CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1297|Reply: 0

[Dunia] Keputusan tuntutan Laut China Selatan 12 Julai ini

[Copy link]
Post time 1-7-2016 10:03 AM | Show all posts |Read mode
HAGUE: Mahkamah antarabangsa akan membuat keputusan dalam kes Filipina mencabar tuntutan China terhadap sebahagian besar wilayah Laut China selatan, pada 12 Julai ini. China sebelum ini berulang kali menolak badan timbang tara antarabangsa itu dan berkata ia tidak akan menghiraukan keputusannya.

Dalam satu tindakan yang jarang berlaku, mahkamah itu mengumumkan tarikh keputusan lebih awal daripada jadual asal, hari ini sambil menyatakan keputusan terbabit akan dihantar ke negara terbabit serta diterbitkan pada hari yang sama. Presiden Filipina, Benigno Aquino, sebelum ini memaklumkan, Manila mengambil keputusan untuk membawa China ke mahkamah antarabangsa, pada Januari 2013 selepas China menawan kawasan terumbu yang dipertikaikan. Tindakan Filipina itu dilakukan selepas Beijing menarik diri daripada satu perjanjian dengan Manila untuk menarik kapal masing-masing secara serentak dari kawasan nelayan di wilayah yang dipertikaikan itu. - AP




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:10 PM GMT+8 , Processed in 0.061950 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list