CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8769|Reply: 23

SYAHDU SYAWAL-Cinta Dandelion Edisi Raya (Sekian)

[Copy link]
Post time 1-7-2016 11:04 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Ipo at 10-7-2016 04:04 PM

Assalamualaikum semua...
Pagi jumaat yang molia ini, saya nak karang cerpen ..sebelum blah balik ke kampung sat lagi...semalam tak jadi pulekk..byk benda nak kena settle..
maaflah yer..kalau cerpen ni terjah menerjah kekdahnya..karang mana sempat la ya..nanti sambung lepas raya naa...
kalau plot berterabur tu...harap maklum..

Actually,ni sambungan dari Cinta Dandelion...edisi raya..
kesian pulak Amar dan Iris tak bersua muka  khennnnnnnnnnnnnnn
Nak tiru stail mod @BabeYSHa  boleh?



DI HARI RAYA...
Terkenang daku kepada si dia
kampung ku indah nun jauh di sana..
Ayah serta bonda ku...

Alunan lagu hari raya nyanyian P.Ramlee bergema syahdu di bulan puasa ini. Pejam celik sudah separuh ramadhan disempurnakan. Bermakna tinggal separuh saja lagi bulan mulia ini akan pergi dan tahun hadapan akan bertemu kembali jika usia masih ada. Iris membelek laporan perubatan pesakit sambil telinganya menadah mendengar lagu raya. Sebak mula terasa mengenangkan suami tiada di sisi. Lamunan Iris menerjah pada pertemuan pertamanya dengan Amar. Di bumi Aberdeen, bertempat di Dunnator Castle itulah pertemuan pertamanya dengan jejaka yang padanya cukup bongkak dan sombong.

Iris mengukir senyum tiba-tiba. Siapa sangka, jodohnya dengan lelaki bongkak dan sombong itu. Itulah percaturan Allah dan perancangan Allah yang siapa pun tidak mampu mengelak.

"Doktor, senyum sorang-sorang ni?"

Iris mengangkat kepala. Dr. Zahrah sedang tersenyum padanya. "Nothing la doktor. terkenang zaman dulu.."

"Emm..so, raya nanti, balik rumah mak mertua ke beraya kat sini je?"

Iris diam. Terbayang wajah-wajah yang disayangi dulu. Wajah-wajah yang sentiasa dalam hatinya walau dibenci dek kerana salah faham dan salah faham itu tidak sempat dibetulkan oleh Amar yang sudah mengalami kemalangan.

"InsyaAllah..kalau tak ada aral, mungkin saya akan jenguk mertua saya kat KL. Doktor pula?" Iris melemparkan senyuman manis. Dia tahu Dr. Zahrah baru sahaja mendirikan rumahtangga bulan lepas.

"Raya kat sini, kat kampung saya di Sungkai. Tengoklah, kalau rajin, raya ketiga nanti, beraya pula di kampung suami di Penang." Balas Zahrah, matanya masih menala pada wajah Iris yang cuba sembunyikan riak sedih. Dia tahu, Iris seorang isteri yang sentiasa mengingati suaminya walaupun ditinggalkan begitu saja.

"Doktor, saya harap raya ni, doktor akan bertemu suami doktor dan sama-sama bahagia. InsyaAllah.." Zahrah pegang lembut tangan Iris yang hanya mengukir senyuman hambar. Ya, sehambar perasaan doktor itu sendiri.

"Saya tak menaruh harapan tinggi doktor. Saya sudah biasa hidup macam ni. Lagipun, saya bahagia bertugas di hospital ni walau jauh dengan suami.." Nada Iris mula perlahan.

"Saya faham doktor..sabarlah. Ada hikmahnya nanti. Saya rasa Dr. Amar tu baik orangnya, cuma..yalah...takdir Allah tidak siapa yang boleh terima dengan redha dan bersyukur. Saya doakan Dr. Amar sentiasa dalam rahmatNya." Bahu Iris diusap lembut. Zahrah perasaan Iris sudah mula tunduk semula. Mata sudah berkaca.

"Maafkan saya..kalau apa yang saya katakan tadi, buat doktor rasa sedih. Saya dapat rasa, Dr. Amar tu seorang yang penyayang. Oh, ya, senang nanti, datanglah rumah raya ni." Zahrah mula tukar topik.

"InsyaAllah doktor. Jemputlah ke rumah jugak." Iris kembali senyum.

Zahrah menganguk dan berlalu pergi. Iris kembali menatap laporan perubatan pesakit. Sejam lagi,tugasnya akan berakhir untuk hari ini. Opah sudah pesan padanya untuk membeli kuih di bazar ramadhan.




SAMPAI di rumah, Iris segera ke ruang dapur. Kuih yang dibeli diletakkan di atas meja makan. Kakinya laju diatur ke dalam bilik anak kecilnya. Tersenyum melihat Jasmine sedang bermain dengan Haikal.

"Anak ibu...mari sini.." Tubuh kecil itu dipeluk dan dicium berkali-kali."Haikal meragam tak?"

"Haikal ni tak banyak ragam kak. Maklumlah ikut perangai bapaknya. Kalau ikut perangai akak, mahunya 24 jam melalak!" Gurau Jasmine.

"Eleh..hang tu lagi teruk dari akak tau! Bukan melalak ja, meraung berguling-guling atas lantai nun!" Cebik Iris, kemudian terkekeh ketawa.

"Timah!! Mai sat! Tolong opah!"

"Hah, tu opah dah panggil hang. Pi la tolong." Iris kenyit mata pada Jasmine yang sudah muncung.

"Opah ni..dari pagi tadi lagi, asyik dok laung ja nama Timah. Bosan la.." Jasmine bangun malas dan menapak ke belakang dapur.

Iris turut membuntuti Jasmine sambil mendukung Haikal menuju ke belakang dapur. Kelihatan papa dan opah sedang membakar ikan terubuk. Jasmine pula sudah tahu tugasnya. Kayu api ditambah dan dikibas supaya lebih banyak bara. Papa pula leka membelek ikan yang sudah separuh masak. Begitulah saban tahun, kalau teringin makan ikan bakar, mereka akan berkumpul di belakang rumah dan membakar ikan di situ. Sedap kata opah kalau guna kayu api, bukan api dari dapur gas.

"Eh, bila Ecah balik?" Halimah berpaling pada Iris yang sedang mendukung Haikal.

"Baru sampai opah. Kuih putu beras yang opah kirim tu, Ecah dah beli, ada kat atas meja." Jawab Iris, dia tahu opah akan tanya pasal kuih nanti.

"Cukup la tu papa. Dah tiga ekoq tu..buka posa bukannya makan banyak mana pun." Iris pandang pula pada ayahnya yang menambah lagi ikan untuk dibakar.

"  Papa nak bagi kat jiran sikit." Firdaus senyum. Berair matanya terkena bahang panas kayu api yang sudah menjadi bara.

"Jas nak makan dua ekoq! Lapaq ni!" Jasmine jeling Iris.

"Ya lah Puteri Berlian oi! Karang badan jadi gedempul! tak dak sapa nak masuk meminang hang!" Usik Iris.

"Alah..makan ja Timah. Toksah duk hirau la cakap kakak hang tu. Makan ikan bukan boleh gemuk pun. Cuma jadi bambam ja." Halimah turut mengusik.

"Opah ni!"

Firdaus ketawa melihat Jasmine sudah muncung. Dia bangun dan bersihkan tangan. Ikan terubuk yang sudah siap dibakar diletakkan atas dulang dan dibawa masuk ke dapur. Jasmine, Iris dan Halimah turut sama membuntuti Firdaus. Mereka sekeluarga mula bersiap-siap untuk berbuka. Setengah jam lagi masuk waktu berbuka.



Ok...jumpa lepas raya...
nak balik dah.............

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2016 11:24 AM | Show all posts
Edited by ladyFinger12 at 1-7-2016 11:25 AM

sungkai?

eee... kampung apak kita larrr...

sebelum jadi rakyat pak jib


ok ipo.... selamat menyambut syawal. Have a safe journey
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2016 11:45 AM | Show all posts
sampai hati secoet je...



ok, ipo...hati2 balik kampung
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2016 11:49 AM | Show all posts
sukanya ada sambungan... thanks @Ipo ... Lepas raya sambung lg ya... Selamat Hari Raya Aidilfitri... Maaf ZAhir & BAtin... Hati2 memandu...
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2016 12:14 PM | Show all posts
betul-betul dia buat versi raya da....
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2016 03:35 PM | Show all posts
Selamat Hari Raya Aidilfitri... Maaf ZAhir & BAtin... Hati2 memandu...jgn lupa nanti sambung no?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-7-2016 12:37 PM | Show all posts
I'm back...raya kedua dah ada kat KL...huhuhu...
tq semua...selamat hari raya..

ok, kita sambung naa...sat gi nak masak pulak..
sunyi sopi ni haa kek sini..bunyi mercun pun tak dak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2016 12:37 PM | Show all posts



PUTRAJAYA

AMAR berteleku di sepertiga malam. Sepuluh malam terakhir ramadhan itu diisi sebaik mungkin. Jarum berdenting tiga kali menandakan sudah ke angka 4.30 pagi. Tersedar dari tidur jam 4 pagi tadi, dia terus saja ke bilik air mengambil wudhuk. Solat yang sudah lama ditinggalkan. Itu yang mama selalu beritahunya selama memorinya yang hilang dulu.

Air mata mengalir deras ke pipi. Bersyukur kerana Allah masih menyayanginya dan masih memberi peluang padanya untuk melihat dunia dan paling bersyukur ingatannya yang hilang dulu sudah kembali semula. Menyesali kekhilafan diri yang banyak melakukan dosa. Mengambil ringan soal dosa pahala. Malam yang hening itu, solat sunat tahajjud dilakukan penuh khusyuk.


NORMAN menolak daun pintu bilik Amar. Melihat Amar tersedu-sedu di atas tikar sejadah membuatnya semakin rasa bersalah. Ya, bersalah bila mengetahui hal sebenar tentang anak dalam kandungan Iris dulu. Sebaik Amar mula pulih ingatannya, perkara pertama yang Amar tanya adalah isterinya Iris dan ketika itulah juga Amar menyebut soal anak yang Iris kandung. Terdiam seketika saat Amar begitu teruja mengulang semula rasa gembiranya mendengar berita yang Iris sudah berbadan dua dan saat Amar bersedih kerana bila pulih dari ingatan, Iris sudah tiada di sisi. Pulang ke kampung membawa duka di hati. Foto anak comel yang sudah berusia 6 bulan itulah yang membuatnya semakin rasa bersalah. Wajah anak co,el itu tidak ubah seperti Amar ketika kecil dulu. Hanimlah insan yang paling gembira tatkala pertama kali menatap wajah cucu kesayangannya.Dengan rasa menyesal yang amat mendalam, Norman mengakui kesilapannya yang terburu-buru menuduh Iris.  Apa yang dia semakin sebak, ternyata Iris tidak pernah berdendam padanya. Malah Iris sentiasa bertanya khabar tentang keadaan Amar walau tiada di depan mata.


Nafas dihela berat. Perlahan Norman menapak mendekati Amar yang masih berteleku, teresak-esak di atas sejadah.


"Amar.." Bahu Amar disentuh lembut.


"Papa.." Amar segera menyeka air mata yang menitis laju. Dia cuba mengawal perasaan.


"Sahur....mama dah tunggu kat dapur." Wajah Amar dipandang sayu. Norman menghela nafas seketika. Dialah punca Amar berpisah dengan Iris.


"Amar..maafkan papa. Papa yang bersalah dalam hal ni. Maafkan papa.." Tubuh Amar dipeluk erat. Bergenang mata saat pelukannya dibalas Amar.


"Papa tak bersalah. Amar yang tak beritahu hal yang sebenar pada papa dulu. Jom sahur.." Amar bangkit dari duduknya dan dia beriringan bersama Norman menuju ke ruang tamu.




USAI solat Subuh berjemaah, Amar kembali ke dalam biliknya. Buku rujukan dan nota yang dibawa pulang dulu dibelek lagi. Syukurlah papa sudah jelaskan kepada pensyarahnya tentang kemalangan itu dan pengajiannya ditangguhkan sehingga tahun depan. Bermakna dia mempunyai banyak masa untuk berehat dan mengingati apa yang sudah berlaku selama ini terutama ketika bersama Iris.


Nada dering teks mesej dari whatsApp menerjah telinga. Amar capai telefon bimbitnya dari atas meja kecil. Nombor yang tidak dikenali terpapar di skrin. Mesej itu dibaca.


Assalamualaikum Abang,
Maafkan Iris jika mesej ini mengganggu abang pada pagi hening ini. Abang sihat? Iris sentiasa doakan abang pulih seperti dulu dan kita hidup gembira sebagai suami isteri. Dalam bulan yang penuh berkat ini, Iris  memohon ampun dan maaf , zahir dan batin,  selama kita hidup bersama dulu. Iris banyak melakukan dosa pada abang. Lukakan hati abang. Abang tetap di hati Iris untuk selamanya. Setiap saat Iris rindu dan cintakan abang.

Iris tahu, abang tak ingat pada isteri abang ni. Apa lagi, Iris yang sudah dibuang dari keluarga abang. Iris terima semua itu.

Iris tahu, tentu abang tertanya-tanya, siapa yang hantar mesej ni? Minah bimbo mana yang tak malu mengaku isteri, kan? Dalam keadaan abang yang masih hilang ingatan, sudah tentu mesej ini tidak bermakna apa-apa bagi abang tapi tak mengapa, Iris tak pernah putus asa. Cukuplah untuk Iris melepaskan rasa rindu pada abang walaupun abang tidak ingat apa-apa.

Akhir kalam, sekali lagi Iris memohon ampun dan maaf.
Salam sayang,
Iris dan Haikal.

Menitis air mata Amar saat foto Iris dan Haikal terpapar di skrin. Dikucup berkali-kali wajah kesayangannya.

"Sayang, abang dah ingat semuanya..semuanya.."

Jemari Amar mula menekan huruf-huruf di skrin telefon bimbit. Mesej dibalas beserta sekeping gambar yang sempat diambil untuk tatapan Iris.







KUALA KANGSAR

IRIS bersiap-siap untuk ke Hospital Ipoh. Haikal masih nyenyak tidur di sebelah Jasmine. Dia hanya senyum melihat Jasmine yang tidak boleh berenggang dengan Haikal.

"Membuta je..mentang-mentanglah dah naik bendera merah.." Iris sengih. Dia capai tas tangan dan telefon bimbit dari atas meja solek lalu dimasukkan ke dalam tas tangan. Satu ciuman di kedua pipi Haikal diberikan sebelum dia melangkah keluar dari bilik.

"Awai Ecah nak pi keja?" Sapa Halimah yang sedang mengemas di ruang tamu.

"Ya opah. Lambat karang, jalan jam. Ecah pi dulu naa.." Iris cium tangan Halimah. "Papa mana?"

"Ada kat luaq tu. Tengah sembang dengan jiran sebelah. Dia tak keja hari ni.." Jawab Halimah, menyambung kembali menyapu.

Iris hanya mengangguk. Dia bergegas ke kereta. Sempat dia mencium tangan papa sebelum menaiki kereta.

Firdaus menguntum senyum melihat anak perempuannya sudah semakin ceria dan tidak lagi bersedih. Sejak Haikal hadir dalam keluarganya, Iris tidak lagi berduka lara seperti dulu. Mungkin wajah cucunya yang iras wajah Amar, menjadi pengubat rindu Iris pada suaminya selama ini. Entah apa cerita Amar sekeluarga agaknya.

"Dengornya, suami Iris tu kemalangan yerr?" Hassan yang turut melihat Iris tadi mula bertanya.

Firdaus kembali menoleh pada Hassan, jirannya yang cukup baik selama ini. "Ya..macam tulah. Harap semuanya selamat.."

"Ate, kamu udoh nengok? Macam mana keadaannya?"

Jeda. Firdaus tahu, tidak ada sesiapa yang tahu tentang hal Iris dan Amar yang sudah tidak tinggal sebumbung lagi dan dia tahu, itu bukan salah mereka. Norman yang terburu-buru menuduh Iris curang. Disebabkan itu jugalah, dia tidak mahu mengambil tahu hal Norman sekeluarga. Walaupun Iris sering menghantar gambar dan mesej untuk Amar. Apa yang dilakukan Norman pada Iris itu sukar untuknya maafkan. Seolah keturunannya adalah keturunan yang tiada maruah dan seolah keturunan Norman pula adalah keturunan mulia.

"Fir..maaf lerr kalau apa yang pakcik tanya tadi tu..." Hassan pandang Firdaus yang menghela nafas panjang.

"Tak apa..." Firdaus mengukir senyum.

"Idok lerr pakcik nak jaga tepi kain kamu tapi pakcik kesian nengok Iris tu haa. Kesian benor nengoknya. Ate, kamu tak nak ke satukan Iris dan suaminya tu semula?"

"Kalau jodoh masih panjang..insyaAllah pakcik. Tu semua perancangan Allah." Ujar Firdaus, perlahan nadanya.

"Emm..iyer ler. Ate, deme tu patutnya tanya kabo Iris dan anaknya tu. Harap..raya ni, deme tu sampe la yerr.." Hassan tepuk-tepuk bahu Firdaus.

"IsnyaAllah pakcik.."








SEHARIAN Iris sibuk bertugas di bahagian O & G. Tengahari tadi dia terima mesej dari Dr. Alina. Walaupun sudah berpindah hospital, hubungannya dengan Dr. Alina masih seperti dulu. Malah, banyak nasihat dan panduan yang diberikan Dr. Alina tentang tugas sebagai seorang doktor pakar sakit puan.

"Tak sabar aku nak sambung belajar...pakar sakit puan.." Senyuman Iris mekar di bibir. "Eh..ni mesej.."

Cepat-cepat Iris membaca mesej Amar. Berdetak laju jantungnya saat nama Amar keluar di paparan skrin. Nampaknya dia tidak perasan mesej itu yang dihantar pagi tadi lagi.

Walaikumussalam sayang..
Sepatutnya abang yang perlu minta maaf. Kami yang bersalah pada Iris selama ini. Papa, banyak kali minta maaf dan  selama ini , dia yang terburu-buru menuduh Iris. Maafkan papa dan mama. Sayang...abanglah insan paling gembira bila Dr. Shazman beritahu tentang kehamilan Iris.
Abang tak sabar nak jumpa Iris dan Haikal..tunggu abang ya..
oh ya..abang dah ingat, sayang. Semuanya. Cinta Dandelion..Dunnator Castle..
Love, Amar

Mengalir air mata Iris usai membaca mesej dari insan yang dicintai dan dirindui. Wajah Amar yang terpapar di skrin itu ditatap lama. Terubat rindunya selama ini.


"Alhamdulillah....."

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2016 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada sambungan kt sini..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2016 07:23 PM | Show all posts
ok sambung lagi ya...




HALIMAH perasan perubahan wajah cucunya yang menguntum senyum dari tadi. Pulang dari kerja, Iris tidak henti mengukir senyuman manis. Bergelak ketawa dengan Jasmine dan bermain-main dengan Haikal. Dari tadi dia perhatikan gelagat Iris.

"Mak tengok apa?" Tegur Firdaus. Matanya turut dialih pada Iris dan Jasmine serta cucunya yang di pangkuan Iris. Dari tadi dia perasan mak asyik memandang mereka bertiga yang sedang bergelak ketawa di anjung rumah.

"Fir..hang perasan dak? Ecah tu macam gembira semacam ja. Balik dari keja tadi, mak tengok bukan main senyum meleret. Sebelum ni, tak dak la macam ni. " Halimah masih tidak melepaskan matanya memandang Iris.

"Laa..mak ni. Eloklah Ecah tu gembira macam tu. Abih, mak nak Ecah tu muram, suram, sedih ka?" Firdaus menggeleng.

"Ish hang ni! Bukan macam tu. Cuba hang tengok elok-elok muka Ecah tu. Muka dia tu..macam muka masa dia nak nikah dulu. Kemerahan bak hang." Balas Halimah.

Firdaus perhatikan wajah Iris. Ya, ada riak gembira dan ketara perubahan wajah anaknya.

"Hari ni nak berbuka dengan apa mak?" Firdaus malas hendak meneka. Baginya Iris berhak untuk hidup gembira walau tanpa suami. Bahagia Iris, bahagianya juga.

"Macam biasa la. Mak dah siap masak telur masak lemak, sambal belacan dan ada pecal."

"Pecal??"

Terkejut Halimah dan Firdaus. Keduanya serentak menoleh. Jasmine sudah tercegat berdiri di muka pintu.

"Awatnya? Hang tak suka ka?" Tanya Halimah.

"Kan opah dah janji dengan Jas, nak masak spagetti?" Getus Jasmine.

"Amboi cucu opah sorang ni, sejak duk negara orang putih, tak nak dah makan pecal. Apa, spagetti tu best sangat ka?" Halimah mencebik.

"Bukan selalu pun kita makan opah. Kak long! Jomlah masak spagetti!" laung Jasmine.

Iris dukung Haikal dan segera ke ruang tamu. Jasmine sudah muncung mulutnya. Apa pula yang tak kena dengan adik kesayangannya itu. "Apa dia?"

"Jomlah kak..masak spagetti.." Jasmine pegang tangan Iris.

"Laa..kan opah dah masak lauk. Esok je la. Macamlah hang tu posa.  Lagipun, akak tak reti sangat masak spagetti. Lainlah kalau abang Amar yang masak..." Iris terdiam tiba-tiba. Entah kenapa nama Amar terlontar dari mulutnya.

"Abang Amar pandai masak spagetti? Serius??" Sudah bulat mata, ternganga mulut Jasmine mendengar kata-kata Iris.

"Sudahlah..makan ja apa yang ada. Posa ni..bukan banyak mana pun nak melantak." Halimah bingkas bangun. Satu jam lagi masuk waktu berbuka. Dia segera ke ruang dapur.

"Iris.." Firdaus mendekati anaknya yang sudah duduk di sofa.

"Papa..saya rindukan Amar papa. Amar..dia dah ingat.." Iris hulur Haikal ke pangkuan Firdaus dan dia menapak masuk ke dalam bilik sebelum kembali semula ke ruang tamu. Mesej dari Amar ditunjukkan pada Firdaus.

"Jadi..Amar dah pulih?" Usai membaca, Firdaus bertanya. Tepat dia melihat anak mata Iris yang bersinar. Ya, mesej itulah jawapan bagi wajah gembira dan ceria Iris hari ini.

Iris mengangguk. "Papa...benarkan Amar datang beraya kat sini ya?" Rayu Iris. Dia tahu, perasaan marah masih berbekas di hati ayahnya. Tuduhan Dr. Norman itulah yang membuatkan papa seperti memendam rasa benci pada mentuanya.

"Papa bukan apa..mereka dah tuduh Iris macam-macam seolah keturunan kita ni keturunan bejat. Papa tak boleh terima. Susah payah papa besar dan didik Iris, mudah saja mereka tuduh Iris macam tu." Firdaus  melepaskan keluhan berat.

"Papa..Amar masih suami saya. Amar lebih berhak ke atas saya, papa. Saya sayang papa,opah dan Jas tapi saya dah jadi isteri Amar. Papa..izinkan Amar datang sini.." Rayu Iris lagi.

"Yalah..papa tak pernah salahkan Amar. Orang tua Amar yang bersalah. Kalau depa datang minta maaf pada Iris, papa akan terima dengan hati terbuka. Tapi kalau depa datang atas dasar hendak pulihkan ingatan Amar dan semata-mata nak penuhi kehendak Amar..papa minta maaf. Papa tak akan benarkan depa sakiti hati Iris lagi. Papa tak suka Iris jadi pengemis kasih sayang depa. Cukuplah dengan apa yang terjadi selama ini." Firdaus melepaskan rasa hati yang terbuku selama ini.

"Terima kasih papa."

"Papa..Jas pun sokong kak long. Kesian abang Amar...dia tak salah.." Jasmine pula mencelah. Dipaut lengan Iris dan digosok-gosok.

"Papa terima kedatangan depa. Itupun kalau depa nak datang.." Firdaus bingkas dari duduknya. Haikal dibawa sekali ke ruang dapur.

Iris dan Jasmine sama-sama melangkah ke dapur.



IRIS mengusap lembut pipi anaknya. Lena sungguh Haikal tidur. Sebelah tangan menepuk lembut tubuh Haikal, mengulit anak kecilnya. Sebelah tangan lagi memegang telefon bimbit.  Tersenyum membaca mesej dari group whatsApp bersama Sabihah dan Tasha. Jari telunjuknya 'scroll' pula pada mesej Amar. Mesej dari Amar dibaca sekali lagi. Benaknya pula kembali memutarkan kata-kata papa siang tadi. Serba salah jadinya.

"Sapa pulak yang hantaq mesej ni?" Iris pandang skrin yang memaparkan satu mesej yang baru diterima dari WhatsApp. Mesej dari nombor yang tidak dikenali itu dibaca.

Assalamualaikum Iris. Firstly, aku nak mohon ampun dan maaf. Aku dah banyak buat salah pada kau. Fitnah kau selama ini. Aku dah jumpa Dr. Amar dan jelaskan segalanya pada dia. Iris, Dr. Amar dah pulih. Dia dah ingat semuanya. Aku bersyukur kerana dia dah sedar dan pulih seperti biasa. Aku harap di bulan baik ini, kau maafkan aku. Aku doakan kau dan Dr. Amar hidup bahagia bersama.
Elisa.

"Elisa?" Iris tercegat bangun. Mesej itu dibaca lagi. Mesej kedua dari Elisa.

'Aku rasa sangat bersalah pada kau. Selepas sebulan aku terlantar di hospital, aku semakin sedar yang Allah sudah balas perbuatan aku dulu pada kau. Aku sedar Iris. Aku dah jauh dari agama. Tak sangka juga Dr. Norman ingin jodohkan aku dengan Dr. Amar tapi aku menolak dengan baik kerana aku bukan perempuan yang baik. Kaulah yang layak untuk Dr. Amar. InsyaAllah, kalau tak ada apa, aku akan kenalkan suami aku pada kau pada hari raya nanti. Itupun kalau kau sudi terima kedatangan aku.

Iris termenung seketika. Mesej kedua Elisa diulang baca. Tak sangka, sampai begitu sekali Dr. Norman membenci dirinya sehingga ingin menjodohkan Amar dengan Elisa. Titis jernih yang mula membasahi pipi disapu perlahan. Mesej Elisa dibalas.

'Aku dah lama maafkan kau. Maafkan aku kerana aku tak tahu kau terlantar sakit di hospital. Aku doakan kau juga bahagia bersama suami tercinta. Jemputlah datang ke rumah. Iris.'

Iris menekup muka di lutut. Kini dia baru tahu yang Dr. Norman begitu membencinya. Buktinya, Elisa ingin dijodohkan dengan Amar.  Benar kata papa. Sekali fitnah tersebar, tidak mungkin ianya dipungut kembali. Seperti bulu ayam yang ditabur. Merata terbang tanpa dapat dikesan. Iris menoleh pada almari pakaiannya yang terbuka. Sepasang baju kurung warna biji kundang tergantung kemas di situ. Baju Melayu berona sama yang dibeli pada hari puasa pertama lagi istimewa untuk Amar sudah dipos kepada Amar. Memang dia berharap sangat yang Amar akan memakai baju melayu yang dikirim itu pada hari raya nanti. Tidak lupa juga baju melayu Haikal, juga berona sama.

"Kak.."

Iris berpaling. Jasmine sedang menapak ke arahnya. "Belum tiduq lagi?"

"Belum..Jas nak tidur dengan Haikal. Nanti, kalau abang Amar dah ada kat sini, Jas dah tak dak peluang macam ni.." Jasmine mula merebahkan tubuhnya di sisi Haikal yang lena di atas katil.

Iris mengukir senyuman nipis. Dia tahu, Jasmine begitu sayang pada anak buahnya. "Akak tak berharap sangat Jas..."

"Kak..awat ni? Macam muram ja.."

"Entahlah..akak rasa macam akak ni dah tak dak dalam hidup depa, Jas. Bapa mertua akak..mungkin dia masih bencikan akak.." Iris mengeluh.

"Kak..sudahlah.Jas percaya depa tu dah menyesal." Jasmine peluk tubuh kakaknya erat.




AMAR buka almari. Baju Melayu berona ungu tua itu dipegang. Bergenang air mata mengingati Iris yang jauh di mata. Baju Melayu itu dikucup seketika. Baju Melayu itu kemudian disarungkan ke tubuh. Padan dan selesa. Sebak seketika mengenangkan apa yang Iris sudah lakukan untuknya selama ini. Ternyata Iris begitu mengambil berat tentangnya selama dia masih  hilang ingatan.

"Amar...cantik baju melayu ni. Iris yang belikan?"Hanim mendekati Amar yang berdiri di depan cermin. Segak dan kacak. Kalau dulu, wajah Amar dipenuhi dengan jambang.

Amar mengangguk.

"Mama dal lama rindukan Iris. Kalau Amar rindukan Iris, mama lagi rindu. Mama faham kalau Amar ada perasaan tu. Tengok wajah Haikal...mama rasa bersalah pada Iris. Wajah Haikal saling tak tumpah macam wajah Amar masa kecil dulu."Ujar Hanim.

"Sudahlah mama. InsyaAllah, hari raya nanti, kita beraya di sana ya. Amar nak bawa balik Iris ke sini dan beraya di sini pula.." Amar melakar senyuman manis. Dalam hati, hanya tuhan yang tahu betapa dia begitu inginkan anak dan isterinya berada di sisi setelah sekian lama tidak bertemu.

"Yalah. Tidurlah..esok nanti mama kejutkan untuk sahur." Hanim berlalu pergi.

Amar menanggalkan baju melayu dan digantung kemas dalam almari. Foto anak kecilnya dicapai dari dalam dompet. Memang comel dan iras wajahnya sewaktu kecil dulu. Setiap hari, rindunya semakin kuat untuk Iris dan Haikal. Siksanya menghitung hari...menunggu saat bertemu. Ikutkan hati, ingin saja dia pergi ke kampung Iris sebelum hari raya tetapi mengenangkan papa dan mama tiada anak lain selainnya, dia perlu juga menjaga hati dan perasaan orang tuanya. Apa yang pasti, dia bersyukur kerana papa sudah menyesal atas tindakannya dulu. Apa yang diharapakan, persahabatan papa dan bapa mertuanya kembali jernih. Harap segalanya berjalan lancar.




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2016 11:00 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 10-7-2016 04:15 PM




SAYUP takbir raya berkemundang dari peti suara kaca tv. Usai solat subuh, Iris sekeluarga sibuk mengemas dan menyediakan juadah hari raya. Sayur goreng yang sememangnya terkenal di Kuala Kangsar dimakan bersama lemang dan juga ketupat menjadi hidangan istimewa pada hari itu. Jasmine pula sudah siap memasak rendang daging dan ayam. Jam lapan pagi, Firdaus bersama Iris dan Halimah bersama ke masjid menunaikan solat sunat hari raya. Jasmine pula yang masih mengibarkan bendera merah, menjaga Haikal sementara menunggu keluarganya selesai solat.

Langkah Iris terhenti. Matanya menala pada sekitar ruang masjid. Di situlah dia dan Amar dinikahkan dan termeterai ikatan suami isteri.

"Ecah.." Halimah sentuh bahu Iris yang sudah sugul.

"Ya opah?"

"Tak elok muram pagi raya ni. Mai sini.." Halimah pegang tangan Iris dan bersama menuju ke ruang solat.



USAI solat, mereka kembali ke rumah. Iris pula hanya diam sepanjang menaiki kereta pulang ke rumah yang hanya mengambil masa 15 minit sahaja. Telinganya menangkap desas desus dari mulut orang kampungnya yang berbisik tentang rumahtangganya dengan Amar. Sebak bila hal rumahtangganya menjadi bualan makcik-makcik yang bermulut celupar. Agaknya bagi mereka, sudah boleh membuat 'ketupat' di pagi raya. Ramadhan sudah berlalu.

"Ecah..hang toksah duk dengaq ceghita depa tu. Toksah duk layan sangat aih. Opah dah faham sangat dengan perangai depa tu." Halimah perasan perubahan wajah Iris.

"Betul kata opah tu Iris. Sampai bila depa nak ceghita hal ni." Firdaus yang sedang memandu turut berpaling.

Iris masih diam. Terasa walau ke mana pun dia berada, orang akan mengata. Walaupun ada yang mengata, tidak kurang juga yang memberi semangat padanya untuk teruskan hidup tanpa suami di sisi. Malah, mereka turut mendoakan kebahagiaan untuknya bersama Amar.

Kereta Firdaus mula memasuki perkarangan rumah. Iris segera mendapatkan Haikal yang didukung Jasmine. Haikal dipeluk dan dicium penuh sayang. Baginya, hanya Haikal pengubat rindunya pada Amar.

"Jomlah makan. Jas dah lapaq ni." Jasmine sudah siap menghidang juadah raya di atas meja di ruang tamu.



HAMPIR jam dua belas tengahari. Firdaus perasan, dari tadi Iris asyik terjenguk-jenguk ke halaman rumah. Dia faham perasaan Iris yang mengharapkan Amar datang pada pagi raya pertama ini. Malah Iris sudah siap berbaju kurung warna ungu tua, sedondon dengan Haikal yang dipakaikan juga baju Melayu warna yang sama.

"Emm..handsome cucu atuk ni.." Firdaus ambil Haikal dari dukungan Iris. Dia tahu, wajah Iris sudah berubah rona. Dari ceria sudah bertukar muram dan sugul. "Haikal tunggu papa datang ya?"

Iris tunduk. Dia tahu kata-kata papa tadi ditujukan padanya.

"Kak, tu sapa datang tu?" Jasmine yang sedang lahap makan lemang mula menjenguk. Bunyi enjin kereta menderum di halaman rumah.

Iris segera mengintai dari jendela yang terbuka luas. Berdegup laju jantungnya sebaik matanya terpandang Amar yang segak berbaju Melayu warna ungu pemberiannya dulu. Senyuman manis diukir di bibir. Degupan jantung semakin laju mengepam.

"Iris..tu suami Iris dah sampai.." Firdaus hanya menjeling menantu dan besannya yang sudah menapak keluar dari perut kereta. Dia malas hendak menyapa.

Kedengaran suara memberi salam dari halaman rumah. Halimah yang sibuk di dapur menjawab salam tetamu. Bergegas dia melangkah ke ruang tamu.

"Laa..awat tak suruh tetamu masuk?" Halimah menggeleng melihat Firdaus asyik bermain dengan Haikal.

"Maklah pergi jemput depa." Acuh tak acuh Firdaus menjawab.

Iris pula kaku di muka pintu. Hanya matanya saja tidak berkelip melihat Amar yang sudah melangkah mendekati muka pintu.

"Ecah..awat tercegat ja? Pi salam suami hang!" Halimah cuit lengan Iris yang sudah kaku berdiri di situ.

"Assalamualaikum Iris.." Amar mendekati Iris. Matanya bersinar melihat isterinya yang cantik berbaju kurung, juga berona sama dengan baju Melayu yang dipakainya.

"Wa'alaikumussalam. Abang..terima kasih sudi jenguk Iris kat sini. " Tangan Amar dikucup lama. Basah tangan Amar dengan air mata.

Norman dan Hanim sebak melihat tingkah Amar dan Iris yang berpelukan di muka pintu.

"jemputlah masuk.." Pelawa Halimah melihatkan  keduanya masih tercegat di anak tangga.




SUASANA di ruang tamu sunyi untuk seketika. Firdaus diam tanpa bicara. Haikal pula sudah berada atas riba Amar. Elok saja anak kecil itu berada dalam ribaan ayahnya.

"Fir..aku minta maaf. Sempena bulan mulia ni..aku dan Hanim minta maaf atas kesalahan aku. Aku tahu, aku tuduh Iris yang bukan-bukan. Amar pun baru pulih ingatannya. Maafkan aku Fir.." Norman mulakan bicara.

"Ikutkan hati, aku nak saja kau keluar dari rumah aku ni secara terhormat kalau tak mahu aku halau secara biadap tapi aku tak sejahat tu nak buat macam tu. Apa yang kau dah buat pada  Iris dulu, aku tak boleh terima Man. Sanggup kau tuduh anak aku curang dan lebih teruk kau tuduh dia berzina!" Firdaus menghamburkan rasa marahnya yang dipendam begitu lama.

"Ya..aku tahu. Aku yang salah. Aku yang terburu-buru. Aku yang tak pernah dapatkan kepastian dari Amar. Aku minta maaf.." Norman sekali lagi meminta maaf.

"Ya Fir. Maafkan kami. Kami yang salah. Kau nak salahkan kami pun kami tak kisah tapi jangan pisahkan Amar dengan Iris. Please Fir..aku rayu kali ni." Hanim mengesat air mata.

"  Papa...maafkan papa dan mama Amar. Amar yang tak berterus terang dulu. Semua ni salah faham. Tak sangka, Iris yang terima akibatnya. Sayang..maafkan abang.." Amar pegang erat tangan Iris yang duduk di sebelahnya.

Iris tunduk. Dia tidak mampu berbicara lagi. Matanya sudah berkaca semula. Suasana sedih dan hiba terasa sudah menyelubungi segenap ruang. Baginya, seperti diluah mati emak, ditelan mati bapa.

"  Papa..saya dah lama maafkan papa. Apa yang berlaku selama ini, saya tak pernah dendam sikitpun. Sudah takdir saya terpaksa berpisah dengan Amar dengan cara macam ni. Saya redha. Saya sentiasa berdoa semoga Amar pulih ingatannya dan Allah makbulkan doa saya. Saya sudah dapat kembali suami saya yang dulu.." Iris menoleh pada Amar, senyuman manis dilakar untuk Amar.

"Sudah la. Pagi raya ni, elok la bermaafan. Lupakan perkara yang dah lepas tu. Buka buku baru.." Halimah mencelah. Dia juga sudah letih dengan semua itu. Sejak kes Firdaus dan Cho Ann dulu lagi, sekarang ditambah pula dengan Iris dan Amar. Cukuplah.

"Boleh mama pegang cucu mama?" Hanim bangun dan duduk di sebelah Amar yang sedang meriba Haikal. Haikal mula bertukar tangan.

Iris senyum melihat ibu mertuanya memeluk dan mencium Haikal dan kali ini Haikal sekali lagi bertukar tangan, dipeluk dan dicium bapa mertuanya pula.

"Tak nak makan ke?" Jasmine yang siap menghidang dari tadi mula bertanya.

Mereka yang lain mula senyum dan sama-sama menikmati juadah hari raya. Kedengaran suara memberi salam di luar rumah. Iris menjenguk ke muka pintu. Kelihatan Elisa bersama Faizal keluar dari perut kereta. Mereka bersalaman dan berpelukan.

"Iris..aku minta maaf.." Elisa leraikan pelukan.

"Dah la..jom masuk. Amar pun ada. Faizal..jemputlah masuk!"

Amar senyum melihat sahabatnya sudah menapak masuk ke dalam rumah bersama Elisa. Syukur, akhirnya Elisa setuju menerima lamaran Faizal dan ditambah sekarang, Faizal sudah mula bertugas domestik.  Mereka semua kembali menyambung berbual. Iris tidak berenggang dengan Amar.

"Lepas ni..mama nak cucu perempuan pulak, boleh?" Hanim yang masih meriba Haikal mula mengusik Iris dan Amar. "Mama nak sangat cucu perempuan. Dahlah selama ni, mama dikelilingi lelaki saja."

Iris tunduk. Amar pula hanya mengangguk.

Hampir jam dua petang, Elisa bersama Faizal mula minta diri untuk pulang. Amar pula sudah meminta izin dari Firdaus untuk membawa pulang Iris ke Putrajaya dan tinggal bersamanya.

"Fir..aku tahu, kau masih sangsi dengan aku kan? Jangan bimbang, aku akan jaga Iris dan cucu aku dengan baik. Lagipun, mungkin Amar akan bawa Iris ke Dublin nanti." Norman peluk Firdaus sebelum menaiki kereta.

"Aku tak akan maafkan kau kalau hati anak aku dilukai lagi." Firdaus membalas dalam nada tegas walaupun masih dalam nada bergurau.

"Ya..aku faham. Kami pergi dulu.."

Kereta Honda Accord yang dipandu Amar mula meninggalkan perkarangan rumah Firdaus. Firdaus mengharapkan Iris tidak disia-siakan hidupnya lagi. Biarlah cinta Amar pada Iris seperti apa yang dicoretkan dalam blog Cinta Dandelion itu. Ya, selama ini pun dia mengikuti blog Amar. Faham perasaan Amar yang pernah berduka dengan kehilangan tunang.




TAMAT...................sekian sudah....versi raya....
cukup 4 post..


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2016 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
wey.Doh sminggu ni.Bgiku,habis dah raya.Tapi radio dok putar lgu raya..bosan derrrrrrrr...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2016 05:07 PM | Show all posts
happy ending..........

mokcun nak jugak buku free....byr kos pos pun tak pa..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2016 06:56 PM | Show all posts
ala Nay lupa nak habaq mai..
ipo tak masuk contest cerpen...(dah delete perkataan contest)
segan plak cinta dandelion edisi raya ni masuk contest..
ipo karang saja ja nak bagi ending utk citer yg tergantung kat novel nun..
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2016 10:45 AM | Show all posts
tiba2 pulak pagi ni mata masuk habuk....

tq ipo....masuk habuk pun masuk habuk la...janji happy ending...

selamat hari raya
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2016 09:29 AM | Show all posts
Ipo replied at 12-7-2016 06:56 PM
ala Nay lupa nak habaq mai..
ipo tak masuk contest cerpen...(dah delete perkataan contest)
segan p ...

Ipoo kenapa cheq tertinggal cerita cinta dandelion ni .nak baca versiiii penuh



nanti nak buat edisi cetak ke cerita ni?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2016 10:51 AM | Show all posts
Ipo replied at 12-7-2016 06:56 PM
ala Nay lupa nak habaq mai..
ipo tak masuk contest cerpen...(dah delete perkataan contest)
segan p ...

Haip! Mana aci...

hang dah dpt dedak... kena masuk gak contest




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2016 09:54 AM | Show all posts
Ezzie replied at 13-7-2016 09:45 AM
tiba2 pulak pagi ni mata masuk habuk....

tq ipo....masuk habuk pun masuk habuk la...janji happy e ...

selamat hari raya ezzie..
bila nak sambung citer hang?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2016 09:56 AM | Show all posts
freddianza replied at 15-7-2016 08:29 AM
Ipoo kenapa cheq tertinggal cerita cinta dandelion ni .nak baca versiiii penuh

err....tertinggal?..terlambat keretapi la tu..dah delete separuh citer tu..huhuhu..
insyaAllah nak buat versi cetak..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2016 09:58 AM | Show all posts
ladyFinger12 replied at 15-7-2016 09:51 AM
Haip! Mana aci...

hang dah dpt dedak... kena masuk gak contest

huhuhu....dh delete perkataan contest..
alih2 Nay dah highlightkan kaler oren utk contest..
tak apa lah...dedak dah terima..
kira masuklah...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:20 PM GMT+8 , Processed in 0.869445 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list