CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4056|Reply: 14

Perkataan Popular Yang Sering Digunakan Ketika Ramadan

[Copy link]
Post time 29-6-2016 05:02 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

Yang menarik dan istimewanya, perkataan ini hanya digunakan ketika bulan puasa iaitu Ramadan.

Jika Ramadan belum menjelma, maka tidaklah pula kedengaran perkataan-perkataan disebut. Betul tak?

Enam perkataan ini adalah paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia ketika tibanya Ramadan.  





1) Iftar (IfTHOR)

Perkatan bahasa Arab yang digunakan iaitu Iftar adalah makan petang untuk berbuka puasa apabila terbenamnya matahari di bulan Ramadaan. Jika orang Melayu kuno, mereka menyebutnya berbuka puasa sahaja. Istilah 'Iftar' ini mula muncul sejak beberapa tahun kebelakangan ini, selari dengan kemunculan golongan Hijabster dan Hipster.

2) Tamar

Istilah tamar sering digunakan di dalam satu ayat kerana di atas sifat 'rhyming' nya. Contohnya, "Ayuhlah kita iftar dengan tamar" Tamar mengikut bahasa Arab adalah buah kurma, cuma acapkali tamar menggantikan kurma di bulan Ramadan. Mungkin tak guna perkataan kurma sebab tidak mahu ada yang keliru bila orang tanya, "Awak nak buka puasa hari ini?" "Kurma". Kemudian si isteri masak pula Ayam Masak Kurma. Haa kan dah timbul salah faham di situ.

3) Param/Baram

Param adalah singkatan kepada Pasar Ramadan. Istilah ini sebenarnya dicipta dengan tidak sengaja. Kisahnya begini, pada bulan Ramadan beberapa tahun yang lalu, Khairul ingin melawat rakannya yang sakit iaitu Paramjit Singh. Dalam perjalanan ke rumah Paramjit ataupun nama manjanya Param, beliau terserempak dengan Amir. Amir bertanya kepada Khairul, "Eh saudara nak pergi mana?" Khairul menjawab, "Saya nak pergi melawat Param...." (sambil menunjuk ke arah rumah Param yang kebetulan berdekatan dengan Pasar Ramadhan). "aram? GENIUS!" Lalu Amir pun pulang ke rumah dan meletakkan status di Facebook apabila orang pertama yang menggunakan istilah Param yang merujuk kepada Pasar Ramadan.

Ada juga singkatan pasar lain yang tidak popular seperti Bazar Ramaan (Baram).

4) Eid Murtabak


Ini sebenarnya adalah sejenis 'typo', tetapi kemudiannya telah dijadikan satu trend untuk para hipster. Selalunya Eid Mubarak diucapkan menjelang hari raya Aidilfitri, tetapi Eid Murtabak pula adalah sejenis kod yang digunakan untuk memesan murtabak di Param.



5) Yang Yok

Anda pernah dengar tak frasa ini? "uasa Yang Yok, pagi-pagi buka periuk". Bagi mereka yang berniat puasa malam tadi tetapi bersahur pada pukul 9 pagi, puasa mereka jatuh dalam kategori puasa Yang Yok. Biasanya istilah ini digunakan kepada anak-anak kecil. Ala, macam tak pernah buat saja dulu-dulu kan?

6) Moreh

Moreh bermaksud jamuan di masjid atau surau ketika bulan puasa, biasanya dijamukan selepas bertarawih dan bertadarus. Moreh ini disediakan oleh individu-individu yang ikhlas untuk bersedekah di bulan Ramadaan. Aktiviti moreh dilihat dapat merapatkan hubungan silaturrahim antara penduduk qariah, terutamanya golongan muda dengan golongan veteran. Namun, golongan veteran sahaja yang masih mengamalkannya. Anak muda? Sibuk beli baju raya.

Begitulah antara istilah-istilah popular yang sering digunakan di bulan Ramadaan. Ada istilah lain tak? Jika ada, boleh kongsikan dengan CARI ya.

Kredit : Megatron
Kredit Foto : عبدول جاببر Instagram & Koleksi Kartun Lambok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2016 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Tarawikh....
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2016 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Sahur / sok
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2016 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Gastrik....
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2016 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Apo? dan Lambok hanya tinggalkan kenangan .
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2016 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Taddarus
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-6-2016 01:29 AM | Show all posts

azan maghrib
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 09:40 AM | Show all posts
lailatul qadar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2016 10:09 AM | Show all posts
ketuk beduk xde ker dlm list
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 11:58 AM | Show all posts
Imsak dan azan subuh
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Buffet ramadhan
Jovian, nurita harith,elle zada, leeyanarahman
Semperit,tart gulung, bangkit
Yusoff taiyooobbbb
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 05:02 PM | Show all posts
Ramadhan.... bulan lain takde nama Ramadhan
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2016 04:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Ketuk ketuk ramadhan..
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2016 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
#doneterawih
#donetadarus
#doneifthor
#donesahoor
Dan selfie
Bagi batak2 yg hadap likes kat media social
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2016 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
List jah segala perkataan erebiyyaj sis..ummah time2 bulan puasa jah fefeeling syumul nk bererebiyyaj segala pakai jubah kepam..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:45 PM GMT+8 , Processed in 0.071717 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list