CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7085|Reply: 64

Pemenat pemenat retis Malaya bersatu kekdahnya dgn penubuhan KITA ~ gegehhh!!! @

[Copy link]
Post time 15-6-2016 05:56 PM | Show all posts |Read mode
Edited by qqOfficial at 15-6-2016 05:58 PM

Penubuhan KITA Dapat Satukan Kelab Peminat Artis

Penubuhan Kelab Interaksi Artis (KITA) dilihat dapat menyatukan semua kelab peminat di bawah satu bumbung dalam mewujudkan sokongan terhadap selebriti tempatan tanpa mengambil kira sentimen favoritism. Presiden KITA, Zaisuria Darus berkata, idea penubuhan kelab berkenaan tercetus selepas melihat ada kalangan peminat yang gemar bertelagah demi mempertahankan artis kesayangan masing-masing di laman sosial.

Jelasnya, situasi tidak sihat itu tidak sepatutnya berlaku kerana peminat sepatutnya menunjukkan sokongan kepada semua selebriti agar industri seni dapat membangun dengan lebih baik.

"Kejadian peminat artis bertelagah di laman sosial tengang isu remeh temeh sering berlaku dan ia sebenarnya satu situasi tidak sihat dikalangan peminat industri seni. Melihat kepada keadaan itu KITA ditubuhkan untuk menyatukan semua kelab peminat dan artis agar dapat saling menyokong dan bukannya mewujudkan kebencian,"
Zaisuria berkata demikian ketika ditemui pada majlis Ihya Ramadan Selebriti KITA di Akademi Kenegaraan di sini, Sabtu lalu.

Seramai 50 selebriti termasuk pelakon, penyanyi, penyampai radio dan pengacara hadir bagi memeriahkan acara berkenaan bersama hampir 200 peminat. Dalam pada itu, Zaisuria berkata, setakat ini KITA mempunyai 13 kelab artis yang sudah pun menyertai selain ada beberapa lagi menunjukkan minat.

Pihaknya sentiasa terbuka sekiranya ada mana-mana kelab peminat untuk menyertai KITA kerana ia dapat memeriahkan lagi aktiviti yang bakal diadakan.

"Jujurnya KITA masih baharu dan Alhamdulillah tidak sampai tempoh sejam kami membuka permohonan ramai yang mahu menyertai dan kami lihat ini perkembangan baik," katanya.

Sementara itu, bercakap mengenai program bantuan gelandangan yang diadakan bersama peminat dan selebriti, Zaisuria menyifatkan ia sebagai satu kejayaan apabila ramai selebriti mengambil peluang untuk menyertai program berkenaan.

Katanya, sebanyak dua lokasi dipilih iaitu Dataran Merdeka dan Puduraya bagi memberi sumbangan berupa set penjagaan diri seperti sabun, berus gigi dan pencuci muka.
"Syukur AlhAmdulillah program pertama KITA berjalan lancar bermula dengan acara berbuka puasa, solat berjemaah dan seterusnya beramai-ramai membantu golongan gelandangan di sekitar Kuala Lumpur. Jelas peminat dan artis daripada pelbagai kelab peminat dapat bekerjasama dan semangat ini yang kami mahukan," ujarnya.
Antara artis yang hadir memberi sokongan ialah Didie Alias, DJ Lin, Sabhi Saddi, Reen Rahim, Wilma, Fizz Fairuz, Almy Nadia, Syazwan Zulkifly, Afzan, Nazrief Nazri.

Zaisuria turut berkata, aktiviti KITA tidak akan terhenti setakat bulan Ramadan sahaja sebaliknya merancang untuk mengadakan sekurang-kurangnya satu program setiap bulan. Jelasnya, dengan cara itu ia dapat mengeratkan lagi ukhwah di kalangan ahli-ahli kelab peminat yang turut melibatkan selebriti tempatan.

"Insya-Allah, pada hari raya nanti kami akan adakan rumah terbuka selain beberapa program yang sedang dirancang termasuk bersempena bulan kemerdekaan pada Ogos.

Dalam perkembangan sama, pelakon dan pengacara Didie Alias melihat penganjuran aktiviti seperti ini dapat menyatukan semua artis bersama peminat. Malah kata Didie, dia juga terkejut apabila program Ihya Ramadan Selebriti KITA turut mendapat sokongan ramai artis tempatan meskipun ia pertama kali diadakan.

"Alhamdulillah saya lihat acara ini meriah dengan kehadiran selebriti yang sama-sama melibatkan diri dan membantu golongan kurang bernasib baik.

"Usaha pertama kali ini wajar dipuji dan diteruskan pada masa hadapan kerana ia dapat merapatkan hubungan artis dan peminat," jelasnya.-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Rupa rupanya orang -orang kuat penubuhan KITA ni adalah barisan nasi hempet terulung .... hehehhh.... antaranya si kepam dirafdias, si lelemak cinta sherliza nahza , si ponen zahar bubu,   ....gegehhhh depa ni .... ahakzz... cc: @sepitsiput   @katibism

tp biasalahh si kepam diraf kalo tak meroyan....tak sah ....  hahaaa...


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2016 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
hadap sgt dgn artis. takde life sgt ke
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2016 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak tini zulkifli @sepitsiput ade tak?
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2016 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by hijau88 at 15-6-2016 07:35 PM

Zai yg mana agaknya ye? Ada penah kenal zai presiden fc sorg retis ni, mmg byk cekadak. Taktau la klu zai ni zai yg lain.

Apsl gabungan retis2 tu kebanyakannya retis sendu? Kesian. Wakakakkaka.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2016 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Hadap benau nak berkelab bagai..dorg ni xde life ke
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2016 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Hadap benau nak berkelab bagai..dorg ni xde life ke
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-6-2016 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak sangat masa lapang dorang ni.
Aku time keja nak bernafas pun tak lepas
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2016 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
qqOfficial replied at 15-6-2016 05:56 PM
Penubuhan Kelab Interaksi Artis (KITA) dilihat dapat menyatukan semua kelab peminat di bawah satu  ...

Slmt bernasi himpit dekkkk....hambekkk kau fb pun biar public je,retis sgt khennnn satu dunia bleh baca apa yg ponen nasik himpit ni updateee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2016 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahai...sanggup dorang buat ni semua semata2 utk artis. Nampak sgt tak ada life
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2016 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Porumer pulak bersatu hati menghentam retis. Balance lah khen.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2016 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg join pun semua retis sendu2 jah. Mana retis  top2 ni? Xnak join ke?
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2016 01:17 AM From the mobile phone | Show all posts
qqOfficial replied at 15-6-2016 05:56 PM
Penubuhan Kelab Interaksi Artis (KITA) dilihat dapat menyatukan semua kelab peminat di bawah satu  ...

Kan meols dah buat assignment kaka sepit baru ni.. X sia2 meols stalk
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2016 02:15 AM From the mobile phone | Show all posts
So haters pon dh boleh tubuh KAMI kot.. Kelab Anti Artis Malaysia..
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2016 05:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahahahah rakus perhatian dari artis2..

Mesti fb penuh dgn selfie bersama2 para retis sekalian
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2016 06:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Artis yang join pun tahap sendu di aidilfitri jah
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2016 06:03 AM From the mobile phone | Show all posts
RatuDunia94 replied at 16-6-2016 02:15 AM
So haters pon dh boleh tubuh KAMI kot.. Kelab Anti Artis Malaysia..


KECAM = Kelab Cerca Artis Malaysia

voley??

@katibism @dauswq opkoz meols x dtg ya! Berani mati diorg x calonkan meols si kepam Tinie ni sbg presiden walhal meols penjilat nombor 1 Retis Nombor Satu Malaysia 2016 - Noor Neelofa hurkeh!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2016 06:05 AM From the mobile phone | Show all posts
@qqOfficial mohon siasat keterlibatan Bebi Sharul ( @af_mania @elamor ) serta bebi Aman (@orix) dlm persatuan sampah ni nasi himpit ni ya! katanya bakal jd retis balaci
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2016 06:27 AM From the mobile phone | Show all posts
sepitsiput replied at 16-6-2016 06:03 AM
KECAM = Kelab Cerca Artis Malaysia

voley??

iols rasa better chuols cari nama lain okeh... iols takut terkonfius dgn nama KECAMAN (Kelab Cinta Aman)

what say u?
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2016 06:34 AM From the mobile phone | Show all posts
sepitsiput replied at 16-6-2016 06:05 AM
@qqOfficial mohon siasat keterlibatan Bebi Sharul ( @af_mania @elamor ) serta bebi Aman (@orix) dlm  ...

choyyyyyyy : @af_mania chuols biarkan bebi sharul terlepas masuk dlm kuah nasi himpit   harus iols culik bebi sharul buat kali ke-2 & simpan di rumah iols untuk selamanya!
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2016 07:29 AM | Show all posts
asal boleh je macam nihkan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 12:11 PM GMT+8 , Processed in 0.088440 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list