CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2995|Reply: 8

Demi Keselamatan Anak, Ibu Sanggup Bergelut Dengan Singa Gunung

[Copy link]
Post time 20-6-2016 03:23 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO






Kesayangan dan pengorbanan ibu terhadap anaknya memang tidak dapat dinafikan.


Daripada kecil sampailah besar malah biarpun sudah berkahwin, ibu tetap melindungi dan memberi kasih sayang yang sama, demikianlah kesanggupan semua ibu berkorban untuk anak tanpa megira masa dan tempat.







sumber foto: www.washingtonpost.com





Sabtu lalu, seorang ibu yang enggan dikenali namanya tapi berasal dari barat Colorado, Amerika Syarikat terpaksa bergadai nyawa melawan seekor singa gunung yang menyerang anak lelakinya apabila terdengar jeritan anaknya yang berusia lima tahun di luar rumah mereka.


Menurut pejabat syerif di Pitkin County, ketika kejadian, mangsa yang sedang bermain bersama abangnya itu bergelut untuk melepaskan diri daripada singa tersebut yang menghempap badannya.


Pejabat syerif menjelaskan, budak itu segera dikejar ke hospital sambil menghubungi talian kecemasan 911 selepas berjaya menyelamatkan mangsa daripada dibaham oleh binatang liar itu.


Seorang jurucakap hospital kemudian memaklumkan, walaupun budak itu mengalami luka di bahagian muka, kepala dan leher tapi kini dalam keadaan stabil, manakala ibunya pula dirawat sebagai pesakit luar selepas cedera ringan di tangan dan kaki.


Difahamkan, singa gunung itu telah berjaya dikesan berada tidak jauh daripada sebuah kawasan kediaman sebelum menumpaskan haiwan tersebut menerusi kerjasama daripada pegawai penguatkuasa undang-undang di Bahagian Perkhidmatan Perhutanan AS,


Colorado menjadi habitat kepada hampir 4,500 singa gunung, dan haiwan ini kadangkala merayau di petempatan manusia untuk mencari makanan. Sejak tahun 1990, singa gunung telah membunuh tiga dan mencederakan 18 mangsa di negeri tersebut.- CARI






sumber : https://www.washingtonpost.com/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2016 03:47 PM | Show all posts
sapa suruh kacau habitat dia..

Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2016 04:16 PM | Show all posts
itu mak...

kalo anak...lari ....tingalkan ibu sampai kaki ibu kena kerat.

aish donia2...
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2016 04:30 PM | Show all posts
nasib baik bukan hyena atau anjing hutan
diorg dapat mangsa terus je siat daging dan makan hidup2
tp tu kalo kat hutan africa la kot
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2016 09:41 AM | Show all posts
mitak2 la anak tu da bsar nnt jadi orng bguna
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2016 01:00 PM | Show all posts
huishh scary betul
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-6-2016 05:13 PM | Show all posts
Berani betul ibunya
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2016 05:16 PM | Show all posts
siibu sanggup buat apa saja...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2016 05:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Kasih ibu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:08 AM GMT+8 , Processed in 0.437912 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list