CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5530|Reply: 3

Jenis mesej yang lelaki tak suka!

[Copy link]
Post time 29-6-2016 04:21 PM | Show all posts |Read mode



Aku sebenarnya gugel benda lain tapi benda lain yg aku jumpa. So ini lah topiknya, mesej apa yg lelaki tak suka wanita hantar? Ini semua ialah jawapan daripada lelaki sendiri, bukan aku reka2. Girls, take note!


1. Jangan hantar 'Heyyyyy' - Goodnighttt, What's upppp? Elak mesej dgn letak huruf berlebihan. Lelaki mula2 akan rasa okay je tp lama2 diorang rasa menyampah pun ada. Kalau rasa 'Hey' tu terlalu simple, ko mesej la, 'Hai awak, buat apa tu?' Gunakan imaginasi korang.


2. Jangan mesej kali kedua, ketiga dan seterusnya bila lelaki tak reply. - Contoh ko tanya 'Awak kat mana tu?' dia tak balas. Jangan la mesej lagi 'Awak pegi mana tu?' 'Awak dgn siapa tu?'. Korang baca pun rimas kan? Macam tu la perasaan diorang bila dapat mesej bertubi2 daripada korang.


3. Jangan mesej 'K' saja. - Lelaki tak tau sama ada wanita tu tgh marah ke atau biasa je. Lagipun korang sendiri faham la, 'K' tu bunyi pun da mcm biadap je. Kalau nak tamatkan perbualan tu, at least cakap la 'Okay, Borak lagi nanti.'


4. Kurangkan cakap 'Kot'. - Contoh lelaki tu ajak korang keluar minum kopi, korang balas 'Okay kot', 'Saya free kot'. Kenapa mcm tak pasti? Dia anggap korang tak berminat nak keluar dgn dia nanti.


5. Jangan mesej 'Kenapa awak tak balas ni?!' - NO! Jgn sekali-kali korang buat! Nampak mcm mendesak. Mungkin dia tu tgh sibuk, takde masa nak balas. Korang pun terus je serang dia mcm tu. Tapi katalah dah tiga hari dia tak balas mesej ko tu, ko try mesej lagi. Tak balas jugak? Lupakan jela, dia tak nak mesej dgn ko tu.


6. Jangan lebih2 letak emoji. - Nak letak sikit2 tu takpe, tapi jangan byk sgt lah. Nampak mcm korang mencuba sgt. Lelaki ni kalau nampak korang terlalu syok kat dia, dia akan jauhkan diri. So rilek2 je bila dia mesej. Nak guna emoji boleh, tapi jgn kerap. Kalau dia jenis layan hanta emoji jugak, tu takpela.


7. Jangan tak balas pulak. - Sama mcm korang, lelaki pun tak suka bila korang tak reply langsung mesej dia. Contoh, korang selalu borak tapi tiba2 korang terus tak mesej dia atau tak balas mesej dia pun.


Jgn tak tau, kadang2 mesej simple pun lagi memikat daripada yg melebih2 tu tau










Sumber: BeeTalk Forum


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2016 10:52 PM | Show all posts
Berdasarkan penyataan TT , rasanya perempuan pun tidak suka dengan mesej2 begitu.
Setuju dengan no 1 hingga no7 .
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2016 02:24 AM | Show all posts
seen jah....mksdny x suke la tuh
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2016 05:21 AM | Show all posts
dari dulu lagi saya tak suka nak mulakan mesej dengan lelaki..saya hanya balas jika lelaki tu yang mesej saya dulu..huhuu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:54 PM GMT+8 , Processed in 0.063722 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list