View: 2054|Reply: 12
|
[Tempatan]
5 orang dari satu keluarga dipenjara 3 tahun curi barangan kosmetik.
[Copy link]
|
|
| This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 921x518. |
Lima beranak yang dihadapkan ke mahkamah.
Kota Tinggi: Lima beranak masing-masing dihukum penjara tiga tahun oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan mencuri 17 barangan kosmetik bernilai RM2,171.50 di kedai produk kesihatan dan kecantikan di Bandar Tenggara di sini, Jumaat lalu.
Majistret Mazana Sinin menjatuhkan hukuman itu terhadap kelima-lima tertuduh yang mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah terhadap mereka.
Rohaya A Rahman, 57, didakwa bersama-sama tiga anaknya, Maimunah Che Abdullah, 26; Noriza Che Abdullah, 30; dan Nurul Fatihah Abdullah, 19; serta seorang menantu, Zariah Zakariya, 37.
Mereka didakwa mencuri semua barangan kosmetik itu di Kedai Produk Kesihatan dan Kecantikan Sri Tanjung di Jalan Anggerik 4/1, Taman Anggerik, Bandar Tenggara di sini, jam 11.40 pagi, Jumaat lalu.
Bagi perbuatan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sepuluh tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Suhaila Shefiuddin manakala kelima-lima tertuduh diwakili peguam Nik Raihan Nik Jaafar.
Sebaik hukuman dijatuhkan, lima beranak terbabit termasuk seorang yang sedang hamil enam bulan, serentak merayu kepada mahkamah sambil menangis dan berkata: “Tolonglah Cik.”
Sementara itu, perkarangan mahkamah dipenuhi ahli keluarga dan saudara-mara termasuk anak kepada semua tertuduh yang menangis sambil memanggil ibu masing-masing sebaik melihat tertuduh dibawa ke lokap mahkamah.
http://www.hmetro.com.my/node/146828
|
|
|
|
|
|
|
|
emak @Maideen. tiap hari curi mekap sebab mahu tutup muka pariah nya diwaktu melacurkan diri..
hahahahaha...
|
|
|
|
|
|
|
|
FOTHER-MUCKER replied at 21-6-2016 05:47 PM
Lima beranak yang dihadapkan ke mahkamah.
Terdesak sgt ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Ni yg viral last week kt fb.... xcerdik betul g menyamun berjemaah siap bwa ank bagai pastu amek sekali harung...padan muka beraya kt jail
Eh pic dr cctv kemain sume bertudung alih2 pkai baju lokap mmg xda tudung eh? |
|
|
|
|
|
|
|
kes yg mana?
sapa ada cer letak sini |
|
|
|
|
|
|
|
Astaga dah kenapa 5beranak sekaligus mencuri. Yg si menantu tu pon goyang telo je ke dekat rumah xde pekerjaan? Kot ye pon xde kerja, xyah lah smpai mencuri berjemaah cmni. Dah kena tgkap bikin malu family jah. Anak2 semua sape nak jaga woi?? |
|
|
|
|
|
|
|
Apakah?
Ada yg jd mangsa keadaan ke?
Berada di tempat yg salah pada waktu yg salah?
|
|
|
|
|
|
|
|
Jangan laki memasing bukak cawangan baru sepeninggalan isteri memasing yg memenangi percutian 3 tahun nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
fuhh siap ada gambar..
pakage percutian ke jel..
yang samun 2.6 b aman2 jer kat 'istana' |
|
|
|
|
|
|
|
What the?? Curi barang kosmetik?
Aku akan kesian kalau curi beras ke, telur ke...
Curi brand ape ni? Qu Puteh? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by FOTHER-MUCKER at 21-6-2016 11:31 PM
menangis dipenjara tiga tahun
MASTURAH SURADI
21 JUN 2016
Lima beranak menangis dipenjara tiga tahun Tertuduh ketika dibawa keluar dari Mahkamah Majistret selepas mengaku salah atas pertuduhan mencuri barangan kosmetik.
KOTA TINGGI - Seorang ibu tunggal bersama tiga orang anak serta seorang menantunya hanya mampu menangis selepas dijatuhi hukuman penjara tiga tahun apabila mengaku bersalah di Mahkamah Majistret hari ini kerana mencuri barangan kosmetik pada Jumaat lalu.
Majistret Mazana Sinin menjatuhkah hukuman berkenaan selepas kelima-lima mereka mengaku bersalah di atas pertuduhan mencuri 17 produk kosmetik bernilai RM2,171.50 milik perniagaan Herba Sri Tanjung Sdn Bhd.
Tertuduh, Rohaya A Rahman, 57 serta tiga anaknya, Maimunah Che Abdullah, 26, Noriza, 30, Nurul Fatihah, 19 dan menantunya Zariah Zakariya, 37, didakwa mencuri di dalam Kedai Produk Kesihatan dan Kecantikan Sri Tanjung, No 99-17 Jalan Anggerik 4/1 Taman Anggerik, Bandar Tenggara pada jam 11.40 pagi 17 Jun lalu.
Kesemua mereka yang masing-masing dari Mersing didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama dan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Suhaila Shafiuddin memohon kepada mahkamah mengenakan hukuman sewajarnya terhadap kesemua tertuduh kerana faktor kepentingan awam.
Beliau juga meminta mahkamah mempertimbangkan kesalahan yang dilakukan tertuduh kerana telah mencemar kemuliaan bulan Ramadan, disamping tindakan Rohaya sebagai ibu yang sepatutnya memberikan nasihat kepada anak-anaknya.
Peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nik Raihan Nik Jaafar yang mewakili kelima-lima tertuduh memohon mahkamah menetapkan denda paling minima atas alasan anak guamnya mempunyai tanggungan selain ia merupakan kesalahan pertama dilakukan. |
|
|
|
|
|
|
|
Busuk nya....mencuri barang kosmetik utk jual balik atau utk pakai sendiri ?
Ada hati nk lawa...tp barang curi....wth.. |
|
|
|
|
|
|
|
harus dibanned keturunan mcm ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|