saya sudah 80 peratus selesai.Tarikh pernikahan masih belum diputuskan tetapi kami dijangka akan berkahwin pada Julai ini, selepas Hari Raya Aidilfitri".


Sebagai info, Azma Aizal Yusoof pernah mengarahkan beberapa siri drama popular seperti Kerana Terpaksa Aku Relakan dan Teman Lelaki Upahan di slot Akasia , TV3. Azma juga pernah berkongsi tentang kehidupan hitamnya iaitu terjebak dengan najis dadah dan mendapat pemulihan di pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen).


Eloklah ambil langkah berbaik-baik, bergaduh dan berdendam lama-lama sememangnya tak bagus. - CARI Infonet.









Sumber - AstroGempak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2016 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
lerr..tak tau pun dia dah bertunang. tup tup nak kawen dah.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2016 03:43 PM | Show all posts
Ekceli, kalau dia berlakon Dawai Asmara tu, aku might actually tgk. Tapi ni pelakon xkenal sume, mmg takla
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2016 04:14 PM | Show all posts
Dia nie dah bertunang..tak silap aku tunang dia kan bekas bf si anne Farina AF tue..dia caras ker?...-tup aku tgk dia couple ngan ex bf si Farina tue..dorank kan dulu sama group clubbing...tolong bg penjelasan...ker aku silappp..skrg pun dah tak tgk dia hangging out ngan Farina tue
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2016 04:30 PM | Show all posts
lama tak tgk dia ni belakon
selalunya dia ni watak jahat menggedik
mohon blakon cita muslimah sejati plak
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2016 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
meteorspeed replied at 31-5-2016 04:14 PM
Dia nie dah bertunang..tak silap aku tunang dia kan bekas bf si anne Farina AF tue..dia caras ker?.. ...

Yg farina pggl bowie something tu eh? Bkn dh lama break off ke? Jap akak cari gambo.org yg sm ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-5-2016 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
KIKIKI90 replied at 31-5-2016 04:30 PM
lama tak tgk dia ni belakon
selalunya dia ni watak jahat menggedik  
mohon blakon cita muslim ...

Ade dia berlakon kt rtm.jd bdk baik2.i suke dia berlakon.x kayu
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2016 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Gmbr tunang

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2016 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Gmbr lama anne.thn 2013

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2016 06:02 PM | Show all posts
owh..die ke...ptt la yg jd heroin tu muka kertu sgt..nk sama baya ngn mak die...tp pmpuan tu not bad gak berlakon..ke die pn kne tumbuk gak?
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2016 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 31-5-2016 05:59 PM
Yg farina pggl bowie something tu eh? Bkn dh lama break off ke? Jap akak cari gambo.org yg sm ke?

Ha ah la..kan time break dulu mcm ada sindir menyindir kt ig dulu..tak silap ilos..mingkin ramai tak notice sbb tak terkenal kot hehehe..mungkin dorank aindir org lain ilos tak tau lak hehe
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2016 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Ika nabela ni kalo pakai mekap and baju urban style pun .stil nmpk kampung
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2016 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia kalau grooming lebih skt bru sedap skit nk tgk
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2016 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Sanggup hocay meols komen thread sendurina ni semata2 nk nyahkan spammers gila meroyan
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2016 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
I suka cter dawai asmara..ikut dr mula..tp suppose si ika ni watak yg mana...ada tiga org yang tertukar masa kecik..anak datuk tu ke...anak org yg jaga asrama anak yatim tu ke...or anak yg jadi jahat tu??
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2016 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 31-5-2016 06:27 PM
Ika nabela ni kalo pakai mekap and baju urban style pun .stil nmpk kampung

Yup, memang dia nampak kg wlu mekap setebal mana pun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2016 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
meteorspeed replied at 31-5-2016 06:08 PM
Ha ah la..kan time break dulu mcm ada sindir menyindir kt ig dulu..tak silap ilos..mingkin ramai t ...

X perasan pulak.nmpk mcm elok je anne n ika
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2016 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
awaynepian replied at 31-5-2016 08:21 PM
I suka cter dawai asmara..ikut dr mula..tp suppose si ika ni watak yg mana...ada tiga org yang tert ...

Anak yg jaga asrama anak yatim tu. Ade terbaca kt artikel.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2016 11:25 PM | Show all posts
erm .. ok lah kan
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2016 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 31-5-2016 05:59 PM
Ade dia berlakon kt rtm.jd bdk baik2.i suke dia berlakon.x kayu

suka jgk dia blakon.. haha mungkin ai jarang tgk rtm sbb tu la tak nampak dia..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-3-2024 02:16 PM GMT+8 , Processed in 0.094218 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list