CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15883|Reply: 142

JULIA ZIEGLER nikah jurutera kimia tahun ini

[Copy link]
Post time 20-6-2016 12:01 PM | Show all posts |Read mode
JULIA ZIEGLER nikah jurutera kimia tahun ini                                                                                                                        
   
                                        PELAKON Julia Ziegler mengakui akan melangsungkan perkahwinan pada tahun ini dengan jejaka yang hanya mahu dikenali sebagai Johan, seorang jurutera kimia berasal dari Ampang, Selangor.
Menurut Julia, pertemuan antara keluarga telah diadakan dan kini mereka sedang memilih tarikh yang sesuai untuk melangsungkan majlis perkahwinannya.
“Insya-Allah saya akan berkahwin tidak lama lagi. Semuanya masih dalam perancangan dan tarikh yang sesuai belum ditetapkan lagi. Kami merancang untuk melangsungkannya pada tahun ini atau selewatnya awal tahun depan,” jelas Julia kepada INSTA ONLINE selepas majlis agihan bubur lambuk Sajian Amal 2016 anjuran Majalah SAJI di Bandar Baru Bangi.
Berkenaan hubungan mereka berdua, Julia dan Johan sudah lama berkenalan. Menurut Julia, mereka berjumpa buat pertama kali di sebuah restoran dan mereka saling berteguran. Dari situ cinta mula berputik dan bergelar pasangan kekasih.
“Kami jumpa buat pertama kali di sebuah restoran. Kami mula berkenalan dan sejak itu saya dapat rasakan dia adalah jodoh saya. Boleh dikatakan saya jatuh cinta pandang pertama.
“Dia mempunyai ciri-ciri lelaki yang saya suka. Dia seorang yang memahami, berbudi bahasa, penyayang, ambil berat dan tampan sebagai bonus,” ujar Julia.
Bercerita tentang sambutan Ramadan pula, Julia mengambil keputusan untuk berehat sepanjang sebulan berpuasa ini. Tambahnya, selain untuk meluangkan masa bersama keluarga, Julia juga menghabiskan masa dengan menyertai kerja amal.
“Saya mengambil peluang untuk bercuti sepanjang bulan puasa kali ini. Saya mahu meluangkan lebih masa dengan keluarga dan banyak menghadiri majlis amal bersama anak yatim.
“Ibu saya sangat aktif dengan majlis anjuran masjid, jadi saya juga mahu melibatkan diri bersama ibu dalam membuat kerja-kerja amal pada bulan puasa ini,” jelas Julia yang bakal muncul dalam drama Abang Sado Boleh Settle.

SUMBER: InstaONline
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2016 12:04 PM | Show all posts
tahniah....
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2016 12:05 PM | Show all posts
dah tak meroyan lagi ke minah ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2016 12:09 PM | Show all posts
menantu x jadi big bos kt opis aku ni...memula dia mai blk dari o/sea dulu selamba je dia panggil big bos ni dgn hanya nama je...contohnya haaiii leman..
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2016 12:11 PM | Show all posts
“Kami jumpa buat pertama kali di sebuah restoran. Kami mula berkenalan dan sejak itu saya dapat rasakan dia adalah jodoh saya. Boleh dikatakan saya jatuh cinta pandang pertama.
“Dia mempunyai ciri-ciri lelaki yang saya suka. Dia seorang yang memahami, berbudi bahasa, penyayang, ambil berat dan tampan sebagai bonus,” ujar Julia.


tak sabar nk tgk bonus dia tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2016 12:20 PM | Show all posts
tahniah laaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-6-2016 12:20 PM | Show all posts
mummy75 replied at 20-6-2016 12:09 PM
menantu x jadi big bos kt opis aku ni...memula dia mai blk dari o/sea dulu selamba je dia panggil bi ...

knp depa putus.... stori la ckit
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2016 12:24 PM | Show all posts
elokla ada gak yg nak buat bini dlm2 tingtong dia tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2016 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Gambar boipren ada tak?
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2016 12:34 PM | Show all posts
pavlovachoc replied at 20-6-2016 12:20 PM
knp depa putus.... stori la ckit

lupa dah pasai apa depa putus...cerita ni dah lama..tapi mg anak big boss opis aku ni hensem weeii..
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2016 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin bakal suami sama ting tong cam dia...mana la tau kan...in shaa Allah sepadan
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2016 01:00 PM | Show all posts
Apasal mesti hi lite kan keja jurutera kimia tu? bangga kot bf keja engineer.. kalu keja besa2 mana la nak sebut kan
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2016 01:02 PM | Show all posts
amboii.. kene cite laki keje ape.. kikikiki buh nama x penting
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2016 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah lah. Pekerjaan tu motif nak dihighlightkan. Mudahan royanan dia dah sembuh.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2016 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah la berlaki kan engineer gitteeww...
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2016 02:18 PM | Show all posts
lor minah ni x pnh kawin lagik ke, iols ingatkn da kawin la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2016 02:24 PM | Show all posts
zmn sekrg ni ada lg yg bangga laki kerja engineer...
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2016 02:28 PM | Show all posts
tahniah lerrr ..... semoga kekal hingga ke jannah ....
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2016 02:36 PM | Show all posts
tahniah.. semoga berkekalan
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2016 02:44 PM | Show all posts
tang_ginger81 replied at 20-6-2016 01:00 PM
Apasal mesti hi lite kan keja jurutera kimia tu? bangga kot bf keja engineer.. kalu keja besa2 mana  ...

bangga ke keje engineer?
biasa je la
aku dulu keja engineer relax ja
xdak apa yg special

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:48 AM GMT+8 , Processed in 0.087225 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list