CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CARI-LTS

[Dikemaskini] : Pendakwaan Kes Rasuah Lim Guan Eng

[Copy link]
Post time 30-6-2016 02:13 PM | Show all posts
pendeta replied at 30-6-2016 02:07 PM
bagi saya soalan lebih penting adakah hubungan rasmi itu mendatangkan faedah kpd tertuduh?

kalau ikutkan kau punya teori, polis pon tak boleh tangkap pesalah jalanraya yg nak hulur duit kopi kat polis. dah la tak lepas, kena tangkap lagi. padahal polis pon tak ambik duit dia.. rasuah belum berlaku kata kau.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2016 02:15 PM | Show all posts
bodo LGE ni..

patot nya ko xyah beli pkai duit sendiri..

mtk free je dgn tokey2 cine tu..

nanti cakap la derma
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by wana89 at 30-6-2016 02:23 PM
namirulmukminin replied at 30-6-2016 02:09 PM
Dua tuduhan kat situ.. Satu tuduhan Seksyen 23 Akta SPRM.. tu bagi kesalahan yang wana sebutkan tu ...


Bang..
Apa pandangan  abang pasal status facebook Dr Khir ni.. Heol kata hanya perlu membuktikan ada hubungan rasmi dan trasaksi jer kan dah cukup?? Dan perlu tahu nilai harta tanah yg dibeli bawah harga pasaran macam tu even Dr khir pun ada hire valuer kan utk nilaikan..
Wana bab undang2 tanah boleh la bang.. Kes macam ni den xtahu ler

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 02:21 PM | Show all posts
saper suruh amik rasuah padan muka, sendiri makan sendiri tanggunglah
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 02:22 PM | Show all posts
kuntau replied at 30-6-2016 02:13 PM
kalau ikutkan kau punya teori, polis pon tak boleh tangkap pesalah jalanraya yg nak hulur duit kop ...

kalau terbukti pesalah jalanraya tersebut menghulurkan duit kopi, memang patut ia didakwa merasuah polis tersebut


sama juga dalam kes ni, jika terbukti tertuduh mendapat apa-apa faedah memang patut mereka dihukum



nak membuktikan rasuah yang belum berlaku lebih sukar dari selepas berlaku
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 02:29 PM | Show all posts
pendeta replied at 30-6-2016 02:22 PM
kalau terbukti pesalah jalanraya tersebut menghulurkan duit kopi, memang patut ia didakwa merasuah ...

kalau orang biasa kenapa tungggu terbukti menghulur rasuah, baru nak dakwa.

tapi dalam hal guan eng, nakkena tunggu si perasuah dapat faedah pulak? baru boleh dakwa?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-6-2016 02:30 PM | Show all posts
Edited by namirulmukminin at 30-6-2016 02:32 PM
wana89 replied at 30-6-2016 02:21 PM
Bang..
Apa pandangan  abang pasal status facebook Dr Khir ni.. Heol kata hanya perlu membuktika ...

Dalam undang2, kita ada satu istilah yang disebut sebagai "Strict Liability".. Kesalahan dalam kategori ini, niat untuk melakukan jenayah tidak perlu dibuktikan. Apabila dia komit terhadap sesuatu perbuatan yang dikategorikan sebagai "Strict Liability" ni, maka dia dianggap telah berniat melakukan jenayah tersebut.

Salah asatu contoh "strict liability" ialah mencuri... Bila seseorang itu mengambil satu barang kepunyaan orang lain, tanpa meminta izin atau tanpa pengetahuan pemiliknya, maka dia dianggap berniat mencuri melainkan dia dapat buktikan kepada Mahkamah yang dia tidak berniat mencuri... Dalam kes mcm tu, beban pembuktian terletak ke atas tertuduh.. Berbeza dengan kesalahan2 jenis lain seperti rogol contohnya di mana beban pembuktian terletak ke atas pihak yang mendakwa...

Kesalahan di bawah seksyen 165 ni tergolong dalam kategori "stict liability"...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 02:32 PM | Show all posts
wana89 replied at 30-6-2016 02:21 PM
Bang..
Apa pandangan  abang pasal status facebook Dr Khir ni.. Heol kata hanya perlu membuktika ...

baca point no 3 dikk..penjual tu terpaksa jual dgn rega murah sbb takut projek dia terganggu



beza beno dgn LGE ni..penjual siap buat akuan bersumpah lagik takde unsur rasuah/ugut/balasan bila jual umah kat LGE




pape pun kalo terbukti bersalah aku setuju je dihukum..perasuah tak ptt idop dimuka bumi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2016 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
namirulmukminin replied at 30-6-2016 02:30 PM
Dalam undang2, kita ada satu istilah yang disebut sebagai "Strict Liability".. Kesalahan dalam kat ...


Jadi pihak pembelaan kena tangkis la xada niat rasuah merasuah ni la bang sedangkan ada hubungan rasmi bagai..
Berat juga nak lepas.. Too subjective
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 02:34 PM | Show all posts
wana89 replied at 30-6-2016 02:32 PM
Jadi pihak pembelaan kena tangkis la xada niat rasuah merasuah ni la bang sedangkan ada hubungan ...

Ye betul... So, kita tengok la nanti mcm mana peguam bela LGE mainkan isu teknikal plak dalam kes ni..
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 02:35 PM | Show all posts
kuntau replied at 30-6-2016 02:29 PM
kalau orang biasa kenapa tungggu terbukti menghulur rasuah, baru nak dakwa.

tapi dalam hal gua ...

bukan saya yang kata tapi itulah pertuduhannya. harap dapatkan balasan
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 02:36 PM | Show all posts
1.26 pm : Lim Guan Eng turut menegaskan pihak lain tidak wajar membandingkan kes pembelian tersebut dengan kes pembelian tanah dan banglo di Shah Alam oleh Khir Toyo, ini kerana penjual tanah dan banglo yang terlibat dalam kes Khir Toyo adalah seorang kontraktor pembangunan perumahan, tetapi penjualnya Phang Li Khoon hanya seorang peniaga sahaja

peniaga?  Lol....alasan...

Phang li koon ni director dalam syarikat Magnificent emblem, a property developer...
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 02:38 PM | Show all posts
Edited by kuntau at 30-6-2016 02:42 PM
kecimpret replied at 30-6-2016 02:32 PM
baca point no 3 dikk..penjual tu terpaksa jual dgn rega murah sbb takut projek dia terganggu
...

point no 3 tu, ayat nak lepas kan diri. Kalau dia cakap, saya jual dengan rega murah dengan harapan/balasan khir toyo tak ganggu projek saya.. mmg la dia masuk dalam. tapi maksudnya tetap sama.  tak ganggu projek tu maksudnya, kasi smooth.

Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 02:40 PM | Show all posts
patt_sue replied at 30-6-2016 02:36 PM
peniaga?  Lol....alasan...

Phang li koon ni director dalam syarikat Magnificent emblem, a prope ...

Kahkahkah.. klakar pulak bila Lim tokong ni bikin auta... sempat lagi dia dapatkan nasihat dari anak Kapal Sink tu... Satu malaysia pon tau la siapa Phang li koon tu...
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 02:40 PM | Show all posts
ULASAN l Kedua-dua pertuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Kanun Keseksaan kerana perbuatan rasuah adalah jelas penganiayaan atau pendakwaan politik yang semata-mata untuk memusnahkan saya sebagai ketua menteri Pulau Pinang.

Saya telah menjelaskan kepada SPRM bahawa pembelian banglo dari Phang Li Koon adalah berdasarkan kerelaan pembeli dan penjual tanpa sebarang paksaan atau ganjaran khas yang diberikan daripada saya atau kerajaan negeri.

Phang adalah kawan isteri saya tidak mempunyai hubungan niaga yang aktif dengan kerajaan negeri. Dia bukan seorang pemaju perumahan dan banglo dia menjual saya untuk RM2.8 juta telah dibina pada tahun 1980-an.

Terdapat percubaan untuk menarik persamaan antara kes saya dengan bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo. Ini adalah salah.

Tidak seperti kes Khir Toyo, Phang tidak kerugian sebanyak RM5 juta tetapi mencatatkan keuntungan kecil RM300,000 hasil pembelian asalnya pada harga RM2.5 juta.

Tidak seperti kes Khir Toyo, Phang bukan seorang pemaju perumahan yang bergantung kepada kerajaan negeri untuk meneruskan perniagaannya.

Bagi pertuduhan kedua berkaitan dengan kelulusan kepada permohonan Magnificent Emblem Sdn Bhd (MESB) untuk pengezonan semula tanah daripada pertanian kepada kediaman, MESB tidak berjaya dalam usaha itu. Tanah itu masih kekal sebagai tanah pertanian.

Apa gunanya kepada MESB apabila ia gagal mendapatkan kelulusan untuk menukar staus tanah itu kerana tidak mendapatkan kelulusan akhir oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

Saya juga hairan dengan apa yang bermula sebagai serangan politik ganas terhadap saya menjual tanah Taman Manggis yang dimaksudkan untuk golongan miskin tidak mendatangkan sebarang hasil. Mengapa semua gembar-gembur mengenai tanah Taman Manggis oleh menteri-menteri BN itu?

Jelas tidak ada yang salah dengan penjualan tanah Taman Manggis dan sebaliknya saya didakwa kerana membuat keputusan berhubung MESB yang akhirnya tidak mendapat sebarang faedah.

Malangnya, tidak ada rasuah besar dengan hutang RM50 bilion atau RM2.6 bilion atau RM4 bilion dalam akaun bank peribadi anda. Namun, ia adalah rasuah sedangkan pihak didakwa korup itu tidak mendapat apa-apa faedah.

Saya tidak akan melutut

Saya tidak akan tunduk kepada permainan politik kotor dan ganas ini untuk memusnahkan reputasi saya atau imej Pulau Pinang sebagai negeri paling bersih dan pentadbiran yang terbaikdi negara ini.

Kami berbangga dengan tender terbuka berdaya saing dan berbangga dengan pujian daripada Transparency International serta Laporan Ketua Audit Negara tahunan.

Kami tidak akan membenarkan BN untuk mempalitkan lumpur demi menyembunyikan skandal rasuah mereka. Kami akan membuktikan kami tidak bersalah di mahkamah.

Kami akan berjuang untuk membuktikan bahawa kerajaan Pakatan Harapan adalah kerajaan yang berpaksikan rakyat serta menjunjung prinsip integriti, keadilan, kebebasan dan demokrasi.

Masih ada harapan untuk Malaysia yang bersih dan bebas daripada rasuah, salah guna kuasa dan penindasan. Kita tidak boleh membenarkan BN untuk mencuri masa depan anak-anak kita kerana mereka telah mencuri daripada kita.

Negara apa yang kita mahu anak-anak kita membesar sedangkan orang yang mendapat manfaat dan sumbangan berjumlah berbilion ringgit tidak dikenakan tuduhan rasuah manakala mereka yang tidak mendapat sebarang ganjaran pula didakwa kerana rasuah?

BN boleh mendakwa saya tetapi tidak akan membunuh semangat saya untuk membebaskan Malaysia daripada rasuah.

BN boleh menjadikan saya mangsa tetapi ini tidak akan menghancurkan semangat saya untuk membebaskan Malaysia dari mereka yang mencuri masa depan anak-anak kita.

BN juga boleh menghina saya dengan mengurung saya semalaman tetapi tidak akan berjaya mengubah putih menjadi hitam dan hitam menjadi putih. Betul tidak boleh menjadi salah dan yang salah tidak boleh menjadi betul.

BN tidak akan mematahkan keutuhan parti saya - kita berdiri bersama-sama sebagai pemimpin dan ahli demi perjuangan untuk pembaharuan ke arah Malaysia yang lebih baik dengan kebebasan, keadilan dan demokrasi.

Jika BN fikir bahawa mereka boleh memaksa saya melutut dengan tangkapan ini, mereka adalah salah! Saya rela mati berdiri daripada hidup melutut. Negara Malaysia yang bebas, adil dan makmur adalah sesuatu yang berbaloi untuk diperjuangkan.

LIM GUAN ENG adalah Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 02:42 PM | Show all posts
GEORGETOWN - Pentadbiran Kerajaan Pulau Pinang akan berjalan seperti biasa sehingga mesyuarat khas DAP negeri diadakan dalam masa terdekat.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, mesyuarat itu akan membincangkan sama ada akan dilantik pemangku Ketua Menteri atau sebaliknya.

Menurutnya, pihaknya akan tetap lawan berikutan beliau tidak bersalah ke atas kedua-dua pertuduhan rasuah berkenaan.

"Urusan pentadbiran kerajaan negeri akan berjalan seperti biasa. DAP negeri akan bermesyuarat dalam masa terdekat untuk membincangkan berhubung keperluan pelantikan pemangku dan perkara berkaitan yang lain.

"Saya dan pimpinan kerajaan negeri dan Pakatan Harapan akan tetap lawan kerana saya tidak bersalah dalam kedua-dua pertuduhan ini," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2016 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
kerunai replied at 30-6-2016 03:37 AM
isele 1 - harbi 0

game baru nak mula , refri online pun ramai .
sempena euro 16.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 02:45 PM | Show all posts
kuntau replied at 30-6-2016 02:38 PM
point no 3 tu, ayat nak lepas kan diri. Kalau dia cakap, saya jual dengan rega murah dengan harapa ...

boleh je cakap dia jual umah bwh market value sbb nak ia cepat terjual, kalo jual harga market susah nak jual



tak perlu ehhh kata takut projek terganggu kalo tak jual murah2 kat khir toyo

Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 02:46 PM | Show all posts
Samm_BM replied at 30-6-2016 02:40 PM
ULASAN l Kedua-dua pertuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Kanun  ...

playing victim game dah bermula

opera klasik cina guan eng namanya

hoooooooo.. ceng ceng ceng ceng cenggg..


Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 02:52 PM | Show all posts
Samm_BM replied at 30-6-2016 02:40 PM
ULASAN l Kedua-dua pertuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Kanun  ...

saya pun terkejut ttg pertuduhan penukaran status tanah itu. rasanya sudah jelas yang magnificent emblem gagal mendapat kelulusan kerajaan negeri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 06:33 AM GMT+8 , Processed in 0.071155 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list