CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8187|Reply: 116

[Dikemaskini] : Pendakwaan Kes Rasuah Lim Guan Eng

[Copy link]
Post time 30-6-2016 10:59 AM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO




Hari ini, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dihadapkan ke mahkamah atas dua dakwaan kesalahan rasuah. Namun, Lim Guan Eng tidak mengaku bersalah dan meminta kesnya dibicarakan, mahkamah menetapkan sebutan semula pada 22 September untuk pengurusan kes.


Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membenarkan Lim Guan Eng diikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin bagi kedua-dua tuduhan.  


Mahkamah Tinggi Pulau Pinang turut membenarkan Lim Guan Eng menyimpan sendiri pasportnya, tetapi dengan syarat jika LGE ingin ke luar negera perlu memaklumkan pihak mahkamah dan peguam negara dua hari sebelum berlepas.


Tuduhan pertama, LGE sebagai seorang penjawat awam, pada 18hb Julai 2014,  menyalahgunakan kuasanya untuk memanfaatkan dirinya dan isteri dengan meluluskan pengezonan semula sebidang tanah kepada Magnificient Emblem Sdn Bhd, justeru didapati bersalah dibawah Seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 2009.


Pertuduhan kedua,  LGE didakwa bersubahat dengan ahli perniagaan wanita yang juga pemilik banglo tersebut, Phang Li Khoon untuk mendapatkan "hartanah bernilai ' RM2.5 juta yang diketahuinya berada di bawah nilai pasaran sebagai nilai harta yang ketika itu adalah RM4.27 juta, maka didapati bersalah dibawah Seksyen 165 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.


Manakala Phang Li Khoon turut mengaku tidak bersalah dan dibenarkan ikat jamin RM200,000 dengan seorang penjamin tanpa syarat tambahan.


Dalam satu sidang media yang diadakan sebentar tadi, Lim Guan Eng menegaskan tindakan dakwaan peguam negara ke atasnya adalah satu penganiayaan politik semata-mata.



Berikut adalah turutan Lim Guan Eng dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan tersebut :


1.38pm : Lim Guan Eng : BN boleh terus menggunakan pelbagai cara untuk menfitnahkan saya, namun mereka tidak akan berjaya memputar belitkan fakta dalam isu ini. Sama juga BN cuba untuk memecah belahkan Pakatan Harapan juga akan berdepan kegagalan.


1.33pm : Lim Guan Eng : "Saya rela mati berdiri, tak rela hidup menunduk!"


1.26 pm : Lim Guan Eng turut menegaskan pihak lain tidak wajar membandingkan kes pembelian tersebut dengan kes pembelian tanah dan banglo di Shah Alam oleh Khir Toyo, ini kerana penjual tanah dan banglo yang terlibat dalam kes Khir Toyo adalah seorang kontraktor pembangunan perumahan, tetapi penjualnya Phang Li Khoon hanya seorang peniaga sahaja.


1.22pm: Menurut Lim Guan Eng, kedua-dua tuduhan rasuah itu semata-mata merupakan tindakan penganiayaan politik! Tegas LGE, dia sudah banyak kali mengatakan urusan jual beli berkenaan adalah atas suka sama suka, tiada sebarang agenda politik.







sumber : laman facebook rasmi Oriental Dialy News




1.17pm : Lim Guan Eng mengadakan sidang media bersama pemimpin Pakatan Harapan.


12.52pm : Kini semua pihak bersedia untuk sidang media yang akan diadakan LGE.





sumber foto: Akaun rasmi FB LGE



12.49pm : Menurut Gobind Singh Deo, dia akan mengetuai satu pasukan peguam yang terdiri daripada Ramkarpal Singh, M Kulasegaran dan RSN Rayer akan ditubuhkan.


12.34pm : Dalam pada itu, turut dinyatakan dalam facebook LGE, hakim mahkamah tinggi memilih tarikh 22hb September, jam 9 pagi untuk menjalankan pengurusan kes penuduhan rasuah Lim Guan Eng. Untuk kes tuduhan Phang Li Khoon samada dijalankan pada tarikh yang sama, masih belum dikenal pasti lagi.


12.26pm : Menurut akaun facebook rasmi Lim Guan Eng, satu kenyataan dimuat naik yang mengatakan sidang media bakal diadakan kemudian.


12,07pm : Menurut laporan Bernama, Lim Guan Eng mengaku tidak bersalah atas pertuduhan rasuah berkaitan lot tanah dan banglo. Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membenarkan Lim Guan Eng diikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin bagi kedua-dua tuduhan.  


Mahkamah Tinggi Pulau Pinang turut membenarkan Lim Guan Eng menyimpan sendiri pasportnya, tetapi dengan syarat jika LGE ingin ke luar negera perlu memaklumkan pihak mahkamah dan peguam negara dua hari sebelum berlepas.


Manakala Phang Li Khoon pula dibenarkan ikat jamin RM200,000 dengan seorang penjamin tanpa syarat tambahan.






11.30am : Tuduhan pertama, LGE sebagai seorang penjawat awam, pada 18hb Julai 2014,  menyalahgunakan kuasanya untuk memanfaatkan dirinya dan isteri dengan meluluskan pengezonan semula sebidang tanah kepada Magnificient Emblem Sdn Bhd, justeru didapati bersalah dibawah Seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 2009.


Pertuduhan kedua,  LGE didakwa bersubahat dengan ahli perniagaan wanita yang juga pemilik banglo tersebut, Phang Li Khoon untuk mendapatkan "hartanah bernilai ' RM2.5 juta yang diketahuinya berada di bawah nilai pasaran sebagai nilai harta yang ketika itu adalah RM4.27 juta, maka didapati bersalah dibawah Seksyen 165 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.


Manakala Phang didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan.









10.58am : Peguam negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali memohon kes terbabit dipindahkan ke mahkamah tinggi Pulau Pinang daripada mahkamah sesyen. Hakim mahkamah sesyen mengumumkan penyerahan kes tersebut kepada mahkamah tinggi Pulau Pinang untuk sebutan hari ini.











10.30am : Peguam negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali tiba di mahkamah, kedengaran penyokong LGE mengeboo di luar mahkamah.








10.20am : Ahli keluarga Lim Guan Eng termasuk ayahnya Lim Kit Siang, ibunya, isteri dan anak serta adik perempuannya hadir ke mahkamah untuk mendengar perbicaraan. Ibu LGE kelihatan sedih dan pilu apabila anaknya bakal berdepan dakwaan rasuah.


















10.18am: LGE dibawa ke mahkamah sesyen Georgetown, Pulau Pinang, semua jalan yang menuju ke arah mahkamah dibanjiri penyokong LGE. Laungan Bebaskan LGE kedengaran.














0955: LGE Dibawa ke mahkamah sesyen untuk pendakwaan 2 tuduhan kes rasuah dengan kereta yang disediakan SPRM.







0905: Wakil Peguam LGE, Gobind Singh dan Ramkarpal Singh tiba di mahkamah sesyen, Georgetown, Pulau Pinang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2016 11:01 AM | Show all posts
Parti Amanah Negara (Amanah) Pulau Pinang berharap agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat menjalankan siasatan yang telus serta tidak terpengaruh dengan tekanan politik berhubung isu penahanan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Pengerusi Amanah Negeri Pulau Pinang, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, sekiranya pendakwaan berkenaan bertujuan untuk melemahkan perjalanan politik Pakatan Harapan, ia adalah sesuatu yang tidak wajar.

“Mereka silap kerana kami semakin kuat semangat untuk meneruskan perjuangan bagi membela rakyat.

“Saya berada di Bangunan SPRM bersama rakan-rakan bagi menunjukkan sokongan ke atas pendakwaan Guan Eng dan atas semangat setia kawan dalam Pakatan Harapan, kami mengharapkan siasatan yang telus,” katanya menerusi kemas kini status di laman sosial Facebook Amanah.

Semalam, Guan Eng ditahan SPRM sebaik habis mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri di Komtar.

Guan Eng dibawa sepasukan anggota penguat kuasa ke pejabat SPRM di Jalan Sultan Ahmad Shah di Georgetown kira-kira jam 6.20 petang dengan menaiki kereta milik kerajaan negeri.

Dalam pada itu, Mujahid berkata, orang ramai turut berhimpun di hadapan bangunan SPRM sebagai tanda sokongan dan akan turut serta ke mahkamah bagi menyatakan solidariti terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Sebelum ini, Guan Eng telah dipanggil memberi keterangan di Pejabat SPRM Pulau Pinang bagi membantu siasatan terhadap kes pembelian banglonya di Jalan Pinhorn yang mencetuskan kontroversi setelah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya ketika Sidang Dewan Rakyat April lalu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 11:10 AM | Show all posts
masa mula2 anwar dihadapkan ke mahkamah zaman 90 an dulu pun sama
jugak reaksi pengikut tegar

mula2 ramai dan berteriak2 dengan suara kuat

lama2 makin hilang dan sepi

ke dalam juga ketum akhirnya selepas melalui
proses mahkamah sepenuhnya
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 11:15 AM | Show all posts
diam la macai...ikut je perkembangan...xyah menyalak supo anjin...
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 11:17 AM | Show all posts
Samm_BM replied at 30-6-2016 11:01 AM
Parti Amanah Negara (Amanah) Pulau Pinang berharap agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM ...

Hahahaha... puak2 PANtek dah mula risau takut sumber bekalan dedak terputus la tu...
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 11:19 AM | Show all posts
10.30am: Hakim Mahkamah Sesyen Roslan mengambil tempat.

Apandi memaklumkan kepada mahkamah bahawa terdapat enam anggota dalam pasukan pendakwaan.

Gobind memperkenalkan pasukannya terdiri daripada 10 orang peguam.

Dua pertuduhan terhadap Guan Eng kemudiannya dibacakan.

Yang pertama dia didakwa menyalahgunakan kuasanya untuk memanfaatkan dirinya dan isteri dengan meluluskan pengezonan semula sebidang tanah kepada Magnificient Emblem Sdn Bhd, dan pertuduhan kedua adalah berkaitan dengan dia memperolehi harta di bawah nilai pasaran di 25, Jalan Pinhorn dari Phang Li Khoon.

Guan Eng mengenakan tali leher merah kegemarannya manakala Phang berpakaian putih dan hitam. Dia kelihatan pucat.

Nilai harta ketika itu RM4.27 juta. Guan Eng dituduh melakukan kesalahan itu pada 26 Julai 2015.

Guan Eng berkata, beliau faham pertuduhan itu.

Apandi memberitahu mahkamah bahawa terdapat senarai saksi yang akan diberitahu kemudian.

Beliau kemudian meminta kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi di bawah Seksyen 60 Kanun Tatacara Jenayah.

Roslan bersetuju untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi untuk sebutan hari ini.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-6-2016 11:24 AM | Show all posts
now you know whos the boss

Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia kelihatan pucat.
Ada juga catatan ini.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2016 11:28 AM | Show all posts

Ada beberapa set isu dalam naratif cerita pembelian rumah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan hubungannya dengan penjualan tanah Taman Manggis oleh kerajaan negeri yang dipimpin olehnya.

Pertama adalah soal jual beli rumah pada harga yang didakwa tidak setara dengan harga pasaran, sama ada diskaun yang didakwa adalah dibolehkan, dan sama ada diskaun itu mempunyai tujuan tertentu yang boleh ditafsirkan sebagai korupsi.

Kedua adalah soal dakwaan hubungkait pemunya asal rumah Lim Guan Eng dengan urusniaga jual beli tanah Taman Manggis antara kerajaan negeri Pulau Pinang dengan pihak yang berjaya membeli tanah tersebut, KLIDC.

Ketiga adalah soal sama ada tanah Taman Manggis telah diubah status dan fungsinya sehingga mengorbankan nasib keluarga-keluarga yang sepatutnya mendapat kediaman bantuan kerajaan di atas tanah yang kononnya diperuntukkan untuk projek perumahan rakyat.

Tiada paksaan, tidak sama kes Khir Toyo

Bagi menjawab soalan pertama, kita telah dipersembahkan dengan kenyataan bersumpah Phang Li Koon yang menyatakan dengan jelas bahawa rumah yang dimilikinya telah disewakan kepada keluarga Lim Guan Eng sepanjang tujuh tahun lalu sejak beliau menjadi Ketua Menteri pada kadar RM5,000 sebulan.

Rumah tersebut kemudian dijualkan kepada Guan Eng dengan satu harga yang dipersetujui, tanpa paksaan dan tanpa sebarang janji balas. Berbeza dengan Dr Mohd Khir Toyo, di mana pihak yang menjual terpaksa memberi keterangan di kandang saksi bahawa beliau dipaksa untuk menjual hartanahnya pada harga yang jauh lebih murah.

Dan lagi, harga pasaran bukanlah harga yang harus dituruti. Malah Phang Li Koon boleh sahaja memberi rumah tersebut secara percuma kepada keluarga Ketua Menteri, dan masih tidak melanggar sebarang undang-undang kerana pindah milik boleh sahaja berlaku tanpa sebarang balasan kewangan pun.

Phang Li Khoon turut bersaksi bahawa beliau tidak mempunyai hubungkait dengan syarikat KLIDC yang memenangi tender jualan tanah Taman Manggis serta tidak mempunyai sebarang hubungan yang memberi faedah kepadanya hasil jualan rumah kepada Lim Guan Eng.

Laman web Invest Penang adalah sekadar laman direktori syarikat-syarikat yang terlibat dalam pelaburan di negeri Pulau Pinang. Sama seperti buku telefon. Ia tidak melambangkan mahupun membuktikan sebarang pertalian kepentingan antara pihak tersenarai dengan aparat kerajaan negeri.

Tiada kaitan jual rumah dengan Taman Manggis

Ini lantas menjawab persoalan kedua, tentang pertalian antara Phang Li Koon, Lim Guan Eng dan jual beli Taman Manggis. Tidak harus ada keraguan tentang penjualan tanah tersebut kerana ia telah dilakukan melalui sistem tender terbuka, dan dijual kepada pembida tertinggi. Seandainya wujud keraguan mengenai anasir rasuah dalam urusan jual beli tersebut, tanah Taman Manggis pastinya tidak dijual kepada pembida tertinggi yang membeli dengan harga yang paling mahal.

Sekiranya Lim Guan Eng telah menerima rasuah dalam bentuk diskaun pembelian rumahnya, Lim Guan Eng akan menjual tanah Taman Manggis secara rundingan terus, pada harga yang lebih rendah dengan pihak yang mempunyai hubungan langsung dengan pembelian rumahnya itu. Quid pro quo.

Serangan lanjut ke atas Guan Eng kemudiannya mensasarkan dakwaan bahawa tanah Taman Manggis sepatutnya digunakan untuk membangunkan projek perumahan rakyat, dan bukannya hospital dan hotel mewah. Kononnya kerajaan negeri terdahulu telah pun menggazetkan tanah tersebut untuk dibina rumah kos rendah bagi rakyat miskin.

Tanah seluas 1.99 hektar itu didapati terlalu kecil untuk dibina perumahan rakyat, maka projek rumah kos rendah dan mampu milik telah dicadangkan di sebuah kawasan yang jauh lebih luas di Jalan SP Chelliah.

BN sendiri tolak cadangan perumahan rakyat di Taman Manggis

Apa yang menarik ialah kerajaan negeri BN rupa-rupanya tidak pernah pun menggazetkan tanah Taman Manggis untuk pembinaan rumah PPR, malah mencadangkan supaya kawasan tersebut digunakan untuk membina rumah kedai dan kuarters kerajaan, atau apa yang disebut sebagai pembangunan bercampur.

Menurut dokumen-dokumen kerajaan BN dahulu yang baru didedahkan, BN malah turut pernah mahu menjual tanah tersebut kepada pemaju swasta, dengan alasan supaya kerajaan negeri dapat menjimatkan kos.



Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 11:33 AM | Show all posts
10.40am: Pertuduhan terhadap Phang dibacakan oleh seorang pegawai mahkamah. Apandi memberitahu mahkamah bahawa beliau dan pasukannya akan mendakwa Phang.

Dia dituduh melakukan kesalahan pada 28 Julai 2015 di mana dia bersubahat dengan Guan Eng untuk mendapatkan "hartanah bernilai ' RM2.5 juta yang diketahuinya berada di bawah nilai pasaran sebagai nilai harta yang ketika itu adalah RM4.27 juta.

"Beliau memperolehi harta dengan mengetahui bahawa anda mempunyai urusan perniagaan dengan kerajaan negeri," pertuduhan itu dibacakan.

Phang didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan. Pertuduhan itu dibacakan bersama Seksyen 165 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Apandi memohon kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Hakim Roslan bersetuju dengan permintaan Apandi dan menyatakan: "Kes ini akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini untuk sebutan".

Mahkamah ditangguhkan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 11:37 AM | Show all posts
isele 1 - harbi 0


Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 11:47 AM | Show all posts
setelah saya baca pertuduhan dr pendakwa dan keterangan dari pihak DAP, saya rasa pihak tertuduh ada peluang besar untuk menang



jika tengok di mudah.my, banyak sekali rumah yang dijual dibawah harga pasaran. penjualan rumah dibawah harga pasaran normal sahaja sebenarnya.




jika dikata phang menjual dibawah harga pasaran kerana inginkan balasan dari kerajaan negeri bagi saya masih tidak kukuh sebab phang memenangi kontrak melalui tender terbuka dan beliau adalah highest bidder. elemen rasuah terjadi bila ia secara rundingan terus ataupun bila tender terbuka pihak yg mengharap balasan itu menang walaupun mereka bukan highest bidder. apa pun kita tunggu sahaja keputusannya. ini pandangan peribadi saya
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 11:50 AM | Show all posts
pendeta replied at 30-6-2016 11:28 AM
Ada beberapa set isu dalam naratif cerita pembelian rumah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng da ...

cerita panjang2 pun tak ada guna la ahpek pendita

lagi baik you kasi sama gobind singh saja la

kasi fight lalam makamah maa



Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 11:51 AM | Show all posts
pendeta replied at 30-6-2016 11:47 AM
setelah saya baca pertuduhan dr pendakwa dan keterangan dari pihak DAP, saya rasa pihak tertuduh ada ...

Rumah yang ko katakan banyak kali dijual di bawah harga pasaran tu melalui lelongan awam yang mana tiada pembida utk lelongan pertama, kedua dan ketiga.. Maka harga diturunkan la di bawah harga pasaran sampai ada pembida.. yang mcm tu memang biasa... Kes LGE mana ada pakai lelong.. Bongok!!
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 11:53 AM | Show all posts
itu lembaga hasil sudah hantar surat kepada lge lorr, terang2 dlm surat tu ada tulis bp value banglo yg xde kolam tu. sekian, harap maklum,




Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 11:55 AM | Show all posts
badaksumbu replied at 30-6-2016 11:53 AM
itu lembaga hasil sudah hantar surat kepada lge lorr, terang2 dlm surat tu ada tulis bp value banglo ...

kot la ada yg tak nampak gambar surat lhdn tu, value as per lhdn - 4.2 juta plus2,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2016 12:00 PM | Show all posts
Guan Eng mengenakan tali leher merah kegemarannya manakala Phang berpakaian putih dan hitam. Dia kelihatan pucat.
ada peluang ni nak gertak phang li koon masuk team pendakwa,
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 12:03 PM | Show all posts
namirulmukminin replied at 30-6-2016 11:51 AM
Rumah yang ko katakan banyak kali dijual di bawah harga pasaran tu melalui lelongan awam yang mana ...

ini contoh rumah-rumah yang dijual dibawah harga pasaran dan ianya bukan unit lelong


http://www.mudah.my/Selangor/Pro ... et%20value&so=1






Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 12:11 PM | Show all posts
pendeta replied at 30-6-2016 12:03 PM
ini contoh rumah-rumah yang dijual dibawah harga pasaran dan ianya bukan unit lelong

Soklan aku simple je... Yang membeli tu penjawat awamkah yang mana si penjual ada kepentingan??

Ko tau baca Seksyen 23 dan Seksyen 50(3) Akta SPRM tak??

Ko pi baca dulu akta tu semua.. Pastu baca skali Seksyen 165 Kanun Keseksaan... Ye..

Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 12:13 PM | Show all posts
Penahanan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bersabit isu banglo yang dibelinya menimbulkan pelbagai reaksi pemimpin pembangkang yang mengecam perbuatan itu.  

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, PKR kesal dengan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwa membuat tangkapan sewaktu Guan Eng sedang mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri di Komtar, semalam.

Menurut Wan Azizah, pihaknya berpendapat bahawa penahanan pada petang semalam adalah tidak wajar memandangkan kehadiran anggota yang begitu ramai pada mesyuarat berkenaan menggambarkan seolah-olah Guan Eng seperti seorang penjenayah merbahaya.

“Guan Eng sebelum ini telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak SPRM dan tindakan penahanan sedemikian adalah tidak wajar.

“Penangkapan dan pendakwaan Guan Eng mengukuhkan persepsi rakyat bahawa wujud satu usaha sistematik dan terancang untuk menakut-nakutkan dan mengganggu pimpinan politik tertinggi pembangkang sebelum tibanya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14),” katanya menerusi satu kenyataan kepada media.

Semalam, Guan Eng ditahan SPRM sebaik habis mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri di Komtar.

Guan Eng dibawa sepasukan anggota penguat kuasa ke pejabat SPRM di Jalan Sultan Ahmad Shah Georgetown kira-kira jam 6.20 petang dengan menaiki kereta milik kerajaan negeri.

Selain itu, Wan Azizah turut mempersoalkan tindakan SPRM yang hanya mengenakan tindakan kepada pembangkang manakala mereka yang berada di pihak kerajaan serta terlibat dalam skandal kewangan terbesar dapat menikmati kekebalan di sisi undang-undang.

“Oleh itu, PKR menggesa pihak SPRM melengkapkan siasatan dan membawa ke muka pengadilan mereka yang terlibat dalam skandal-skandal kewangan tersebut agar terbukti tahap profesionalisme badan berkenaan dan tidak timbul persepsi di khalayak umum bahawa berlakunya pendakwaan terpilih dan terancang,” katanya.

Dalam pada itu, Parti Amanah Negara (Amanah) turut berharap agar Guan Eng dapat diadili sebaik-baiknya di mahkamah terbuka selepas beliau ditahan oleh SPRM semalam.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, pihaknya berharap agar pasukan pembela dapat melakukan pembelaan terbaik ke atas Guan Eng yang juga merupakan Setiausaha Agung DAP.

“Tiba-tiba dalam bulan Ramadan Guan Eng ditangkap dan akan didakwa atas kes rasuah. Dakwaan terpilih sentiasa berulang kali berlaku di Malaysia,” katanya menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan kepada media.

Sebelum ini, Guan Eng telah dipanggil memberi keterangan di Pejabat SPRM Pulau Pinang bagi membantu siasatan terhadap kes pembelian banglonya di Jalan Pinhorn yang mencetuskan kontroversi setelah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya ketika Sidang Dewan Rakyat April lalu.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:48 PM GMT+8 , Processed in 0.092078 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list