CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23464|Reply: 101

Pengalaman seram pelancong Australia di Malaysia

[Copy link]
Post time 27-6-2016 03:42 PM | Show all posts |Read mode
Edited by kattzz at 27-6-2016 03:42 PM

Saya tuliskan latar belakang ringkas kami. Kami satu keluarga enam anak-beranak (ibu, bapa, dua abang, saya dan seorang adik perempuan). Kami semua lahir dan dibesarkan di Melbourne, Australia. Ibu dan bapa saya masih bekerja di sektor farmaseutikal, abang-abang dan saya pula masih belajar di universiti (semua di Universiti Monash). Adik saya baru hendak lulus sekolah tinggi (kami jangkakan dia akan dapat markah tertinggi, kerana adik saya memang rajin belajar).


Sekarang, kami sedang berada dalam cuti pertengahan tahun universiti dan sekolah. Sebagai habuan, ibu bapa saya telah mengambil cuti selama seminggu setengah dan tanya jika kami hendak melancong ke Asia Tenggara, khususnya Malaysia (Asia tenggara memang jadi pilihan pelancong Australia kerana tempat lain jauh dan masa banyak habis dalam kapal terbang sahaja).


Jadi kami bertolak ke Terminal 2, Lapangan Terbang Melbourne. Semuanya berjalan lancar (lancar untuk sekumpulan muslim haha. Beberapa kali kami menjalani pemeriksaan keselamatan tetapi kami dah biasa). Kami naik pesawat dan menikmati penerbangan enam jam tersebut.
Turun dari pesawat, kami daftar masuk hotel, makan malam, mandi dan bersedia untuk pengembaraan kami selama seminggu lebih. Saya jangkakan cuti ini santai dan merehatkan seperti yang saya harapkan, rupanya tidak.

Saya akan ceritakan perkara ganjil yang sedang berlaku. Fakta mengenai keluarga saya, kami pelancong standard, jenis  yang gantung kamera pada leher. Kami tidak melencong dari perancangan biasa para pelancong. Kami tidak cari tempat eksotik, sama  seperti pelancong normal lain dan kami tidak membuat perancangan secara spontan. Apa saja yang berlaku dalam hidup saya telah dirancang dengan teliti oleh ibu bapa saya dan saya pun sudah memiliki tabiat yang sama. Jadi, saya agak terkejut bila bapa saya kata, dari melawat Putrajaya, kami patut terus pandu saja, ke mana saja kereta akan bawa kami. Serius, bapa saya yang sentiasa guna jalan yang sama untuk memandu ke tempat kerjanya, telah mencadangkan sesuatu yang spontan dan mengarut iaitu (jika kamu tanya saya) satu perjalanan yang akan bawa kami ‘entah ke mana’. Apa yang pelik, semua orang setuju dengan cadangannya (walaupun berat hati) dan saya ikut terbawa-bawa dengan krisis pertengahan umur bapa itu.

Saya akan berkata jujur, saya tak rasa macam hendak mengembara ke dalam hutan Malaysia, jadi saya duduk saja di bilik hotel yang ada wifi percuma. Keluarga saya tidak menghalang, dan kami lakukan apa yang kami sudah putuskan. Saya rasa klise untuk berkata begini tetapi saya tak sedap hati. Saya rasa perjalanan itu takkan berakhir dengan baik untuk semua orang, dan saya rasa semuanya salah saya yang tidak meminta bapa saya untuk lupakan saja ideanya yang buruk itu.

Selepas lapan jam (mereka bertolak tengahari waktu tempatan) mereka masih belum pulang dan saya, sebagai seorang yang suka bimbang dan terlebih teliti mula berfikir sesuatu yang buruk sudah terjadi. Saya tiada sebarang cara untuk hubungi mereka dan saya membuat keputusan, jika mereka masih tidak pulang pada pukul 10.00 malam (10 jam selepas bertolak) saya akan membuat laporan kepada pihak berkuasa tempatan dan Kedutaan Australia. Pada pukul 9.20 malam saya dengar bunyi beep kad kunci dan semua ahli keluarga saya masuk ke bilik (atau terhoyong-hayang masuk, penerangan paling tepat) seolah-olah mereka baru belajar berjalan. Untuk menenangkan diri, saya fikir memandu selama 10 jam sudah tentu buat mereka jadi begitu. Mereka juga berbau busuk, sangat busuk yang sudah hendak saya gambarkan. Bau mereka seperti daging reput dan belerang. Saya masih berbaik sangka, bahawa mereka berjalan jauh dalam ruang tertutup. Mandi air panas pasti bau busuk itu hilang.

Mereka kembali ke hotel dan kerana letih, saya terus menghempas diri ke atas katil. Pada lebih kurang pukul 3.00 pagi saya terbangun dan apa yang saya lihat bukanlah sesuatu yang saya jangkakan. Walaupun kami masih ada masa seminggu dan sehari lagi untuk melancong di sini, saya lihat ‘keluarga saya’ sudah berkemas manakala ‘bapa’ saya sedang mendaftar keluar hotel di tingkat bawah, ‘Bapa’ naik semula ke bilik sambil tersengih macam kerang busuk (saya tak pernah lihat dia tersengih begitu sejak umur saya lima tahun) dan dia beritahu kami, dia dan ibu perlu pulang segera ke Melbourne kerana ada kerja yang tiba-tiba perlu diselesaikan.

Sekali lagi, saya tak mahu banyak tanya jadi saya ikut saja. Ahli keluarga saya masih berbau busuk dan tiada tanda-tanda bilik mandi sudah digunakan, tetapi seperti yang saya kata, saya tak gemar mempersoalkan orang mahupun apa-apa.

Kami daftar keluar, panggil teksi, dan terus je Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA). Semua barang kami didaftar keluar (tak sukar kerana mereka lihat passport Australia kami) dan kami terus naik pesawat. Di sinilah semuanya jadi aneh. Pada anda yang belum pernah mengembara ke Australia, setiap penumpang perlu mengisi kad perjalanan yang mengisytiharkan siapa diri anda dan apa yang anda bawa masuk ke dalam negara Australia. Kad ini perlu ada nama, tarikh lahir, nombor passport dan anda perlu jawab beberapa soalan tentang apa yang anda bawa. Ini tak mengejutkan, kami sudah sering melancong bersama jadi kami tahu apa hendak dibuat, cuma kali ini, ahli keluarga saya seolah-olah tak tahu cara pegang pen, apatah lagi untuk isi maklumat penting dalam kad. Selepas mereka menconteng kad dan menulis beberapa perkataan pelik macam tulisan Hebrew atau Cyrillic, saya putus asa dan terus isikan kad tersebut untuk semua ahli keluarga saya. Masa ini, saya memang dah rasa sangat takut.

Enam jam kemudian, kami turun pesawat, pergi ke kawalan kastam dan sempadan, dan setelah ‘ibu bapa’ saya menjawab beberapa soalan (yang sebenarnya seolah-olah tidak jawap soalan pun), saya berjaya yakinkan pegawai kastam bahawa ibu bapa saya letih mengembara di luar negara dan belum pulih). Pegawai itu masih benarkan kami masuk kerana kami rakyat Australia dan kami tidak bawa apa-apa yang perlu dikuarantin. Sekali lagi saya perasan, bahawa tiada siapa antara mereka yang perasan ahli keluarga saya berbau busuk. Dan apa yang mengejutkan, dua ekor anjing yang bertugas menghidu beg penumpang memberi reaksi negatif terhadap kami, hidung mereka berkerut dan mengecil, sambil hanya bersiul perlahan. Pegawai yang menyaksikan itu sekali lagi bertanya jika kami ada bawa apa-apa barang yang perlu diisytiharkan, dan cuba untuk buat anjing-anjing itu hidu kami, tetapi anjing-anjing itu tidak mahu. Disebabkan kami tiada barang perlu diisytiharkan dan tiada apa-apa yang pelik pada panel x-ray, mereka tidak dapat lakukan apa-apa lagi, hanya lepaskan kami masuk.

Kami tinggalkan lapangan terbang, naik bas shuttle ke tempat kereta bapa saya diletakkan untuk tempoh panjang. Saya sebenarnya sudah mula memikirkan bahawa sesuatu yang buruk telah terjadi pada keluarga saya dalam ‘pengembaraan’ di Malaysia. Kami masuk ke dalam kereta dan bapa saya membuat permintaan yang hampir buat saya menangis ketakutan. Dia beritahu saya yang dia sudah lupa jalan ke rumah (kami memang tinggal di rumah yang sama selama ini) dan minta saya beritahu jalan pulang ke rumah, atau pandukan saja kereta untuk kami pulang. Pada masa ini, saya rasa terlalu takut untuk menolak, jadi saya melompat ke tempat pemandu. Kami tinggal di pinggir bandar di arah tenggara, yang mengambil masa sejam untuk sampai.

Akhirnya kami sampai ke rumah dan pada masa ini, saya seolah sudah tidak berfungsi, seolah khayal. Dari ekor mata, saya nampak ‘bapa’ saya periksa rumah dan tersenyum bangga seolah-olah dia tak pernah ke sini, seolah-olah rumah ini baru diberi kepadanya.

Ahli keluarga yang lain semuanya masuk, dan kami tinggal di bilik berbeza. Ini seolah-olah satu pengesahan bahawa saya telah membawa masuk sesuatu yang ‘jahat’ ke dalam rumah saya.

Sekarang pukul 1:07 pagi (kami sampai lepas tengah malam) dan sambil saya menulis di sini, saya tak dapat tidur langsung, apatah lagi mereka semua ada di tingkat atas. Setiap 10 minit sebegitu, ahli keluarga saya seolah-olah melagukan senandung tetapi itu dah berhenti kira-kira 15 minit sebelum pukul 1.00 pagi. Saya tak pasti apa maksud ‘senandung’ tersebut, tetapi saya akan usahakan untuk tahu nanti.

Memandangkan kami Muslim, saya akan menghubungi seorang Sheikh yang tahu tetang semua ini, harap dia boleh tolong saya tetapi jujurnya saya tak tahu apa yang perlu saya jangkakan. Saya sendiri tak tahu mengapa saya tulis tentang semua ini, saya sebenarnya buntu dan sangat takut sesuatu yang tidak boleh diperbetulkan lagi telah berlaku. Saya akan cuba untuk kemaskini tentang ini pada waktu pagi, saya cuma sangat letih.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-6-2016 03:44 PM | Show all posts
Hai semua, maaf kerana lambat kemas kini cerita. Beberapa hari ini, keadaan huru-hara. Saya dapat hubungi Sheikh tersebut. Dia kata dapat datang dalam 5-7 hari lagi. Disebabkan Islam ialah kepercayaan Abrahamik, ia mempunyai ciri persamaan dengan Kristian dan Judaisme, teutamanya tentang roh dan perkara paranormal.

Apa pun, saya masih berjaga sejak malam kami pulang dan saya cuba memasang telinga jika ada bunyi pelik yang lain di rumah. Ahli keluarga saya masih ‘bersenandung’ mulai pukul 4.15 pagi hingga 5.30 pagi. Pada masa ini, saya mula mengeluarkan ‘senjata’ saya iaitu mula membaca Al-Quran (kitab suci orang Islam). Ini benda yang pelik kerana saya selama ini bukan penganut agama tegar. Apa lagi boleh saya katakan, perkara sebegini memang memberi kesan kepada kepercayaan agama saya.

Pada pukul 5.30 pagi, ‘benda’ yang menyerupai bapa saya (saya tak nak percaya benda itu bapa saya) bangun tidur dan turun ke bawah. Dia tak mandi atau ke tandas dahulu, hanya turun dan tanya mengapa ada Quran di meja kopi. Suara semua ahli keluarga saya masih tetap sama. Saya tak pasti bagaimana itu berlaku dan sekiranya ada yang tahu sama ada hantu boleh meniru suara orang yang dirasuk, boleh kongsikan pengetahuan anda.
Jadi, ‘bapa’ saya turun dan makan dua keping roti bakar dengan mentega serta sejenis minuman ringan. Memang dia bersarapan begitu selama ini. Jadi saya mula fikir bapa saya yang sebenar bukan dilarikan atau telah mati, cuma dirasuk oleh roh jahat ini. Ibu saya juga bersarapan dengan apa yang dia makan setiap pagi (dia tidak mandi atau ke tandas dahulu), iaitu kopi pekat tanpa gula dan semangkuk emping jagung.

Sekarang pukul 8.00 pagi dan mereka bersiap untuk ke tempat kerja. Mereka tidak tanya pada saya arah untuk ke pejabat jadi saya percaya mereka sudah bertanya pada kawan-kawan mereka semalam. Abang-abang, saya dan adik perempuan saya masih bercuti jadi kami saja yang ada di rumah. Saya lebih selesa berinteraksi dengan ‘adik beradik’ saya ini tanpa dipengaruhi oleh ‘bapa’ saya kerana yang bapa itu seolah-olah ketua mereka, beritahu mereka apa yang patut dibuat dan bagaimana untuk bertindak.

Seperti yang saya beritahu, saya bawa Quran untuk dibaca dan ia menenangkan minda saya. Ramai orang kata di ruangan komen yang ia mungkin jin (jin tidak semestinya jahat, tetapi boleh merasuk manusia), oleh sebab itu, saya telah membaca surah Al-Jin. Apabila saya baca dengan kuat, saya boleh dengar bunyi seperti mencakar di tingkat atas, terutamanya dari bilik adik saya. Mungkin saya hanya membayangkan yang surah itu memberi kesan kepada apa yang ada di tingkat atas, saya tak berapa pasti. Saya telah bercakap dengan beberapa orang rakan keluarga dan mereka kata saya tak cukup ‘kuat’ (saya rasa, dari segi rohani) untuk melawan benda yang menyamar jadi keluarga saya dan saya patut tunggu saja Sheikh itu datang.

Sekarang pukul 2.50 petang. ‘Adik-beradik’ saya masih belum bangun tidur. Saya tak pasti kenapa. Pada hari paling malas sekali pun, jarang orang masih tidur lepas 1.30 petang. Saya sangat teruja mahu naik ke tingkat atas untuk lihat apa yang telah terjadi tapi saya dah banyak tonton filem seram dan tahu itu bukan idea yang bagus. Saya tak mahu mati tanpa dapat selesaikan masalah ini. Ibu bapa saya biasanya balik pukul 5.30 petang jadi saya ada banyak masa untuk mendapatkan maklumat dan berdoa banyak-banyak.

5:34 petang, saya dengar ibu bapa saya pandu masuk ke dalam garaj. Meraka masuk dalam rumah bersama, dan kelihatan seperti tidak puas hati berbanding pagi tadi. Saya tak pasti mengapa saya dengar ‘bapa’ berbisik kepada ‘ibu’ tentang “tak sepatutnya datang”, “sepatutnya tinggal” dan sesuatu yang kedengaran seperti ‘banjoran titwang’. Saya tak pasti sama ada saya dengar dengan betul, apakah ia sebentuk cacian? Satu tempat? Saya tak ada klu. Saya tak tahu itu bahasa apa, yang nyata ia bukan bahasa Inggeris. Mereka menyapa saya kemudian naik ke tingkat atas. Apa yang hendak mereka lakukan, saya tak tahu, tapi asalkan mereka tak dekat dengan saya, saya tak rasa bimbang. Bau busuk masih ada dalam rumah tapi tak kuat sangat. Mungkin juga saya dah biasa dengan bau itu.

Baru masuk tengah malam di sini, 12:07 lebih tepat. Saya sangat mengantuk (dah tak tidur lebih dari 72 jam) jadi saya jadikan sofa katil sementara dan saya juga dengar ayat Quran melalui fon telinga. Saya rasa lebih tenang begitu, saya akan kemas kini tentang kedatangan Sheikh nanti,.

KEMASKINI: Saya tahu saya disuruh untuk tidak cuba melawan benda yang merasuk ahli keluarga saya tapi saya memang degil. Bila saya dengar mereka ‘bersenandung’ saya akan baca ayat Quran dengan perlahan dan saya sumpah mereka akan berhenti berlagu dan saya akan dengar bunyi ketukan, di bawah bilik bapa saya. Ketukan itu sama saja coraknya, tiga ketukan pendek, tiga ketukan panjang dan sekali lagi tiga ketukan pendek. Saya tak pasti apa makna ketukan tersebut. Satu amaran? Atau sembilan ketukan memberi satu makna? Saya juga masih menunggu Sheikh itu datang pada Jumaat ini, sekarang baru hari Selasa. Saya akan kemaskini secepat mungkin.

KEMASKINI: Saya kembali, kawan-kawan, dan saya masih sihat. Sekarang petang Sabtu yang sejuk dan saya baru habis bercakap dengan Sheikh untuk kali kedua. Namanya Imam Ahmad dan saya akan ulang semula apa yang saya lihat dan apa yang dia beritahu pada saya semasa pertemuan kami yang pertama.

Imam Ahmad mendekati bapa saya dan bersalaman dengannya. ‘Bapa’ saya berjabat tangan dengannya seolah-olah terpaksa. Inilah bunyi dialog mereka:

IMAM AHMAD: Assalamualaikum. Boleh beritahu siapa kamu?
‘BAPA’: Saya Ali *****
(nota: Perasan tak dia tak jawab salam Imam Ahmad?)
IMAM AHMAD: Ali, kamu kerja apa?
‘BAPA’: Saya saintis farmaseutikal, bekerja untuk ****** ******* *******
IMAM AHMAD Berapa lama dah kerja di sana?
‘BAPA’: Hampir 25 tahun.

Pada masa ini, ‘bapa saya’ lulus cemerlang. Dia tahu nama kami, apa yang kami belajar di universiti, dan benda remeh lain macam kerja rumah yang paling saya benci (memvakum) dan pemanis mulut kegemaran ibu saya. Tapi masih ada sesuatu yang tak kena. Bau busuk masih ada dan kadang-kala, kedengaran bunyi ‘adik-beradik’ saya berlagu di tingkat atas. Saya tanya Imam Ahmad jika dia terbau busuk daging reput tetapi Imam kata tidak. Pada masa ini, Imam Ahmad tanya jika dia boleh cuba satu eksperimen. Eksperimen itu ialah memainkan beberapa ayat dari surah Al-Baqarah dan lihat reaksi mereka. Imam Ahmad beritahu saya Imam dan Sheikh lain juga mempratikkan perkara yang sama untuk mengetahui sama ada jin atau benda paranormal lain terlibat dalam kejadian pelik seperti ini. Saya beritahu dia, saya ada surah itu dalam iPhone, dan beri kepadanya. Dia tekan ‘play’ dan menunggu ia dimainkan.

Hasilnya berlaku dengan pantas. ‘Bapa’ saya mula menjerit dan jeritannya tidak kedengaran seperti manusia, sampai saya takut dia akan makan kami. Jeritan juga kedengaran dari tingkat atas dan bunyi cakaran juga semakin galak. Semua ini berlaku dalam masa tiga saat tapi saya rasa macam sangat lama. Imam Ahmad berhenti mainkan ayat Quran dan beritahu saya dia boleh bau daging reput yang saya katakan sebelum ini.

Dengan kekuatan yang ada, saya minta dia terangkan apa yang telah dia lakukan. Kerana menonton filem Hollywood, saya tahu apa yang dibuat untuk mengatasi rasukan dalam kepercayaan Kristian, dengan The Lord’s Prayer, air suci, salib dan sebagainya. Tetapi saya tak tahu tentang semua ini dari segi perubatan Islam.

Imam Ahmad lihat wajah saya yang ketakutan dan tanya jika saya boleh tinggal bersama kawan-kawan keluarga saya untuk beberapa hari dan minta saya bertemunya di masjid selepas Zuhur keesokan harinya. Dia menunggu sementara saya uruskan tempat tidur saya malam itu dan siap hantarkan saya ke tempat saya bermalam.

Dalam perjalanan ke tempat tinggal kawan baik saya (dia tinggal di asrama universiti) Imam Ahmad menerangkan pada saya apa yang telah berlaku. Ringkasnya, dia 85% percaya yang ahli keluarga saya dirasuk Jin yang kuat dan memiliki niat jahat. Saya menerima berita itu dengan tenang, dan Imam bertanya mengapa saya tenang.

Pada masa itu saya beritahu dia yang saya telah bercerita tentang semua ini di Reddit dan ada orang cakap tentang ‘Skinwalkers’ dan ‘halusinasi kerana penyalahgunaan dadah’.

Imam Ahmad sangat yakin yang ahli keluarga saya masih hidup tetapi tidak akan hidup lama jika tidak berubat segera. Pada masa ini, saya menjadi lebih takut lagi. Sampai ke tempat kawan saya, Imam ingatkan saya yang saya perlu berjumpanya di masjid keesokan harinya.

Buat masa ini, saya tinggal dengan Amelia, kawan baik saya selama enam tahun. Saya beritahu dia apa yang telah terjadi, tetapi disebabkan dia seorang ateis (tiada agama), dia lebih cuba memahami apa yang terjadi menggunakan logik akal sahaja. Itu saja yang dapat beritahu buat masa ini dan saya akan kemaskini setelah berjumpa Imam Ahmad.###

Nota penulis: Buat masa ini ini perkembangan terbaru pelancong tersbeut. Kami akan muat naik cerita terbaru beliau sebaik saja dikemaskini.

sumber : http://amazingnara.com/pelancong ... a-di-malaysia-pt-2/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2016 03:45 PM | Show all posts
momod klu dah ada yg letak cite ni tlg katup ye..
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2016 03:52 PM | Show all posts
apa benda ni.... apa yg merasuk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2016 04:00 PM | Show all posts
tngu update part 3..sbb part 2 ni dia masih mtk tlg sorg sheikh ni pulihkan fmly die..
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2016 04:03 PM | Show all posts
sangat menarik...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-6-2016 04:10 PM | Show all posts
cerita ni masih ongoing ke?
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2016 04:15 PM | Show all posts
wow! tak pernah lagi akak dengar cerita dirasuk hantu, pastu hantu plak gigih nak naik flight balik ostolia dekk.. selalunya kalo kena rasuk hantu, setakat terjerit-jerit meraung-meraung jek.. advance betei..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-6-2016 04:16 PM | Show all posts
aah..sabar naa...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2016 04:20 PM | Show all posts
ala tu jin setan yg biasa..boring...bagilah ubah angin sikit kali ni...haha
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2016 04:22 PM | Show all posts
wahh.. menarik...
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2016 04:23 PM | Show all posts

Ingat cerita dari pengalaman hang sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2016 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Misteri...famili dia pergi banjaran titiwangsa ..mungkin kena kt situ kot..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2016 04:29 PM | Show all posts
kotakbaju replied at 27-6-2016 04:23 PM
Ingat cerita dari pengalaman hang sendiri

aku kagum dengan diri sendiri kalau aku mampu type panjang berjela mcm ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2016 04:30 PM | Show all posts
Ipo replied at 27-6-2016 04:25 PM
Misteri...famili dia pergi banjaran titiwangsa ..mungkin kena kt situ kot..

myb la kot...xsabar nak taukn ..marilah sama2 tngu smbungan dia..
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2016 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Xsabar tunggu part 3...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2016 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow seramzz nyer..

Boleh celen conjuring

Innalillah pd mangsa n semoga semua selamat2 sj
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2016 04:45 PM | Show all posts
best
tak sabar tunggu sambungannya
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2016 04:47 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2016 04:56 PM | Show all posts
xtau kenapa terbaca dalam mode *mark adam* bila baca 1st post ni... hihihi

Anyway, best n suspen.. xsabar nak tau sambungannye..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-3-2024 12:04 PM GMT+8 , Processed in 0.080775 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list