CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2013|Reply: 13

[Tempatan] Tolong sembahyang kan dan kebumikan anak saya.

[Copy link]
Post time 1-7-2016 05:40 AM | Show all posts |Read mode
kebumikan anak saya'
NOOR'AINON MOHAMED YUSOF
30 JUN 2016

http://www.sinarharian.com.my/se ... -anak-saya-1.537910



Mayat bayi dibungkus dengan kain batik bersama sekeping nota diletakkan di atas meja di pekarangan Masjid Jamek Baru Gopeng, malam tadi.


GOPENG - Seorang jemaah masjid terkejut mendapati plastik merah yang ditemui di meja di pekarangan Masjid Jamek Baru Gopeng, berisi mayat seorang bayi lelaki, malam tadi.
Mayat bayi malang yang cukup sifat itu ditemui lelaki berkenaan kira-kira jam 10.35 malam.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, mayat seberat 900gram itu dijumpai dalam keadaan dibungkus dengan kain batik dan dimasukkan ke dalam plastik berwarna merah bersama sekeping nota.
"Nota berkenaan bertulis 'Assalamualaikum minta jasa masjid mengebumikan dan sembahyangkan anak saya'.
"Siasatan dijalankan dengan bantuan Bahagian Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen dan dianggarkan bayi berkenaan berusia 6 hingga 7 bulan," katanya.
Menurut Kong Soon, mayat dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk bedah siasat.







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2016 05:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya.. Belum cukup bulan..
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2016 07:00 AM | Show all posts






Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2016 07:02 AM | Show all posts
Perbuatan yang agak tak bertanggungjawab

kenapa nak takut kalau tak membunuh

Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2016 07:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Hamboi sis gigih nk kejar kuota mengangkah kah?

Based on handwriting mcm cikki bawal jah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2016 07:32 AM | Show all posts
Edited by tanakkampung1x at 1-7-2016 07:34 AM

Gimana sis famri7 boleh speku cikki bawal?
a) Dimulakan dengan assalamualakium?
b) Buang di mesjid, bukan tong sampah?
c) Pakai kain batik?

Mungkin juga bohsia atau bohjan sis, sebab ada ejaan salah. At least cikki bawah bolehlah mengeja dgn tepat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-7-2016 07:48 AM | Show all posts
Product berzina ker nih?

Kalau tak buat salah, tak perlu takut....
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2016 09:07 AM | Show all posts
EJALTI replied at 1-7-2016 07:48 AM
Product berzina ker nih?

Kalau tak buat salah, tak perlu takut....

iols speku benda yg sama..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2016 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
dulu masa sekolah.. shin selalu confuse bab pengurusan jenazah.. dulu byk maen je

kalo jenazah baby x cukup sifat.. mcm ketulan daging je.. leh bungkus dan tanam camtu je.. kalau jenazah bayi lahir cukup sifat tp x sempat hidup hatta menangis pon x.. leh kafankan dan kebumikan.. x perlu di sembahyangkan jenazah.. kalo jenazah bayi sempat membeso.. yak tu kena sempurnakan dari step kafankan.. disembahyangkan dan di kebumikan.. kalo x silap lah..

camtu gak kalo org yak mati syahid.. berperang utk agama.. x perlu kafankan.. selepas di sembahyangkan leh terus kebumikan dengan pakaian bedarah tu.. tp shin lupa kena sembahyangkan atau kebumikan terus.. hukkkk
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2016 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
EJALTI replied at 1-7-2016 07:48 AM
Product berzina ker nih?

Kalau tak buat salah, tak perlu takut....

Mungkin dia prnh buat slh.,tp aku yakin dia dh berubah & bperikemanusiaan jugak sbb xbuang kat tong samph.. aku speku mgkin ni indon atau tak sekolah/ tak pndai sbb ejaan    salah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2016 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada jg skit sifat kemanusiaan dia...
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2016 09:42 AM | Show all posts
BAYI YANG GUGUR DAN SOLAT JENAZAH
Soalan; Bayi yang gugur ketika berusia empat bulan di dalam kandungan, adakah wajib disolatkan?

Jawapan;

Soalan ini secara amnya berkait dengan hukum bayi yang keguguran; apakah wajib disolatkan atau tidak? Dalam hal ini terdapat hadis dari Rasulullah s.a.w. menegaskan;

السقط يصلى عليه ويدعى لوالديه بالمغفرة والرحمة
“Bayi yang gugur (hendaklah) disolatkan ke atasnya dan didoakan untuk dua ibu-bapanya keampunan dan rahmat Allah”. (Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, at-Tirmizi dan al-Hakim. Hadis ini ditashihkan oleh al-Hakim dan dipersetujui oleh Imam az-Zahabi).

Hadis di atas adalah umum dan diperincikan oleh ulamak mengikut pandangan dan mazhab masing-masing. Menurut Imam al-‘Abdari; “Jika bayi yang keguguran itu belum berusia empat bulan, tidak wajib disolatkan ke atasnya tanpa khilaf di kalangan ulamak (yakni ijmak). Jika usianya mencapai empat bulan dan tidak bergerak (ketika gugurnya), tidak disolatkan ke atasnya mengikut pandangan jumhur ulamak. Mengikut Imam Ahmad dan Imam Daud; hendaklah disolatkan”. (Lihat; al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, jil. 5, hlm. 212)

Mengikut pandangan mazhab Syafi’ie; bayi atau janin yang lahir sebelum berusia enam bulan (di dalam kandungan), jika terdapat tanda-tanda hidup (seperti menangis, bergerak, bernafas atau sebagainya), hukumnya sama seperti mayat orang dewasa iaitu wajib dimandikan, dikafankan, disolatkan serta dikebumikan kerana telah diyakini bahawa kematiannya berlaku setelah ia hidup. Jika tidak terdapat tanda-tanda hidup, maka hendaklah dilihat; jika telah kelihatan bentuk lembaga manusia (biasanya apabila janin telah berusia empat bulan atau lebih dalam kandungan), hendaklah dimandikan, dikafankan dan dikebumikan tanpa perlu disolatkan. Jika belum kelihatan bentuk lembaga manusia (biasanya apabila janin belum berusia empat bulan), maka memadai membasuhnya sahaja (untuk membersihkan dari darah), kemudian dibungkus dengan kain atau sebagainya dan ditanam. Tidak perlu dimandikan dan disolatkan.

Dalil bagi perincian mazhab Syafi’ie tersebut ialah sabda Nabi s.a.w.;

إذا استهل السقط صلى عليه وورث
“Jika bayi yang gugur bersuara atau menangis (ketika gugurnya), hendaklah disolatkan ke atasnya dan ia berhak mewarisi”. (Riwayat Imam Ibnu Majah dari Jabir r.a.).

Berdasarkan hadis ini, bayi yang keguguran jika tidak terdapat tanda-tanda hidup (seperti menangis atau bersuara sebagaimana di dalam hadis) tidaklah disolatkan. Hadis ini mengikat makna umum hadis pertama di atas. Maka hadis pertama di atas jika dipadankan dengan hadis ini, maka ia memberi maksud; “Bayi yang gugur hendaklah disolatkan ke atasnya (jika ia bersuara atau terdapat tanda-tanda hidup)….”. (Lihat tafsiran hadis ini oleh Imam al-Minawi dalam Faidhul-Qadier, hadis no. 4492).

Perincian hukum di atas adalah khusus bagi janin atau bayi yang berusia sebelum enam bulan sebagaimana dinyatakan. Adapun bayi yang telah berusia lebih enam bulan di dalam kandungan, hukumnya sama seperti orang dewasa iaitu wajib dimandikan, dikafankan, disolatkan dan dikebumikan jika ia gugur atau mati ketika dilahirkan (sama ada terdapat tanda-tanda hidup atau tidak).

Kesimpulannya, merujuk kepada soalan di atas; bayi yang berusia empat bulan di dalam kandungan jika keguguran tidak perlu disolatkan mengikut mazhab Syafi’ie. Kecualilah jika ketika gugur itu terdapat tanda-tanda hidup, maka wajiblah disolatkan. Namun hal tersebut tidak pernah kita saksikan.

Wallahu A’lam.

Tambahan;

Apa yang kita huraikan di atas adalah mengikut pandangan di kalangan ulamak-ulamak mazhab Syafi’ie. Adapun mengikut pandangan ulamak-ulamak mazhab lain;
- Menurut Imam Malik; bayi yang keguguran (yakni lahir tidak cukup bulan) tidak perlu disolatkan kecuali jika ada tanda-tanda hidup dan tanda itu hendaklah dalam tempoh yang panjang.
- Menurut Ibnu Umar r.a., Ibnu Sirin dan Imam Ahmad; hendaklah disolatkan ke atasnya sekalipun tidak bersuara (jika usianya telah sampai empat bulan).

Rujukan;

1. Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, jil. 5, hlm. 209-212.
2. Mughni al-Muhtaj, jil. 1, hlm. 474.
3. al-Fiqh al-Manhaji, jil. 1, hlm. 264.
4. Al-Fiqhul-Islami Wa Adillatuhu, jil. 2, hlm. 506.
5. Matn al-Ghayah Wa at-Taqrib, ulasan oleh; Syeikh Majid al-Hamawi, hlm. 100-101.
6. Syarh Soheh Muslim, juz 9, kitab al-Janaiz, bab Tarki as-Solah ‘Ala al-Qatil Nafsahu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2016 10:07 AM | Show all posts
Allahuakbar......syurga tempat mu sayang.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2016 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok la tu dek apasal ko tak tanam je sendiri.malas yerrr
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:13 PM GMT+8 , Processed in 0.510048 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list