CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 12757|Reply: 30

LESTARY: KETUPAT PALAS MR HANDSOME [FATTAH AMINZ,MIRA FILZAH]

[Copy link]
Post time 21-6-2016 04:17 PM | Show all posts |Read mode
Edited by eddlisa_uyuk at 21-7-2016 11:01 AM

Country & Universal Sdn Bhd akan membawakan drama terbaru untuk slot Lestary TV3 berjudul Ketupat Palas Mr Handsome. Menampilkan gandingan pelakon popular iaitu Mira Filzah dan Fattah Aminz sebagai pelakon utama. Drama arahan Yeop Hitler itu bakal ditayangkan pada bulan Ramadan, bermula 23 June 2016, setiap hari Rabu hingga Jumaat pukul 9.00 malam di TV3.

JUDUL : KETUPAT PALAS MR HANDSOME
EPISOD : 13 episod
TARIKH / MASA : 23 June 2016
HARI / MASA : Rabu-Jumaat, 9.00 malam
SKRIP : Sofia J Rhyland
SIARAN : Slot Lestary TV3
PENGARAH : Mohd Latiff Zami (Yeop Hitler)
TERBITAN : Country & Universal Sdn Bhd
PELAKON : Mira Filzah, Fattah Aminz, Shah Sulaiman, Aisya Hasnaa, Eyka Farhana, Marisa Yasmin, Firdaus Ghufran, Syazuwan Hassan


WATAK PELAKON
Mira Filzah sebagai Ayu
Fattah Aminz sebagai Kruz
Aisya Hasnaa sebagai Natasha
Eyka Farhana sebagai Umi
Marisa Yasmin sebagai Maryam
Shah Sulaiman sebagai Joe (PA Kruz)
Firdaus Ghufran sebagai Amar
Syazuwan Hassan sebagai Sam

LAGU TEMA / OST  KETUPAT PALAS MR HANDSOME
Tajuk : Aizat Amdan
Penyanyi : Bagai Hidup Semula


SINOPSIS KETUPAT PALAS MR. HANDSOME
Kruz berasal dari keluarga berada. Dia telah memenangi pertandingan Mr. Handsome yang dianjurkan oleh satu majalah ternama. Namun apa yang tidak diketahuinya adalah sebagai pemenang, dia perlu melaksanakan kerja-kerja kemasyarakatan di sebuah kampung yang terpencil sepanjang bulan Ramadan. Di hadapan kamera, dia akan berlakon mengerjakan tugasannya, namun di belakang kamera dia menyuruh pembantunya, Jintan Manis lakukan tugasannya. Kemudian dia bertemu dengan Ayu dan jatuh hati kepadanya. Ayu tidak seperti bekas kekasihnya kerana Ayu pintar, sopan dan cantik luar dan dalam. Secara perlahan-lahan, Kruz berubah menjadi lebih baik. Namun, kerana Salah faham, Ayu memikirkan yang Kruz hanyalah ingin memainkan perasaaanya sahaja.



Rasanyer xde lagi thread utk drama ni.  Klu dah ada, tlg mergedkn yeee...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-6-2016 04:35 PM | Show all posts




*kredit to myinfotaip.com
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2016 12:10 PM | Show all posts
i tggu sinopsis... citer mira ngan alif aziz tu pun lum klr kan..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2016 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahai comelnya ....

Suka tgk si fatah ni berlakon watak gila2.. macam sesuai sgt dgn dia..

Lepas tu pair the mira filzah .... macam best sgt pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2016 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
tgh tonton ni.tapi gua kecewa sebab mira heroinnya.dakpe.aseykan ada fattah amin
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2016 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana @cpendiam eh? Peminat mira kan. Apa2pun comey la mira ni tp scene naik motor wpun sekadar tunjuk kaki tak bkenan lak. N tak logik ok ko nak kejar prpn kat shopping mall tetibe. Ntah dia isteri org ke apa. Tetibe nak terpikat bagai. Choyyyy angan2 je lebih la.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-6-2016 12:34 AM From the mobile phone | Show all posts
iols agak high expectation dgn drama ni sebab nmpk poster cun .iols tgk smp 9.30 je tadi .epsd 1 utk 1st 30 minit yg iols tgk tu just ok lah .
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2016 12:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Tengok last 30min
Fatah improve la jugak
Tak la nampak sgt dah kekayuan dia
Taktola episod seterusnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2016 01:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Best ke uols? Tonton skrg xleh tgk ke kat tempt i ni kn block?
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2016 06:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Suka lagu tema cite ni..cite nampak menarik jugak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2016 09:54 AM | Show all posts
minahmanja replied at 22-6-2016 12:10 PM
i tggu sinopsis... citer mira ngan alif aziz tu pun lum klr kan..

Dah ada kat thread citer Meh Sandar....(x igt tajuk penuh dia...sorry...)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2016 09:55 AM | Show all posts
Citer dia utk 2 episod ni ok.  Nmpk dh makin improve lakonan Fattah niii dh x kayu mcm drama awal2 dia dulu.  Mmg menjadi giler2 dia.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2016 08:54 AM | Show all posts
jue7269 replied at 26-6-2016 09:54 AM
Dah ada kat thread citer Meh Sandar....(x igt tajuk penuh dia...sorry...)

ada ek... tk prsn.. nnti i carik.. tengkiuuuu....
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2016 09:06 AM | Show all posts
Mujur si Fattah ni hensem, adoiiii masih nampak kayu lah jugak memula epi satu tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2016 01:38 PM | Show all posts
enchante78 replied at 28-6-2016 09:06 AM
Mujur si Fattah ni hensem, adoiiii masih nampak kayu lah jugak memula epi satu tu.

Mungkin sbb citer ni kan romatik komedi, dia blum pernah berlakon komedi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2016 01:56 PM | Show all posts
Edited by jue7269 at 30-6-2016 01:58 PM

Fattah teruja berlakon dengan idola




"Memang saya teruja dapat berlakon dengan idola yang saya ikuti setiap lakonannya sejak di bangku sekolah. Sepanjang di lokasi, beliau seorang aktor berpengalaman yang tidak kedekut berkongsi ilmu.

Aktor, Fattah Amin, 25, menganggap impian menjadi kenyataan apabila berpeluang bergandingan dengan idola, Datuk Rosyam Nor dalam filem pertamanya, KL Special Force yang menjalani penggambaran sejak bulan lalu.

Filem terbitan Skop Production Sdn Bhd yang diarahkan sendiri anak Datuk Yusof Haslam, Syafiq Yusof itu adalah penampilan sulungnya di layar perak selepas empat tahun terbabit dalam industri hiburan.

"Banyak perkara dikongsi termasuk tips untuk babak aksi sepanjang penggambaran yang bermula Mei lalu dan dijangka dapat disempurnakan selepas sambutan hari raya nanti.

"Ikutkan sebelum ini sudah ada tawaran ke layar perak tetapi bertindih bertindih dengan jadual penggambaran drama. Syukur, rupa-rupanya rezeki saya dapat berlakon filem pertama dengan Datuk Rosyam (Nor).

"Saya anggap ini fasa yang cukup membanggakan saya secara peribadi sekali gus menjadi sejarah manis dalam kerjaya seni saya," katanya yang membawa watak anggota polis dalam filem itu.

Filem yang turut mendapat kerjasama syarikat Syafiq sendiri, Viper Studios dan Damofa Productions juga membariskan Syamsul Yusof serta bintang muda, Tania Hudson.

Berkongsi mengenai watak Inspektor Zul, katanya banyak babak aksi perlu dilakukan dan berisiko berisiko tinggi seperti terjun dari bangunan sekali gus memerlukan dirinya membuat persediaan mental dan fizikal.

"Dua bulan sebelum penggambaran saya mengikuti latihan seni mempertahankan diri selain menggandakan senaman di gimnasium. Apabila terbabit dengan filem kepolisan ini, saya membayangkan filem Police Story yang menyelitkan babak kejar penjenayah, lompat bumbung kereta terbalik dan meletup," katanya.

Fattah juga muncul dalam drama bersiri baharu berjudul Ketupat Palas Mr Handsome di TV3 berpasangan dengan Mira Filzah, bermula 23 Jun lalu. - BHarian



Credit to http://www.kbergetar.com/2016/06/fattah-teruja-berlakon-dengan-idola.html#ixzz4D24hRwv6

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2016 02:16 AM From the mobile phone | Show all posts
fatah ni sesuai berlakon citer lawk bw watak sengal2..dulu pernah tgk drama yg berlakon ngan fathia tu..mmg lawak n pada aku x kayu lansung..tp bila dia bw watak serius kontrol2 ensem terus jd kayu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2016 04:54 PM | Show all posts
Minggu ni citer ni ditygkan setiap mlm jam 9.  Tp x sempat tgk, rekod jeee... nnt bila2 free blh tgk
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2016 08:44 AM | Show all posts
tertgk sekejp.. ok lah..
fatah amin taknmpk kayu sgt..
sesuai watak nakal2 sket kott  
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2016 03:25 PM | Show all posts
drama nie best.. suka tgk fattah.. x berapa minat mira filzah tapi iols minat kt fattah... klau heroin tukar ke fathia lg best..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:56 PM GMT+8 , Processed in 0.110013 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list