CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8547|Reply: 33

Wilma mahu kembali aktif berlakon

[Copy link]
Post time 19-6-2016 08:11 AM | Show all posts |Read mode
Wilma mahu kembali aktif berlakon
Oleh ZULHILMI JALIL
Foto SEVENTWELVE STUDI @712studio



PELAKON filem Pasrah ini mengakui dia kini berstatus isteri kepada seorang ahli perniagaan.


SUDAH lama tidak kedengaran mengenai perkhabaran pelakon yang pernah mencipta populariti sekitar lewat 1990-an, Wilma Muhammad. Sejak kematian suaminya pada tahun 2011, tumpuan pelakon filem Pasrah itu lebih terarah untuk membesarkan anak-anaknya.
Apatah lagi ketika itu, kesemuanya masih kecil, Wilma tekad untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. Fokusnya tidak lain hanya untuk menguruskan rumah tangga dan melihat anak-anak membesar dengan sempurna.
Hasil perkongsian hidup selama 10 tahun bersama Mahir Effendi, aktres itu dikurniakan lima cahaya mata, Raida Thaqifa, 14; Athira Inara, 12; Mahira Aqila, 10; Muhamad Yusuf, 8, dan Umar Al Faruq, 7.
Bagaimanapun, menurut pelakon filem Ghazal Untuk Rabiah itu, kini dia sudah bersedia untuk kembali aktif di hadapan kamera.
“Memang ramai yang tanya kenapa saya berhenti berlakon sebelum ini. Bukan apa, ketika itu anak bongsu saya masih kecil. Jadi, tumpuan memang mahu diberikan sepenuhnya kepadanya.
“Sekarang ini anak lelaki bongsu saya sudah pun bersekolah. Dia sudah pandai urus diri sendiri, mandi, membaca dan menulis. Jadi, saya rasa sudah boleh saya kembali berlakon,” katanya kepada Sensasi Bintang baru-baru ini.
Apatah lagi keadaan ekonomi yang tidak begitu menentu, kata Wilma, sekurang-kurangnya dengan kembali berlakon, sedikit sebanyak ia dapat menampung kos keperluan harian yang semakin meningkat.
Tambahan pula, kata Wilma, anak-anak dan suami baharunya juga sudah memberikan kebenaran untuknya bergiat aktif semula berlakon.
“Anak-anak pun kata okey. Suami pun tidak kisah jika saya mahu berlakon semula. Bahkan, dia memberikan sokongan sepenuhnya kepada saya,” katanya yang sudah empat tahun mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan berstatus bujang selepas kematian suaminya pada tahun 2011.
Bercerita mengenai rumah tangganya, kongsi Wilma, dia berasa bertuah kerana dikurniakan seorang suami yang penyayang dan sangat bertanggungjawab.
“Selepas arwah pergi, ramai ingat saya tidak bersuami. Sebenarnya, saya memang banyak tidak bercakap mengenainya atas permintaan pihak suami.
“Lagipun, dia memang jarang ada di Kuala Lumpur atas urusan kerja. Jadi, orang selalu nampak saya sendirian, itu yang ramai tidak tahu mengenainya,” kongsi pelakon yang kini menginjak usia 43 tahun itu.
Buat masa sekarang, kata Wilma, dia masih menguruskan anak-anak setiap hari.
“Walaupun ada pembantu, tetapi urusan masak dan menghantar anak ke sekolah, tetap saya yang lakukan sendiri,” katanya yang memberitahu, suaminya berusia 53 tahun itu mengusahakan sebuah calet di Langkawi.


sumber : kosmo


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2016 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Owner chalet yg mana satu tu?? Teringin nak tau.

Btw, good luck Wilma
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2016 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow senangnya berjodohan, good luck wilma
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2016 10:28 AM | Show all posts
teringat zaman kegedikan dia blakon cter Pasrah. mmg woww!
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2016 11:20 AM | Show all posts
ritukan die dah buat comeback dalam saya sebenarnya isterinya die, berlakon macam baca skrip sgt... tak tau lak die dah bersuami semula~
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2016 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Laaa xtau pun dia da kawin smula rupanya. Laki bujang skrg da 53, woww. Zmn dia brlakon jd mak2 2,3 taun lpas tu kayu sgt la kak, xmcm zmn pasrah. Mgkin bnyk perlu di plajari smula apapun gud luck wilma
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-6-2016 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
line tenet aku bermslh or memang xde pictepek?
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2016 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Pic berdimensi 0.01 pixel jadah mende...x nampok gapo pn oi...macik puasa nih tau idok...bla bla blaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2016 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh dh kawin lain. Tp memang msa jd mak izzue dlm satu cite tu agak kayu jgak dia
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2016 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Dlu pun blakon kayu kalo kambek trus jd kayu kayan bintang 3
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2016 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
2011....mati suami...kawin laki skarang 4 tahun lepas...pemalas betul repots tu nak summarizekan kisan sheols....buat aku tercongak2 jah...so sheol membalu selama 2 tahun jah.....oklah...org cantik mesti cepat2 org kawin even balu anak 5....
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2016 02:28 PM | Show all posts
tak yah la dia buat comeback..dia berlakon kejung jer macam mas anizan jugak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2016 02:34 PM | Show all posts
she replied at 19-6-2016 01:07 PM
Pic berdimensi 0.01 pixel jadah mende...x nampok gapo pn oi...macik puasa nih tau idok...bla bla bla ...


Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2016 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
napa berkonsi hidup 10 tahun tp ada anak.umur 14
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2016 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
sofiazara replied at 19-6-2016 06:51 PM
napa berkonsi hidup 10 tahun tp ada anak.umur 14

Wartawan tulis caca marba.
Dengan arwah suami dah berkahwin selama 10 tahun.
Suami baru dah 4 tahun kahwin.
Jadi betullah anak yang sulung umur 14.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2016 10:08 PM | Show all posts
sofiazara replied at 19-6-2016 06:51 PM
napa berkonsi hidup 10 tahun tp ada anak.umur 14

sbb first hubby dia yg pilot tu kan dah meninggal tahun 2011.. so kalau masih hidup sepatutnya dah kawen 15 tahun. so logic la anak sulong sheols dah 14 tahun umurnya..
#bukanedisikalkulator

tapi yer la dlm SSID jadi mak izzue tu.. baca skrip sgt style dia berlakon.. xyah la berlakon balik.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2016 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Masih terbayang2 lakonan tahap kayu jati sheols dlm SSID. Suruh anak yg terbaring atas katil sakit makan pn sempat berposing mcm model pakej bercekak tangan kt pinggang

Xyah la buat kambek pleaseeeee
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2016 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg nulis x reti matematik
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2016 01:46 AM From the mobile phone | Show all posts
bkn ke dia nih mmg x best berlakon pon..dlm  pasrah pon kejung hrpkn seksi je kot time tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2016 07:05 AM | Show all posts
dia ni belakon x brape nk msuk...
ms memuda dulu ok la skit..
dh lm x belakon tu yg nmpk kaku kekok
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:58 PM GMT+8 , Processed in 0.097960 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list