CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: EJALTI

Lim Guan Eng Ditahan SPRM Atas Tuduhan Rasuah & Dihadap Ke Mahkamah Esok

[Copy link]
Post time 30-6-2016 10:22 AM | Show all posts
atira replied at 30-6-2016 10:15 AM
bezanye mat jawa tu tak de tukang bekap...
geng sendiri pon meluat katanye

contoh komen geng sendiri yg menyampah tu?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2016 10:24 AM | Show all posts
nirman replied at 30-6-2016 09:50 AM
DAP leaders believe that the arrest of Penang Chief Minister on corruption charges means that the wi ...

tak paham.

sebagai org yg tak involve sgt dgn cerita2 politik ni... apa beza kes lge ni dgn khir toyo? sama juga kan? frasa yg diberi.. 'willing buyer, willing seller'. kalau khir toyo kena jel sbb beli aset under market value, kenapa lge tak bersalah? adakah sbb dia org DAP maka dia kena frame kerajaan? abis tu? khir toyo masa tu org kerajaan jugak. apsal kerajaan tak selamatkan dia? sbb dia liabiliti? sooo... kalau org BN buat salah, kerajaan bongok. kalau pembangkang buat salah, pun kerajaan bongok? apa punya mentaliti mcm ni? be fair tak boleh?

Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 10:35 AM | Show all posts
badaksumbu replied at 30-6-2016 10:22 AM
contoh komen geng sendiri yg menyampah tu?

menyampah..buat donno
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 10:45 AM | Show all posts

buat donno = wait n see,


Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 10:59 AM | Show all posts
ayahsu akmal April 24, 2015 at 7:36 pm

Salam en.zul…sy berusia 29 thn dan bakal mendirikn rumahtangga. Sy ingin meminta nasihat saudara berkenaan tips mengurus kewangan. Sy konsisten menyimpan duit setiap kali dpt gaji (basic sy rm2400), memiliki akaun Tbg Haji & beberapa bank lain. Sy menyimpan dlm SEMUA akaun itu (dibahagikan mengikut nilai tertentu). Dlm T.Haji sy ada lbh kurang 12K, dan dicampur dgn jumlah dlm bank2 lain, semuanya kini berjumlah lbh krg 15K.

Sy bercadang hendak berkahwin pd hujung tahun ini. Jumlah perbelanjaan (kedua2 majlis) dijangka 15K. Sy menganggarkan akan berjaya
mengumpul rm5000 dlm masa 5 bulan lg (simpan 1K sebulan). Jadi mungkin sy akan memiliki dlm 20K pd masa itu, dan slps majlis, mybe akan tinggal dlm 5K.

Masalah sy:
1) Asalnya mengumpul duit utk membeli rumah, kerana dinasihatkan org supaya membeli rumah pd usia muda. Target asal, ada rumah sblm 30 thn, akan tetapi x tercapai atas sbb2 tertentu. Jadi, sy fikir, jika mengeluarkan wang dr T.Haji utk perkahwinan, LAMBATlah sy dpt beli rumah, dan jika sy menyimpan kembali wang pun, mungkin harga rumah sudah terlalu tinggi. Apa pendapat saudara?

2) Sy ingin tahu tips membeli rumah. Agak sesak nafas juga mendengar pengalamn rakan2 beli rumah: kos peguam @ kos dlm memulakan langkah awal membeli rumah shj sudah memakan 5-6K.

3)Sy cuma ada hutang PTPTN, yg xtau entah bila nak settle. Sy tiada kereta, cuma bermotorsikal (tapi bakal pasangan ada kereta) dan berharap the next debt i’ll make adalah utk rumah shj. Betulkah pendirian sy ini?

Harap sgt saudara dpt membantu.

REPLY

Mohd Zulkifli Shafie April 28, 2015 at 3:03 am
Wslm En. Akmal,

1. Betul, beli rumah usia muda tu bagus. En. Akmal boleh beli rumah, tetapi kena cari rumah yang dijual
BAWAH HARGA PASARAN, dan buat pinjaman lebih tinggi dari harga yang dibeli. Duit lebihan itu boleh digunakan untuk perkahwinan. Saya syorkan En. Akmal baca buku pasal pelaburan hartanah untuk lebih faham apa yang saya maksudkan tu. Saya boleh syorkan baca buku bertajuk “Wa Tak Faham” tulisan Faizul Ridzuan.

2. Untuk selesa membeli rumah, kena stand by duit dalam 10% (bagi rumah yang beli atas tangan orang) dan 5% (untuk rumah projek baru) hanya untuk kos-kos berkaitan. Dan kena sedia lagi deposit 10% sebab pinjaman maksimum cuma 90% sahaja.

3. Betul, kalau pasangan dah ada kereta sendiri, tak perlu beli kereta lagi. Pakai kereta tu sahaja.

Wallahu a’lam.

Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 11:05 AM | Show all posts
Beli murah sahaja bukanlah satu kesalahan.

Tapi beli murah daripada seseorang yg ada urusan mendapatkan sesuatu drpd kerajaan adalah salah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-6-2016 11:09 AM | Show all posts
yg si guan eng buat rasuah kena tangkap, si sorang tu, suami kepada babi gemok pendek katik tu bila lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 11:12 AM | Show all posts
Aku agak xlepas lge ni..ade unsur salahguna kuasa..siapla..clean sgt la dap ni kn..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2016 11:13 AM | Show all posts
nirman replied at 30-6-2016 09:24 AM
After more than a year on the political back foot, Prime Minister Najib Abdul Razak is striking back ...

bukan PM yang striking back ka apa ka

guan eng sendiri yang lakukan transaksi
luar biasa sehingga menimbulkan keraguan

dan kini mula ada bahan bukti selepas disiasat

ianya hanyalah satu lagi kes dakwaan rasuah
yang COMMON


Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau time ni pemakan dedak boleh kata tiada siapa terlepas dari undang2..harapnya tukang tabur dedak pun cepat2 lah kena tindakan undang2 juga

Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 11:30 AM | Show all posts

Ada beberapa set isu dalam naratif cerita pembelian rumah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan hubungannya dengan penjualan tanah Taman Manggis oleh kerajaan negeri yang dipimpin olehnya.

Pertama adalah soal jual beli rumah pada harga yang didakwa tidak setara dengan harga pasaran, sama ada diskaun yang didakwa adalah dibolehkan, dan sama ada diskaun itu mempunyai tujuan tertentu yang boleh ditafsirkan sebagai korupsi.

Kedua adalah soal dakwaan hubungkait pemunya asal rumah Lim Guan Eng dengan urusniaga jual beli tanah Taman Manggis antara kerajaan negeri Pulau Pinang dengan pihak yang berjaya membeli tanah tersebut, KLIDC.

Ketiga adalah soal sama ada tanah Taman Manggis telah diubah status dan fungsinya sehingga mengorbankan nasib keluarga-keluarga yang sepatutnya mendapat kediaman bantuan kerajaan di atas tanah yang kononnya diperuntukkan untuk projek perumahan rakyat.

Tiada paksaan, tidak sama kes Khir Toyo

Bagi menjawab soalan pertama, kita telah dipersembahkan dengan kenyataan bersumpah Phang Li Koon yang menyatakan dengan jelas bahawa rumah yang dimilikinya telah disewakan kepada keluarga Lim Guan Eng sepanjang tujuh tahun lalu sejak beliau menjadi Ketua Menteri pada kadar RM5,000 sebulan.

Rumah tersebut kemudian dijualkan kepada Guan Eng dengan satu harga yang dipersetujui, tanpa paksaan dan tanpa sebarang janji balas. Berbeza dengan Dr Mohd Khir Toyo, di mana pihak yang menjual terpaksa memberi keterangan di kandang saksi bahawa beliau dipaksa untuk menjual hartanahnya pada harga yang jauh lebih murah.

Dan lagi, harga pasaran bukanlah harga yang harus dituruti. Malah Phang Li Koon boleh sahaja memberi rumah tersebut secara percuma kepada keluarga Ketua Menteri, dan masih tidak melanggar sebarang undang-undang kerana pindah milik boleh sahaja berlaku tanpa sebarang balasan kewangan pun.

Phang Li Khoon turut bersaksi bahawa beliau tidak mempunyai hubungkait dengan syarikat KLIDC yang memenangi tender jualan tanah Taman Manggis serta tidak mempunyai sebarang hubungan yang memberi faedah kepadanya hasil jualan rumah kepada Lim Guan Eng.

Laman web Invest Penang adalah sekadar laman direktori syarikat-syarikat yang terlibat dalam pelaburan di negeri Pulau Pinang. Sama seperti buku telefon. Ia tidak melambangkan mahupun membuktikan sebarang pertalian kepentingan antara pihak tersenarai dengan aparat kerajaan negeri.

Tiada kaitan jual rumah dengan Taman Manggis

Ini lantas menjawab persoalan kedua, tentang pertalian antara Phang Li Koon, Lim Guan Eng dan jual beli Taman Manggis. Tidak harus ada keraguan tentang penjualan tanah tersebut kerana ia telah dilakukan melalui sistem tender terbuka, dan dijual kepada pembida tertinggi. Seandainya wujud keraguan mengenai anasir rasuah dalam urusan jual beli tersebut, tanah Taman Manggis pastinya tidak dijual kepada pembida tertinggi yang membeli dengan harga yang paling mahal.

Sekiranya Lim Guan Eng telah menerima rasuah dalam bentuk diskaun pembelian rumahnya, Lim Guan Eng akan menjual tanah Taman Manggis secara rundingan terus, pada harga yang lebih rendah dengan pihak yang mempunyai hubungan langsung dengan pembelian rumahnya itu. Quid pro quo.

Serangan lanjut ke atas Guan Eng kemudiannya mensasarkan dakwaan bahawa tanah Taman Manggis sepatutnya digunakan untuk membangunkan projek perumahan rakyat, dan bukannya hospital dan hotel mewah. Kononnya kerajaan negeri terdahulu telah pun menggazetkan tanah tersebut untuk dibina rumah kos rendah bagi rakyat miskin.

Tanah seluas 1.99 hektar itu didapati terlalu kecil untuk dibina perumahan rakyat, maka projek rumah kos rendah dan mampu milik telah dicadangkan di sebuah kawasan yang jauh lebih luas di Jalan SP Chelliah.

BN sendiri tolak cadangan perumahan rakyat di Taman Manggis

Apa yang menarik ialah kerajaan negeri BN rupa-rupanya tidak pernah pun menggazetkan tanah Taman Manggis untuk pembinaan rumah PPR, malah mencadangkan supaya kawasan tersebut digunakan untuk membina rumah kedai dan kuarters kerajaan, atau apa yang disebut sebagai pembangunan bercampur.

Menurut dokumen-dokumen kerajaan BN dahulu yang baru didedahkan, BN malah turut pernah mahu menjual tanah tersebut kepada pemaju swasta, dengan alasan supaya kerajaan negeri dapat menjimatkan kos.




Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 11:39 AM | Show all posts
isele 9 - harbi 0


Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 11:55 AM | Show all posts
Malaysiakini13 mins ·






#LIVE 10.40am: The charge against Phang is read out by a court official. Apandi tells the court that he and his team will be prosecuting Phang's case.
She is accused of committing an offence on July 28, 2015 where she abetted Guan Eng to obtain a "valuable property" for RM2.5 million which he knows to be below market value as the value of the property then was RM4.27 million.
"He obtained the property knowing that you have business dealings with the state government," reads the charge.
Phang is charged with committing the offence under Section 109 of the Penal Code. The charge is read out together with Section 165 of the 2009 Malaysian Anti-Corruption Commission Act.
Apandi applies for the case to be transferred to the Penang High Court.
Judge Roslan agrees to Apandi's request saying: "The case will be transferred to the Penang High Court for mention today".
The court is adjourned.
Follow our LIVE REPORTS here:https://www.malaysiakini.com/news/347156




Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
judicata replied at 30-6-2016 10:24 AM
tak paham.

sebagai org yg tak involve sgt dgn cerita2 politik ni... apa beza kes lge ni dgn khi ...

Kalo ikut keadilan macam tu la
Khir toyo juga cakap willing buyer willing seller.. Kena kedalam juga walau willing seller willing buyer..So apa istimewanya sangat topekong ni.. Sebab dia DAP??
Meroyan yer.. Sendiri buat transaksi.. Xada yg paksa pun. Xada yg letak pisau kat leher pun suruh beli.. So???
Pless..  
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 12:15 PM | Show all posts
Guan Eng dan Phang didakwa, AG pula kena boo Susan Loone     Hari ini, 9:39 pagi     Hari ini, 11:45 tengahari










Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dijangka didakwa di bawah Seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 2009 berkaitan dakwaan pengezonan semula sebidang tanah daripada pertanian kepada kegunaan komersial.
Beliau juga akan didakwa di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan berhubung dakwaan pembelian sebuah unit banglo di Jalan Pinhorn di bawah nilai pasaran.

Sementara itu, ahli perniagaan wanita Phang Li Khoon, yang menjual banglo tersebut kepada Lim, juga akan didakwa di
Mahkamah Sesyen George Town.
Malaysiakini membuat liputan LANGSUNG.



10.40am: Pertuduhan terhadap Phang dibacakan oleh seorang pegawai mahkamah. Apandi memberitahu mahkamah bahawa beliau dan pasukannya akan mendakwa Phang.

Phang dituduh melakukan kesalahan itu pada 28 Julai 2015 di mana dia bersubahat dengan Guan Eng untuk mendapatkan "hartanah bernilai ' RM2.5 juta yang diketahuinya berada di bawah nilai pasaran sebagai nilai harta yang ketika itu adalah RM4.27 juta.
"Beliau (Guan Eng) memperolehi hartanah itu dengan mengetahui bahawa anda mempunyai urusan perniagaan dengan kerajaan negeri," pertuduhan itu dibacakan.

Phang didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan. Pertuduhan itu dibacakan bersama Seksyen 165 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Apandi memohon kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Hakim Roslan bersetuju dengan permintaan Apandi dan menyatakan: "Kes ini akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini untuk sebutan".
Mahkamah kemudian ditangguhkan.

10.30am: Hakim Mahkamah Sesyen Roslan mengambil tempat.
Apandi memaklumkan kepada mahkamah bahawa terdapat enam anggota dalam pasukan pendakwaan.
Gobind memperkenalkan pasukannya terdiri daripada 10 orang peguam.
Dua pertuduhan terhadap Guan Eng kemudiannya dibacakan.
Yang pertama dia didakwa menyalahgunakan kuasanya untuk memanfaatkan dirinya dan isteri dengan meluluskan pengezonan semula sebidang tanah kepada Magnificient Emblem Sdn Bhd, dan pertuduhan kedua adalah berkaitan dengan dia memperolehi harta di bawah nilai pasaran di 25, Jalan Pinhorn dari Phang Li Khoon.
Guan Eng mengenakan tali leher merah kegemarannya manakala Phang berpakaian putih dan hitam. Dia kelihatan pucat.
Nilai harta ketika itu RM4.27 juta. Guan Eng dituduh melakukan kesalahan itu pada 26 Julai 2015.
Guan Eng berkata, beliau faham pertuduhan itu.
Apandi memberitahu mahkamah bahawa terdapat senarai saksi yang akan diberitahu kemudian.
Beliau kemudian meminta kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi di bawah Seksyen 60 Kanun Tatacara Jenayah.
Roslan bersetuju untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi untuk sebutan hari ini.

10.18am: Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali memasuki dewan mahkamah. Penyokong Guan Eng mengeboo dan melaungkan "Bebas Guan Eng, tangkap Najib" boleh didengar di luar.
Apandi mengambil tempat beliau dengan pasukan pendakwaan dan dilihat berbual dengan peguam Guan Eng, Gobind Singh.
Pemimpin utama PKR negeri turut berada di mahkamah. Ia termasuk Timbalan Ketua Menteri I Rashid Hasnon, Exco mengenai hal ehwal agama Abdul Malik Kassim dan Pengerusi PKR negeri, Mansor Othman.

10.04am: Guan Eng memeluk ibunya dan isterinya Betty. Beliau bersalaman dengan bapanya, Kit Siang.
Guan Eng tersenyum dan memberitahu wartawan, "Saya baik-baik saja", dan dilihat berbincang dengan peguam dan Gobind Singh.

10am: Guan Eng dibawa masuk ke dalam mahkamah.

9.45am: Lim Kit Siang tiba bersama keluarga. mereka memasuki dewan mahkamah.
Phang diwakili peguam K Kumaraendran dan Devkumar Kumarendran.
Hakim Mahkamah Sesyen Roslan Hamid mendengar kes itu.

9am: Mahkamah penuh sesak. Tempat duduk dipenuh petugas media dan beberapa pegawai Cawangan Khas.
Pasukan peguam Guan Eng termasuk Gobind Singh Deo, Ramkarpal Singh, M Kulasegaran dan RSN Rayer.
Isteri Karpal Singh, Gurmit, turut hadir di mahkamah. Begitu juga bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim.
Guan Eng dan Phang Li Khoon dijangka didakwa di mahkamah pada pukul 10 pagi.

Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 12:16 PM | Show all posts
wana89 replied at 30-6-2016 12:00 PM
Kalo ikut keadilan macam tu la
Khir toyo juga cakap willing buyer willing seller.. Kena kedalam j ...

x blh konfiden sgt, ada fakta kes khir toyo dn lge ni yg tak sama,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2016 12:27 PM | Show all posts
dauswq replied at 29-6-2016 06:35 PM
sape bkal jadi km baru ni?

aku kurang arif sikit.mmg kena tahan terus ke?tak boleh ikat jamin?kena lepaskan jawatan?
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
badaksumbu replied at 30-6-2016 12:16 PM
x blh konfiden sgt, ada fakta kes khir toyo dn lge ni yg tak sama,

Kan wana cakap awal2 lagi, baru didakwa.. Masih perbicaraan.. So nak lepas masih ada..
Cuma, meroyan umpama dah jatuh hukum penjara pula.. Bagi wana, kalo xada basic tu..memang wana hencap gomen sebab memang la ada teori konspirasi bagai tapi untuk kes ni?? orang bodoh property pun kalo pikir secara logik pun.. Ada basic.. Busuk2 pun kena bicara..ikut pertimbangan hakim macam mana
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 12:33 PM | Show all posts
alesandra replied at 30-6-2016 12:27 PM
aku kurang arif sikit.mmg kena tahan terus ke?tak boleh ikat jamin?kena lepaskan jawatan?

belum lagi
kena lepaskan jawatan setelah mahkamah jatuhkan hukuman
ikat jamin tu kalau hakim bagi kebenaran...seingat aku, reman tak ubah apa2 kedudukannya sbg km

mcm kes anuar ibrahim dulu, dia dh kena sabit hukuman oleh mahkamah rayuan
jadi, dia hilang rights utk bertanding dlm prk

Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 12:37 PM | Show all posts
pendeta replied at 30-6-2016 11:30 AM
Ada beberapa set isu dalam naratif cerita pembelian rumah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng da ...

ini bukan pasal tanah taman manggis + jual rumah murah kepada Guan Eng...tapi kes penzonan semula tanah di Balik Pulau dimana miss Phang ada kepentingan + jual rumah murah kepada Guan Eng...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 01:51 PM GMT+8 , Processed in 0.071038 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list