CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3522|Reply: 28

Bila umat Islam berbuka di gereja

 Close [Copy link]
Post time 23-6-2016 10:58 AM | Show all posts |Read mode
Bila umat Islam berbuka di gereja
ONG BOON TECK
21 JUN 2016

[url=]
[/url]





Tweet


Penganut Kristian dan umat Islam kelihatan hadir bersama dalam majlis berbuka puasa yang diadakan di sebuah gereja di Sarawak.


GEREJA St Joseph’s Christian Parish Centre di Kuching, Sarawak yang menjemput para penganutnya untuk sama-sama berbuka puasa dengan umat Islam dalam gereja telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen seluruh negara.
Gambar dalam gereja itu yang dihadiri penganut Kristian dan umat Islam telah dirakam dan dimuat naik oleh 'Colin Wei' dalam Facebook 'Sarawak Edition' sejak Jumaat lalu.
Menurut China Press, dalam tempoh tiga hari itu, ia telah mendapat 10,000 'like' daripada netizen yang meninggalkan komen berbentuk pujian dan tidak kurang pula yang mempertikaikan majlis berkenaan.
Kata akhbar ini, semangat toleransi keharmonian dan perpaduan pelbagai kaum dan agama di Sarawak telah menerima pujian daripada netizen, terutama sekali daripada rakyat Sarawak sendiri.
Seorang netizen, 'Ryan Yap' berkata, "Rakyat Sarawak lebih bijak, tidak seperti rakyat Semenanjung..."
Seorang lagi netizen, 'Aron Reed' pula berkata,"Itulah sebab kenapa saya hormati Sarawak. Di sini tidak ada sentimen perkauman."
Sebaliknya gambar ini tidak pula disenangi oleh sebahagian umat Islam yang menyifatkan amalan ini tidak seharusnya berlaku.
Sebagai contoh, seorang netizen yang dikenali sebagai 'Abd Samad Abd Samad' mempertikaikan apakah umat Islam di situ sudah tidak ada tempat lain untuk berbuka puasa selain di gereja.
Namun, komennya itu dibalas oleh netizen dari Sarawak yang menuduhnya jangan membawa isu perkauman ke dalam negeri Sarawak.
Mengenai keputusan PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, kebanyakan akhbar Cina merumuskan bahawa kemenangan BN di kedua-dua kawasan parlimen tersebut membuktikan pengundi Cina telah kembali memberi sokongan kepada BN berbanding PRU lalu.
Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun berkata kepada Sin Chew Jit Poh, pengundi Cina telah yakin dan percaya kepada MCA bahawa MCA lah yang mampu membela nasib kaum Cina di negara kita.
Malahan kata, Mei Fun, MCA telah berjaya menggugat kubu kuat DAP di sekitar kawasan Sekinchan apabila mendapati banyak peti undi di kawasan Cina memihak kepada MCA.
Manakala Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong pula menyifatkan kebanyakan undi yang diperoleh calon Amanah di Kuala Kangsar adalah hasil bantuan daripada  DAP dan PKR.
Katanya, Amanah tidak ada pengaruh langsung di Kuala Kangsar. Jika tidak ada bantuan DAP dan PKR, Amanah pastinya akan mengalami lebih teruk.







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2016 11:34 PM | Show all posts
depending on the thinking frame kalau pluralisme akan kata okay
kalau org yg  berfikir akan cakap - apa majlis agama  islam negeri Sarawak  tak melakukan inisiatif ke buat iftar  dan embil peluang ni untuk menerangkan ibadat ibadat islam yg lain ?


wallhua'lam.

Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2016 03:08 PM | Show all posts
Kalau di Semenanjung, perkara ni boleh timbulkan fitnah.

Tapi ini di Sarawak, lain caranya. Umat Islam hanya minoriti. Maka setakat berbuka di Gereja atas tujuan maslahah nak jaga hubungan sesama Muslim dan non Muslim adalah perkara yang baik, malah ada kebaikan di situ.

Takkan nak sensitif sangat, itu rumah ibadat Nasrani bukan rumah penyembelihan babi atau pub diskotik ....
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2016 09:26 PM | Show all posts
robotech replied at 25-6-2016 03:08 PM
Kalau di Semenanjung, perkara ni boleh timbulkan fitnah.

Tapi ini di Sarawak, lain caranya. Umat ...

i terfikir  yang why not majlis agama sarawak sendiri lakukan inisiatif setempat di masjid masjid  di sekitar sarawak .. untuk  dedahkan what islam is, buat majlis makan makan yg serupa jemput  non muslim iftar...cerita sedikit pasal iftar ni ape...just surface ...i mean kalau keadaan sebaliknya berlaku kan lebih  logik?

in a sense that  thi sis a holy month for muslim - so  jadilah host - buat macam model regent mosque tu ... ada banyak platform untuk ke arah kemaslahatan dalam tujuan general ...charity, etc etc..i mean bukankah kita yg sepatutnya meraikan ? especially acara acara yg berbentuk ibadat ...lelebih lagilah.  so ...satu suggestion sahaja.

i mean , tak lah kita hendakkan umat islam jumud ke ape allergic ke  sebab ada  sentiment church ( of course not) , bagi yg dah biasa  terdedah  even diketahui pun yg ada hospital yg ada chuch section, chaplaincy yang bagi half of the space to muslim untuk solat  though nak tergelak jugaklah  sebab waktu winter , bila solat tepi section sebelah lagi pula pihak tu practice choir...i mean satu keadaan yg biasa. Tapi bagi hospital yg memang memahami dah ada pun muslim chaplaincy yg sediakan surau - melihat mat mat salleh menangis sujud  cara depa sebab may be adelah life events tertentu pun dah biasa jugak, ini juga senario biasa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2016 11:58 AM | Show all posts
BUKAN APA...BIMBANG AIR MINUMAN DICAMPUR AIR BAPTIS JE...
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2016 08:16 PM | Show all posts
uniq61 replied at 27-6-2016 11:58 AM
BUKAN APA...BIMBANG AIR MINUMAN DICAMPUR AIR BAPTIS JE...

Air pun takut?  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-6-2016 10:54 PM | Show all posts
uniq61 replied at 27-6-2016 11:58 AM
BUKAN APA...BIMBANG AIR MINUMAN DICAMPUR AIR BAPTIS JE...

eh eh ....uknow ...to be honest  commonlah ...u know...aduhai ....air tu tak ada kuas apa apa



ayaq tu makhluk Allah juga....saudara....
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2016 03:39 PM | Show all posts

bersangka baik..

kalau itu untuk keharmonian, mungkin boleh dianjurkan..
tapi andai sebaliknya, kita bertanggungjawab terhadap aqidah ummah
sebab ini mengancam agama. Selebihnya, boleh menimbulkan fitnah...

Allahualam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-7-2016 11:13 AM | Show all posts
eh eh ....uknow ...to be honest  commonlah ...u know...aduhai ....air tu tak ada kuas apa apa
ayaq tu makhluk Allah juga....saudara...


KAU NAK MINUM KE AIR MAYAT PADRI TU?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2016 11:21 AM | Show all posts
Air pun takut?

BUKAN SOAL TAKUT BROk..ITULAH CARA KAFIR HARBI...
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2016 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 26-6-2016 09:26 PM
i terfikir  yang why not majlis agama sarawak sendiri lakukan inisiatif setempat di masjid masjid  ...

Klu time bulan puasa, nk buat kat masjid, specifically time bukak puasa payah kot....... nak kejar bukak puasa, nak solat, nk mkn mcm2 lauk lg. Hari raya la buat.......santai2, bila2 waktu antara solat yg pjg.

Anyway, sy tak boleh recall klu ada dalil2 ka, apa ka, tp pernah menyebut scenario pihak2 gereja yg pandai mengambil hati org islam sehingga terdetik hati org tu kata bagus gereja ni (nak tambah lagi perisa, "better dari masjid"). Ustaz tu kata, bila kita berkata mcm tu, makna Allah dah tutup hati kita sikit. Klu selalu sgt, makin terhijablah hati tersebut.

Probably masih terselit org2 alim yg pandai handle benda ni dari jadi satu kebiasaan pd org awam terutamanya. So, klu pi jemputan mcm ni pun biarlah wakil2 agama kita yg pandai, just not anyone on the street yg hadir.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2016 10:11 AM | Show all posts
mbhcsf replied at 26-6-2016 09:26 PM
i terfikir  yang why not majlis agama sarawak sendiri lakukan inisiatif setempat di masjid masjid  ...
salam

i terfikir  yang why not majlis agama sarawak sendiri lakukan inisiatif setempat di masjid masjid  di sekitar sarawak .. untuk  dedahkan what islam is, buat majlis makan makan yg serupa jemput  non muslim iftar...cerita sedikit pasal iftar ni ape...just surface ...i mean kalau keadaan sebaliknya berlaku kan lebih  logik?
yap .. ini sepatut nya ..
anyway .. former perlis mufti .. ada sanakan ..
Bekas Mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya ..
dia should mesti look on perkara ini .. seriously ..
coz ramadhan puasa khas untuk kita yang berugama islam ..
not agama lain ..

wassalam


p/s ..
http://www.freemalaysiatoday.com ... adenan-juanda-jaya/
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2016 04:22 PM | Show all posts
uniq61 replied at 1-7-2016 11:21 AM
BUKAN SOAL TAKUT BROk..ITULAH CARA KAFIR HARBI...

dah tak leh jawab pi buat cerita air mayat paderi.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2016 04:24 PM | Show all posts
uniq61 replied at 1-7-2016 11:21 AM
BUKAN SOAL TAKUT BROk..ITULAH CARA KAFIR HARBI...

kalau inilah quality cara kau menjawab menambah huruf k dihujung BRO, nampak sangatlah jiwa kau sebenarnya terganggu.  tak apa, aku maafkan kau.  
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2016 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Buka puasa tu tak der masaalah digereja. Cuma tertanya2, solat maghribnya dimana?

Contoh : Jamuan katakan pukul 7.35mlm disini. Melantak hingga kenyang pukul 8-8.10 mlm (itu saya dan family dirumah). Maghrib solat dimana? Jika masa isya' jam 8.43 mlm, solat maghrib dimana?

Katakanlah saya nak solat, saya guna air paip sumber kawasan gereja dan saya solat diluar kawasan gereja. Sah tak solat saya? Dan andaikata pihak gereja menyediakan kemudahan bersolat disuatu ruang mungkinkah?

Berita kabur2. Bagi saya, ikut suka hati korang ler nak buat apa pun. Kita perlu jaga hati masing2. Lihatlah kebaikkan agar bertaqwa.

Berpuasa itu tanda taqwa seseorg. Tanda beriman dan bertaqwa itu pada solat.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2016 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Soalan kedua :

Dari mana sumber utk menyediakan juadah berbuka puasa itu didapati? Adakah dari sumber gereja itu sendiri? Boleh makan tak? Adakah mungkin tiada unsur2 hasil yg diharamkan berada dalam majlis itu? Contohnya hasil pendapatan arak dan judi yg disumbangkan?

Saya tak kisah bab sentimen kerana itu hal kedua. Stage provokasi yg tersusun perlu dilihat dgn lebih teliti. Maqasid syariah diperkenalkan utk apa jika maslahat utama tidak dilihat? Sembang halal tiap2 hari, nyamuk seberang leh nampak tapi gajah depan mana pun tak nampak. Saya tak faham, adakah nak jadi ulama2 ni perlu ada tauliah hingga Allah tak beri seorg pun ilham utk menjelaskan isu2 yg mudah ini? Ataupun saya sorang aje yg nampak hal2 asas ini yg sudah dilupakan oleh ???. Kalau nak diperincikan satu per satu, memang ler nampak agama Islam ni kelihatan prejudis sampai itu dan ini tak boleh. Tapi kurang2nya tanya ler dulu wahai ulama2 yg bertauliah, dari mana sumber utk memberi makan kepada org yg berbuka puasa agar "bertaqwa"? Memang betul gak, kita ni dekat sgt dgn kiamat. Hal2 basic pun dalam forum yg sembang GEMPAK, keyboard WARIOR lah, tah mcm2 saya baca dan dgr, Last skali jawapannya : Tak reti tanya soalan ke atau sememangnya Allah tak ilhamkan soalan yg begitu "dramatik ini?'
Kesian.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2016 12:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Kepada yg "sokong" menjaga maslahat tu, gi istighfar 1 juta kali pun tak tau ler saya Allah ampunkan atau tidak isu ini.

Isu ni mudah aje. Kalau reti "maqasid syariah", tahu petunjuk Allah itu Alquran dan Sunnah, tak der isu pun hal2 sekonet ni. Yang saya nampak, tak der seorg pun reti makna "Agama Islam". Yang tau sokong tanpa kaji. Kita ni Allah beri akal kan? Adakah kita ni "suci" dan "warak"? Layak syurga ke kalau "gagal" bertanya perkara asas?

Rasanya, lama sungguh saya diamkan diri. Dan rasanya Umat Islam dizaman ini sememangnya ibarat buih2 dilautan. Kalau korang rasa bukan, maka tajuk ini menjelaskan korang dimana tempatnya dihari akhirat kelak. Dan pastinya ujianNya selama ini menjelaskan korang dimana dihari akhirat kelak. Semoga Allah ampunkan dosa2 kita hingga Dia tidak ilhamkan taqwa kerana kesombongan kita. Nampak mcm saya sombong tak? Kalau saya sombong, sudah tentu saya tak sampaikan ilmu2 kacang goreng ni buat ulama2 SEGERA diluar sana. Kalau ada tauliah, tapi tak diilhamkanNya taqwa pun tak guna jugak. Leh tau "sombong" tu milik siapa tak?.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2016 12:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Saya suka terus-terang. Bila kita tak sedar diri kita ni "sombong", dan kita menuduh org lain "sombong" tanpa ilmuNya, maka jika Allah "tahan ilham ketaqwaan", agak2 siapa yg sebenar sombong pada sisi Allah?

Maslahat umat Islam ni, bukan leh cincai kata mcm "tak buat dosa". Dan saya ingatkan kpd diri saya dan semua, kalau tak diberi ilham olehNya tu, gi ler cari ahlul zikri. Ahlul zikri ni bukan "species" alien, tapi manusia biasa aje. Bukan pula ulama tapi mereka2 yg dimuliakan Allah melebihi para ulama.

So, sembang ler apa pun, kalau zero ilham ketaqwaan dariNya, saat kehancuran SANGAT DEKAT. Saja nak ingatkan kpd yg masih dialam "mimpi" dan "syok sendiri". Apa leh buat, REZEKI!
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2016 01:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by alasala at 6-7-2016 01:12 AM

Anggap aje ler ilmu yg saya sampaikan itu "sekadar tempias nafsu" dari saya berserta ilham dari Allah.

Lepas ini mungkin saya akan leave dunia "mistik" ini. Hahaha. Bukan apa. Boring! Bila saya mula nampak dari dahulu hingga kini: "Ramainya org yg sombong", maka saya tak mahu ambil tau urusan org2 yg sombong2 belaka ni. Dan saya berharap, org2 yg sombong belaka ni "jgn cuba utk berbuat sesuatu yg akan menyusahkan lagi diri sendiri" dikemudian hari k? I mean it!

Apa pun, Allah itu Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Sendiri buat, sendiri tanggung k? Bubai.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2016 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada tak dalil utk maslahat ini?

36. Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, dan teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri, [Surah An-Nisa]
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:04 PM GMT+8 , Processed in 0.278464 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list